Friday, April 27, 2012

Gajet terbaruu...

26hb April 2012
Khamis

Dh lama oder mende ni....18hb Mac 2012 ari tu. Tp lambat dpt sebab kilang dorang kat Bangkok ri tu tenggelam dek banjir...Kilang tak beroperasi seketika dan tidak ada sebarang produk dikeluarkan. Bila kilang dorang dh beroperasi seperti biasa, barulah ia kembali produktif.

D7000 kali ni. Lebih istimewa dari D90 yg kitorang ada. Tp, kitorang beli body nya saje. Takde sekali ngan kit lense...cuma tambah lah memori kad dan beg. Lense leh pakai lense yg ada.
Leh pakai kit lens D90 iaitu 18-105 (sama aje ngan kit lens yg disediakan pd D7000). Leh gak guna lens nikkor 50mm, ataupun nikkor 55-200, lense tamron 17-50, ataupun tokina 'wide' 11-16.....
Buah hati yg baruuu...
Beg Nikon ori...dpt harga ofer.
Wlpn skang 3 body dslr dan 1 body slr (guna filem) ada kat umah....tp D60 dh jd hak milik anak sulung kitorang. Abg bg kat dia hadiah sempena PMR ari tu. Abg bukan sesaja nk bagi kalo along takde minat. Sebab dia ada minat dan foto2 yg dia amek pun byk yg boleh dipakai sekiranya kitorang bawak dia gi skali ketika menjalankan tugas sebagai OP....sebab itulah abg bg kat dia.

Balik awal Mei ni nanti...along nk bawak D60 tu ke hostel dia kerana dilantik sebagai fotografer utk kelab Usahawan Muda dan merakamkan segala aktiviti yg melibatkan kelab tersebut.
Dh mintak izin kat abah dia dh....abah dia bg lah tp cuma guna kit lense dia aje lah pun, kan. Takleh ler nk bawak lense lain, hehe. Tp tanggungjawab along...dia kena ler jaga mende tu elok2. Mmg kat sana aku tgk ramai yg bawak dslr ni....mmm...

Disebabkan body D60 dh jd along punya...tu yg abg beli body lain lak utk kegunaan OP kitorang selain D90 yg dh byk berjasa ni. Guna sebijik body aje susah jgk kekadang. Tak boleh nk dijadikan backup.

Mmm...nk beli D7000 ni pun kitorang pikir byk kali jgk. Dh beli mende ni kitorang terpaksa melupakan byk mende yg sepatutnya dh berganti dlm umah kitorang ni. Yg kebanyakannya dh berusia lebih 17thn, huhu....ye lah, terpaksa berkorban demi masa depan, sobsob.....

Org lain dh beli tilam spesel tanpa spring yg leh sedut toksin, gi makan angin destinasi istimewa....tp kitorang mmg kena k.i.v kan lah mende tu wlpn tak tau sampai bila, huhu..
Semuanya kerana D7000 adalah satu pelaburan. Nak meniaga mesti kena keluarkan modal...tp kitorang ni bukan meniaga barang...tp meniaga perkhidmatan. Jd, kena ler beli dan apgred beberapa barang yg diperlukan tu.

Tp D7000 memang best lah. Harap2 kitorang pun lebih kreatif utk memantapkan lagi foto2 yg diambil. Kalo harapkan kamera aje pun tak guna, iye dak??
Serupa org beli kereta mewah laa...tp bila masuk simpang pun tak reti nk bg signal...baiklah dia gunakan kereta buruk aje, huhu..(ada kena mengena ke? hihi)..

Petang semalam lepas aje abg balik keje dan makan nasik...kitorang terus ler bergegas ke Parit Buntar semata2 nk amek kamera ni. Oder dh sampai...Roger Chan dh kol sehari sebelumnya. Beli kat sana sebab harganya murah sket lah berbanding ngan kedai kat Tepen dan berbanding ngan harga kedai online. Harganya lebih kurang sama taraf ngan kedai2 jual kamera kat Komtar, Penang tu.

Hmm...beli body ni mmg cash lah..Guna duit hasil dari simpanan perkhidmatan OP ni jgk. Adalah sket lagi belennya, hmm. Kena cari balik lah.
Alhamdulillah...bila ada keje sampingan cenggini...byk gak lah leh tampung kehidupan kitorang anak-beranak. Antaranya leh byr insurans tahunan kete kancil dan alza terutamanya, leh guna utk maintainance kete, bawak kitorang gi cuti sampai ke Kuala Terengganu tahun lepas....dan beberapa yg lain lah. Nak kata hasilnya lumayan tu tidaklah sebab harga kitorang tidaklah seperti OP fulltime. Mereka yg bekerja sebagai operator pengeluaran pun masih mampu menggunakan perkhidmatan kitorang ni..

Aku ni tak keje...harap abg sorang aje. Inilah cara kitorang cari rezeki sampingan. Orang lain dgn cara yg lain...bisnes kek, pastry, jual tudung online, jual dinar, jual itu ini kat online, bisnes gerai makan2 waktu malam dan mcm2 lah. Mcm2 cara utk cari rezeki sampingan cuma cara nak memulakan tu perlu semangat yg tinggi utk menembusi dinding penghalang seperti perasaan risau takleh masuk line, kurang berkeyakinan dan sebagainya lah. Kitorang ni pun nk mula bukan berani sangat pun. Leh tgk entry ni & ini utk lihat permulaan kitorang dan hasil pertama kerja kitorang ...hehe..

