Apa maksudnya??
Korang penah tgk papan tanda cenggini??
Mesti ada yg penah tgk papan tanda ni kat setengah2 tempat. Tapi yg aku snap ni mesti sesiapa yg penah lalu jalan dari Simpang Pulai ataupun dari Gua Musang yg hendak ke Cameron Highlands akan ternampak ianya terpacak di tepi jalan. Kat ner lokasinya??
Papan tanda ni terdapat dari simpang tiga yg menuju ke Kg. Raja - Tringkap ataupun sebaliknya. Dua2 side pun ada tanda ni ada.
Jarak papan tanda yg sama ni dipacakkan dari arah lane kiri dan dari arah lane kanan jalan tak sampai pun 100m. Aku pun tak tau apa maksud papan tanda ni apabila dipacakkan kat situ.
Tak tau laa apa sebabnya papan tanda ANDA SEDANG DIPERHATIKAN ni diletakkan di situ dgn gambar orang lelaki bermotor???
~Adakah kat situ ada polis bermotor sedang memerhatikan kelajuan ataupun memotong double line???
~Atau ada peragut bermotor??? Tapi takkan laa ada pulak tanda utk peragut bermotor, kan?? Kalo dh taruk situ...takkan ler peragut tu nk meragut kat situ lagi?? hoho..
Aku dh tengok kat buku nota yg along dpt masa dia ikuti kursus KPP 5 jam semalam...takde pulak tanda cenggini.
Jadi, apa pendapat korang tentang maksud yg cuba disampaikan oleh papan tanda ini??
Nota ALONA:-
~Dari Habu ke Ringlet, CH pun ada jgk papan tanda cenggini. Jarak yg pendek jugak antara papan tanda di jalan sebelah kiri dan jalan di sebelah kanan.
~Baru semalam abg terperasan papan tanda cenggini jugak kat tepi jalan utama di Bagan Serai, mmm....
~Dah lama aku nk wat entry ni tapi terlupa, hehe.
15 comments:
Ini first time akak tgk...
biasa tgk kat san atp tak terpikir nak snap pic hehe...
jgn bawak moto laju2 kut hehe
ritu nk snap pics ni gak tp termiss...
Kalau kt highway utara selatan ada signage lembu..'hati2 lembu...'..nak gelak pon ada..ekekeke...:-)
kena tanya org JPJ pasal papan tanda ni... akak pun tak faham maksudnya.. hehe...
gambar tu dengan ayat tu mcm tak releven kan? ada paparazi kot katarea siti. kikikik...
Tapi yg gie komen tu lagi lawak .
"hati hati Lembu". nak suh lembu hati hati ke orang berhati hati?
kahhhhhhhhhhh
entahlah KA pown x perasan yg ini !
askar Jepun lalu kut!!
mcm penah tgk sign ni..hehe...tp tu la..apa mksud dia ye..hehe...
apalah agaknya..yg cuba disampaikan
Ada gangguan benda halus rasanya...
Saya jumpa 2 kali...di tempat yg sama ini dan jalan segamat - tangkak :)
http://www.sinarharian.com.my/mobile/jalan-mersing-endau-bahaya-1.113267
http://www.sinarharian.com.my/mobile/jalan-mersing-endau-bahaya-1.113267
Assalamualaikum wr. wb. saudara.
Maafkan saya kerana mengambil dan mengedit salah satu gambar dari post ini tanpa izin. Saya ada memberikan kredit kepada blog saudara, tapi kepala penunggang motosikal (dalam gambar tersebut) telah di-edit kerana saya berpendapat ia KURANG menakutkan dalam gambar asal.
Rasa-rasanya para penunggang motosikal sekitar-sekitar Cameron Highlands MUNGKIN akan lebih berhati-hati, sekiranya mereka ternampak bayangan sang Ghost Rider melambai-lambai ke arah mereka, tatkala mereka mengharungi lengkok di sana.
Saviour-V tersenyum seketika, sebelum membungkuk sebagai tanda memberikan hormat, lalu meninggalkan tempat tersebut...
Saviour-V kembali seketika...
Ah, maafkan saya! Hampir terlupa. Ini post saya di FB:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154911670964983&id=573189982
Kalau ia membuat saudara tersenyum, tolong maklumkan, ya?
Saviour-V membungkuk hormat sekali lagi, sebelum meninggalkan blog ini...
Post a Comment