Friday, November 30, 2012

Surat sampai..senyum & mengerenying...

Surat yg ditunggu2 oleh along dh sampai. Sampai sekali ngan surat kelab TAHA Akiss (buat lain sebab yg lama dh hilang). Akiss mengumpul kad utk dompet dia, ish..ish..

SENYUM
Surat yg ditunggu2 oleh along tu mengandungi keputusan peperiksaan akhir semester ari tu. Bila dengan rakusnya along membelek result dia, hoho.....along terus lega sebab byk markah yg naik dan pointer dh pun cecah utk layak menerima Anugerah Pengetua iaitu 3.50 ke atas. Masa semester pertama dulu.....along cuma dpt 3.40 aje. Tak dapat laa anugerah pengetua tu. Tgk jer laa kawan2 yg dpt anugerah tu dpt keluar gi makan2 dan diraikan kat hotel perdana tpg, hehe (sian)....
Along mmg berazam utk dapatkan pointer yg lebih selesa lagi. Semoga tercapailah hendaknya. Ibu, abah dan adik2 mendoakan kejayaan tu. . Tambah2 pulak tahun depan along dh nk SPM.

Dalam sampul yg sama, bersama keputusan periksa tu...ada jugak penilaian sahsiah dari guru homeroom along. Alhamdulillah, semuanya positif.

MENGERENYING
Selain result dan penilaian sahsiah pelajar...ada jugak diberi list utk pembayaran pendaftaran 2013. Abg pun mula mengerenying, hehehe....
Pelajar lelaki kurang RM20 sebab pelajar pempuan kena lebih RM20 utk perkhidmatan Sanitact, hehe..
Ni baru along punya. Belum lagi Angah yg akan masuk form 4 (menengah atas) & Akiss pulak baru nk form 1.. Cenggitu laa ye. Anak kecik cara anak kecik. Anak dh besar2 cara anak dah besar, huhu..

ADA REZEKI RUPA2NYA
Petang td...masa tgh memandu (belasah jer guna avanza ayah, hehe) melintas trafik light nk gi kedai membingkaikan gambar Noni yg baru sampai tengahari tadi...........kerani agen SEPAKAT kol aku & bgtau yang SEPAKAT dh tambah satu lagi tarikh utk test JPJ penghujung tahun. Maknanya, along berpeluang laa nk test JPJ sebab dh genap sebulan L pd tarikh 27/12 nanti. Sebelum ni along tak berpeluang sebab tarikh test akhir di SEPAKAT adalah 26/12. Tak cukup sehari utk genap sebulan.
Tarikh baru tu 31/12 iaitu hari akhir 2012 sebelum along perlu pulang ke hostel dia 01/01/2013 keesokannya pulak nanti.
Isnin nanti along dh boleh ler mula praktikal 8 jam. Dh selesai 8 jam...baru along leh booking test pd tarikh 31/12 tu. Pulun along...pulun...tapi wat betul2 laa. Pulun2 jugak tapi biar bertambah skill yg berkualiti utk lulus nanti, tau!!!

TAK SIHAT
Kitorang sekeluarga ni tak sihat. Mula2 angah. Aku dh risau sebab Khamis 29/11 ari tu dia kena gi ujian UKKM. Mujur dia sihat pagi tu. Leh ler menghadiri & memberi tumpuan pd ujian itu dgn kesihatan yg baik. Lepas2 Angah dh ok....dapat kat along, akiss....aku dan abang pulak...serentak!!
Mula2 mmg dh rasa gatal2 nk selesema. Diri sendiri mmg tau laa tanda2 tu, kan...hehe. Tekak dh mula nk sakit....tp tak perit laa. Bersin tu yg tak tahan pasal tiap kali nk bersin mesti memedihkan hidong dan keluar bersin ngan kuatnya. Leh berdengung orang sebelah, hehe. Tambah2 pulak orang resdung mcm kitorang ni, hoho. Bila kerap bersin mcm tu...suhu badan akan semakin bahang, mm...itulah ujian kehidupan.
Bila dh makan ubat ni....rasa lemah jer laa pulak badan ni. Keje apa pun kurang menjadi. Tadi keluar sampai ke Tepen pun KERNA TERPAKSA. Maka terpaksalah menggagahkan diri gi kedai membingkaikan gambar 8x12 tu jgk sebab nk serah album tu petang esok.

RENEW ROADTAX KANCIL
Khamis semalam jugak...aku gi renew insurans kat ETIQA dan kemudian renew roadtax kancil di kiosk MYEG. Rumit jgk laa sebab sebelum ni mak yg buatkan melalui agen di Bentong. Tapi bila mak dh takde ni aku kena buat sendiri. Cover note tahun lepas pun aku takde...harapkan cover note 2010 (allianz). Mujur lah rupa2nya tahun 2011 tu agen amek ETIQA utk sang kancil.
Proses di ofis ETIQA Kamunting ni makan masa setengah jam jugak ler.

