Pagi2 lepas je babai abg gi keje...aku terima satu panggilan dari PPD Larut Matang & Selama soh aku amek surat pertukaran sekolah Akem a
nak sedara aku sebelah suami aku ni. Lega aku bila dorang dh kol...takde ler aku tertunggu2 dan Maton
mama Akem kat KL tu pun tertunggu2 sama.
Dh soh anak aku siap2...maka mula2 aku ke pasar kat Kamunting ni. Beli apa yg patut termasuk laa nasik lemak yg dibungkus utk anak2 aku.
Di PPD
Aku pun sebenarnya kurang pasti pejabat ni kat mana, hehe. Tanya kat cikgu Sabrina inbox kat fesbuk...bila cikgu Sabrina dh bagitau...aku dpt bayangkan laa pejabat tu lokasinya kat mana, ngee..
Termasuk hari ni dh kali ke 3 aku ke pejabat PPD. Mula2
(21hb) utk menghantar borang pertukaran sekolah Akem mewakili parent dia. Tp jawapan tak boleh dpt sesegera hari tu.
Kemudian, hari Jumaat
23hb aku gi kat situ lagi sbb Maton dh tanya..aku pun tak pasti jawapannya sbb dorang kata dorang akan kol kalo pertukaran sudah disahkan. Hari Jumaat tu, aku dpt ler berjumpa dan bercakap sendiri ngan pegawai terbabit.
Jawapannya, minggu depan.
Hari Selasa ritu...Maton mesej tanya aku kot2 ada berita psl pertukaran sekolah Akem tu. Aku kata..takde lagi sbb dorang tak kol pun. Dorang kata...
"kami akan kol..jangan risau". Cenggitu ler katanya.
Dan pagi td akhirnya dorang kol aku. Maka, aku pun terus ler gi PPD pagi td jgk. Senang, dh selesai...lega sket, kan..Bkn apa, sekolah minggu depan dh nk dibuka. Status pertukaran sekolah Akem tak tau lagi..susah ler jgk.
Masa aku amek surat pertukaran yg sudah disampulkan tu..terkejut aku tgk ia ditujukan utk Pengetua SMK Kamunting dan bukan kepada Pengetua SMK King Edward seperti dlm surat permohonan pertukaran. Wakil pegawai tu kata...sekolah KE dh penoh maka dorang akan hantar pelajar ke sekolah yg berdekatan dgn alamat..hmm.
Apo nk dikato??
Terus aku kol Maton utk bgtau pasal tu. Bkn pe, risau gak dia tak puashati.
Lain sekolah yg mintak utk ditukarkan...lain pulak yg dapat. Hmm..nasib baik ler Maton gelak2 aje. Ye ler, nk ckp apa lagi kan...semuanya PPD yg tentukan. Dah disahkan pun pertukaran tu.
Baru ler aku tau mcm mana berurusan ngan PPD utk urusan pertukaran sekolah ni. Maklum laa...sebelum ni tak pernah pun. Mmg penah along tukar dari SMK King Edward ke MRSM tp semuanya selesai mcm tu aje. Aku tak perlu ke PPD, hmm.
Urusan pembayaran di sekolah Akiss
Dari PPD terus jer ke sekolah Akiss..Hari ni adalah hari utk pembayaran kecuali yuran sekolah yg dh dimansuhkan tu. Tp camtu pun
RM112 gak ler td tak termasuk yuran PIBG dan beberapa yg lain. Bkn apa,
RM90 darinya adalah utk persediaan UPSR dia nanti, mmm...
Lepas tu, kena lak gi jumpa cikgu koperasi sekolah sebab nk mintak sebuah buku rampaian agama islam yg takde dlm plastik bersama2 buku yg lain masa beli buku ketika penerimaan RM100 sebelum cuti sekolah bln November dulu.
Makan nasik lemak di tepi sungai
Dari TMGS...singgah pulak kat tepi sungai kaki Bukit Larut utk makan nasik lemak yg dibeli bungkus kat Pasar Kamunting. Senang nk basuh tangan, hehe.
Seronok ler dorang makan sambil mendengar deruan air sungai yg mengalir.
