Tuesday, December 4, 2012

Tunggu along...

04.12.2012
SELASA

Hari ni baru jam ke-2 along buat praktikal motor...
Semalam sebenarnya tak sampai pun sejam sebab ujan turun setelah bermula lebih kurang setengah jam. Tapi dikira sejam jugak ler, hehe..biasalah tu, kan..
Hari ni cuaca ok...leh buat jam ke 2 kalo nk buat. Tapi along takmo sebab dia kata letih, bosan pun bosan dok pusing kat litar tu dah sejam dah, hehe..Baru tau, ye....ngee...
Along tengah tunggu turn utk pusingan lapan...
Along dh kat lane brek kecemasan....
Sampai ke hentian utk check helmet, lampu signal, cermin dan mcm2 mende laa nk dipandang, hehe..
Aku dok dalam kete yg diparkir kat bawah pokok besar kat situ. Sambil dengar deruan air sungai....leh nk membaca ke...nak menulis rekod ke......nk lelap mata pun boleh, hehe. Tapi mandi sungai, memancing atau berkelah kat tepi sungai tu tak dibenarkan, ngee..

Dah selesai satu jam...sebab along takmo teruskan jam ke-2...kitorang terus balik laa. Aku pun sebenarnya boring jgk nk tunggu situ sampai 2 jam, ngee. Nk gi jalan2 ke tempat lain pun malas pulak. 

Sempat singgah beli ovellette kat kedai Sunflower. Kendian cari bahan lain kat Pasar Mini MKJ ni. Nak buat apa?? nanti laa....dh menjadi baru aku bgtau, hahahaha..
Kat kedai MKJ....Nampaknya akiss dh dpt perangai abah dia dahhh...amek gambo aku keluar dari kedai!!!!
Ok....tu jer lah citer. Kenangan utk along nanti ni.
Tadi dia dapat motor kriss....mmg tak berapa best motor ni. Kalo motor honda ex5 atau honda dream tu ok. Sian aku tgk along punya laa susah nk tongkat 2 motor kriss tu, huhu...
Esok gi lagi......selagi tak cukup 8 jam...

Abes citer..

Nota ALONA:-
~Alahaii...ngantuk lak mata ni petang2................

Monday, December 3, 2012

Kursus jangka pendek KKTP Disember 2012

Beruntung kalo di kawasan umah kita ada kolej komuniti ni. Bila kat Taiping dh ada satu....baru aku tau konsep sebenar kolej ni...iaitu kolej utk komuniti / masyarakat setempat & tak kira peringkat usia. Dulu...kursus2 mcm ni selalunya disediakan oleh KEMAS cenggitu, kan...Skang ni...ia lebih menarik kerana dibuat di sebuah kolej dengan peralatan yg lengkap. Cuma ada laa peralatan tambahan yg terkadang kita perlu bawa sendiri.

Di bawah ni adalah senarai kursus jangka pendek di Kolej Komuniti Taiping utk bulan Disember ni. Kalo ikutkan aku...semua aku nk masuk join tp masa takde laa. Yuran bukan mahal pun. Kot ada pembayaran tambahan pun...alahaii...tak byk mana pun. Masih mampu nk bayar utk sebuah ilmu yg bernilai. Kalo gi belajar kat luar...mana nk dapat harga mcm tu. Kerajaan dh support sebahagian darinya...mmg rugi laa kalo tak rebut.
Kursus yg ditawarkan mmg boleh menjana pendapatan tambahan sekiranya berani mencuba. Kursus pengendalian PA system pun ada tu......mmg ada dlm pasaran perkhidmatan, kan?? Begitu jugak laa ngan kursus yg lain...jahitan manik....kursus solekan..ish..ishk....
Yang paling aku suka...kursus pembuatan roti......mm, tingin nk buat sendiri roti yg gebu. Bkn utk dijual tp utk makan sama2 keluarga. Tapi kursus tu hari aku ada job photog lak.
Sape nk belajar buat kuah rojak...pun dorang ada sediakan kursus...

Aku tingin gak nk gi kursus Adobe Photoshop tu. Dorang siap bagi software tambahan. Takleh ler nk citer sini software apa dorang nk bg. Kalo nk tau...kena ler gi kursus tu, hehe. Aku dpt tau pun masa aku gi kursus photog 27 & 28hb Nov ari tu laa.. Dorang siap nk bagi space utk peserta kursus photog utk masuk kursus adobe photoshop ni...tp aku mmg takleh nk pi laa psl tarikh 10hb ari tu aku ada hal lain. 

