Friday, July 27, 2012

Tukar duit baru...

Pagi td...aku gi bank cap rimau lagi. Kali ni nk simpan duit along ngan angah pulak. Nak ke tabung haji....payah sket ler sebab nk cari parking kat area situ mmg lah tenat, huhu.
Sambil mendapatkan perkhidmatan kat kaunter bank cap rimau tu....aku gi jap kat kaunter 9...iaitu sebuah kaunter yg berpintu khas utk menukar duit baru.
Sebab aku pun cuma ada RM100 dlm tangan...jd aku tukar dulu duit baru RM1 utk duit raya nanti. Jadilah dulu kan...itu aje bajetnya utk setakat ni. Org keje gomen lain ler...ada bonus. Tak kisah ler gomen persekutuan ke, gomen negeri ke....kan!! Bg org yg keje swasta mcm abg ni...ikut majikan ler. Kalo majikan baik hati nanti dia kasi lah bonus raya, gitu...huhu.
RM1 baru...
Ramai yg menukar duit baru ni. Paling laris RM1 dan RM20, hehe.
Ada nyonya tu nk tukar duit RM1 sebanyak RM2k, giler!! Tp bank cap rimau tak bagi. Dia kata dulu masa mula2 duit baru keluar boleh nk tukar byk mana pun tp skang dorang dh terhadkan. Semua jenis duit baru cuma leh tukar RM500 aje. Bg peluang orang lain pun dpt tukar...katanya stok duit baru dh nk abes sebelum stok yg lain dikeluarkan. Tak tau ler bila pulak tu. Mgkn lepas raya agaknya. Dorang nk bagi peluang kat orang2 yg sambut Aidilfitri ni lah....kang tak dpt lak dorang nk bagi duit raya kat bebudak ngan duit baru, kan...huhu..
Sampul duit raya tak keluar lg. Tu pegawai bank tu kata...kalo nk tukar duit baru utk raya...tukar skang. Nanti takut dh takde stok. Cuma dpt sampul duit raya aje, hehe..

Bila tgk duit baru ni....sebenarnya aku tingat kat mak aku jgk. Bkn pe, setiap tahun nak Aidilfitri mak mesti mintak tolong abg Baha utk tukarkan duit baru. Nk buat peruntukan utk duit raya lah tu. Yg pasti, setiap ikat duit RM1 bernilai RM100 ni akan diberi pd sorang satu pd along, angah dan akiss. Seronok lah dorang. Tp tahun ni takde dh laa. Bukanlah duit raya perkara yg nk dibicarakan di sini tetapi sebab wan dh takde utk sambut raya sama2 dh. Duit raya tak penting tp kasih sayang wan utk cucu2nya serta doa yg tak putus2 utk cucu2nya dh tak dpt merasa lagi.....
 
Keluar dari bank cap rimau...ada sorang anak muda dok kat luar ngan tabung duit dan buku2 resit rasmi yg setiap helainya RM5 dan RM10 tersusun di situ. Anak muda ini tidak mengganggu dengan mendekati orang perseorangan tetapi dia duduk di situ dgn harapan ada yg sudi menghulurkan sedikit sumbangan.

Bila ada insan yg menghulurkan sumbangan...mereka akan diberi resit ni...iaitu merupakan sijil wakaf tanah utk Rumah Bakti NurSyaheera yg bakal dibina di mukim Pengkalan Hulu...lah?? Pengkalan Hulu lagi?? hehe...
Resit rasmi....
Boleh jgk disumbangkan melalui no akaun maybank yg tertera kat dlm resit tersebut. InsyaAllah, tiada kerugian utk setiap niat murni dan keikhlasan.

No comments: