Sunday, March 4, 2012

Along merentas desa..

04 Mac 2012
Sabtu

Hari tu Angah sekolah ganti...cuti CNY dulu. Ikut jadual hari Jumaat.
Akiss pun gi sekolah tp bkn sekolah ganti sebab sekolah dia takde cuti ekstra masa CNY dulu. Akiss gi sekolah sebab ada kursus kepimpinan utk pengawas sekolah & pss di sekolah dia. Sama jgk baliknya...kul 12 tengahari.
Pagi tu, aku hantar Angah ngan motor sebab dia ikut waktu persekolahan. Kena awal sebelum loceng berbunyi.
Akiss lak kena hantar sebelum jam 8 pagi. Jd, aku ngan abg terus keluar sekali hantar dia ke sekolah sebab lepas tu kitorang nk gi lake garden. Abg nk jogging...aku nk senamrobik sebab setiap sabtu minggu pertama setiap bulan ada senamrobik Sabtu Santai. 
Dorang dh mula lg awal..ramai peminat senamrobik ni..
Hari tu ada jgk team PLKN, team renjer dan pelajar2 dari beberapa sekolah utk gotong-royong bersihkan kawasan lake garden. Sebelum mulakan tugas...dorang senamrobik dulu, panaskan badan...hehe..

Aku ikut jgk...dari belakang aje.
Tgh2 senamrobik yg tak seberapa aku ikut tu (hehe...)...aku dh ternampak kelibat budak2 MRSM Taiping keluar dari arah jalan Bukit Larut tu utk acara merentas desa. Dorang kena lari pusing lake sampai, kemudian ke simpang 4 di trafik light penjara dan terus masuk ke jalan lumba kuda, Telekom, taman suria dan masuk kembali ke padang maktab dorang. Jaoh jgk ler nk lari tu, mm...

Dh nampak kelibat pelajar2 sampai berdekatan ngan aku.
Mula2 nampak dorang berdekatan...aku ok lagi. Tp bila nmpak dh semakin ramai melepasi kawasan tu..maka aku pun gi ke tepi jalan. Nk tgk along lari. Harap2 tak terlepas ler lagi, hehe..
Mula2 tunggu nampak ler Naim...kawan baik along sedari Pengkalan Hulu lagi. Pastu, dlm lima menet...baru ler nampak Along.
Yg pakai t-shirt merah tgh berlari tu ler anak aku, mmm...kecik jer dia. Kalo kat umah mcm dh besar sgt, hehe..
Tu dia tgh bersaing ngan pelajar form 5 tu. Kalo pelajar form 4 ramainya bert-shirt merah sebab tulah selai t-shirt maktab dorang.
Along berlari...merentas lake garden, hehe..
Mula2 aku lambai along tp dia tak perasan sgt sebab tgh khusyuk berlari ni. Layan letih lagi, hehe.
Berlari yg betul adalah berlari tanpa henti wlpn cuma berlari2 anak. Kalo dh berhenti...nk mula balik tu dh payah sket dh, hehe..
Tanya along...mmg dia tak berhenti pun. Dia buat mcm dia jogging ngan abah dia jgk ler.

Dlm acara ni...along sampai dh lebih dari 30 org ler, hehe. Katanya...cuma 30 orang pertama aje yg dpt sijil. Yg lebihnya tu...dpt keluarkan peluh dan toksin2 dlm badan aje laa (termasuk ler along), hehe..

Kul 8.45pg...aku ngan abg gi sarapan. Kul 9.30 pagi kitorang ada fotoshoot ngan kak chik kat sekitar lake. Nak bergambar bersama keluarga ngan kete barunya Nissan Teana hasil dari Zhulian...Gambar tu utk kegunaan Zhulian nanti.

Sekian...

Nota Alona:-
-along citer...5hb Mac ni ada Program Bersama Angkasawan. Angkasawan Negara iaitu Datuk Sheikh Muzafar akan hadir pada majlis tu. Beliau jgk katanya akan merasmikan minggu aktiviti maktab tersebut.
-aku dh pesan kat along..amek gambo byk2...leh taruk kat blog dia. (Mcm ler along tak tau, kehkeh)

No comments: