**Citer ni agak panjang jugak laa. Citer pengalaman aku sepanjang majlis ni berlangsung. Mgkn mana2 pihak pengurusan tak tau...bila dh TERbaca entry ni....akan datang boleh laa diperbaiki lebih baik lagi agar ia tidak lagi berlaku. Mmg adat laa...kan, kalo majlis yg melibatkan jumlah yg ramai ni mesti ada berlaku sesuatu yg diluar kawalan, hehe.
11 Oktober 2013
JUMAAT
Pagi tu...aku keluar umah jam 7.30 dengan sang kancil.
Abang keluar lambat sket...sbb nak minum kopi yg aku dh bancuhkan sebelum keluar tadi.
Abg kena keluar ngan alza...sebab..lepas abes majlis along ni nanti...aku nak terus gi amek angah kat Lenggong. Abang pulak terus amek Akiss kat Transkrian. Dorang berdua pun balik hari ni utk bercuti sempena nak sambut AidilAdha 1434H Selasa nanti.
Sampai sana....parking mmg dh penuh. Aku join ibubapa lain yg parking kat depan umah banglo yg berdekatan ngan Hotel Taiping Perdana tu.
Kemudian aku tunggu abang...dh tau abg pun mesti susah nak dapat parking. Alhamdulillah, abang parking alza sebelah sang kancil.
Masuk kat dalam hotel...tunjuk pass masuk dewan yg terhad utk 2 orang wakil sorang pelajar di meja pendaftaran. Tapi...tempat duduk kat dalam dewan dah penuh.
First come first serve...katanya. Dewan tu besar cuma bila dh ditempatkan 390 lebih pelajar tingkatan 5 yang diraikan, dicampur pulak ngan kehadiran ibubapa pelajar jika didarab 2 menjadi 780 orang, ngan cikgu2 lagi....mmg tak muat laa dewan tu nak sumbat semua. Itu pun ada parents yg tak dapat hadir.
Maka, kitorang kena dok kat luar dewan di tingkat 2 tu. Pihak pengurusan ada sediakan banyak kerusi utk menampung ibubapa yg tidak berpeluang utk turut serta duduk di dalam dewan yg indah itu. Kat luar tu mmg tersedia skrin projektor utk kami yg kat luar dewan ni melihat acara yg berlangsung kat dalam.
|
Buku program graduasi hari tu... |
Berdekatan ngan tempat pendaftaran...terdapat juga meja2 yg menjual cenderamata utk diberi pada pelajar2 yg menerima anugerah graduasi pd hari itu. Seperti suasana konvo kat U jugak laa. Paling mahal...jambangan bunga besar berharga RM89.90. Ada jugak dijual bunga ros sekuntum dua, teddy bear kiut....tapi aku tak beli pun. Ada aku tanya along...nak ke idak?? Tp along kata...
"tak payah laa ibu, malu jer. Along bkn dapat bagus sangat pun". Ok, aku pun tak beli laa, hehe. Lagipun...bunga kan. Tak ramai pun aku tengok budak lelaki pegang bunga yg mak pak dia belikan. Balik2...mak dia jugak yg tolong pegangkan, huhu..
|
Along dan pelajar2 lain sedang tunggu utk masuk ke dewan. |
Masa aku ngan abang naik kat tingkat 2 ni....tengok tempat duduk kat luar pun dh ramai yg duduk. Rongak
(kosong) sana sket...sini sket. Aku ngan abang ni mmg jenis suka duduk kat depan...jelas nyata...dah tentu tak nampak kepala orang depan kita, kan..hihi.
|
Cenggini laa
suasana kat luar dewan...bila pintu tepi dewan semua terbuka...secara
tak langsung ramai ibubapa yg tak berpeluang dok kat dalam dewan akan
lebih suka puas pandang terus ke dalam dewan utk melihat majlis tu
berlangsung daripada melihat skrin projektor tu. |
Nampak ada kosong kat depan...aku terus gi depan..tanya kat orang sebelah tu sama ada tempat tu dh ada orang duduk ke?? Bila dia kata takde...aku gamit abang ajak dok kat situ, hehe. Depan sekali...tak nampak kepala orang depan bila kita nak tgk skrin projektor tu. Dh laa tak dapat masuk kat dalam dewan kan, sedih tau!!! Kurang laa sket dapat aura meraikan anak tu, :p
Dan...kat luar ni...pass masuk yg 2 keping tu tak laku sebenarnya sbb kat situ lebih dari 2 orang leh masuk utk sorang pelajar...adik2 kecik pun leh masuk nak nanges, nak jerit2..
