Aku selalu rindukan mak......
Ketika mak masih ada di dunia yg fana ni pun aku tetap merindui mak wlpn selalu bertanya khabar berita...inikan pulak ketika mak dh tiada.
Dh tiada kedengaran suaranya, ayat2 pesanan yg selalu dihantar utk anak2 cucunya di dalam sms, tiada kedengaran luahan hatinya, tawanya. Dh tak dpt melihat senyumnya, dh tak dpt memeluknya, mencium pipinya....
Terbayang2 memek muka mak ketika bercerita, senyumnya, tingkah-lakunya, cara jalannya...........
Siapa yg penah kehilangan mak yg sangat disayangi akan memahami sedalam-dalamnya perasaan aku ni. Hingga ke hari ini mmg wujud satu perasaan yg tak boleh aku nk citerkan kat sini. Hanya orang yg penah kehilangan mak yg mereka sayang aje yg tau bagaimana perasaan tersebut. Seperti
Jaja...
|
Gambar kenangan ni diambil dari album Suzila di fesbuk dia. Timakasih Su... |
Gambar ni ketika aku mengadakan pertemuan ngan kengkawan SMVTAA 91/92 di Kem SMART, Kg. Lebu 12 Mei 2012 tempohari. Ketika ni mak dh tak berapa sihat tp masih boleh berjalan walaupun mak dh tak selera nk makan.
Rupa2nya...
6 Jun 2012 iaitu
25 hari sahaja dari
hari tersebut (12/5/2012) mak pergi meninggalkan kami semua yg menyayanginya....
|
Kenangan:- Mak tetap hadir memberi sokongan kepada aku pd hari tersebut wlpn mak kurang sihat........ |
Saat aku melihat gambar ni...aku merasakan mak masih ada bersama melalui hari2 di bulan Ramadhan ini. Namun, sambil menitiskan airmata....aku mampu menerima hakikat yg sebenarnya mak sudah tiada. Menerima hakikat bahawa Ramadhan 1432H tahun lepas adalah Ramadhan terakhir mak walaupun ketika itu mak sudah kurang sihat...dan Aidilfitri ketika itu pun mak mmg tak berapa sihat.
Mak dh lama sakit tapi mak masih mampu bertahan melawan sakit yg tak menentu hadirnya itu.
Setiap hari Khamis...makin kuat ingatan aku pd mak...sebab mak menghembuskan nafasnya yg terakhir pd awal hari Khamis, mak di kebumikan pd hari Khamis. Ia mengingatkan kami utk tidak lupa membaca surah Yasin bila kelapangan dan tiada keuzuran, Alhamdulillah..
Al-Fatihah utk mak tersayang. Juga arwah aki, wan, atuk dan nenek.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Copy & paste dari blog
http://kondakondi.com/berdoalah-untuk-orang-tua-kita/ . Kredit utk tuan punya blog...
Rassulullah SAW pernah bersabda :
” Setiap pagi sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu tak kira
masih hidup atau telah tiada nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat
kamu. ”
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.”
Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh sungguh tadah tangan dan
Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan
mereka yang banyak menolong kita.
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang
kita Dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb
nya.) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.
- Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.
Bila-bila masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang
tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang,
siang atau malam, dimana saja.
Caranya :
:-‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku,
berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki
mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan
lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin.”
(Doa ini untuk orang tua
kamu yang masih hidup)
:-
Untuk yang sudah meninggal : “YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala
dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang
beriman.