D7000 ni bakal berkhidmat kali pertama ngan Inaldafoto pd hari Ahad ni di Kg. Padang Lalang, Batu Kurau utk sebuah majlis pernikahan, persandingan dan outdoor. Semoga ia berjalan dgn baik..InsyaAllah.

Nota Alona:-
~body Nikon slr yg menggunakan filem tu ada dlm simpanan abg. Mak yg soh abg simpan. Mak ckp kat umah tu takde sape yg nk gunakan, dh...masing2 semua dh menggguna digital kompek.

Thursday, April 26, 2012

Jgn ingat senang nk urus hari keluarga....

Pergh..tajuk dia....bukan main!!! hihi..

Aku skang sedang uruskan sebuah hari keluarga. Mmg bkn mudah pun. Aku dh tau masalah ni bakal dihadapi sebelum aku volunteer nk uruskan. Aku volunteer pun sebab aku pun mmg suka buat hal2 cenggini wlpn tau byk masalah yg akan dihadapi.
Byk mende nk kena buat tambah2 aku ni dok jauh dari kengkawan yg lain yg kebanyakannya dok kat area Lembah Klang. Hampir 100% perancangan dan pengurusan aku kena uruskan sendiri.
Aku kena pikirkan konsep gathering, buat aturcara jgk. 
Aku kena cari lokasi yg sesuai dan lokasi yg mudah utk aku uruskan. 
Aku kena apdet akaun bank aku bila ada yg bank-in duit utk pembayaran agar tak tercampur ngan duit sendiri, kena rekod.
Ada pulak buat t-shirt...kena survey material dan mcm2 lagi lah termasuk penyediaan hadiah, etc...wooh!!!
sekadar gambar hiasan...
Tgk grup lain wat Hari Keluarga meriah dan ramai yg spoting menyertainya sangat menyeronokkan. Seperti gambar di atas ni...dorang adalah dari grup alumni 3 kolej islam yg ada kat Malaysia ni iaitu Kolej Islam Klang, Kolej Islam Malaya dan Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Pastu, salute kat dorang sebab leh join majlis ni walaupun lokasinya dibuat jauh dari Lembah Klang...iaitu di Taiping, Perak.

Apa yg berlaku kat aku skang ni mmg merumitkan jgk lah. Dh iklankan lama dh kat wall grup di fesbuk. Tarikh akhir bayaran asal adalah pd 22/4 ari tu...tp sampai tarikh tu baru segelintir aje yg bayar dari 137 ahli. Yg klik tidak hadir tu dh tentulah takmo join. Yg dok senyap pun ramaiii, yg dh klik akan hadir ada jgk yg lom bank-in duit. Mungkin tak jd nk join kerana ada hal lain yg lebih penting. Takpe, tak kisah tp bgtau lah, kan. Mmg bukan paksaan tetapi bila dh ada yg menganjurkan perjumpaan....apalah salahnya sekiranya memberi sokongan padu, kan..jumpa kengkawan lama. Bkn tiap2 bulan ada wat acara cenggini.

Yg dh klik MUNGKIN HADIR kat wall acara tu, masih terpikir2 ke?? mm..ntah ler..
Apa perasaan aku masa tu?? mmg sedehhh..rasa mcm tak jadi jer mende ni, huhu..

Dulu dorang gak yg mintakkkk sgt ada gathering susulan selepas berjaya dibuat pd Mac tahun lepas dinner di PD. Sampaikan ajk gathering tahun lepas pun dh merajuk takmo terlibat dh. Sampaikan dorang bg peluang kat kawan2 yg lain pulak uruskan bila ada yg mintak...mintak dan asek dok tanya2 bila nk wat gathering lg. Bila dh takde yg volunteer...aku yg jd admin grup yg kena mengalah bila ada yg kata akan bg sokongan bila aku uruskan.

Tp tu lah...mgkn mcm sebelum2 ni jgk lah..atau mmg sikap org Malaysia suka last minute. Tu pun ada yg mintak excuse utk bayar bayaran tersebut pd tarikh gaji dorang keluar selepas 22hb tu, tak mengapalah kita fleksibelkan diri.
Akhirnya, aku enjakkan sket dari 22hb ke 25hb...iaitu hari semalam. Kalo aku straight sgt pun takleh jgk..ni bkn majlis formal.

Kalo aku rejek penyertaan selepas 22hb...rugi jgk. Bkn rugi dari segi wang ringgit tp rugi sebab tak dpt jumpa lebih ramai kawan2. Dorang berhajat nk join tp duit baru ada nk dibayar pd tarikh selepas tamat tempoh, camno kan?? Kekadang kita kena paham jgk masalah org lain terutama kawan2 sendiri ni.

