Thursday, April 12, 2012

Jumpa kawan...

09 April 2012
Isnin 

Aku jumpa Anem...nak belanja dia makan tengahari di Mc D. Nak terima kasih kat dia di atas pertolongannya tempohari. Walaupun dia tak mintak balasan pun kerana ikhlas menolong aku...tp aku tetap ajak jgk dia gi makan2 ni. Yelah, pertolongan dia tu bkn senang. Bukan semua org ada kebolehan mcm dia, kan..

Dok lepak ngan dia dari kul 12.00 tengahari  kat Mc D, TS tu sampai kul 1.15ptg. Kul 12.05 baru gi kaunter, hehe. Nak dptkan harga Lunch Meal tu ler, hihi..
Dalam tempoh tu mcm2 perkara ler yg dibualkan...mm...mcm2...

Anem ni adalah kawan sebaya aku yg pertama ketika aku berhijrah ke Taiping setelah baru berkahwin bulan Mac 1995. Kat sini aku mmg tak kenal sesiapa pun kecuali ahli keluarga suami aku.
Setelah dapat keje sebagai kerani cabuk kat sebuah bengkel membaiki kereta...barulah aku dapat kawan dan Anem laa org itu selain kak Khairun, Miss Ang dan staff2 cina yg lain.
Setelah bangunan baru Taiping Super Berhad dh siap...kitorang berpindah...kat sana kemudiannya aku mengenali pulak kawan2 dari department lain seperti kak ina, kak intan, kak ani dan yg lelain. Yg aku sebut nama dlm entry ni kiranya yg paling baik ler ngan aku, hehe.. 
Tak lama pun aku keje kat sana..dari 1 Jun 1995 - 5 April 1997...Aku resign masa nk bersalin anak kedua dan tidak bekerja sehingga ke hari ni.

Skang, Anem pun tak keje dh. Dok umah amek tempahan kek, cupcakes, apam polkadot, cheese tart, biskut raya.....Dia ngan aku mmg tak lokek langsung nk bg tips buat kek, biskut dan resepi baru padahal dia dapat masa di gi kelas berbayar kat sekitar Taiping ni. Rata2 kelas dia gi...semuanya kerana minat. Byk dh ilmu kek dan pastri ni yg dia dh dpt. Semoga terus maju jaya, ye Anem...

Sekian

1 comment:

Gieyana said...

Mmg best bila gather2 ngan kwn kan..sy pon suka..:)