Tuesday, May 24, 2011

Berderet2 foto reunion SMVTAA 91/92

Dua puluh tahun yg lalu...aku adalah seorang pelajar di sekolah vokay yg tak jaoh pun dari rumah aku (masa tu kat JKR Quarters Chamang lagi) tetapi wlpn dkt aku tinggal kat hostel jgk pasal bas sekolah takde yg gi situ melainkan kena naik bas biasa ke Bukit Tinggi/Janda Baik ataupun naik bas loncat2 Bentong-Kolumpo, huhu. Waktu tu pun aku tak amek lagi lesen motor walaupun dh reti ler menunggang moto.

Selepas abes sekolah..aku cuma penah berjumpa dan terjumpa ngan beberapa orang kawan2 aje. Kini dua puluh tahun sudah berlalu...akhirnya ada rezeki aku utk bertemu ngan mereka2 semua..semuanya bermula dgn fesbuk. Wlpn keje apa mereka...tetapi Alhamdulillah, masing2 ada akaun fesbuk, huhu. Sekaligus dpt juga jejak ramai rakan2 yg tiada fesbuk tp mempunyai nombor kontek dorang.
Kalo sorang rakan tu ada 2-3 rakan lama yg masih berhubung...bayangkanlah kalo lebih sepuluh orang mempunyai no. kontek kawan2 lama, kan..Maka, akan bertambah2 lah ramai yg dpt dikumpulkan.

Sebenarnya SMVTAA menawarkan kursus yg lebih tertumpu pada pelajar lelaki. Masa batch aku dulu...kursus yg mempunyai pelajar pempuan cuma utk kursus Pengurusan Pejabat, Pengurusan Perniagaan dan kursus Elektronik.

Maka, tidak hairanlah dlm pertemuan pada penghujung Mac 2011 tempohari...bekas pelajar pempuan yg dpt hadir cuma 10 org (gambar suzila takde kat bawah ni sbb dia orang kuat majlis, huhu)..

Yang lain...adalah hal masing2. Maklumlah, dh berkeluarga ni...mcm2 hal ler nk kena pikir wlpn pertemuan ni bknlah selalu pun dibuat. Tambahan pulak, ni ler kali pertama pun!!

Aku ni pulak...alhamdulillah laa, suami aku sangat memahami.

Hmm..ni ler kawan2 lelaki kitorang, huhu. Mmg havoc ngan dorang ni. Wlpn ada yg dh botak, boroi..tp perangai mcm kat skolah dulu jgk, hmm.

Bila dh jumpa ni..leh ler tgk..ada yg maintain, ada yg terlebih khasiat...hehe..(mcm aku, ngee)..
Ada yg rambut dh kurang, ada yg beruban satu kepala dh, ada yg semakin jelita...mcm2 lah.

Selain makan gaji seperti guru sekolah, sekolah vokay/teknik, executive....ramai di kalangan kawan2 ni mempunyai perniagaan sendiri. Ada yg bukak kedai komputer, ada kontraktor dan mcm2 perniagaan ler, hmm. Yg jadi doktor bertauliah tu tak dgr laa pulak tapi yg tak bertauliah dengarnya ramailah jgk..ada 2-3 org yg meninggal dunia kerana mende tu.

Ni ler rooftop The Lagend, PD

Hairul, Harlinda, Hamidah dan Fazlina..
Dulu satu kelas PPJ...

Kek ni telah ditaja oleh 2 org sahabat. Terima kasih..walaupun bukan dari SR tp sedap jgk. Aku sempat rasa sepotong aje...tak lalu nk makan ler sbb kenyang berborak aje, hehe. Wlpn makanan terhidang mcm2 yg sedap termasuk ler satay, lamb chop, nasik itu ini, lauk macam2, desert, rojak buah....dan macam2.....tp aku tak lalu nk makan. Rasa kenyang sgt sbb dpt jumpa kwn2 lama, beborak itu ini....moncong pun keluar mcm2 saiz, hehe.