Aku tak gi JPJ atau pejabat pos utk renew roadtax sebab kat situ kena guna geran. Geran kancil masih di ambank Bentong. Bank tu takmo serah geran kat adik aku walaupun loan cuma tinggal setahun jer lagi. Kalo MAYBANK senang aje. Alza abg ni contohnya....setahun jer dorang dh bagi bila abg kata nk pinjam jer sebab nk renew roadtax sendiri. Tapi dorang terus bagi abg pegang sendiri, takyah pulangkan ke bank semula walaupun alza masih dalam loan (tempoh pembayaran lagi 8 tahun masa tu, huhu). Kepercayaan mgkn berdasarkan rekod pembayaran ansuran yg baik setiap bulan. Kancil ok per!! tak penah miss pun tiap2 bulan, mm. Teruk ler AMBANK ni, huh!!!
Disebabkan tu...aku kena bayar komisen kat MYEG sebanyak RM15 kerana menggunakan perkhidmatan mereka utk memperbaharui roadtax, huh!!!  Kalo aku gi terus ke JPJ...cuma RM20 aje..bukan RM35!!!

Nota ALONA:-
~Bila tak sihat...rambutan & durian yg ayah bawak semalam pun takleh nk pulun. Hilang taring 'hantu buah'!!!

Wednesday, November 28, 2012

Mata ku letih.....

Hmm...minggu ni mmg menjadi minggu yg sangat sebok bagi aku....juga suami dan anak2 jgk. Nk urus mcm2 hal, mcm2 urusan. Nak kena menghadiri kursus fotografi lagi (wlpn 2 hari tp mmg letih), nk menyiapkan album Mai jugak......
Mata mmg dh letih. Sangat letih. Gi Melaka ari tu pun tak letih mcm ni, mm..
Nak bayar puasa nazar pun lom berkesempatan lagi.
Kain baju yg tak berlipat kat umah aku ni dh menimbun balik walaupun anak2 ada melipat pakaian dorang masing2.....adoii....
Masak pun ala kadar aje...simple2 sgt lauknya asalkan kenyang. Mujur suami & anak2 aku ni jenis tak cerewet nk makan nasik sampai kena ada 3-4 lauk pilihan dlm hidangan.....
Gambar ini diambil menggunakan kamera hp milik Akiss yg telah dibeli pd 19/11/2012 hari tu. Gambar ni telah diambil dari dalam alza di cermin hadapan yg mempunyai lapisan tinted (atas), hehe...Lokasinya di SEPAKAT masa amek along abes kursus motor ari tu.
Nak topap kredit kedua2 nombor hp aku tu pun tak berkesempatan lagi. Elok ler pulak 2-2 nya tamat tempoh hari yg sama tu!!!
Boleh jer nk topap online guna maybank2u tapi takmo laa sentuh duit tu aje. Kalo dh sentuh keluar kang...nk sentuh masuk semula tu agak payah sket, kan...hehe.. Dah laa baru2 ni pun dh bawak keluar utk belanja gi Melaka. Tgk laa esok kot2 leh curi2 masa singgah kedai nk topap hotlink & digi tu. Tak leh ler lagi nk balas sesape yg hantar sms kat aku wat masa ni, hehe..

Semalam (27hb), gi kursus fotografi pun aku belasah aje drive kancil ngan roadtax tamat tempoh (baru sehari tamatnya. Isnin semalam 26hb last day), mm....

Nota ALONA:-
~Nak taruk ubat titis mata.....takde pulak dlm peti sejuk tu dh. Aii, kena beli lain ler esok, weh!!!!
~Kepala ni pun mcm tengah bengangggg aje. Bukan bengang nk marahkan orang tu...tp mcm rasa berattt aje kepala ni, mm...Ada kena mengena ngan urat mata laa ni. Mata dh letih tp dok paksa2 jugak edit gambar, tgk fesbuk, tgk blog....huhu...

Tuesday, November 27, 2012

Malam di homestay & pagi Sabtu di Bandar Hilir..

Malam kat homestay
......masak nasik guna beras yg Fadel bawak dari umah dia. Masak apa?? Sardin, sayur, telur dadar antara lauk malam tu. Bahan2 ada yg dibeli kat kedai runcit di Tanjung Bidara...dan ada yg dibawa dari umah. Walaupun simple tapi happening jer makan mcm tu kat homestay, hehe..

Malam tu...tgk Maharaja Lawak Mega beramai2...macam umah sendiri. Walaupun Fadel ada bawak decoder astro beyond dia (kalo decoder astro dulu2 cuma bawak kad aje...) tp disebabkan hari tu semua astro leh dpt channel 132 promosi...takde ler tukar decoder astro beyond tuan umah tu ngan decoder fadel, hehe..

Itulah antara sebab kenapa kitorang suka dok homestay bila gi menginap mana2, bercuti beramai2 ngan keluarga cenggini. Kita leh dok dalam satu umah, santai2...tgk tv sama2, leh masak sama2, makan ramai2 mcm kat umah sendiri (kalo homestay yg sediakan perkakas dapur laa)...kalo yg sediakan mesin basuh...leh jgk nk basuh pakaian yg dh dipakai tu dari dok terperap busuk masam dlm beg plastik, hehe. Ikut suka laa. Ikut nasib jgk. Kalo cuaca lembap...pakaian pun payah nk kering, ngee..