Aku ni mmg tak suka nk kutip2 duit tp kalo takde duit mcm mana urusan nk berjalan lancar kerana semuanya perlukan duit...
Kalo aku kaya-raya mmg aku sponsor aje majlis cenggini...(kalo dh mcm tu dorang masih tak sudi nk datang jgk...mm, tak tau ler, hahaha..berangan jer laa. Ntah bila nak kaya-raya nya, kehkeh)

Apa yg aku alami dari mula2 aku keluarkan pemberitahuan mengenai gathering tu kat wall grup....aku jgk SMS pd kawan2 yg jarang on fesbuk, yg takde akaun fesbuk. Aku inbox jgk kat fb dorang bg peringatan, hehe...
Ada yg jawab...ada yg senyappp tak jawab apa2.
Ada yg jawab tak dpt hadir...tak mengapalah. Ada yg kata nk tgk dulu free ke tak hari tu...takpelah kerana sehingga tarikh tamat pembayaran adalah tempoh utk berpikir, hehe.
Timakasih jgk kat kengkawan yg tolong uar-uar kan, sms dan kol bgtau info ni kat kengkawan lain.

Skang, dh lepas 25hb, Alhamdulillah lah..wlpn ahli yg konfem nk join & membuat pembayaran seramai 30 org tetapi jumlah keseluruhan termasuk ahli keluarga lebih dari 50 orang jgk..dan bolehlah dilaksanakan di lokasi asal. Mgkn tak perlu dh gunakan plan B. Tarikhnya pun dh semakin hampir.

Semalam aku gi kedai Ezform utk tempah t-shirt. Aduhaii...lari bajet RM5 gak utk setiap helai (RM10 utk saiz XXXL, huhu) sebab aku dh tambah beberapa perkataan di belakang baju dan buat jgk perkataan di depan kiri t-shirt tersebut. Itupun dh kurangkan tulisan di lengan kiri baju, huhu.. Harap2 cukup laa bajet utk beli hadiah dan props utk mini sukaneka nanti, (moga2)..InsyaAllah. Mmg rumit jgk nk handle kewangan ni...bajet kena pandai2 urus.
Lepas ni nanti keje aku kena gi kedai printing banner lak, nk buat satu banner.
Nak cari hadiah lagi...hadiah biasa2 aje. Asal ada, kan..hihi.
Nak bungkus hadiah lagi nanti.
Nak cari barang2 lain yg diperlukan jgk. Mcm2 lah..

Kesimpulannya, bg mereka2 yg dijemput utk join majlis2 perjumpaan...hargailah penat lelah org yg menguruskan majlis tersebut. Pergilah sama menyertai mereka. Kalo tak dpt sertai pun, berilah mereka sokongan padu. Kalo nk bg sedikit duit sumbangan pun takpe. Utk tampung2 apa2 yg perlu.
Mmg tidak mudah...kalo mudah mesti ramai yg volunteer utk menguruskannya, kan?? Sebab menguruskan majlis seperti ni bkn ada untong pun. Sesen pun takde. Terkadang kena keluar duit poket sendiri lagi ada. Pastu nk wat keje2 dari mula sampai majlis dh berlangsung...mmg memenatkan.

Walaupun begitu...aku sgt menghargai dan berterima kasih pada kengkawan yg spoting, bg support, bayar awal, bg cadangan yg bernas dan sahabat yg berkemampuan menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas pun ada...Korang mmg best!!!

Nota Alona:-
~Inilah keje penting yg aku sengaja cari tu, huhu...
~Sebelum ni aku dh beberapa kali gak ler urus cuti2 makan angin ngan family Bentong dan cuti2 reramai ngan famili Taiping. Tp takde laa serumit program yg ni...kerana yg ni melibatkan jumlah orang yg lg ramai.
~Wlpn rumit tp aku ikhlas buat keje2 ni. Sebab aku yg sendiri rela buat keje2 ni, hehe. Cuma entry ni adalah utk luahan aje laa. Nk kongsi pengalaman mengendalikan program mcm ni. 
~InsyaAllah, kalo berjaya tahun depan leh buat lagi, hahaha...

Wednesday, April 25, 2012

Oh, sijil!!!!

Assalammualaikum,

Semalam, masa aku dh kunci umah nk gi amek anak2 balik sekolah...ternampak ler ada surat kat peti surat umah kitorang ni. Sampul besar kaler cekelat. Terpikir gak, siapa laa punya agaknya, ye?? Bila dh diambil...tgk2 nama aku. Erk?? pesal lak aku dpt surat ni??
Woho.....!! baru aku tingat.. Ni mesti siji kelas wat cupcake ri tu ni!!! emm, tgk cop Taiping..konpem ler tu, hihi..

Aku tak bukak lagi sampulnya. Bila dh amek angah dan masa nunggu Akiss nk keluar dari kawasan sekolah..baru laa aku bukak sampul tu...

TARAAA!!!
Masa dpt tu dh terkelepet2 dh sijil ni, ish..ish..
Tapi nama kursus tu program latihan kemahiran tidak formal...hahaha...mmg laa tak formal pasal belajar beberapa jam aje. Kalo formal tu....jenis yg berhari2 utk wat bisnes tu dgn bayaran yg lagi mahal kalo tak berkaitan ngan MARA, kan..hehe..

Tapi tak mengapalah...dh dpt gi belajar tu pun ok dh. Pengalaman berharga wlpn balik dari kelas tu aku tak nah lg mencuba wat cupcakes + icing cenggitu, kehkeh..
Skang sebok pilih2 gambo, mengedit gambo dan hal2 sampingan penting yg aku sengaja cari sendiri, kahkah...