Beli uniform along
Kemudian, gi kedai aunty di bazaar kat bandar Taiping tu. Nak beli uniform along pulak kali ni. Bkn taknak beli sekali masa beli uniform akiss dulu tp along yg takmo beli masa tu sebab result PMR dia tak keluar lagi, hehe. Uniform akiss kena beli cepat sebab saiz dia standard...cepat abes stok. Penah jd mcm tu sebab beli lambat sgt, hoho. Mcm along ni takpe beli lambat pun sbbnya kan.....uniform dia ni jarang dibeli sbb uniform dia yg sepasang tu mcm uniform pengawas...iaitu kemeja biru muda dan seluar slack biru tua. Lagi satu lak mcm baju pelajar kelas RK di SMK King Edward...iaitu baju kaler peach dan seluar slack coklat.
Tadi beli jugak seluar slack itam yg baru. Utk kegunaan along gi prep dan guna ngan baju batik utk outing.
Semuanya
RM125 gak ler, hehe. Kena claim kat abg ler nanti, ngee.
Ke Pintar
Dari bandar Taiping...kitorang terus ke arah Kamunting semula. Isi petrol kat Shell RM10. Kemudian terus ke pusat tuisyen di Kamunting ni. Nk tgk jadual kelas tuisyen utk UPSR dan PMR. Dh tanya mcm2 tp tak daftar lagi sebab aku nk survey lagi satu tempat ni tgk mcm mana pulak jadualnya.
Ke SMK Kamunting
Dari situ terus pulak ke SMK Kamunting. Tak penah2 aku masuk sekolah ni, hehe. Terus naik ke ofis dorang kat Blok B di tingkat 1 utk serahkan surat pertukaran sekolah Akem. Aku pun tak tau sebenarnya proses mcm mana. Maton soh mintak salinan sbb sekolah lama akem yg mintak tp sekolah kamunting kata sekolah lama dh tak perlu surat tu. Nasib baik dorang serahkan balik surat yg original tu setelah dorang copy utk simpanan sementara pejabat sekolah. Surat yg ori tu perlu dibawa pd hari pertama persekolahan 2012 nanti oleh ibubapa atau penjaga bersama Akem yg beruniform penoh, mm..
Maton leh ler gi fotostat surat ori tu utk diserahkan pd sekolah lama Akem nanti.
Macam tu rupa2nya, ye. Takpe ler, bila Maton mewakilkan aku utk tolong buat semua ni...ia menjadi pengalaman aku jgk. Sekurang2nya aku dh tau proses2 utk pertukaran sekolah, hehe.
Tentang Dhia
Ramai yg tengok citer ni. Lelaki pun ramai yg tengok, siap apdet mcm org pempuan gak kat fesbuk, kehkeh. Tp aku tak tgk pun...betol!! Bkn drama Tentang Dhia aje....drama tentang yg lelain pun aku tak tgk, ngee.
Dh lama bertahun2 aku tak ikut drama, telenovela bersiri ni. Aku tak mo masa aku terikat dan di waktu2 tertentu tu perlu ada dan tercongok di depan tv semata2 tak mau terlepas apa sambungan pd episod seterus dan seterusnya. Nk menanti sambungan ke episod seterusnya pun mcm tensen jer, hoho. Oleh itu...baik aku jgn terjebak tgk apa pun drama bersiri..termasuk laa drama korea tu, mm..
Tu aku laa....sbb mmg aku sendiri yg tak suka. Sape2 yg suka tu...tengok la kan. Tak salah pun. Aku jer yg mcm tu, huhu.
Bukan drama aje...filem Ombak Rindu yg org dok heboh best sgt tu pun aku tak terpikir nk tgk sbb aku dh penah baca novelnya dan tau apa yg divisualkan takkan sama ngan pembacaan sebuah naskhah novel.
Tp tu laa kan...kalo tgk drama ni...mana yg baik tu kita amek. Mana yg tak elok tu kita jdkan sempadan. Selalunya bila tgk drama ni...yg baik2 tu kita suka dan adakala rasa mcm kita laa. Mana yg jahat tu kita sumpah2 tak suka. Tp kalo dlm realiti...penah tak kita cermin kita mcm mana?? Kita ni baik ke?? disukai oleh orang ke? Mulut kita....bercakap yg elok2 aje ke?? Hati kita....bersih ke? Otak kita berpikir yg baik2 aje ke??........
Abes cerita hari ni....