Bila anak2 dh besar ni...lebih senang rasanya sewa homestay aje kalo cuti2 bajet dan ekonomi mcm kitorang ni, hehe (jawapan kepada pertanyaan kak Kamsiah_Yusoff dlm entry sebelum ni). RM150 leh dpt satu rumah (contoh:- harga Mas Merah Homestay ni)....berbeza ngan RM160 ke atas utk satu bilik hotel yg mempunyai 2x katil queen. Aku dh survey harga bilik kat area Bandar Hilir tu...itulah harga yg paling ok utk bilik yg ok...(katilnya bukan guna cadar petak2, selimut petak2 tu..ngee)...Selagi ada pilihan...aku akan cari yg terbaik mengikut kemampuan.
Tapi disebabkan kitorang pun gi ngan ayah, Fadel & isterinya...maka lebih best dok kat homestay. Dgn cara ini...kitorang jgk bagi sokongan pada bisnes sampingan orang kita. Tu sebab kat side bar aku tu aku ada buat ruangan senarai homestay, hehe.

Ok...meh jawab soalan Wantie & Nad kat ruangan komen N3 sebelum ni...hehe..
1) Kat dlm gelas cendol Fadel tu ada sesuatu yg tak sepatutnya ada kat dlm tu. Lepas2 tu terus laa Fadel tak jadi nk sambung makan, hehe. Biasalah, kan..gerai tu kat tepi jalan..bawah pokok pulak...
2) Misteri orang tua berjanggut putih tu mmg takde jawapan pun. Tgh kitorang dok makan cendol, berborak2, usik mengusik, gelak2...pakcik tu ada kat depan meja kitorang selang 2-3 meja gak laa. Tapi bila terpandang semula...pakcik tu dh takde. Padahal antara pelanggan kat situ...kitorang jer yg berkenderaan. Takde moto ke basikal ke. Bila tgk pakcik berjanggut tu dh takde..tgk jugak kot2 dia tgh berjalan kaki ke apa...Mmg ada org berjalan kaki tp bukan pakcik berjanggut tu, org lain. Tu yg kitorang kata misteri tu, hehe.. Tapi takde laa misteri betoi2 pun, ye. Mgkn kitorang tak perasan kot2 ada cucu dia amek dia ngan motor ke apa ke sebelum tu, kan.....ngee..

17.11.2012
Sabtu

Pagi tu sarapan pagi ngan maggi TomYam & air teh O...
Pastu keluar terus ke Bandar Hilir.....parking kat luar bangunan Dataran Pahlawan Mall (bangunan tambahan yg baru)...
Jauh jgk ler nak menapak ke Menara Taming Sari...tapi orait ler sebab dalam laluan tu leh singgah kat bangunan2 sejarah yg ada. Bkn pe, kang lorat sgt nk cari parking dekat2....kot takde parking kosong lak nanti....haa, kan susah tu. Tapi bila dh sampai dekat2 Menara TamingSari tu....byk rupa2nya tempat parking kosong, ngee..
Kat atas Mall tu...ada laa padang luas cenggini..dataran ler kot, kan. Ada perlawanan paintball dum dam dum dam dgr peluru dorang dok tembak2...fighter..fighter!!!!
Kat sini pun ada pentas yg cantik telah dibina menggantikan pentas lama yg penah wujud kat Dataran Pahlawan iaitu ketika zaman takde Mall ni lg laa. Kan ke dulu2 ni padang biasa2 aje. Tempat nk naik kereta lembu, hehe...
Kat depan bangunan memorial pengisytiharan kemerdekaan...Tak masuk sini pun. Lain kali laa. Aku penah masuk sini pun ketika aku ikut rombongan sekolah rendah darjah 5 duluuuuu, ngee...
Walaupun tak naik sampai atas....bergambar kat bawah ni pun orait jgk laa. Antara tempat popular utk bergambar kat bandar hilir ni, hehe..
Maleh nk naik...bkn ada apa pun kat atas tu. Byk kali dh naik, hehe. Kot ada yg lain pun....orang yg bukak gerai2 cenderamata, gerai lukisan....cenggitulah. Terkadang ada taik anjing jgk, ish!!
Along dan angah...
Kitorang ingat dapat laa nk gi muzium kebudayaan dekat2 situ. Masuk RM2 aje. Masa tu ada pulak grup muzik tradisional kat luar bangunan istana tu. Siap ada orang main akordion dan gambus tu!!!!! Syok jer dengar. Kalo aku masuk tu...mau aku dok bersila tgk dorang main muzik, hoho.
Tapi disebabkan kitorang risau ramai pulak nanti beratur panjang nak naik Menara TamingSari tu...maka utamakan dulu Menara TamingSari tu, ye...hehe...
Abg beca...abg beca di tengah jalannnnnn...
Kitorang pun tak naik beca. Kitorang dh penah naik beca kat sini. Fadel ngan Dayah aku tak tau laa sebab masa kitorang gi dulu tu gi ngan mak dan ayah aje. Dorang berdua masih dok kat Sarawak. Tingin jgk lagi nk naik beca....tp harus utamakan yg tak penah naik lagi, ye...
Rileks jap kat area sini. Letih pulak menapak jaoh ni. Minyak2 muka dh keluar dh...
Antara port abang beca kat Bandar Hilir...hehe..
Antara pemandangan kat Bandar Hilir...
Lega jer dh sampai kaunter tiket....beli tiket RM15 utk naik menara ni. Harga utk warganegara. Umur 12 mcm akiss pun dh kena harga dewasa jgk, hoho. 11 tahun ke bawah baru kira kanak2, mm..
Syok oor naik mende ni....Kalo gi sana & tak penah naik....jangan ler kedekut nk try naik mende ni, ye..hehe..
Apa yg nampak dari atas tu?? try ler naik rasai pengalaman sendiri. Pengalaman aku?? nanti aku citer nanti.
Seperti tempat2 pelancongan lain jgk ler...nk naik mende ni ada jer fotografer amek gambo utk dijual bila kita dh turun nanti, huhu...
Muka teruja. Tgh beratur tunggu turn nk masuk pagar, hoho..
Abes utk setakat ni....nanti sambung lain.

