Wednesday, March 30, 2011

Album; Sementelah mak nak 'terbang'...

Entry ni awal2 lagi aku namakan album. Mesti dh tau sbb apa, kan?? erm..sbb gambo2nyer berderet2. Aku nk bagi abeh kisah ni..sbb mak aku dh selamat pun pulang dari umrah ke tanahair tercinta ni pd 28hb Mac iaitu pada hari Isnin baru2 ni, hehe..

Ni gambar masa para jemaah diberi taklimat oleh staff Andalusia. Mak aku dh tentu berada di depan skali. Senang dan jelas nak dgr apa yg dorang terangkan. Maklum laa, dh laa pegi sorang..1st time pulak tu.

Ramai juga yg menghantar ahli keluarga masing2 ke sini.
Turut kelihatan..ramai jgk yg membawa anak2 dari seusia Balqisz menunaikan umrah.

Kitorang sekadar memandang sj. Tak kedengaran langsung apa yg disampaikan memandangkan kat situ hingar bingar dgn orang ramai dan pengumuman demi pengumuman yg diumumkan..

Selesai taklimat..mak terus ler ke arah kitorang..salam peluk cium dan bawa beg utk ke balai berlepas.

Mak sedang diperiksa.

Hehe..mak naik lif walaupun cuma setingkat. Sbb, masa mak lalu situ..pintu lif sdg terbuka.

Lambaian mak.
Kitorang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mak semasa menunaikan ibadah di sana nanti.

Masa ni aku terasa sebakkk jer..tp aku pujuk hati aku..

Mak dan kawan2 barunya.

Hard to say goodbye!!
Kat sini, masa dh tak nampak kelibat mak..aku ajak Fadel gi kat lorong ke Anjung Tinjau. Sbb kat situ leh nampak penumpang pesawat nak check in dan pemeriksaan imigresen.

Kat sini..lama gak tunggu. Tak nampak langsung kelibat mak. Kitorang ingat mak dh masuk.
Nampak ler pramugari pesawat mana ntah (gambar di atas) ni..hehe...Bertopi merah dan berselendang pulak, ngee..
Tp aku tgk ayah mcm tak mau berganjak. Nampak ayah sgt yakin mak masih tak lalu lagi.
Aku pun masih sabar menunggu dgn harapan mak masih lom masuk situ lagi, huhu..

Yes..dh nampak sket kain mak sedang melangkah (gambar atas).

Yes!! berkat kesabaran.
Masa ni mak tak perasan pun kitorang kat atas sdg melambai2 tangan..

Sampai laa kawan mak yg lain terperasan dan kitorang tunjuk2 ke arah mak. Barulah kwn mak tu kasitau kitorang kat atas ni tgh lamba2 mak. Barulah mak nampak kitorang, hehe..seronok!!

Disebabkan kitorang masih kat atas..mak masih lagi mendongak utk lambai2 kitorang.
Sebenarnya, kat situ..bkn kitorang je yg buat cenggitu. Ada gak 2-3 family yg lain join aktiviti yg sama, kahhh..

Dah tak nampak mak kat situ...kitorang terutama ayah cepat je ke cermin sebelah sana, haha.
Ye..mak mcm dh tau kitorang kat situ lak...mak pandang atas dan terus lambai2 lagi..

Tak abes kat situ..ayah ajak lak gi anjung tinjau. Ayah kata awal lagi, kehkeh..

Kat situ..kitorang pun tgk ler apa yg kitorang nampak.
Bas shuttle ulang-alik, lori catering ulang-alik, lori minyak kpl terbang ulang alik, lori tangga kapal terbang ulang alik..huhu..
Tren tak beroperasi lagi. Rosak lagi laa tu. Fadel kata..masa dia balik semenanjung awal Januari 2011 ari tu dh rosak tren tu.

Mak terbang ke Bahrain bkn ngan pesawat MAS..

Bkn gak ngan peswat SriLankan ni..

Tapi ngan Gulf Air....
Kelihatan satu persatu pesawat masuk situ nak amek penumpang.

Kat anjung tinjau tu..lama gak kitorang lepak sambil berborak tentang kapal terbang, hahaha..

Ye...tu Gulf Air sedang menanti giliran utk berlepas.
Sepanjang satu jam kat situ..ternyata la..traffik KLIA ni sgt sebok. Tak berhenti2 kapal terbang menunggu giliran nak terbang.

Antaranya..pesawat Uzbeskistan ni..

Singapore Airlines..
AirAsia (tu dh tentulah..hehe. Asik2 diaaa je nak berlepas, kuikui)
Pesawat SriLankan...dan lain2 lagi ler..

Hmm..akhirnya..Gulf Air ke Bahrain selamat berlepas dgn jayanya, Alhamdulillah.
Kitorang pun menuju ke destinasi yg dirancang.

Nota;
-Masa ayah gi umrah dulu...aku tak berkesempatan pun nk gi hantar ke KLIA sbb ayah gi masa cucu2nya tgh bersekolah..erm..
-Aku dh 3 kali gak ler jejak kaki ke KLIA ni..tp tak penah ler lagi merasa check in kat sini..
(citer psl aku laa..)
-Penah naik kapal terbang MAS tp kat airport Bayan Lepas dan Langkawi aje..kuikui..
-Penah naik kapal terbang Air Asia..tp check in kat LCCT wlpn menggunakan lane yg sama...
-Semoga ada rezeki lagi nak naik kapal terbang...

3 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah! dah selamat pergi dan selamat kembali mak akak.
Tapi siyes laa...saya pulak yg sayu dan sedih bila nmpk mak melambai2 gitu ha..

sob! sob! sob!

Anonymous said...

dah selamat rupanya..:)

saya tak penah naik AA..tapi MAS penah! best!

rasa nak naik lagi..tp tunggu next year kot! hehe!

Suziey Ahmad said...

kak..tu pramugari Emirates..sy naik flight Emirates transit kt Dubai..dr Dubai naik Emirates gk ke Madinah..tu ler pramugarinya..hehe..muka mat saleh..cun abis..dan seksi..even berseluar panjang..hehe..

haih..sy masih terasa n teringt perasaan sy di tpt mak akk tu..pegi masuk ke balai berlepas..haihhhh ..dgn perasaan xsbr nk jejak Tanah Haram..ouh bestnyeeeeeeeee