11 Oktober 2013
JUMAAT
Pagi tu...aku keluar umah jam 7.30 dengan sang kancil.
Abang keluar lambat sket...sbb nak minum kopi yg aku dh bancuhkan sebelum keluar tadi.
Abg kena keluar ngan alza...sebab..lepas abes majlis along ni nanti...aku nak terus gi amek angah kat Lenggong. Abang pulak terus amek Akiss kat Transkrian. Dorang berdua pun balik hari ni utk bercuti sempena nak sambut AidilAdha 1434H Selasa nanti.
Sampai sana....parking mmg dh penuh. Aku join ibubapa lain yg parking kat depan umah banglo yg berdekatan ngan Hotel Taiping Perdana tu.
Kemudian aku tunggu abang...dh tau abg pun mesti susah nak dapat parking. Alhamdulillah, abang parking alza sebelah sang kancil.
Masuk kat dalam hotel...tunjuk pass masuk dewan yg terhad utk 2 orang wakil sorang pelajar di meja pendaftaran. Tapi...tempat duduk kat dalam dewan dah penuh. First come first serve...katanya. Dewan tu besar cuma bila dh ditempatkan 390 lebih pelajar tingkatan 5 yang diraikan, dicampur pulak ngan kehadiran ibubapa pelajar jika didarab 2 menjadi 780 orang, ngan cikgu2 lagi....mmg tak muat laa dewan tu nak sumbat semua. Itu pun ada parents yg tak dapat hadir.
Maka, kitorang kena dok kat luar dewan di tingkat 2 tu. Pihak pengurusan ada sediakan banyak kerusi utk menampung ibubapa yg tidak berpeluang utk turut serta duduk di dalam dewan yg indah itu. Kat luar tu mmg tersedia skrin projektor utk kami yg kat luar dewan ni melihat acara yg berlangsung kat dalam.
Buku program graduasi hari tu... |
Along dan pelajar2 lain sedang tunggu utk masuk ke dewan. |
Dan...kat luar ni...pass masuk yg 2 keping tu tak laku sebenarnya sbb kat situ lebih dari 2 orang leh masuk utk sorang pelajar...adik2 kecik pun leh masuk nak nanges, nak jerit2..
Kitorang duduk kat luar ni aje laa...sian, kan....(gambar ni abang mintak tolong Bad snap kan. Bad ni antara OP utk majlis hari tu) |
Bersembang ngan sorang ibu kat belakang aku tu...dia sampai situ jam 7.20 pagi...dh kena duduk luar. Inikan aku yg sampai dekat jam 8 pagi, huhu. Puan tu kata...dari jam 6.30 pagi dah ada yg mula tunggu nak daftar masuk. Terutama yg menginap kat hotel tu jugak.
Mula2 syok laa sebab pintu dewan terbuka. Mata leh tengok terus kat dalam. Leh nampak pentas. Tak layan pun skrin kat depan tu, :) .
Mujur laa jugak...along dok kat ngan pintu berdekatan tempat aku duduk tu....bukan kat seat sebelah sana. Dorang duduk kat dalam tu mmg dah ikut susunan ikut pointer ler, hehe.
Tu along.... |
Ok..klik lagi gambar along. |
Kemudian, sorang lagi bapa pelajar yg dok dekat2 ngan kitorang tu bangun dan keluar dari situ. Merajuk isteri dia kata, huhu. Sebab...diorang dh laa datang jauh2 semata2 nak meraikan anak dorang...pastu tak dapat masuk dewan pulak. Takpe laa, semua leh faham dan leh bersabar lagi. Tetiba pintu tu ditutup pulak. Mau tak bengang member, huhu.
Pihak teknikal pun sebok ler bawak keluar 2 bijik speaker tanpa wayar. Ok...dengar laa kejap apa yg diucapkan oleh perasmi. Tetapi....sekejap aje pun. Speaker tu dh senyap. Mgkn speaker tu bateri dah weak. Bawak keluar tu pun syarat jer nak sejuk kan hati ibubapa kat luar ni.
Kitorang dh buat tak tau aje. Malas dh nak komen apa.
Tapi tetiba pulak pintu tu dibuka semula....mm, lega betul hati ni. Mata pun lega...leh terus tembus nampak kat pentas utama dalam dewan. Apa yg dibicarakan oleh perasmi kat dalam tu pun kitorang dengar dengan jelas.
Bila tiba masa nak sampaikan skrol...alamakk, pintu dewan ditutup semula kecuali pintu belakang. Pelajar form 4 yg diamanahkan utk jaga luar pintu tu bagitau...nak amek gambar boleh tapi ikut pintu belakang dewan dan amek dari belakang aje. Tak leh dekat2 ngan pentas.
Mm, syarat tu sebenarnya mmg dh ada dalam surat jemputan. Dorang dh bagitau...dorang ada fotografer yg diupah utk amek gambar pelajar menerima anugerah. Tp biasa laa, kan. Nak tunggu gambar tu siap ntah bila tak tau. Bila gambar yg mak pak amek sendiri ni...jap2 tu dh leh tengok dah. Balik umah nanti dh leh tunjuk kat adik-beradik pelajar...dh leh tunjuk kat atuk nenek pelajar.
Aku pun bila tengok ada yg dh buat mcm tu...maka aku pun pi tengok..port mana best nak amek gambar masa giliran along nanti, hehe. Kemudian...aku duduk semula sebab giliran along lambat lagi nak naik atas tu. Dorang mulakan ngan pointer 4 flat. Ada 20 orang pelajar cemerlang yg pointer nya sangat2 dasyat sehinggakan ibubapanya dapat seat khas kat ngan pentas dalam dewan tu. Takpe laa..itu mmg dh rezeki anak dorang...cemerlang.