Nota ALONA:-
~Menceceh....................

Monday, November 26, 2012

Jenjalan di Melaka - Hari Pertama

16.11.2012
Jumaat

Pagi kul 9 lebih dh keluar dari umah Fadel menuju ke Melaka. Singgah kat Hentian Nilai utk sarapan pagi. OTW tu kak nor ada mesej tanya kitorang ada kat ner. Aku ni mcm trauma pulak bila gi Melaka ada mesej masuk ni, adoii. Sebabnya masa plan gi cuti2 Melaka ngan famili suami aku cuti sekolah bulan Jun 2012 ari tu...OTW nk ke Melaka 04/06/2012 tu lah aku terima mesej ayah bagitau mak aku dh takde harapan.
Kalo dikenang.....kalau dikenang...kalaulah dikenang-kenang................................................................
Mcm mana perasaan aku ketika 4/6/12 tu?? macam mana? macam mana?????????????????????????????????????????...gementar, terketar2, muka pun dh ketat........tak boleh nk senyum tp hati rasa dh mendung, otak dok pikir mcm2........

Kembali ke tarikh 16/11/2012...
Bila aku dh bukak mesej kat henpon abg tu....Mujur laa rupa2nya kak nor mesej tu sebab dia nk bagitau dia ada kat Langkawi cuti2 mengejut ngan adik-beradik Yop rupa2nya, aduhaii...lega (hehe). Nak tanya laa tu kitorang ada nk kirim apa2 ke??
Bkn apa, risau jgk kot2 ada perkara tak best terjadi kat Taiping tu, kan...

PEKENA CENDOL KAMPUNG
Masuk Melaka ikut tol Alor Gajah. Menuju ke Sg. Udang...terus masuk ke Tangga Batu sengaja nk melalui pantai Puteri, Pantai Kundur.........dorang dh cantekkan pantai tu menggantikan pantai Klebang yg dh abes penoh kena tambak seluas2nya dh tu, huhu...
Sempat singgah pekena cendol kat area Pantai Kundur tu sebelum tuan homestay mesej kitorang leh masuk utk check-in awal dh sebab penyewa sebelum dh keluar awal dan pihak homestay dh siap kemas2.

Masa ni fadel tak jumpa apa2 lagi kat dlm cendol dia, hehe..
Kat sini ada perkara misteri jgk berlaku, huhu......ke manakah lelaki berjanggut putih yg turut makan2 kat situ?? Tetiba jer dh takde kat situ.....hehe...mcm2!!
HOMESTAY
Sepanjang 2 malam kat Melaka...kitorang pilih utk menginap kat sini...MAS MERAH HOMESTAY.  Tuan umah ni ada 3 unit homestay tp kat lain2 tempat di Melaka ni. Aku lebih berminat pilih di Taman Kenanga, Tengkera ni. Sebabnya...ia berdekatan ngan Bandar Hilir dlm 3-5km aje, dekat ngan Pantai Klebang utk cari kedai makan tengahari dan cari coconut shake yg sgt sedap tu, huhu.
Lagi....umah ni tiap2 bilik ada air-cond. Sangat adil utk semua. Takde ler bilik utama aje yg ada air-cond. Tapi ruang tamu takde laa air-cond...ada kipas aje. Tapi tak kisah laa tu.....hehe..

Ni laa homestay tu....
Ruang tamunya....
Kat homestay yg kitorang dok nginap ni......khas utk keluarga muslim saja. Ada siap dapur, pinggan, cawan, sudu, garfu, kuali, sudip, pisau, sendok, periuk nasik, kettle, peti sejuk. Kot nk masak kena beli ler minyak masak dan bahan2 yg nk masak tu ye, hehe..Takkan semua tuan homestay nk sediakan pulak, ngee.
Yg paling best....ada mesin basuh oto. Senang ler nk membasuh pakaian kot2 ada yg nk ulang2 pakai, kan..Aku amek kesempatan tu dan dh siap2 bawak cecair pencuci pakaian dari umah, hahaha..
Ruang nk sidai pun selesa jer kat luar dapur tu. InsyaAllah, kalo ujan lebat pun tak kena tempias laa, hehe. Nk tgk gambar2 homestay ni gi jer klik MAS MERAH HOMESTAY ni. 