Dpt sijil ni taruk dlm fail aje lah. Aku ni surirumah sepenoh masa...dh lama tak dpt sijil2 dh selepas sijil kahwin, kuikui...
Uppsss.....baru tingat...3-4 tahun lepas penah gak dpt sijil....sijil penghargaan sebagai AJK PIBG sekolah rendah along & angah, hihi..

Sekian.

Nota Alona:-
~Mcm leceh sket ler bila blogger.com ada pembaharuan ni. Susah laa aku nk ejas gambo atas ke bawah...bawah ke atas....ish..ish..

Tuesday, April 24, 2012

Jeruk Akiss

Minggu lepas anak aku ni belajar wat jeruk dlm subjek Sains kat sekolah dia. Pastu, bila jeruk dh menjeruk dan boleh dimakan...akiss pun bawak ler sket balik umah nk bagi aku rasa ler konon2nya, hehe.
Pastu, aku ni teragak2 ler nk makan kan...maklum ler...pojek ni bkn dia aje sorang yg buat...tetapi berkumpulan. Keje budak2 ni bkn leh caya sgt, hihi.
Tp sebelum tu dia cerita laa yg cikgu dia pun bg komen yg jeruk dari kumpulan dorang sedap, kehkeh..kira ok laa tu, kan..mesti cikgu pun pantau tahap kebersihan. Kawan2 lain yg rasa pun kata sedap.
Oleh sebab itu lah dia pun bawak laa balik sket utk bg ibu dia ni rasa. Maklum ler...ibu dia ni mmg suka ler jeruk2 ni, kan..
Bila dia dh citer mcm tu...aku pun rasa ler sepotong. Mmm, mmg sedap laa. OTW nk balik umah tu...terus ler cari kedai buah yg jual pelam teloq..tp takde lah pulak!! Selalunya mcm tu lah, kalo cari susah sgt nk jumpa. Kalo tak cari tu...berlambak nampak org jual, huh!!

Aku pun gi ler pasar malam malam tu nk cari buah pelam. Nasib ler jumpa, melambak pulak org jual. Aku pun beli ler 2 kilo dari 2 jenis mempelam muda. RM3 sekilo.
Balik tu jgk terus kitorang jalankan projek nk menjeruk ni, hehe..

Akiss semangat memotong buah pelam..
Sj tak buang kulit sbb kitorang suka jeruk yg berkulit, hehe..

Aku pun tolong gak ler memotong buah ni sebab nk bg cepat abes. Bosan malam2 dok dapur, kan..
Tapi tu lah...aku ni kalo buat keje cenggini mesti ler ada keje sampingan iaitu makan buah pelam ni ngan kicap, kehkeh..
Potong aje lah mcm mana pun....
Mula2 akiss taburkan garam dulu dan simpan semalaman.
Keesokkannya, lepas balik sekolah...akiss pun sambung buat projek menjeruk ni. Bekas pelam yg ditabur garam tu dh berair. Mmg macam tu akiss kata, hihi. Iyelah, itu yg dia belajar kat sekolah...(Nak ikutkan kalo ikut cara mak aku buat jeruk....lain sket)
Kendian, dia tos air garam tu terlebih dulu sebelum melakukan langkah selanjutnya....
Buah pelam yg telah ditos air garam tetapi belum dibuat langkah2 akhir sebelum leh ngap!!!...
Gambar jeruk yg dh siap takde...sebab dh abes. Sgt laku...ramai yg suka makan termasuklah Akem, kakak Yui.....hehe....Yg lain2 tak sempat nk rasa psl dh abes.
Sampaikan kena beli lg sekilo buah pelam teloq utk buat lagi atas permintaan, kuikui.. Punn, dh abes dh jeruk batch ke 2 ni...ish..ish...dasyat2.
Kena beli lagi pelam muda cenggini (utk batch 3, hehe)..selagi tak jemu, hahaha..Tambah2 pulak, skang ni tgh musim pelam muda, uiyoo...

Sekian...

Monday, April 23, 2012

Oh, pagar!!!

22hb April 2012
Ahad

Takde apalah. Sj nk citer psl pintu pagar aje pun...pintu pagar umah kitorang, hehe..
Rumah kitorang ni mmg kat atas sebuah tanah lot. Sekali pandang mcm sebuah rumah tetapi sebenarnya rumah tu terbahagi kepada 2 bahagian. Ala2 semi-D gitu, hihi. Umah kitorang dan kakak sulung suami aku sebelah menyebelah, hehe.

Berbalik pd tajuk....hari Ahad ari tu kitorang keluar gi cari duit. Ada job kat Parit Buntar....utk kenduri aqiqah dan cukur jambul cucu kepada seorang yg berstatus Datuk/Datin. Meriah majlis tu...bkn cucu beliau aje yg berendoi...tapi ada 6 lg bayi yg lain...iaitu dari kalangan saudara-mara dan jiran2 yg nk menumpang majlis berendoi cucu/baby dorang sekaligus. Macam majlis kenduri kawen dh gayanya siap ada 2 buah pelamin. 1 pelamin berendoi...1 lagi pelamin utk belah mulut.
Pastu, siap ada sukaneka 5-6 acara utk kanak2 lagii!!!

