Tuesday, May 29, 2012

Keluar bekerja....

Petang Jumaat 25hb ari tu...kitorang dh bergerak ke Spg Pulai, Ipoh menuju ke Kg. Kepayang...nk amek gambo pengantin menikah dijangka selepas Isyak.
Dh byk kali lalu hiway kat Ipoh...asek ternampak aje bangunan Giant yg baru dibukak tu. Mcm bestt aje tp tak penah ler pegi pun..
Hari dh hampir Maghrib..tol Spg Pulai tak sampai lagi.
Kena pi awal bkn apa...risau tak jumpa umah pengantin. Maklum ler...tempat tak nah pi, kan. Tambah pulak dh malam ni meminimumkan pemerhatian mata kita.

Alhamdulillah laa, sampai sana baru lepas azan Maghrib. Malam tu bawak along, angah dan akiss sekali. Risau dorang tinggal umah tiga beradik sebab....tugas kitorang mgkn abes lambat dan sampai umah lewat malam.

Rumah pengantin pun dekat ngan madrasah yg turut dijadikan surau. Lepas aje Isyak...segalanya berjalan dgn baik. Jurunikah kat sini rajin bg mcm2 tips dan apa yg patut dan tidak patut...segalanya lah.
Tugas kitorang ni mmg selalu tgk mcm2 gelagat tok kadi, naib atau jurunikah yg diiktiraf oleh JAIP. Ada yg pantas, ada yg pandai buat lawak, ada yg tegas dan serius dan mcm2 lah. Maklum lah..mereka pun manusia biasa jgk, kan..Cuma tu lah, gelagat dorang ni terkadang membuatkan bakal pengantin lelaki nervous lebih2 ler, huhu...

Malam tu sampai umah mmg lambat ler..lepas kul 12malam gak, hehe.

Sabtu 26hb tu kitorang amek job nikah jgk kat Aulong. Sebenarnya hari Sabtu tu kitorang sengaja kosongkan sebab nk rehat tp bila ada permintaan utk majlis nikah + outdoor saja...kitorang amek jgk lah sebab tempoh utk tugas tu tak berat sgt.

Pagi Ahad 27hb tu...kitorang gi Spg Pulai lagi utk majlis besarnya pulak. Kali ni Akiss tak ikut sebab dia ada kelas tuisyen. Kitorang hantar Akiss tuisyen pg tu & terus ke Ipoh. Akiss balik dari tuisyen nanti kitorang dh mintak tlg Piluih tolong amekkan. Along ngan angah aje ikut ke Ipoh hari tu.

Singgah sarapan pg kat gerai simpang jalan nak ke umah pengantin yg jg laluannya menghala ke Sri Iskandar tu.
Sedap jgk roti canai dia, huhu.
Sampai majlis...awal jgk lah. Pengantin pun tgh tunggu mak andam dtg mekap.
Dh selesai majlis...pengantin ajak buat outdoor kat Kellie's Castle. Tak jaoh pun ngan umah dorang..satu jalan aje pun, hmm...
Kali ke-2 aku gi istana indah ni wlpn tidak sempurna..
Utk fotoshoot pengantin...ada pakej khas. Tiket RM50 utk sepasang pengantin + 5 orang krew. Tiket tu pengantin lelaki yg bayar. Dia yg sebok nak bayarkan, hihi. Puashati gak ler pengalaman pertama fotoshoot pengantin kat sini.
Kat sini kiranya mcm taman tasik tepen gak ler..jd tumpuan pengantin nk abadikan kenangan dorang ngan baju kawen kat sini. Petang tu sj....lebih dari 5 pasangan pengantin ada kat situ termasuklah pengantin cina, ngee..

Sampai Tepen dh dekat Maghrib. Akiss dh kenyang makan mcm2 kat umah kak Yui dia yg rajin melayan, ish..ish..(timakasih, yui)

Sekian..

1 comment:

Rinna said...

Rezeki2 alhamdullillah.. :)