|
Kitorang duduk kat luar ni aje laa...sian, kan....(gambar ni abang mintak tolong Bad snap kan. Bad ni antara OP utk majlis hari tu) |
Tapi tak kisah lagi laa....sebab pintu tepi dewan semua dibuka. Secara
tak langsung...kitorang semua leh nampak suasana kat dalam tu.
Bersembang ngan sorang ibu kat belakang aku tu...dia sampai situ jam 7.20 pagi...dh kena duduk luar. Inikan aku yg sampai dekat jam 8 pagi, huhu. Puan tu kata...dari jam 6.30 pagi dah ada yg mula tunggu nak daftar masuk. Terutama yg menginap kat hotel tu jugak.
Mula2 syok laa sebab pintu dewan terbuka. Mata leh tengok terus kat dalam. Leh nampak pentas. Tak layan pun skrin kat depan tu, :) .
Mujur laa jugak...along dok kat ngan pintu berdekatan tempat aku duduk tu....bukan kat seat sebelah sana. Dorang duduk kat dalam tu mmg dah ikut susunan ikut pointer ler, hehe.
|
Tu along.... |
|
Ok..klik lagi gambar along. |
Masa mula2 berlangsung majlis ni...ok laa lagi. Leh tengok terus ke dalam dewan walaupun aku dok luar dewan sbb pintu terbuka, kan. Takyah tengok skrin projektor pun. Tetiba pulak dorang tutup 2 pintu depan tu. Gerammm jer rasa. Eh, bukan aku sorang yg geram, ye. Semua yg kat luar sebaris ngan aku tu mengeluh. Sampaikan sorang bapa tu pi bukak pintu yg pertama tu tanya kat orang dalam kenapa pintu tu ditutup?? Sebab...................tak leh nampak kat dalam tu satu hal. Lagi satu masalah speaker luar dewan. Tak dengar langsung apa yg diucapkan oleh perasmi majlis hari tu. Tengok skrin depan mcm ntah apa2 jer...sbb tak dengar apa yg orang kat dalam dewan tu dengar. Macam kitorang kat luar ni menghadiri majlis yg lain pulak...bukan majlis yg sama. Serius aku citer ni. Ibubapa kat luar dewan ni bengang betul masa tu.
Kemudian, sorang lagi bapa pelajar yg dok dekat2 ngan kitorang tu bangun dan keluar dari situ. Merajuk isteri dia kata, huhu. Sebab...diorang dh laa datang jauh2 semata2 nak meraikan anak dorang...pastu tak dapat masuk dewan pulak. Takpe laa, semua leh faham dan leh bersabar lagi. Tetiba pintu tu ditutup pulak. Mau tak bengang member, huhu.
Pihak teknikal pun sebok ler bawak keluar 2 bijik speaker tanpa wayar. Ok...dengar laa kejap apa yg diucapkan oleh perasmi. Tetapi....sekejap aje pun. Speaker tu dh senyap. Mgkn speaker tu bateri dah weak. Bawak keluar tu pun syarat jer nak sejuk kan hati ibubapa kat luar ni.
Kitorang dh buat tak tau aje. Malas dh nak komen apa.
Tapi tetiba pulak pintu tu dibuka semula....mm, lega betul hati ni. Mata pun lega...leh terus tembus nampak kat pentas utama dalam dewan. Apa yg dibicarakan oleh perasmi kat dalam tu pun kitorang dengar dengan jelas.
Bila tiba masa nak sampaikan skrol...alamakk, pintu dewan ditutup semula kecuali pintu belakang. Pelajar form 4 yg diamanahkan utk jaga luar pintu tu bagitau...nak amek gambar boleh tapi ikut pintu belakang dewan dan amek dari belakang aje. Tak leh dekat2 ngan pentas.