Balik dari majlis tu dh jam 4.30ptg...terkejut tgk Yeop tengah mengecat pagar umah keseluruhannya. Hmm...berseri laa nampak pintu pagar rumah kitorang tu, hehe.. 
Pintu pagar ni sebenarnya dh berusia 17 tahun lebih dh..tp masih tegap utk digunakan.
Kaler asal...itam...tapi Yeop dh tukar kaler ni..
Timakasih laa kat Yeop. Dpt gak ler aura seri utk umah ni, hehe..

Nota Alona:-
~ Yangg, jom cat umah kita gak!!! kehkeh......

Saturday, April 21, 2012

Angah & Akiss grading lagi...

20hb April 2012
Jumaat

Malam tu ada grading lg. Grading kali ni mmg berjalan ngan lancar. Tarikhnya pun takde tangguh2 mcm grading dulu2. Dapat tarikh, isi borang...sampai masa...jalannnn!!!

Kitorang keluar awal sebab Akem tak dpt uniform lagi. Uniform dorang oder sampai lambattt..tambah2 pulak Khamis tu kurier tak jalan sebab cuti keputeraan.

Kat gym...Akem salin uniform.
Angah dan Akiss dh gi kat tempat berhimpun....aku ngan abg dok teman Akem kat dlm gym tuko baju dan tolong Ivy tulis rekod pengambilan uniform.
Abg pun amek kesempatan exercise kat gym malam tu. Ada ler 40 minit cenggitu kot. Pastu, teman aku tgk acara grading tu, hihi.

Dorang tgh dengar taklimat dari sir Chandran..
Sebelum mula grading dorang stretching terlebih dulu....
Mula2 white belt dulu. Giliran awal adalah budak kecik2 dulu...
Dh abes white belt, baru lah yellow 1, kemudian yellow 2, kemudian green 3 dan sebagainya.
Kali ni peserta yg grading takde dari kalangan red belt dan black belt....Ramai yg dh red belt dah black belt utk grading yg sebelum ni. Dorang pun tak berani lg nk amek black belt peringkat seterusnya. Tambah2 pulak yuran utk grading black belt mmg tinggi dari grading utk belt2 yg rendah ni, huhu..

Kat bawah ni gambo Akem tgh grading...Mujur laa kebetulan masa akem masuk team ni ramai jgk budak2 lebih kurang sebaya dia. Takde ler dia rasa rendah diri & malu2 grading white belt ngan budak2 sekolah rendah, hehe..
Chaiyuttt!! (tak tau ler betul ke idak ngeja perkataan ni, ngee)
Akem yg belakang dekat ngan pintu kuning tu, hehe..
Budak depan 2 dari kiri tu mmg hebat. Aku rasa dia ni leh laa dpt terus yellow 2...hebat dia.
Kat bawah ni lak...turn Angah. 
Angah dan grup yg ni last grading utk yellow 2..
Malam grading ni aku tgk angah buat lebih bagus dan bersemangat dari grading yg tahun lepas. Sejak2 tu dia berusaha menguatkan otot2 dia ngan selalu pumping kat umah, selalu main dumbell kecik kat umah...walaupun badan dia kuruih cekeding, hihi..
Suara angah pun kuat malam tu...
Sir yg memberi arahan dan Master yg sedang menilaikan persembahan peserta.
Sori lah, amek gambo guna kompek cenggini ler ye..pergerakan tak dpt nk capture jelas, hehe.
Ok, turn Akiss pulak..
Akiss ni dh satu ke depan dari Angah ni bkn apa...akiss yg join dulu team ni. Angah masa tu tgh persediaan nk UPSR. Dh abes UPSR baru angah join kelab ni.
Ready...
Belakang2 dan tepi2 tu mmg ramai parents dan ahli famili dtg tgk grading..bg sokongan, amek2 gambo, kan!! biasa lah tu, hihi..
Hepp...hepp!!! jerit kuat kuat. Bkn jerit2 biasa..jerit guna suara dari dalamm...
Utk green belt...mmg ada ujian ni...
Dh selesai Master memberi teguran pd pergerakan2 salah yg kebanyakannya peserta lakukan serta kesimpulan pd keseluruhan...maka sesi bergambar pun diadakan..
Amek gambo ni..ada yg lg elok tp kat hp angah ler pulak...ni dari kamera kompek akiss, hehe..
Selesai bergambar...bersalaman ler ngan sir dan master..
Maka, berakhirlah sesi grading utk kali ni. Keputusannya seminggu dua lagi.

Sekian..

Nota Alona:-
~Apdet blog ketika keletihan. Hentam kromo aje lah entry ni, huhu..

Friday, April 20, 2012

Aktiviti di hari cuti keputeraan Sultan..

19hb April 2012
Khamis

Hari semalam cuti utk negeri Perak sempena hari keputeraan Sultan. Org Taiping mmg ramai nampaknya keluar hari tu, hehe. Kalo naik Cameron Highlands ari semalam mesti syok kan...maklum ler..cuma org dok Perak aje yg cuti. Takde ler sesak jalan kat sinun mcm hari cuti umum lain, hihi..

Pagi, kitorang gi jogging. Kali ni mak dan abah pun ikut serta.
Masa mendaki bukit...abg, angah, akiss dan akem ikut short-cut sampai ke pondok 2. Dari pondok 2 dorang ke pondok 3 ikut jalan jip.

