Sabtu
Lokasi:- KEM SMART BKERP, Kg. Lebu, Bentong, Pahang Darul Makmur..
Alhamdulillah...segalanya berjalan dgn lancar. Syukur segalanya sukses wlpn majlisnya cukup sederhana & sempoi. Kalo tahun lepas diadakan Gala Dinner kat The Legend, PD...tahun ni cuma majlis santai dan serba sederhana tetapi Alhamdulillah, sgt meriah dan boleh dikenang2kan, hehe..
Sebenarnya, aku memberanikan diri aje buat mende ni. Sebab aku tau mmg rumit...merumitkan. Byk hal A sampai Z nk pikir. Balik Btg ari tu pun penoh belakang alza tu ngan hadiah2 yg berkotak, mini hamper pun ada 10, brg2 props utk sukaneka lg. Ngan beg pakaian lagi...huh!! Sgt penoh!!!!
Kat Bentong...pagi2 kat umah mak masa siap2 nk keluar tu...aku mcm tak percaya aje harinya dh tiba utk majlis ni. Aku rasa mcm pening2 lalat jgk ler pagi tu. Tambah2 baru tingat la nk beli buah2an utk buahtangan menziarahi cikgu Azmi kat umah dia petang tu nanti, baru tingat nk bungkus buah tu ngan apa...adeii. Nak beli riben utk taruk kat plastik tu lagi. Bekas taruk buah aku dh beli dh sebelum bergerak masuk tol malam td, huhu..
Masa beli riben tu baru lah tingat nk beli bunga dada utk disematkan kat cikgu Zaki selaku perasmi majlis, huhu. Nasib baik lah somi aku ni sgt spoting. Melayan lah aku ni utk menjayakan majlis tersebut.
Tgh2 membeli tu Linda msj pulak. Katanya dia dh lepas petronas hiway karak yg dh dekat tol Bentong tu. Tu diaa...awainya. Jam baru kul 9pg Linda, uiii!!! Aku pun lom breakfast lagi ni, hahaha..
Masa aku baru melepasi Lee Rubber...Linda dh kol kata dia dh sampai kat Kem SMART dh tp takde org lagi, huhu. Mmg ler takde cik puan Linda...majlis kul 11.30pg kang. Ko sampai lom kul 9.30 lagi. Rupa2nya si Linda ni ingat majlis kul 9.30pg....kahkah...
Tp...orait gak ler tu sampai awal..semangat Linda...semangat!!! hehe..leh ler tolong2 aku ni susun hadiah dan mcm2 lah termasuk jd urusetia di kaunter pendaftaran, hahaha..
Hadiah pun sempoi2 aje. Yg kotak kecik2 kat tepi tu utk semua ex SMVTAA 91/92. Elok ler pulak Kamarul pun sampai awal, hehe..
Acara susun2 hadiah. Tuan empunya kem sebok ler setting tempat. Timakasih kat En. Farizan atas kesudian menerima permintaan lokasi miliknya ini sebagai tempat pertemuan kitorang semua, hehe..Sementara menunggu kengkawan yg lain sampai. Awal lagi sebenarnya tp kul 11 dh mula ramai yg muncul.
Suzila ni tetap nampak mcm budak2 sekolah wlpn anak dh 3 orang dan yg sulung dh darjah 6..mm..
Norul dan Syawal pun sampai saing2 ngan Su, Kecoi, Sam, Suzary...dorang konvoi sekali.
Bila sampai awal tu...sembang2 ler dulu, kan...Cam linda ni...dia layan anak dia sebab anak dia tak sabar2 nk hadiah, hehe..
Anak2 aku lak..dh abes menolong..mula ler dorang wat hal masing2 kat area kem ni. Maklum ler byk bahan2 utk aktiviti yg tersedia kat kawasan situ. Tgk, batu sungai sekentut ni..cantik kan. Dulu aku penah dh wat entry pasal sungai ni. Mcm kawasan fantasi. Kalo kat Malaysia ni mcm kawasan bunian la, hehe. Ukiran batu tu mmg menarik dan ia seolah2 menjadi terowong lak utk laluan sungai tu, mm..
Ramai yg dh sampai. Aku pulak sebok berurusan dlm talian ngan cikgu Zaki. Alhamdulillah, dia sudi menghadirkan diri dan OTW nk ke lokasi. Kontek pulak cikgu Azmi...alhamdulillah, dia sudi menerima kedatangan kitorang petang nanti kat umah dia, hehe...
Masing2 dh mula cari tempat nk melepak, hehe. Angah lak tak abes2 meneroka batu2 unik kat sg. sekentot tu, ish..ish..