Selain kursus ni...dorang ada gak wat kursus persediaan Bahasa Inggeris SPM utk form 4 & 5 2013. Diadakan sepanjang Disember ni setiap pagi Selasa & Rabu.
Along mmg tak boleh nk pi laa pasai dia pun tgh praktikal motor, homework keje kursus yg cikgu bagi pun byk nk kena siap. Dh soh angah....aii, budak ni mmg payah kalo dia sorang2 nk kena pi. Rugi2....

Nota ALONA:-
~Semua kursus best2...harap2 akan datang ada lagi kursus pembuatan roti tu yg boleh aku menghadirkan diri, hehe..

Rumah jiran telah dipecah!!!

Huhu, gitu lah. Bukan umah dipecah masuk pencuri...tapi dipecah utk lebih perbesarkan lagi.

Rumah jiran aku ni....dulunya telah disewa. Akhirnya bakal diduduki sendiri oleh tuannya setelah penyewa terakhir keluar berpindah ke Perlis.
Aku ingatkan...tuan umah ni cuma nk cat baru dan repair kabinet dapur umah dia aje...rupa2nya tidak. Dia tambah lagi besar umah dia walaupun anak dia cuma 2 orang pempuan aje pun. Mgkn disebabkan anak dia tak ramai tu ler...duit simpanan dia byk & boleh digunakan utk membesarkan rumah yg dh sedia besar tu...Tambah pulak dorang suami isteri 2-2 bekerja.
Pembinaan tambahan rumah ni sedikit sebanyak telah mempengaruhi suasana kat umah aku jugak. Ia telah menyebabkan keadaan umah jadi gelap kerana tak cukup cahaya matahari masuk.
Tak tau laa apa yg tak puas hati ngan umah dia atau dia geram jer tgk ruang lot tanah lebih2 kat tepi tu masih luas kot, huhu. Tapi dh itu tanah lot milik dia....dan nk tambah umah tu pun guna duit dia.....suka hati dia laa nk buat apa, kan..heheh. Tambah pulak, pemikiran manusia ni mmg tak penah sama. Pemikiran dia, perancangan hidup dia tak sama ngan apa yg aku pikir & apa yg aku rancang, kan?? hehe...
Hari ni kontraktor dh memecahkan dinding lama umah tu.
Aku bukan lah tak puas hati pun ngan jiran ni....tak baik ye!!!. Lagipun tu dh mmg umah dia, tanah dia kan!! Sukahati dia laa nk buat apa pun ngan duit dia.
Akan datang jadi jiran kitorang jugak. Tak elok kalo tidak berbaik sesama jiran....tapi tu laa...aku sendiri pun tak paham kenapa dorang perlu besarkan lagi umah dorang. Anak dorang tak ramai. Ada yg dh belajar kolej. Nanti bila 2-2nya dh kawen ikut suami masing2....umah besar ni akan sunyi. Panjang umur dh tua2 nanti tak larat nk berkemas, hehe.
Kalau aku.....tanah yg berbaki tu biarlah dikosongkan..senang nanti nk buat kenduri ke apa. Nk tanam pokok rambutan dan pelam pun boleh kat tepi tu sebab masih luas. Takde laa mcm tanah umah kitorang ni...mmg dh sekangkang kera pun sebab dalam 1 lot tanah ada sebuah rumah berkembar.

Tapi manusia mmg tak penah puas. Jiran baru aku yg dok kat depan umah ni lagi lah...aku tgk umah dia dh besar cantek dh. **Leh klik sini nk tgk umah jiran yg aku maksudkan tu..
Kawan2 aku kalo nyinggah sini pun kata umah ni besar. Adek aku pun ckp mcm tu......tapi rupa2nya tuan umah ni dh deal ngan kontraktor melayu....nak pecah umah ni kat dua bahagian. Salah satunya dapur. Katanya dia tak puashati pulak dh. Dapur sempit.....ait?? kan senang kalo masa tengah pembinaan dulu dia dh sound kat kontraktor lama tu. Naper dh dok baru tak puas hati?? Jiran ni pun anaknya 2 orang jugak. Sorang lelaki sorang pempuan. Masih bersekolah rendah lagi ke2-2nya.....apa yg sempit??
Naper masa tgk plan umah tak olah elok2?? Bukan apa, bila dh dok umah tu tetiba ada buat pengubahsuaian yg melibatkan simen, tukangan dan sebagainya...ia akan merumitkan hari-hari kita sehingga keje2 tu siap. Aku dh merasa sekali....cukuplah. Tu pun mmg terpaksa jugak buat disebabkan rumah ni asalnya cuma ada 2 bilik tido. Disebabkan anak2 lelaki aku dh besar...maka perlulah ada bilik asing ngan bilik adik perempuan dia. Maka, cara yg kitorang cuma ada ialah perlu jadikan dapur asal sebagai bilik ke-3. Dapur baru pulak perlu dibina di tanah sekangkang kera kat belakang umah tu apabila dapur lama dh dijadikan bilik, huhu...paham?? ngee.