Aku, mak dan abah...ikut jalan jip aje dari bawah. Mula2 mendaki bersama-sama tp sampai kat selekoh lebah tu..abah mula slow dan berhenti2. Mula2 aku tunggu gak tp mak soh aku pi dulu sebab mak tunggu abah. Aku pun jalan ler sengsorang sampai ke air terjun pondok 2 tu.
Kat situ....sementara dok tunggu abg dan budak2 tu turun dari pondok 3, aku berborak ler ngan sorang jogger berbangsa punjabi tu. Cuma berbual mengenai anak dia yg dh form 1 kat TMGS, anak2 dia yg dh jd lecturer...hehe..

Tak lama tu abg pun sampai kat aku...join lak kitorang menyembang. Citer pasal pengalaman dia dapat simptom2 sakit jantung dan pembedahan by-pass kat IJN. Antara simptom yg dia dpt adalah telinga berdengung mcm dengar kapal terbang nk berlepas tu, tangan itam sebab tak cukup oksigen...nau'zubillah.

Budak2 terus turun ke bawah tanpa menunggu kitorang, hehe.

Bila aku dan abg dh sampai kat 'selekoh maklong' (tiang letrik 56)...nampak laa mak dan abah dh mendaki sampai kat situ. Angah, akiss dan akem yg dh turun awal td pun rupa2nya menemani wan ngan pah dorang. Kiranya, mak dan abah jogging td sampai 2km dari kaki bukit laa..Pakcik Amid yg kitorang jumpa kat selekoh short-cut lebah tu pun kata dh sgt ok kalo abah dpt jogging sampai 2 km tu.
Kat situ...mak dan abah takmo naik dh laa...terus jer turun sekali.
Tp abah kena bukak kasut...abah kata "kasut dh ketat, kaki abah dh kembang", hihi. Mak kata, "mana tak ketat..dh lama tak jogging dan tak guna kasut tu", hehe..
Abg dh offer guna kasut abg...tp abah kata, "takpelah..."
Sebelum sampai pondok 1 masa turun tu...mak soh abah pakai kasut semula...risau abah terpijak ludah org dan najis2 monyet yg bertaburan kat atas jalan jip tu, huhu..
Kisah Benar:- Masa ni mak kata "nampak perut abah hang boroi", hehe..Masa tu abah pun tgk lah perut dia, kehkeh..
Tembok tebing jalan tu dh runtoh.
Mmg teruk runtohnya kali ni. Abes teres2 tembok batu tu tergolek2 jatuh ke bawah, hmm
Abg pun sebok amek gambo guna kamera hp dia, hehe..
Sebenarnya...kali pertama jogging sini minggu lepas pun mende ni dh siap sedia runtoh pun, hehe. Tetapi kitorang takde ler sebok nk ngambek gambo. Tetiba ler pulak kali ni baru tingat nk amek. Mgkn sebab masa 1st dan 2nd time baru jogging semula kat sini tu badan masih berat, hehe.
Kali ni dh ringan sket (bkn ler kurang berat badan punnn tapi badan ni fit sket ler dari mula2 gi sini hari tu, hehe).....dh rasa mcm bersantai jer masa mendaki dan turun tu. Lutut pun ok, betis pun ok, peha pun ok...tapak kaki dan kuku kaki pun takde ler rasa tekanan dlm stoking dan kasut dh... 

Tp dh 3x aku mendaki baru2 ni...mmg aku hangin jer ngan sorang driver jip Bukit Larut tu. Air muka dh laa jenis sombong, tak penah nk senyum, tak penah nk angkat2 tangan kat jogger yg berdiri tepi jalan masa jip lalu, dan yg paling aku hangin dia ni jenis suka hon...hon...hon..hon...hon...hon...mcm ler jogger tak reti2 nk ke tepi masa jip nak lalu, huh!! Bodoh sombong!!! ...Sepanjang2 jalan situ dia buat mcm tu. Ngok ngek betol!! Driver lain tak macam tu pun. Cara dia bawak pun mcm tak berhemah langsung, laju semacam aje..naik mcm tu, turun pun mcm tu. Seriau jer tgk wlpn bkn aku yg jadi penompang jip yg dia pandu tu, nau'zubillah.
Baru bawak jip tu dh berlagak tak sudah...belom driver vvip lagi, huh!! 

Angah, akiss dan Akem...
Kat kaki bukit...seperti biasa kitorang gi sarapan pagi pulak lah, hehe..
Dh selesai...amek along kat maktab dia...nk outing hari ni...kan cuti!! Tp Ahad ni along takleh nk outing dh ler sebab syarat dia cuma 2x sebulan aje leh outing ngan family. Dh along nk outing hari ni...ikutkan aje ler.

Dh amek along...terus gi kedai gunting rambut kat belakang The Store Taiping Jaya tu..bawak abah gunting rambut. Akem pun pah dia soh dia gunting rambut.
Along, angah dan abang tak gunting dh ler psl baru sgt jer gunting. Rambut masih pendek, hehe..
Rambut abah mcm kapas aje, hehe..
Dh selesai gunting rambut...ronda2 sekejap sebelum hantar mak dan abah balik umah dan kemudian, kitorang pun balik ler kat umah.

