Ni rumah jiran baru aku....berdepan ngan umah kitorang. Aku penah citer pasal umah ni masa ianya masih dlm progress pembikinan lagi. Kisah kontraktor pembinaan guna elektrik dan air dari umah kitorang dan tokey kontraktor tu yg bayarkan bil2 kitorang, hehe..
Skang umah tu dh pun didiami oleh penghuninya. Dorang pindah penghujung Jun ari tu. Tapi masa tu kitorang takde...kitorang gi kenduri kawen di Cameron Highlands. Kitorang tak tau pun dorang nk pindah hari tu. Sebab bila tanya...dorang sendiri tak tau bila nk pindah. Bila kitorang balik dari CH tu...dh nampak dorang dh mula bermalam kat umah tu.
Besar dan cantik umah ni...tanah sekeliling luas jgk. |
Depan ni mmg lombong tetapi semua dh di'lot'kan dan semuanya sudah ada tuan....dan jiran kitorang ni yg mula2 membina umah di lot situ.
Mmg tak sangka...sebabnya masa mula2 kitorang berpindah kat umah kitorang ni...lombong depan tu masih mempunyai air, leh berdayung sampan kalo orang nk mengail ikan. Lama2 ia dinaiki tumbuh-tumbuhan liar, keladi dan akhirnya menutupi keseluruhan lombong tu. Dh tak nampak air dan dh tak boleh nk mendayung dh. Lombong tu jgk tempat kitorang buang kulit2 buah durian, dahan2 pokok yg dipotong....
Dan sekarang ia sudah didirikan sebuah rumah besar dan telah didiami. Skang ni kalo ada potong dahan2 pokok...kena ler buang kat rezab jalan yg sekangkang kera tu. Bila kering...bakar!!!
Mm...itulah antara perubahan yg dpt dilihat kat lorong umah aku ni sejak 17tahun aku dok kat sini.
Nota Alona:-
~Skang ni apa nk heran kan setakat tanah lombong ni....sedangkan laut pun dorang tambak buat pembangunan, huhu.
10 comments:
cantinya umah tu. teringin nak miliki. tak pe lakan kalau tak kesampaian tuk memiliki, mana tau anak anak nanti menjadi penyambung hasrat... Doa ni tau.
satu lnd lot ke tu dapat penuhi rumah tu. ke 2 lot land lot? tanya je la. sebab tengah dok cari land lot ni.
besar rumah dia..tingin nk cari tnh lot cm tu...hehe..
ye la kan..skrg ni byk tul pbgunan..tgk la penang ni..tepi2 laut ni..depa dh tambak...bina umah tiggi2..huhu...
waa bestnyee..saya pn tgh survey2 gk ni tanah kt tepeng..ingt nk settle down kt kampung tp xtau kampung di negeri mana..tp yg pasti sy suka belah utara..hehehe..
bila lah nak dpt rumah cenggini..
selamat ker buat rumah atas lombong yang ditambak???
tapi rumah ni lawola... dapat sebijik kompem tak buat rumah lain... hehehe
cantiknye rumah jiran tu..besar plak tuh...
tapi betul la..skrg pun laut da ditambak tuk naikkan pembangunan...tapi yg pelik tu...bangunan yg dibina tu pun byk terbengkalai jer...salah sape?
cantik umah tu
wahh kak ..
terkasima saya tgk
cantik dan kemassss rumah dia
dalam ?? ngehx3 .. saje je saya kan ;))
Ok ke rumah yg bina atas lombong? Jiran ada mengadu retak mana2 tak? Sbb sy plan nk beli rumah yg dibina atas tapak lombong..ingat nk survey dulu pendapat
Selepas 11 tahun, masih ok ke rumah Tu?. Sbb saya baru beli rumah. Baru tahu asalnya tapak lombong. Risau juga ni.
Post a Comment