Friday, December 23, 2011

Macam2 hal....

Pagi ni...mmg byk urusan yg perlu aku buat. Menjadi seorang surirumahtangga sepenuh masa ni...urusannya bukan sekadar di rumah ye, tuan-tuan...hoho..
Lepas babaaaaii abg gi keje..aku pun keluar gi pasar ngan motor. Dh balik pasar...siap2 lak nk keluar ngan sang kancil. Aku ajak Akiss teman. 
Mula2 ke umah kak idah...amek Eqah. Kemudian terus jer aku memandu ke PPD Larut, Matang & Selama yg terletak berhampiran ngan hospital Taiping ni. Ni kali ke2 aku jejak ofis tu. Sebelum ni dh hantar borang pertukaran sekolah Akem. Aku mewakili adik ipar aku yg dok kat KL tu. Jawapan utk status pertukaran sekolah hari tu tak tau lagi. Minggu depan tinggal seminggu jer sebelum sekolah penggal baru dibuka. Jd, aku kena gi sana utk tanya semula. Gi kali ni dpt jumpa pegawai terbabit. Beliau kata....jawapannya minggu depan, insyaAllah kemungkinan besar ianya positif. 
Skang ni dorang mmg tgh sebok memandangkan sudah menjadi kelaziman ujung2 tahun ni ramai yg mohon nk tukar sekolah. Ok...kita tunggu minggu depan. Dorang janji..dorang akan kol. Lepas tu aku terus hantar sms kat Maton mengenai perkara tersebut.

Kemudian...panjat pulak pejabat MARA kat ngan The Store Taiping Jaya tu. Ni pulak tolong bawak Eqah nk amek borang MRSM laa. Eqah ni anak sedara sebelah suami aku. Dia pun dpt result PMR gak semalam. TETAPI......aduhaii, rupa2nya borang permohonan MRSM utk form 4 dh lama keluar dan dh tutup pun tarikh permohonannya. Dorang keluarkan borang selepas trial exam dulu dan pemohon perlu menghantar borang tersebut cuma menggunakan slip keputusan trial exam!!! Aduhaiii, mana ler nk tau, kan.
Eqah kata...tak mengapalah..dia pun nk mencuba nasib jer. Aku ckp kat Eqah..semua tu ada lah hikmah di sebaliknya. InsyaAllah, ada yg lebih baik menanti.
Dari ofis MARA...aku ke AMBank lak..nk bayar RM bulanan sang kancil ni. Mak pun dh berhenti keje..jd, mulai bulan ni kena ler kitorang pulak yg melangsaikannya sendiri. Terima kasih mak.

Dari AMBank...aku gi beli lak hose shower..yg kat umah tu dh tercabut. Ye ler...dh lama guna, kan...hehe..

Dh balik umah...masak2 sambil tu aku soh anak2 kemas pakaian masing2. Kitorang nk balik Bentong petang ni. Kesihatan mak aku semakin hari semakin membimbangkan. 
Aku pun tak packing lagi ni. Hadap komputer jap.
Semalam aku ada beli seluar jeans dan slack. Aku punya laa. Dh tinggal selai jer seluar jeans sbb yg lain dh koyak. Jap lagi aku nk kena alter sendiri guna mesin jahit Toyota aku tu, hoho. 

Alza pun tak bercuci...dh lama tak bercuci. Nk cuci sendiri..hari ujannn..nk cuci - hari ujan. Jadi, biarkan jer dulu, huhu. Cuma td dh soh along buang pasir kat karpet alza tu. Nak gi Bentong nanti...InsyaAllah, mentua aku pun ikut sekali..nak melawat besan mereka yg sedang sakit di sana. Harapnya, perjalanan nanti berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi di Taman Desa Damai, Bentong..Amin.

-Terima kasih pd yg mengucapkan tahniah kat along. Semua tu adalah usaha dia sendiri & alhamdulilah, berjaya. Aku sebagai ibu cuma memberi sokongan moral, dorongan padu, nasihat dan titipan doa shj. 

-Along bakal masuk hostel semula pada 8 Januari 2012...utk mengharungi pula program Pra Tingkatan 4 kat sana nanti.

-Minggu depan baru ada kelapangan utk membeli peralatan sekolah along pulak...

-Minggu depan jgk baru aku jengok pusat tuisyen berhampiran utk tgk jadual dorang. Akiss dan angah menghadapi peperiksaan nasional tahun 2012 nanti. Angah kata...dia nk subjek BM dan BI sj. Apa2hal...semuanya minggu depan, insyaAllah.

2 comments:

mamawana said...

Yeah.. busy tetap busy. Kaum ibu mcm kita ni sentiasa ada kerja yg kena dan perlu di buat. Gi kedai runcit, gi pasar, gi bank, g sekolah anak sana sini. Kita semua super emaks..heee

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/12/jalan2-bermanja2-main-air-di-tepian.html

wantie said...

sibuk tul akak noh. kalau t,urusan bank semua tu lari time kerja la jawabnya