Kat umah terus ler aku gi masak...along pun tolong kat dapur sambil sembang2 ngan dia psl aktiviti dia kat maktab dan hostel.
Angah dh bukak netbook.
Abg bukak citer AVATAR. Akiss dan akem pun tengok jgk. Hmm, tak bosan2 ke tgk AVATAR?? huhu..

Mujur ler jgk hari semalam Along outing ngan kitorang...kalo Ahad ni?? adoii, jenoh ler budak tu, hihi.
Cenggini, masa aku tgh rileks2 petang semalam tetiba dpt kol org nk mintak kitorang amek gambo majlis akikah dan cukur jambul kat Tg. Piandang, Parit Buntar hari Ahad ni.
Kitorang pun rembat aje lah job kecik ni....cari duit tak boleh memilih ye. Asal halal dan itu mmg bidang kita, syukran. Dh mmg hari tu kitorang pun free...elok ler cari duit wlpn cuma job kecik. Mana ler tau...ngan job kecik kat area situ...esok2 akan dpt job besar lak sekiranya dorang puashati ngan job kitorang ni, kan...InsyaAllah.. 

Petang tu sebelum hantar along balik hostel...kitorang gi Taiping Sentral dulu beli hp cokia utk along yg digunakan ketika di maktab. Hp murah yg cuma utk kol dan sms sebelum ni terpecah cermin skrin (ciri2 hp yg boleh dibawa di hostel:- tanpa kamera dan bluetooth serta tanpa berkad memori). Nak repair...baik beli baru. Tak berbaloi kalo repair. Beli ler yg baru harga RM78 td guna duit tabung dia yg aku simpankan.

Dh beli henfon, naik Tesco cari makanan kucing 8kg.
Kendian, terus hantar akiss ke Rakan Muda utk training last punya sebelum grading esok.
Dah hantar akiss baru lah hantar along balik hostel.
Lepas tu balik semula ke Rakan Muda amek akiss.
Sempat singgah kat pasar malam nk beli buah pelam muda. Nk soh akiss buat jeruk pelam...hehe..

Sekian, abes citer...

Nota Alona:-
~Esok lagi ler seboknya...sampai Ahad...mm..
~Jumaat dan Sabtu sebok urus anak. Ahad pulak sebok ke lain...

Wednesday, April 18, 2012

Training utk grading..

17hb April 2012
Selasa

Bukan aku yg gi training tu...tp Angah ngan Akiss tu ler. Dorang kena gi extra training utk grading taekwando hari Jumaat malam Sabtu nanti. Training tambahan inisiatif dari master dan intensif utk pelajar2 sebagai persediaan utk grading. Trainingnya hari Isnin, Selasa & Rabu minggu ni tp aku cuma bawak dorang gi hari Selasa jer sebab aku ngan abg gi gym hari tu, hehe..
Ni utk budak2 yg yellow 2...ada ler angah dlm grup ni. Akiss dh Green 3..dok lepak ler tepi tu dulu. Belum turn dia lagi.
ONE, hepp!!....TWO, hepp!!! THREE, hepp!

18hb April 2012
Rabu

Hari ni kitorang sepatutnya tak gi gym...selalunya gi Selasa ngan Khamis. Tapi disebabkan Khamis sok negeri Perak cuti..maka gym rakyat ni tutup ler. Tu yg gi hari ni ganti utk hari esok, hehe.

Kebetulan semalam Akem takmo ikut gi training...adalah alasan dia. Tp Master Jiva soh bgtau dia...kena datang jgk training pd hari Rabu. Dia nk tgk gerak langkah akem sebelum tiba hari grading tu. Nak pastikan Akem betul2 boleh buat dan boleh lulus. Yelah, kalo gagal...rugi lah kan. Bkn selalu ada grading, dh ler tu skali grading RM30 kena bayar. Mcm Akiss yg dh Green 3, yuran grading dia kena RM35...adess.

Jd, petang td...kitorang gi gym bawak ler Akem skali serta borang dan yuran grading jgk.
Akem ngan budak kecik, hehe..
Sebenarnya ramai budak besar (remaja) yg masih white belt yg akan amek grading jgk Jumaat ni...tp dorang petang semalam dh mai training. Jd, hari ni tinggai budak2 kecik yg semalamnya masih tak berapa bagus...kena dtg lagi utk hari ni.
Sebenarnya jgk...ramai budak2 kecik white belt petang td...tp masa dorang training depan master, Akem dok dlm gym gi punching bag, dh ler terlepas keretapi, huhu...
Jd, kena ler tunggu turn yg last skali, kehkeh...

Sekian...

Nota Alona:-
~Nanti malam grading betul2 Jumaat ni...aku amek gambo lg, ye. Mmg tiap2 kali grading pun aku amek gambo dorang ni, hihi..Utk kenang2an..
~Mmg ramai ler nanti mak bapak yg dtg tunggu utk tgk anak2 dorang amek exam seni mempertahankan diri ni. Tak kira lah anak dia masih kecik ke atau pun anak dia dh tua2 mcm anak2 aku ni, hihi.
~Naper laa Kompleks Rakan Muda dh tak on wi-fi dorang waktu malam masa ada training taekwando. Leh gak ler aku lepak2 sambil2 tunggu dorang abes grading tu ngan berinternet kat situ, cis. Kalo on pun bknnya kompleks kena bayaran tambahan pun. Byr mcm tu jgk...Dulu ada wi-fi waktu malam tp sejak pengarah baru ni takde dh ler...Mmg tak prihatin, hmm..