Tgk je ler gambar kat bwh ni. Aku berborak, snap gambar...pastu dorang lak snap...tak lama tu dtg lak sorang lagi nak join..cenggitu ler gayanya.

*Gambar2 dlm entry ni..aku kolajkan aje. Belasah je sebab nk cepat.
**Gambar2 nya jugak bukan semua aku punya. Terutama yg ada gambar aku, mmg semuanya bukan dari kamera aku, huhu.
***Byk yg aku cilok dari fesbuk kawan2 yg lain dan aku kolajkan sekali, hehe..
****Aku kolajkan sbb koleksi gambar byk sgt dan gambar satu-satu...aku dh simpan kat fesbuk sbb kawan2 sekolah aku dulu ni...ramai yg tak reti nk bukak blog, kehkeh..

Aku gi sinun pakai simple aje wlpn dulu dorang ngade2 nk mencadangkan pakai baju batik ler, berkebaya ler...huhu..
Dh buat kat area pantai..santai2 dah ler, kan..hehe..

Ramai yg datang sorang dan ramai jgk yg datang bawak keluarga.

Mmg happening malam tu..sampaikan pasangan dorang (isteri/suami) terkejut..mcm ni ke kat skolah dulu?? huhu..Tp bagi aku..biasa ler mcm tu kalo jumpa kawan2, hehe..
Havoc ngan acara bergambar sudah tentu. Acara bersembang2, berborak2...mmg meriah wlpn The Lagend tak benarkan acara karaoke kat rooftop tu.

Acara bergambar satu demi satu kursus pun ada. Paling sikit hadir malam tu adalah dari kos ELK dan ABM ler, huhu..
Ada jgk yg dh bayar utk menyertai majlis tu tp tak dapat hadir sbb ada perkara lain yg tak dpt dielakkan.
Yang datang lambat dh nak abes majlis pun ada, hmm..

Ni pulak adalah barisan AJK (para YB:Yang Berusaha..hehe), kawan2 yg sponsor hadiah2, kek dan aku pulak ada kat atas tu sbg Admin Grup SMVTAA 91/92 kat fesbuk, heheh...
Skang ni..dorang rajin menyembang kat situ, apdet gambar2 dorang gi mengeteh. Rajin kwn2 kat area KL dan Lembah Klang tu wat sesi mengeteh. Aku kat Taiping ni tumpang seronok aje ler tgk gambar dan baca kisah dorang, hehe...

Kul 12a.m..majlis kat rooftop tamat. Dorang sambung pulak kat bilik karaoke yg agak luas jgk ler. Ramai leh join. Aku masuk sat je. Pastu, aku turun ke lobby..nasib baik ada Midah lagi kat bwh tgh tunggu somi dia amek kete..Maka aku pun tompang dia balik ke Glory yg bersebelahan je ngan The Lagend.
Dh balik apartment...Angah ngan Akiss teruja nk dgr citer ibunya berjumpa ngan kawan2 lama, huhu. Ingatkan dorang dh tido, dah..hehe..
Mak dan abah dh tido.

Pg tu..aku dgr citer..dorang lepas karaoke gi ngeteh lak beramai2 bukak meja panjang, huhu. Dasat tul. Citer tak penah abes ni, kehkeh..

Tu aje ler kisahnyer. Maka dgn ini mmg betul2 abes ler citer gi PD 26-27 Mac 2011 hari tu..TAMAT..

4 comments:

Anonymous said...

meriahnyeeee! yg single-mingle mcm saya x de ke kak?? lalalalla

Rinna said...

Seronoknyaa kan bila hadiri reunion gini jumpa kawan2 lama.. byk gambar jugak.. :)

attyfir said...

seronok kalo ada reunion..kty tahun lepas ada..tp tak pegi .masa tu tgh tak sihat .

Suziey Ahmad said...

haih byk giler gbr..juling mata sy cari kak alona tang gbr kecik2 tu..hahhaha