Sangat berbaloi ngan harga sewanya RM150 utk semalam (ketika aku sewa hari tu..ni lah harganya). Ngan 3 bilik...2 bilik ngan katil queen, 1 bilik ada 2 katil single. Ada toto disediakan jgk. Yg risau baju tudung berkedut tu...ada jgk seterika. TV ada astro beyond basic. Kalo nk tgk channel sukan, movie....korang bawak ler decoder astro beyond korang sendiri sekali kad dia ye, hehe..

Selain unit yg ni...tuan umah ada lagi 2 unit yg lain. Yg tu dia tgh offer 2 malam sewa RM200 aje!!! 

Muzium Kapal Selam
Petang tu...kitorang keluar. Mula2 nk gi laa Muzium Kapal Selam ni..
Mmg tak perasan langsung kat luar simpang masuk tu dorang taruk pemberitahuan mengenai kapal selam tu tgh renovate hanya sekadar print di kertas A4 dgn font yg halus & ditampal kat signboard depan. Pihak berkenaan......kalo nk bgtau perkara cenggini sila buat signboard khas dgn tulisan besar2, ye....huhu!!!
Eloknya...tutup jer papan tanda ni ngan plastik itam ke, kan..huhu..
Dh harungi tanah tambak berdebuuuuuuu....rupa2nya kawasan yg ditutup tu mmg kawasan muzium kapal selam. Dorang tgh renovate.  
Dengar2nya utk bagi pengunjung berpeluang masuk tgk kat dalam pulak. Tu nanti tak tau laa berapa pulak bayarannya tu.
Kaunter....ditutup!!
Dapat ler tgk cenggini jer masa pintu pagar tu dorang bukak sebab lori nk keluar..(bayangkan kalo pintu pagar ni dibuka sebab kapal selam tu yg nk bergerak keluar, hahaha)
Pokok2 rhu di tanam di tanah2 tambak ini....Mmg dh jaoh betul pantai asal di Pantai Klebang ni.
Kat area sini jgk terdapat byk bas2 yg dh tak digunakan. Depot bas rosak ler ni, hehe....tapi mungkin kerajaan Melaka nk buat muzium bas pulak kot, ngee...
Dh keluar dari situ...kitorang singgah kat gerai2 medan selera di situ. Nk makan nasik. Lauk masih banyak pilihan lagi. Makan kenyang2!!!
Kupang ijo!!!
Dh abes.....
Kitorang ke Tanjung Bidara pulak lepas tu. Tp hari tu tak sempat nk ke pantai.......

Jenjalan ke Melaka ni mmg ikut bajet aje. Sebab bajet jenjalan kitorang ni terbahagi dgn program lain. Kena pandai2 laa urus. Gi jenjalan ni pun pegi tempat yg menarik aje. Kebanyakannya mmg kat area Bandar Hilir. Kalo perkara2 yg dh biasa tu...takyah ler nk layan. Kota A-Famosa tu mmg takde dlm senarai utk daki tangga pun....sebab dh byk kali pi dh. Shopping kompleks mcm Mahkota Parade tu pun sama lah...kat mana2 pun ada. Cuma sebenarnya tingin nk masuk Dataran Pahlawan Mall bahagian yg baru tu yg bersebelahan ngan Hatten Hotel. Ada pengalaman baru yg nk dicuba tp takde rezeki lagi. InsyaAllah, lain kali lah, ye..hehe..

Asalkan dapat naik Menara Taming Sari dan menyusuri sungai melaka ngan cruise tu pun dh seronok (walaupun ketika naik cruise tu ujan renyai2). Apatah lagi kali ni bonusnya dpt melawat rumah2 warisan Melaka di Kg. Morten.....ianya sgt menarik. Rasanya mcm dh komplit melihat warisan Melaka, huhu...

Muzium Kebudayaan tu pun tak dpt nk masuk sebab tak cukup masa. Masuk mmg kena bayar tp takde laa mahal. Berbaloi ler ngan apa yg kita dapat bila masuk kat dalam tu...tambah2 pulak binaan istana kayu tu mmg menarik. Aku penah sekali jer masuk tp dh lama sgt dh. Anak2 tak penah lagi bawak masuk situ utk bagi mereka kenal budaya dan warisan. InsyaAllah, lain kali lah. Kalo nk ikutkan...kat situ byk betul muzium2 yg menarik utk diterjah tp tak berkesempatan walaupun dh beberapa kali jengah Bandar Hilir ni.
Ada member yg tanya...bot amfibia tu kitorang tak naik ke??....mm, tak pe lah....belum menarik perhatian lagi, hehe. Perigi Hang Tuah tak pegi??? Jonker Walk???, ikan bakar di Umbai????....erkk.....nanti laa aku citerkan...

Nota ALONA:-
~Dh send borang permohonan akiss. Tinggal nk gi chop & sign pengesahan sijil2 aje utk dipos pulak. Akiss kena gi temuduga 10/12 nanti. Tapi.....apa2hal Angah kena lalui dulu. Dia kena gi jawab UKKM utk kelayakan 29/11 ni sesi pagi. Dua-dua appointment kena pakai baju seragam sekolah lengkap!!!!   
~Owh, ye...akiss mgkn tak dapat kot tawaran ke SBP sebab kawan2 dia ada yg dh kena panggil interview utk kelayakan.

Ahad semalam....