Nota ALONA:-
~Syukurlah dh ada rumah sendiri. Utang aje tak abes bayar lagi, hehe...

Pengguna bijak!!!

Dh 2-3 hari Kedai Rakyat 1 Malaysia ni telah mula beroperasi di Kamunting. Baru semalam aku berpeluang menyinggah. Lokasinya berhampiran dgn kem askar dan hotel SSL Traders.

Aku dh penah lalu KR1M ni kat Parit Buntar, kat Bagan Serai....tp tak penah singgah pun. Bila dh ada kat Kamunting ni...nk gak tgk apa yg best ngan kedai ni, kan..hehe..

Ok...komen yg ikhlas ye. Harga dia byk jgk ler yg murah2 terutama barangan yg dijenamakan atas nama 1 Malaysia tu. Sesuai sgt laa utk mereka2 yg berniaga kedai makan atau pun mempunyai ahli keluarga yg ramai. Byk jugak leh kurangkan perbelanjaan.

Utk harga minyak masak....sama harga ngan SAJI, SERI MURNI, jenama TESCO, GIANT & ECONSAVE jugak...RM13.35. Begitu jgk laa ngan harga gula, tepung....sebab itulah harga yg paling maksima telah disubsidi oleh kerajaan.
Bkn jenama 1 Malaysia sahaja terjual kat situ....ada jgk laa jenama2 terkenal yg lain tp dijual ngan harga yg berpatutan.
Namun, mintak maaf laa...bkn tak bagi sokongan tp kat area Kamunting ni...byk jugak kedai runcit yg menjual harga patut. Contoh:- kuaci Cheers tu...kalo kat Pasar Mini MKJ & kedai runcit Saburgani (orang Kamunting tau laa kedai ni, hehe) cuma RM2 aje utk kuaci saiz yg sama, jenama yg sama. Tp kat sini harganya RM2.75......saing harga TESCO ni, huhu.
Kopi Tongkat ALI Power Root....kalo kat MKJ  dijual ngan harga RM14.30 saje. Kat KR1M....harganya RM14.39 (digenapkan jadi RM14.40). Walaupun mahai seposen dari MKJ tp masih dikira murah laa sebab kalo kat Econsave, Giant & TESCO harga kopi jenama ni RM16 lebih. Cuma kekadang jer murah harganya. Kalo idak....RM16 lebih tu lah harganya!!!
Mata bengkak sebab asek bersin kuat2 aje dh 3-4 hari camtu. Bkn sebab tak cukup tido dan bukan sebab baru lepas nanges, huhu..
Walaupun begitu...kedai ni bagus jugak laa sebab selain harga yg ditawarkan.....susunan barang2nya mmg kemas. Tak macam kedai runcit dan pasar mini biasa tu. Taraf pasaraya laa. Skang ni pilihan di tangan masing2.
Akiss tangkap gambar guna kamera hp dia....tgk ler tu...siap ada jari dia sekali, hehe..
Masuk sana semalam....aku ada jgk ler membeli barang2 dia, hehe. Membeli barang2 yg perlu aje.
Malam tadi dok lalu situ (lepas dating ngan Gieyana, hehe)...dorang ada dirikan khemah kat situ. Mgkn ada majlis perasmian ler kot hari esok atau lusa nanti.

Semoga KR1M terus memberi harga terbaik utk pengguna. Kalo boleh dgn kualiti yg terbaik jugak.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah....semakin sihat..

Saturday, December 1, 2012

Kenduri anak pakcik Adam..