Tuesday, April 17, 2012

Sang Kancil mintak perhatian..

16hb April 2012
Isnin

Setelah stering rack ditukar...bengkel tu sarankan agar tayar depan yg terlibat ketika penukaran stering rack tu di'alignment'kan.
Jadi, hari Isnin semalam selepas amek angah dari sekolah...aku pun terus gi ke kedai tayar yg biasa kitorang gi kat Taiping tu. Sementara tunggu akiss abes kelas jam 2.30ptg mmg sempat ler aku dok nunggu cina ni alignment kan tayar sang kancil ni, hehe..

Cina tu test drive dulu nk tgk tayar mana yg perlu di'alignment'kan.
Sambil duduk kat kerusi yg disediakan menunggu cina ni wat keje...aku dok membaca novel ler. Sesekali bangun gak kerling2 tgk cina tu wat keje.
Dh siap...mcm biasa cina tu pun mesti test jgk ler. Dh ok..aku pun wat bayaran.

Dari situ...terus gi ke Shell isi petrol RM10 aje...seperti biasa, hehe. Kendian, terus ke sekolah Akiss. Nunggu dlm 10 minit gak ler sambil sambung membaca novel...baru ler dia abes kelas ari tu.

Ni...dh beli dh minyak enjin utk sang kancil dan filter sekali. Tp ntah bila ler cik abg aku ni nk menukarkannya. Kena pastikan ler...cuti keputeraan Sultan Perak pd Khamis ni abg settle, kan jgk...huhu..
Dh naik harga Perodua Genuine Oil utk kancil dan yg sewaktu dgnnya ni, ye. Sebelum ni RM42 sebotol dan RM5 filternya. Skang ni dh RM44 dan filter masih kekal harga.
Sekian...

Nota Alona:-
~Ujung bulan ni nk kena renew lesen memandu laa pulak (D & B2) , ish..ish..Jgn terlupa sudah. Skang beriya dok ingat tp nanti bila dh sampai hari..leh lupa pulak. Susah tu, hehe..

Funfair..

Mula2 tgk kawasan berlalang kat ngan Dewan MPT, Kamunting dan berdepan ngan stesen Petronas Kamunting tu dh diterangkan...terpikir2 gak...dorang tu nk wat rumah kedai ke??.. Tp bila tgk kawasan yg diterangkan tu tak seluas mana...otak ni dok pikir lg...mgkn nk wat tempat jual keta 2nd hand ke, kan..
Rupanya tidak..Bila dh nampak beberapa buah lori bawak kontena panjang2 yg berkaler ni..terus ler otak ni proses...mgkn nk wat funfair ler ni, hehe.
Tgk2...betul ler sebab dorang dh bawak turun part2 merry go round ke hape tu..huhu..

Tu ler 1st time kawasan tu dijadikan tapak funfair..hehe. Sebelum2 ni selalu dibuat kat padang dobi, giant, simpang..Kat area Kamunting ni lom lagi lah.
Tp..dulu kan...sejarah asal kenapa nama tempat aku tinggal ni kg. Expo...sebab mende ni lah. Funfair dan karnival jualan yg jgk dipanggil tapak ekspo. Dulu, kat area stesen bas tu lah tempat dorang selalu wat ekspo. Bila kawasan belukar dan ada berlombong tu dibuka utk dijadikan kampung...terus ler dinamakan kampung tu kg. Expo..hehe..

Satu petang Ahad...lepas balik dari jengok along...abg tingin nk singgah. Sj2 tgk, hehe..
Dorang beroperasi seperti biasa di waktu malam. Petang ni bkn ada apa pun lg,  hehe..
Masa tu pekerja2 cina baru jer bukak kiosk2 tikam-menikam tu. Sebok dorang nampaknya...dorang wat tak kisah jer ngan gelagat kitorang kat situ amek2 gambo, hihi.
Angah dan akiss mmg dh lama aku tak bawak gi funfair. Ntah ler, takde apa yg menarik pun, kan...
Tak tau ler skang ni satu token berapa ringgit....
Salah satu tempat nk baling membaling guna token. Patung2 kat atas tu utk tarikan aje. Kalo ikut pengalaman aku tgk org lain dok main...bkn senang pun nk dpt mende ni. Buat perabes duit aje. Bg aku...baik ler duit beli token tu gi beli terus anak patung ni kat kedai. Komfem leh dpt 2 ekor patung tu dh, huhu...Tp kalo nk seronok2 tu lain citer lah, hehe..
Yg ni mmg wajib ada laa kat funfair, hehe..
Yg ni pun...mesti ada...hehe..
Anak2 patung ni ler yg menarik perhatian...leh dianggap sekadar perhiasan aje lah, hehe..
Tak tau laa ramai ke idak yg gi funfair ni psl aku tak penah lak lalu sini memalam, hehe. Masuk tak kena bayar..nk main kena ler bayar token, huhu.

Sekian...