Terlebih dahulu...
Sabtu semalam...kitorang gi Kuale.....ngambek gambo orang nikoh ler. Kat Lubuk Merbau. Dh abes majlis...kitorang gi meronda sampai ke bandar Kuale. Nk riki2 tempat outdoor nanti. Ekceli, job semalam bkn job kitorang. Kitorang cuma tolong kawan aje...tp tolong2 pun berupah jugak laa, ngee. Win-win laa sebab dia amek job kat Kulim nu. Jadi, job dia yg kat Lubuk Merbau tu dia kira shoot & burn aje. Sebenarnya, kitorang pun suka jgk keje camtu.....takyah penin2 nk mengedit dan siapkan album, hehe. Dh amek gambar, burn dalam cd dan dapat upah. Tapi kitorang amek upah yg berbaloi aje laa, yg menghargai keje2 orang....

25.11.2012
Ahad

Pagi2 lagi abes semua kena gesa siap2. Nak hantar along gi kursus motor 6 jam pulak sebagai syarat utk dapatkan lesen L. Lepas2 tu leh ler buat praktikal 8 jam sebelum melayakkan diri test JPJ utk lesen P (B2).
Lepak jap meneman along. Belakang tu trek parking dan bukit utk lesen D.
Along tunggu jam 9 utk masuk kelas. Kitorang tinggalkan along sebelum jam 8.30 utk gi jogging kat sekitar taman tasik.
Jogging guna trek biasa (haha...bunyi mcm kerap sgt joggingnya, hehe). Lepas dh jogging...gi sarapan jap kat Bukit Larut. Dari situ...gi pulak AmBank nk bayar ansuran sang kancil. Dari AmBank...abg nk gi belakang The Store Taiping Jaya pulak...nk cari cd games katanya. Tapi dh tak jual dh cd yg dimaksudkan tu, mm..

Balik umah jer laa. Rileks jap.
Kemudian abg gi sorang2 ke umah mak...nk isi minyak brek kete abah. Balik tu, abg bawak rambutan jugak. Lepas zohor...gi ke Semanggol utk menghadiri kenduri doa selamat kat umah Yop (Rosli) sempena cucu sulungnya berkhatan.
Dari Semanggol...gi terus amek along kat SEPAKAT. Along dah abes teori dan amali kursus motor. Dalam 2-3 hari siap ler lesen L.
Along citer...dia ok jer masa amali motor tu. Titi, pusingan 8, brek kecemasan & semua ok dia leh buat. Alhamdulillah laa. Nanti latihan 8 jam tu cuma nk menajamkan lagi laa skill, hehe. Lepas2 ni mula ler episod aku menghantar dia utk 8 jam praktikal moto tu nanti. 

Balik umah...petang tu abg gi umah Yeop Ucop utk menebang dahan rambutan kuning dan manjat pokok dokong utk amek buah yg dh tinggal hok ataih2 jer, huhu.

Ni kenapa pulak along dok kat lorong nk ke dapur ni??? depan pintu bilik mandi pulak tu??
Hmm.....dia tgh dok lawan game WORMs (psp guna wireless) ngan abah dia yg dok kat dlm tu, huhu....Kelakar jer aktiviti ni. Abah dia ler yg dok ajak lawan tu. Huh, abahnya punnnnnn!!!

Abes citer...

Nota ALONA:-
~Tgh pulun nk abeskan album MAI & FIRDAUS. Leh gi Penang lagi hantar album Sabtu depan. Lepas2 tu leh gi Monkey Bay kalo cuaca ok, InsyaAllah.

Sunday, November 25, 2012

Seksyen 7 SA, ikan singgang & ke Danau Kota

15.11.2012
Khamis

Dari Giant SA...kitorang singgah jap kat Plaza Alam Sentral. 1st time masuk sini. Tak tau nk cari apa....hehe. Naik eskeletor 3-4 tingkat.....turun semula, ngee..
Plaza Alam Sentral...
Dari situ terus ke seksyen 7...gi umah Ziti...adik ipar aku yg paling bongsu ni. Umah dia mmg dekat bebeno ngan I-City tu...leh jalan kaki aje. Tp nak naik pi umah dia...jenoh gak ler mendaki anak tangga sebab umah dia lagi setingkat nk penghabes tingkat umah kat situ, hoho.

Kat situ Ziti jamu makan tengahari. Fuuu....komplit siap ngan sambal belacan dan ulaman. Bertambah2 bila makan, hehe..
Mia.....
Dh kenyang....dok lepak2.
Ngan Ziti sekeluarga....
Dh rileks2 sembang2....kitorang pun bergerak laa dari sana nk ke Taman Pandan Mewah pulak. Tak tau nk masuk ikut tang mana...Fadel tunggu kat Tesco. Sempat beli putu piring kat luar TESCO/Petronas kat situ, hehe..

Malam tu...Fadel bawak kitorang gi makan kat benteng ikan singgang kat jalan TAR tu. Ntah ler, aku pun tak tau nama sebenar tempat makan ni, hehe. Tp mmg ramai laa orang pun. Mesti laa popular di kalangan warga KL....tempat nk makan ikan singgang mmg kat sini laa. Pasal...semua gerai ada menu ikan singgang, huhu.
Kejap jer leh abes...huhu.
Mula2 nk gi kedai SELERA RAMAI 1 tu...tapi ramai sgt orang. Meja pun penoh. Jadi, kitorang pun gi makan kat kedai sebelahnya. Sedap jgk singgangnya. Mmg rekemen ler kat sesape yg nk gi makan sini, hehe..