01.12.2012
Sabtu..

Hari ni rasa mcm hari Ahad pulak. Tambah2 aku pun tak sihat...abg tak sihat...anak2 pun tak sihat. Akiss ari ni baru demam. Lepas Subuh....tido balik..berselimut. Tak tahan. Dalam badan rasa panas tapi kaki rasa sejuk. Tido........zzzzzZZz.....sampai kul 9 pagi baru bangun. Tu pun sebab cina kontrak buat sambungan umah jiran sebelah umah aku ni dh mula bertukang tung tang tung tang....

Aku bersin berkali2...hidong ni tak tahan. Mcm ada ulat menguit2 dalam rongga hidung dan tak tahan...mmg kena bersin kuat2. Aku rasa mau berterabur kuman2 dan ulat2 resdung tu....mmg tak tahan. Asek nk bersin kuat2 aje. Habes tenaga keluar bila bersin gitu. Camtu laa aku, jarang sakit...tapi bila sakit.....mmg cenggini. Malam tadi aku dh mintak ayah buatkan air jampi....hehe..air penawar laa. Demam gitu. Saja laa nk manja2 ngan ayah, hehe. Lepas minum air penawar tu...syok pulak makan rambutan balik, kuikui...
 
Pagi tadi...wlpn tak sihat...aku gagah jugak ler goreng bihun utk sarapan pagi. Keje umah mmg banyak jer, hmm. Aku basuh pinggan...along tolong bilas dan telangkup pinggan mangkuk tu.
Angah laa yg bangun paling lambat...dekat 10.30. Geram tul aku. Dia dh mandi, dh sarapan...aku soh dia tolong sapu umah. Aku nk susun gambar kat mockup album Noni. Petang dh nk serah semua album2 dia.

Lagi 5-6 mukasurat nk susun gambar...ayah dh siap2 nk gi kenduri kawen anak pakcik Adam...Mujur ler keje renyah ni (nyusun2 gambar kat album sticky) aku dh biasa buat. Ngan kerap bersinnya, ngan hingus nk melelehnya....akhirnya siap jugak. 

Aku pun siap2 nk gi kenduri. Bila dh siap...terus jer gi Taman Mewah. Alhamdulillah, terus jumpa umah pakcik Adam sbb kat situ ada 2-3 lagi kenduri yg lain.

Seronok laa ayah gi kenduri ni psl jumpa ramai kawan2. Mujur kali ni Pakcik Abas kenal ayah, huhu. Dua orang anak tok ayah pun ada yg datang ngan keluarga masing2...
Keluarga Hj. Rahim...
Meja ni sebelumnya...kitorang yg duduk makan. Ramai betul tetamu yg datang. Kebetulan kitorang pun dh sudah...tu yg bagi tempat ni kat keluarga Hj. Rahim pulak.
Sementara tunggu ayah berborak...kitorang pun lepak2 kat tepi khemah. Hari dh mula nk gerimis. Dua pasang pengantin pun sampai diringi paluan kompang. 
Opps....pengantin pempuan baju merah tersalah posisi lah...
Haa....baru betul...
Pengantin yg betul2 baru adalah yg pakai baju merah tu. Yg pakai baju gold tu kira baru tak baru jugak laa, hehe. Baru disambut di sebelah keluarga lelaki. Isterinya orang Sabah. Anak pakcik Adam adalah pengantin pempuan berbaju merah dan anak lelaki yg berbaju gold.

Kitorang tadi tgk jer la orang jadi photog utk majlis perkahwinan anak pakcik Adam ni. Kitorang takde job minggu ni. Utk Disember ni cuma ada 3 job aje. Satu tu pun baru jer deal tadi kat food court Econsave, hahaha. Utk 22hb ni nanti, Alhamdulillah....

Elok jer pengantin masuk khemah....ujan terus turun.....(hujan rahmattttt)..
Kitorang pun balik umah. Lepas sembahyang Zohor....ayah pun bergerak balik ke Bentong. Ada hal katanya....
Ayah mai Tepen ni Rabu malam hari tu. Sampai Tepen awal pagi Khamis laa. Bawak durian, pulasan...dan rambutan yg sangat byk. Kitorang pulun makan tp sehari lepas tu ntah naper aura hantu buah tu tetiba hilang disebabkan masalah kesihatan akibat perubahan monsun dan perubahan musim buah, hoho...

Abes citer....

Nota ALONA:-
~Apdet entry ni sambil tgk perlawanan bolasepak Malaysia vs Indonesia....
~Gambar diambil guna kamera hp angah..