Monday, October 14, 2013

Kenapa aku tetiba menangis???


Sedih sangat masa ni. Nasib baik laa aku bawak sapu tangan. Leh jugak serap byk air mata yg keluar tanpa dipaksa2 tu...mmm
13.10.2013
AHAD

Hari ni aku ngan abang keluar melunaskan tanggungjawab yg diamanahkan. Semalam hari langsung utk majlis pertunangan dan majlis pernikahan sejam kemudian. Hari ni baru majlis persandingan mereka.

Ketika dah selesai amek gambar pengantin sedang bersantapan...aku dok kat kerusi yg disediakan berhampiran meja guest book. Ye laa...biarlah dorang teruskan makan setelah dh ganggu utk amek gambar dorang sebelum tu. Sambil tu...mata aku terpandang seseorang. Melihat cara dia bercakap, bergurau, ketawa, cara berjalan telah mengingatkan aku pada seseorang yg sangat aku rindui...
Ralit aku memerhatikan dia...Terus aku panggil abang utk aku kongsikan perkara ni. Aku takut mata aku silap. Terus aku tunjuk kat abg....dan nyatakan pendapat aku....dia imbas seperti siapa. Nyata, abang pun setuju dan sependapat ngan aku. Terus jer abg on kamera dan snap gambar dia tanpa dia sedari.
Inilah dia orang yg aku maksudkan tu..
Ya Allah, saling tak tumpah. Ngan tubuh badan yg kecik, tak tinggi, kurus, cara pegang henbeg, cara jalan, cara pakai tudung, mulutnya....perbuatan mulutnya.. Terletak baju kurung ditubuhnya....saling tak tumpah. Bagai aku melihat itu mmg emak.....

Spontan airmata aku keluar tanpa dipaksa. Kerana aku terlalu rindu utk melihat emak di depan mata...
Aku perhatikan susuk tubuh itu sehingga dia keluar dari pintu pagar utk pulang.
Merah mata sebab menangis..ni keje abg. Amek gambar ketika aku sedang bergenang air mata.
Sebenarnya...aku dh nampak kelibat seseorang seperti arwah mak ni ketika dia dijemput utk merenjis pengantin di pelamin. Tp aku hanya melihat saja seperti tidak percaya. Mgkn ia mainan ilusi mata saja. Tak sangka...mata ni terpandang lagi makcik tersebut yg sedang berbual mesra ngan mak pengantin lelaki sebelum dia beransur pulang.

Bila aku citer kat abang tentang ni...abang belek semula gambar dalam kamera sebab hanya abang yg amek gambar ketika sesi merenjis ni sebab tempat sempit. Dan bila dh jumpa gambar tu...abg pun tunjuk kat aku...
Ni laa makcik tu...dari sisi tepi pun...mmg sama mcm emak..
Balik umah...dh ada wifi...aku wassap kat Fadel...dan tunjukkan gambar ni kat dia.
Dan Fadel pun mengakuinya...Dia pun setuju. Fadel belek habes gambar makcik ni...dan mata dia lebih cekap sebab perasan makcik ni pakai jam terbalik sama mcm arwah mak jugak. **Sila tgk gambar di atas ni kalo tak paham pasal jam terbalik tu, hehe..

Cuma makcik ni pakai spek walaupun ketika gi kenduri.
Arwah mak aku mmg ada spek mata sbb rabun dekat...tapi mak guna ketika sedang bekerja di tempat keje dan masa nak tengok gambar, nak membaca saja. Kalo jalan2, gi kenduri, naik motor gi keje ataupun ketika melakukan keje2 seharian kat rumah...mak mmg tak pakai spek mata mak tu.
**Aku jugak tak berkesempatan dengar suara makcik tu masa dia bersembang2....tambahan pulak lagu2 berkumandang di speaker p.a system yg disewa di majlis tu.
Ternyata itu bukan ilusi mata aku...sebab suami, adik aku dan anak2 aku bersependapat ngan aku.
Bagi aku...peristiwa itu tadi adalah penawar rindu aku pada arwah mak walaupun sebenarnya tetap tidak terubat. Walaupun insan tadi bukan emak yg mengandungkan aku, melahirkan aku, membesarkan aku, mendidik aku, menyayangi aku sepenoh hati....tapi persamaan pada mata kasar yg ada pada dirinya telah membuatkan aku seolah-olah melihat melihat emak di depan mata. Mata ni seperti terpukau utk melihat setiap pergerakannya, jantung aku rasa berdebar2....

Bagi aku...ia adalah rezeki kerana berpeluang melihat seorang hamba Allah yg bukan sahaja wajahnya iras emak aku...tapi pergerakan luarannya beberapa minit dalam pemerhatian aku itu saling tak tumpah seperti arwah mak jugak.

Nota ALONA:-
~Al-fatihah...

11 comments:

ibuayu said...

Al fatihah..mungkin jua ia diketemukan seketika buat pengubat rindu di jiwa..

Delimasari said...

al-fatihah

nad said...

Sebak saya.. :(

Kalau akak tegur makcik tu sembang2 sket mesti lh terubat rindu. Apa2pun alfatihah buat arwah

mama leen said...

Saya pun nangis kak

Unknown said...

Entri yg sngt tacing. Huhuhu.... Lona ade x gmbr mak. Nnt masklah gmbr mak same makcik nie blehlah weolls tngk skali

attyfir said...

dpt ubat rindu pd arwah emak..
knp lona tak tegur..makcik tu..?

el said...

sebak sedu mengenang air mata sya kak bc kisah akk ni..
rindu pulak pd emak el yg baru je w/pun raya ritu dah berjumpa

alfatihah tuk arwah

Unknown said...

alfatihah.. semoga rohnya dirahmati..

wantie said...

menaglir jugak air mata t NI KAK. aL-FATIHAH untuk arwah mak akak.

Rinna said...

Bergenang airmata nie bila baca kisah nie.. Mungkin nak ubat rindu Ina pada arwah ibu..

Al-fatihah..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

kak..sy sebak bc n3 kak ni..
sbr byk2 ye kak..

kalau sy di tmpt akak pon tk tahu la cm mn kak..mmg tk dpt nk lupakan ibu yg tsyg...

dlm dunia ni..mesti ada pelanduk dua serupa kan....

semoga terubat rindu akak pd arwah mak kak..