Tp tu laa kat sini mcm biasalah...ada jual cd cetak rompak dari meja ke meja. Aku tak suka sbb mengganggu masa kita nk makan. Kat sini jgk ada sindiket mintak sedekah dari meja ke meja. Mcm2 gaya...yg compang camping, mulut bising jerit2, ada yg ala2 berhijab dan mempergunakan pemakaian niqab mintak sedekah, adoiii. Bkn mintak derma ye...ni mintak sedekah. Lepas sorang2 dok mai...mm. Org yg menghulur mmg lebih mulia dari yg meminta tp masalahnya ini semua bakal menggalakkan lagi penipuan sindiket mcm ni...
Mula2 si compang camping masuk mintak sedekah. Tak lama tu si berniqab tu pulak datang dgn tujuan yg sama nk mintak sedekah. Dan si compang camping pun jerit kuat2 lebih kurang mcm ni...."hantu raya masuk!!! hantu raya masuk!!, jin tanah....jembalang!!!", mmg ditujukan kat si berniqab tu..Terus jer yg berniqab tu (tak kenal pasti identiti sebenar lelaki ke pempuan, muslim ke non muslim) blahh dari meja kitorang. Tak jadi nk mintak sedekah. 

Lepas makan...fadel terus bawak gi downtown di Danau Kota. Aku nk cari tuala sebab terlupa nk bawak tuala. Nanti nk gi Melaka pulak esoknya, kan. Walaupun susah cari parking kat situ tp sebenarnya biasa2 aje pun perniagaannya. Ramai peniaga meniaga barang yg sama. Cuma kat situ uniknya ada satu gerai kucing terbiar utk dibela. Kita leh amek kucing utk pelihara kalo ada yg kita berkenan. Kucing tu pun dorang dh bersihkan elok2 dh.. Kita cuma amek bawak balik utk bela elok2. Percuma jer. Leh nk derma utk tujuan kos dorang membela kucing2 terbiar tu.

Dh jumpa tuala...terus gi area Taman Melati. Fadel nk cuci avanza kat stesen SHELL. Malam2 pun dorang bukak car wash?? uii...ramai lagi yg nk cuci kete & moto malam2 ni ye kat KL?? huhu..

Dah selesai....tunggu ayah sampai dari Bentong dan saing dua kereta ke umah Fadel. Esok pagi nk gi Melaka, yeargh!!!!

Abes citer..

Nota ALONA:-
~Jap lg nk gi makan kenduri kat umah Yeop di Quarters AIR Utara Berhad....

Gi amek PSP

15.11.2012
Khamis..

Pagi tu kitorang dari Bentong...terus menghala ke Shah Alam...lebih tepat Giant Shah Alam, hehe..
Stadium berhampiran..
Sarapan pagi kat sini sementara tunggu kawan along dan famili dia sampai. Kawan along ni dok kat Denai Alam....katanya 15minit jer dari situ ke Giant ni. Aku mmg tak tau kawasan ni lagi sebab katanya kawasan baru. Jadi, tak reti nk ke sana. Lebih senang jumpa kat Giant aje lah.

Kitorang sarapan kat food court Giant aje. Kat situ mmg mcm2 menu ada. Kiosk pun jual mcm2 makanan best. Aku dh penah masuk Giant ni tp dh lama sangat dh, kan Fadel?? hehe... Kali ni masuk semula walaupun tak masuk pun kat dlm pasaraya Giant tu, hehe..
Kuih lepat ni mmg sedap. Aku pun tak tau nama dia. Lepat pisang tepung bungkus, hahaha...Tp mmg sedap. Leh try beli kat kiosk yg jual beraneka kuih tu kalo tingin nk rasa, hehe.
Dh selesai sarapan...tak lama tu kawan along (aiman) dan famili pun sampai. Budak berdua ni ada urusniaga, haha.