Tengok dalam buku program graduasi...bila nama along dh nak dekat...aku pun stanby kat pintu utk amek gambar along dari jauh.
Ni abg yg snap kat skrin luar masa along naik pentas. |
Mujur jugak utk kelas pertama ni YB sebagai perasmi majlis yg sampaikan skrol. Beliau faham yg pelajar tu akan dirakamkan gambarnya. Tapi bila tukar penyampai skrol utk kelas kedua (atas).....adoii...naya. Dah serahkan skrol.....terus jer penyampai tu lepaskan skrol tanpa memahami pelajar tu perlu memandang ke arah kamera ketika menerima skrol utk dirakamkan gambarnya. Gambar tu nanti akan dicetak dan akan diserahkan kepada pelajar itu. Masing2 semua dh bayar duit gambar tu sekali ngan sewa jubah dan lain2..
Aku ingatkan aku sorang jer perasan perkara ni. Rupa2nya puan2 kat belakang aku tu pun sama dok komplen sesama dorang. Dorang pun kata...mujor anak dorang amek skrol ngan YB tadi. Pastu, bukan puan2 tu aje yg komplen...rupa2nya...kawan2 along pun komplen jugak, huhu. Along citer..sampaikan ada sorang kawan along yg menerima skrol dari penyampai tu siap mintak penyampai tu pandang kamera utk amek gambar masa dia menerima anugerah tu. Ye lah...walaupun itu cuma grad utk form 5 tapi itu semua adalah kenangan dorang. Mesti dorang nak gambar elok, kan. Pastu, gambar bukan free...kena bayar.
Bad sedang menjalankan tugas.. |
Ini adalah utk anugerah pelajar paling cemerlang...4 flat tu!!!! Genius nya laa....Ibubapa dia dijemput naik bersama ke atas pentas. Tentu laa mereka tumpang seronok, kan!! |
Majlis pun tamat. Tetamu dalam dewan semua dh beransur keluar termasuk ler penerima2 anugerah. |
Sebenarnya masa tu tetamu dijemput menikmati hidangan yg disediakan. Tp...aku ni kalo bab2 makan...lambat2 pun takpe. Perkara yg penting diutamakan dulu, hehe..
Amek gambar along sorang dulu. Nampak?? ni pun kena amek angle senget sebab?? sebabnya dh ada satu keluarga pelajar lain kat sebelah sana. Dan...dh ada yg menunggu giliran kat bawah pentas, hehe.. |
Abah ngan anak sulungnya. |
Ibu dan anak... |
Mintak tolong Bad klik kan gambar ni. Mujur ada dia, hehe. |
Sekali pandang ok...Dua kali pandang nampak semacam pulak gambar ni....sbb tangan keluar kat tepi lengan jubah, hehe.. |
Kemudian...join gi beratur nak amek makanan pulak. |
Makan kat dalam dewan... |
Tengok pentas tu..penoh dh mereka2 nak bergambar kat situ.. Nasib ler kitorang awal2 dh amek peluang tu, hihi.. |
Tapi bila sampai kat tangga...along tersangkut pulak sbb kawan2 dia ajak bergambar beramai2.
Suasana lobi hotel dari atas tangga... |
Yg ni...along amek gambar ibu dia, heeh. Tengah nak tolong hanger kan jubah dan simpan semula dalam plastik sebelum dipulangkan. |
Owh...abg pulak nak amek gambar isterinya guna kamera hp, huhu..layankan aje, ye...SENYUM :) |
Ni abg try buat efek pusing2 guna kamera hp nya...layankan jugak, ye sementara tunggu along tak turun lagi. |
Ni baru gambar READY.....KLIK. Belon tu aku pinjam aje sbb belon tu sebenarnya utk dijual, hihi.. Dh tinggal sebijik aje lagi.. |
Tengah tunggu along tak turun2...nampak pulak budak Adi ni...aku ajak dia amek gambar, hehe. |
Berlatarbelakangkan lobi hotel... |
Sesi pulangkan jubah...kena catat nama dulu.. |
Baru serahkan jubah kat dorang ni....terus jer gantung & susun kat dalam lori, hehe.. |
Hotel yg ada kubah di pintu masuk utamanya... |
Gambar ni aku edit sendiri mcm ni. Sebab maktab tak buat rupanya gambar studio. Cuma gambar masa menerima atas pentas aje. |
Ni ketika majlis graduasi along masa form 3. Yg ni mmg dalam pakej gambar yg disediakan oleh MRSM PH. Entry pasal majlis ni kat LINK ni.. |
Semoga Along berjaya di dunia & akhirat, Amin..
Nota ALONA:-
~Tahun depan nak berkisahkan Angah pulak ngan majlis cenggini kat MRSM Lenggong...insyaAllah. Semoga angah pun berjaya utk sarung jubah di hari graduasi mcm ni. Amin
~Semoga Akiss pun leh dapat tukar kat MRSM Taiping dari Transkrian ketika dia form 4 nanti..Amin.
6 comments:
tahniah along
nti exam betul buat yg terbaik ea
tahniah along.. pandai anak akak.. untung..
Tahniah Along... Doa ibu tu. Bertuahnya akak..
Tahniah Along.. Hensem.. Along.. Tahniah jugak buat Ina dan hubby dpat didik along hingga berjaya.. :))
Congratezz along
tahniah sekali lagi Along..
kelas pertama tu..alhamdullillah..
mmg arr kak..kalau majlis graduasi cm ni.ada je yg tk kena kan..dulu zura masa kt Uum, ok lagi la..sbb dewan kn bsr...cuma mmg tk leh amik gmbr je la...zura tk amik pon gmbr OP tu..huhu..mahal..haha..
Post a Comment