Mm, syarat tu sebenarnya mmg dh ada dalam surat jemputan. Dorang dh bagitau...dorang ada fotografer yg diupah utk amek gambar pelajar menerima anugerah. Tp biasa laa, kan. Nak tunggu gambar tu siap ntah bila tak tau. Bila gambar yg mak pak amek sendiri ni...jap2 tu dh leh tengok dah. Balik umah nanti dh leh tunjuk kat adik-beradik pelajar...dh leh tunjuk kat atuk nenek pelajar.
|
Suasana kat dalam dewan. Rasanya kalo aku dok kat dalam pun..tak nampak pentas kat depan tu, hehe. Maklum ler...bila orang renek duduk, kan...nampak kepala orang aje laa. Tu laa agaknya hikmah dpt dok luar kot, hihi...Leh nampak terus depan pentas tu. |
TETAPI....ramai jugak dari kalangan ibubapa yg dok kat luar ni bukak aje pintu tu buat tak tau. Dorang berdiri kat tepi pintu dewan depan tu utk standby amek gambar anak dorang amek skrol kat atas pentas.
Aku pun bila tengok ada yg dh buat mcm tu...maka aku pun pi tengok..port mana best nak amek gambar masa giliran along nanti, hehe. Kemudian...aku duduk semula sebab giliran along lambat lagi nak naik atas tu. Dorang mulakan ngan pointer 4 flat. Ada 20 orang pelajar cemerlang yg pointer nya sangat2 dasyat sehinggakan ibubapanya dapat seat khas kat ngan pentas dalam dewan tu. Takpe laa..itu mmg dh rezeki anak dorang...cemerlang.
Tengok dalam buku program graduasi...bila nama along dh nak dekat...aku pun stanby kat pintu utk amek gambar along dari jauh.
|
Ini jer hasilnya. Tak sempat nak snap gambar along pandang kamera (yg diambil oleh OP). Tak pe laa..yg tu mgkn abg leh mintak soft copy kat Bad sementara nak dpt gambar yg dh dicuci dan diagihkan oleh maktab nanti. |
|
Ni abg yg snap kat skrin luar masa along naik pentas. |
Along masih dpt anugerah kelas pertama...cuma....pointer dia kiranya lebih sket jer dari 3.5 yg disyaratkan, hehe. Nak cakap cukup makan pun boleh laa, huhu. Tak pe along...SPM sebenar nanti buat yg terbaik, ye. Ibu, abah dan adik2 sentiasa mendoakan yg terbaik buat along.
Mujur jugak utk kelas pertama ni YB sebagai perasmi majlis yg sampaikan skrol. Beliau faham yg pelajar tu akan dirakamkan gambarnya. Tapi bila tukar penyampai skrol utk kelas kedua
(atas).....adoii...naya. Dah serahkan skrol.....terus jer penyampai tu lepaskan skrol tanpa memahami pelajar tu perlu memandang ke arah kamera ketika menerima skrol utk dirakamkan gambarnya. Gambar tu nanti akan dicetak dan akan diserahkan kepada pelajar itu. Masing2 semua dh bayar duit gambar tu sekali ngan sewa jubah dan lain2..
Aku ingatkan aku sorang jer perasan perkara ni. Rupa2nya puan2 kat belakang aku tu pun sama dok komplen sesama dorang. Dorang pun kata...mujor anak dorang amek skrol ngan YB tadi. Pastu, bukan puan2 tu aje yg komplen...rupa2nya...kawan2 along pun komplen jugak, huhu. Along citer..sampaikan ada sorang kawan along yg menerima skrol dari penyampai tu siap mintak penyampai tu pandang kamera utk amek gambar masa dia menerima anugerah tu. Ye lah...walaupun itu cuma grad utk form 5 tapi itu semua adalah kenangan dorang. Mesti dorang nak gambar elok, kan. Pastu, gambar bukan free...kena bayar.
|
Bad sedang menjalankan tugas.. |
|
Ini adalah utk anugerah pelajar paling cemerlang...4 flat tu!!!! Genius nya laa....Ibubapa dia dijemput naik bersama ke atas pentas. Tentu laa mereka tumpang seronok, kan!! |
|
Majlis pun tamat. Tetamu dalam dewan semua dh beransur keluar termasuk ler penerima2 anugerah. |
Aku dh pesan kat along..dh keluar tu kang...masuk balik dewan sebab nak cepat2 amek gambar kat atas pentas sebelum lagi ramai yg pi situ utk bergambar jugak.