Al-kisah...
Kawan along ni (sama dorm kat maktab)....cerita (masa kat dorm) yg dia dh tak main PSP yg dia beli tahun 2010 dulu. Sebab dia lebih syok main games PC (online)...Pastu, along pun saja laaa tanya kot2 kawan dia nk jual murah2, hehe. Kawan dia kata...nanti tanya kat parents dia dulu. 
Akhirnya, ketika awal cuti sekolah hari tu dorang berdua ni deal punya deal guna sms...kawan along setuju nk jual PSP dia ngan harga RM300 siap casing dan ada games kat dlm. Dan dia siap offer amek 2 bijik PSP dgn harga RM500 sebab adik pempuan dia pun dh tak main PSP ni & alang2 nk jualkan jgk. 
Along kata, along percaya kat kawan dia ni sbb kawan dia ni mmg baik orangnya. Bkn jenis ganas, suka tipu2 ni..
Abg pun bagi laa along beli satu dan lagi satu tu abg pun tingin nk sebijik, hehe...
Sebenarnya along dh lama tingin PSP ni...dan kitorang pun nk belikan laa tp bila riki2 harga PSP yg baru, mak datok mahai terkelur dari bajet masa tu. Yg 2nd hand pun RM700 kedai dok jual. Nak beli kat mudah.com....tak percaya pulak!! huhu. 
Tu laa bila kawan along ni nk jual...kitorang izinkan ler dia beli guna duit dia sendiri. RM250 aje sebijik bila kawan dia bagi RM500 utk 2 bijik PSP. Disebabkan urusniaga ni laa kitorang leh sampai ke Giant Shah Alam hari tu, huhu..(kebetulan nk gi KL umah Fadel, kannn..)
Sempat laa bersembang2 ngan mak kawan along ni. Muda setahun dari aku rupa2nya, hehe.
Ni laa kawan along tu (bertopi). Mak dia bgtau...kat umah pun anak2 dia jenis terperuk dlm umah jgk. Kawan2 takde...dok jauh2 dari kawasan umah. Pastu, Aiman ni sorang jer anak lelaki. 2 orang adik dia pempuan. Tu yg takde geng nk main PSP walaupun adik dia pun ada PSP.
Bila dh selesai....puas laa hati along dpt sebijik PSP, mm.  
Pesanan IBU:- Tu jgn dok hadapppp PSP aje cuti sekolah ni. Tu sekadar hobi...masa lapang saja. Mata tu dh ler kena bantuan kanta cermin. Jgn nak menambah power pulak lagi!!!!!
Ni laa PSP ni...dh apgred version 6.60 pro-b10.
Ni laa PSP nya. Jadi laa walaupun 2nd hand...
Pemilik asalnya pun mmg jenis cermat. Berbaloi jgk ler pemilikannya diambil alih oleh along dan abahnya ni, hoho.  
Casing merah tu....sebelum ni adik pempuan kawan along yg punya. Abg pilih yg tu dgn alasan budak pempuan guna mesti lagi cermat, hehe. 
PSP casing itam tu...kawan along tu laa yg punya. Along amek yg tu dgn alasan games yg ada dlm tu mesti lagi best dari PSP seorang budak pempuan, hehe. Tak kisah laa, nak game yg best2 cari ler kat kedai games, kan. 

Nota ALONA:-
~Kawan along ni mmg datang sekeluarga hari tu. Tp ayah dia & 2 orang adik pempuan dia segan lak nk bergambar, hehe. Sorang adik pempuan dia sebaya Akiss tp badannya lebih kecik dari Akiss.

Saturday, November 24, 2012

14hb Nov - Aktiviti sampingan

Selepas menziarahi pusara mak....kitorang terus menghala ke RTP Kg. Lebu. Nak beli durian. Masa tu durian tak semeriah minggu ni lagi, hehe. **Minggu ni dh meriah ngan durian. Durian di mana2. Jual longgok2 aje dh..sape jual kilo2 tu pakat kulit sampai kuning, bontot buah durian dh merekah pun takde ler org nk beli, huhu..

Singgah kedai makan ni terus makan nasik wlpn jam lom tengahari lagi, ngee..
Tgk mesin ABC kat kedai ni. Sgt sempoi!!! 1st time tgk mesin cenggini.
Durian...mahal jgk ler..RM6 sekilo...beli 3 bijik aje.
Ayah beli manggis. Pun mahal lagi masa ni RM4 sekilo. Rambutan tu tokey bagi setangkai.. ABC dalam gambar tu telah dihancur2kan ais ketulnya oleh mesin ABC td.
Telur rebus ke....telur separuh masak, ntah??
Dari RTP...kitorang pusing semula. Singgah umah makngah..tp makngah takde. Sorang cucunya aje yg ada.
Makan durian yg ada kat luar umah makngah, hehe...
Dari umah makngah...ayah ajak gi kebun getah. Ayah kata durian ayah dh mula belajar gugur utk musim kali ni. Kot ada rezeki...ada ler 2-3 bijik kot nanti, ngee.
Pelan ni bkn ayah yg toreh dh. Ayah dh upah orang lain yg buat.
Pertama kali alza masuk kebun ni...sebabnya sebelum2 ni kete saga CAQ ayah masih ada....kete tu aje yg syok drift masuk kawasan ni. Tp sejak CAQ dh lepas ke kak Timah...kene ler bawak kete lain lak, hehe..
Dh abes ronda...dapat ler 2 bijik durian kat sini. Jadi laa...ada gak rezeki.
Ayah tgk pokok manggis tu kot2 ada buah yg dh mula masak....tp belum ada lagi. Minggu ni mgkn dah mula masak ler kot, hehe..
Dh nak balik.....
Durian kat kebun ayah ni mmg power rasa dia. Sedap dari musang king lagi. Betoiii....sepupu ngan adik abg yg dh penah rasa durian ni tahun lepas pun mengakuinya, huhu.
Ni pulak ada manggis jenis lonjong. Mmg buahnya jenis lonjong2. Tak bulat mcm manggis biasa.
Ni laa kacang panjang kaler purple yg aku beli kat Ringlet, CH otw nk balik Bentong tu.....rasa dia?? mcm kacang panjang biasa jgk laa.
Nota ALONA:-
~Hari ni gi amek gambo pengantin menikah kat Lubuk Merbau. Walaupun cuma acara menikah tp mcm letih sgt amek gambo dari pagi sampai petang, huhu...