Bila dh dapat t-shirt...kena ler salin utk majlis tu. Lyn dh sampai tu bermakna hamper tambahan sumbangan Lyn & kompeni tu pun sampai laa, hehe..TQ, Lyn..
Sementara tunggu cikgu Zaki sampai...dorang bersembang2 dulu. Macam2 perkara yg keluar tu.....Masa tu, Awal Samadi pun baru sampai dgn isteri dan anaknya. Dia naik motor aje psl kampung pun dekat situ, memudahkan, hehe..
Seronok bersembang nampak?? ralit dan khusyuknya...mmm..
Cuaca mmg panas terik tp alhamdulillah laa..acara dibuat semua kat bawah dewan terbuka tu.
Dorang pun dh salin baju ni. Cantek bergaya dh, hehe. Aku aje ari tu terkaler oren lak t-shirtnya. Ada ler sebab musababnya. Pjg citer kalo nk citer kat sini, huhu..
Dh siap salin. Suzila lak tak salin pun t-shirt tu..dia terus sarung aje pakai 2 lapis. Tak pe lah..dia pun kecik molek aje. Kalo aku pakai t-shirt 2 lapis mau nampak sket lagi jer mcm tangki, hehe..
Cikgu Zaki pun dh sampai ngan anak bujang dia. Ayah dan mak aku pun dh sampai jgk...
Bila cikgu dh sampai..maka dorang td pun masuk ler ke balai aktiviti tu. Cikgu disematkan bunga di dada oleh sorang sahabat kitorang ni. Dia pun ada dekat2 situ...aku soh dia lah senang, kan..hehe. Mende ni bkn majlis formal pun.
Inilah hadiahnya. 5 buah hamper yg besar tu Lyn yg bawak. Tak sempat nk susun kat atas meja lagi. Sebok tul aku ni, hehe. Sepatutnya aku nk soh Zulhadi jd emcee tp dia tak sampai2 lak lg. Soh Zabedah...Zabedah takmo..mm. Last2 aku gak ler sebab takmo lengah2kan masa cikgu menunggu lak, kan. Kita dh ler amek masa dia soh dtg situ..huhu..Sampai ke abes sukaneka pun aku yg pegang mikropon tu, ish..ish..
Aku jemput ayah aku dtg utk bacaan doa. Aku berharap..berkat doa dari ayah..majlis yg diaturkan oleh anaknya ini akan berjalan dgn lancar hingga ke akhirnya...dgn cuaca yg baik jugak hari tu. Alhamdulillah. Tak ujan wlpn hari2 sebelumnya ujan di waktu petang. Dan pada petang hari kejadian masa nk menghala keluar dari simpang Lebu tu ada sebatang pokok patah dan merentangi jalan. Mgkn angin kuat kat situ tp lokasi KEM semuanya baik...Alhamdulillah.
Masa acara dh dimulakan ni...ramai lagi yg tak sampai. T-shirt kaler ijo byk lagi tak laku, hehe..sebab tuan empunya tak sampai2 lagi, mm..
Selesai perasmian majlis ni...seperti biasalah mesti ada cenderahati utk cikgu, kan. Terimalah cenderahati yg tak seberapa tu...tempat letak kunci, hehe. Semoga bila cikgu letak kat tepi dinding nk simpan kunci..cikgu akan tingat kat kitorang semua, ye..ngee..
Selesai part 1 citer ni. Lepas ni citer pasal makan tengahari lak, hehe..
Sebenarnya pening gak buat entry gambar sebelah menyebelah ni..tp nk jimat space punya pasal takmo bg pjg2 sgt...terpaksa lah..huhu..
Nota Alona:-
~Gambar2 ni mmg aku dh masuk awal2 kat fesbuk sebab kengkawan nk tgk. Kat sini pun aku sj simpan utk kenangan2 aku lah.
~Alhamdulillah, seronok sgt dan rasa berbaloi menanggung risiko anjurkan majlis ni bila ianya berjalan dgn lancar dan penyertaan kengkawan yg sgt spoting dari mula sampailah selesai semuanya hari tu.
~Timakasih sgt2 kat suamiku dan anak2 sebab dorang byk memberi sokongan padu dan menolong aku ketika persiapan majlis ni dibuat..terutama bab bungkus-membungkus hadiah, adeii..sakit belakang, huhu.
~Timakasih kat abg sebab jd OP tak berbayar hari tu, hihi...
3 comments:
masih keletihan lagi ..????seronok ya walaupun majlis simple...
simnple tapi meriah. good job kak. bukan senang nak kumpul balik bila terpisah selama 21 thn. hehehe..
dapat seramai tu pun dah kira tersangat lah bagussssssssss
Tahniah laa.. berjaya organise majlis sebegini meriah gitu..dan ramai pun yg dpt hadir.. best laa.. :)
Post a Comment