Sebenarnya masa tu tetamu dijemput menikmati hidangan yg disediakan. Tp...aku ni kalo bab2 makan...lambat2 pun takpe. Perkara yg penting diutamakan dulu, hehe..
|
Amek gambar along sorang dulu. Nampak?? ni pun kena amek angle senget sebab?? sebabnya dh ada satu keluarga pelajar lain kat sebelah sana. Dan...dh ada yg menunggu giliran kat bawah pentas, hehe.. |
|
Abah ngan anak sulungnya. |
|
Ibu dan anak... |
Dah selesai cepat2 turun. Bagi peluang kat orang lain pulak ye. Jangan pentingkan diri sendiri nak buat pose mcm2 kat atas tu, ye....kehkeh..
|
Mintak tolong Bad klik kan gambar ni. Mujur ada dia, hehe. |
|
Sekali pandang ok...Dua kali pandang nampak semacam pulak gambar ni....sbb tangan keluar kat tepi lengan jubah, hehe.. |
|
Kemudian...join gi beratur nak amek makanan pulak. |
|
Makan kat dalam dewan... |
|
Tengok pentas tu..penoh dh mereka2 nak bergambar kat situ.. Nasib ler kitorang awal2 dh amek peluang tu, hihi.. |
Dah selesai..turun ke bawah...Along nak pulangkan jubah.
Tapi bila sampai kat tangga...along tersangkut pulak sbb kawan2 dia ajak bergambar beramai2.
|
Suasana lobi hotel dari atas tangga... |
|
Yg ni...along amek gambar ibu dia, heeh. Tengah nak tolong hanger kan jubah dan simpan semula dalam plastik sebelum dipulangkan. |
|
Owh...abg pulak nak amek gambar isterinya guna kamera hp, huhu..layankan aje, ye...SENYUM :) |
|
Ni abg try buat efek pusing2 guna kamera hp nya...layankan jugak, ye sementara tunggu along tak turun lagi. |
|
Ni baru gambar READY.....KLIK. Belon tu aku pinjam aje sbb belon tu sebenarnya utk dijual, hihi.. Dh tinggal sebijik aje lagi.. |
|
Tengah tunggu along tak turun2...nampak pulak budak Adi ni...aku ajak dia amek gambar, hehe. |
Korang kenal ke Adi?? Masa budak2 dulu...dia berlakon dlm drama Kapten
Boleh. Kalo drama lain mmg aku tak terperasan sgt, hihi...sbb jarang
tengok drama kat skrin tv ni. Tapi kalo korang peka...iklan raya TM utk tahun 2011 dan 2012..dia adalah antara pelakon utama selain sorang amoi dan sorang budak india tu. Kalo tak pasti, leh pi cari kat YouTube... :)
|
Berlatarbelakangkan lobi hotel... |
|
Sesi pulangkan jubah...kena catat nama dulu.. |
|
Baru serahkan jubah kat dorang ni....terus jer gantung & susun kat dalam lori, hehe.. |
|
Hotel yg ada kubah di pintu masuk utamanya... |
Untung hotel ni....ramai makpak yg dok luar dari Taiping terus booking menginap kat sini bila dapat tau majlis graduasi anak dorang bakal berlangsung di sini. Sudah tentu memudahkan urusan, kan??..
|
Gambar ni aku edit sendiri mcm ni. Sebab maktab tak buat rupanya gambar studio. Cuma gambar masa menerima atas pentas aje. |
|
Ni ketika majlis graduasi along masa form 3. Yg ni mmg dalam pakej gambar yg disediakan oleh MRSM PH. Entry pasal majlis ni kat LINK ni.. |
Ok, abes dah citer....
Semoga Along berjaya di dunia & akhirat, Amin..
Nota ALONA:-
~Tahun depan nak berkisahkan Angah pulak ngan majlis cenggini kat MRSM Lenggong...insyaAllah. Semoga angah pun berjaya utk sarung jubah di hari graduasi mcm ni. Amin
~Semoga Akiss pun leh dapat tukar kat MRSM Taiping dari Transkrian ketika dia form 4 nanti..Amin.