Wednesday, March 9, 2011

Wanita & Panik

Gambar ni ehsan dari abang ler.
Kejadian yg benar2 berlaku di depan matanya sendiri ketika dlm perjalanan pulang dari tempat kerja.
Citer abg, kete yg dipandu laju oleh sorang wanita ni sampai di sebuah selekoh yg berpasir (mgkn jatuh dari lori bawak pasir) keta ni berpusing2 dan bumbung menghentak jalan sampai ler termasuk ke dlm parit berhampiran jalanraya tersebut.

Abg citer..masa kete tu berpusing2..tayar kete juga berpusing.
Sehingga termasuk kat dalam parit ni pun..tayarnya berpusing laju.
Aku rasa pemandu tu panik...dia dh tak ingat mana pedal brek..mana pedal minyakk..
Ye lah, kan..mesti masa tu dh tingat yg bukan2, nk cuba selamatkan diri dan mcm2 perasaan terlintas datang bercampur-baur.
Mujurlah pemandunya selamat..tak cedera.
Tapi dia dlm keadaan terkejut...dan kalo tak kuat..mgkn leh trauma utk beberapa tempoh mendatang.
Kejadian ni mgkn dh sebulan tp aku baru masukkan kat blog ni, hehe.

Kalo citer kemalangan...aku pun penah mengalami saat2 cemas tayar van tiba2 meletup ketika van sedang dipandu oleh abang di hiway PLUS betul2 berhampiran susur masuk hiway dari Gopeng. Dengan sebuah lori treler yg berada di belakang van, bas ekspress yg laju di lane pertama..ish..ish..seriau!!
Kejadian yg telah berlaku pd tahun pertengahan November 2008 itu masih segar dlm ingatan aku. Tak mudah aku nak lupakannya.

Terhentak2 van tu dan menyenget bila tayar belakangnya di sebelah kiri dh tak sempurna.
Mujur abg bkn jenis cepat panik, alhamdulillah.
Aku masa tu dh jerit Allah hu Akbar dh..

Dalam van tu ada mentua aku dan kitorang anak-beranak.
OTW dari Kamunting nak ke Bentong utk flight ke Kota Kinabalu keesokan petangnya.
Baru sehari lepas keluar result UPSR Along..

Mujur segalanya selamat..
Bila van dh selamat ke tepi, kitorang bertungkus lumus menukar tayar spare ditukar utk sementara waktu..
Kesian kat abg. Aku dan along turut membantu.
Kemudian, van bergerak perlahan saja utk exit ke Tapah bertujuan mencari kedai tayar.

Alhamdulillah, dipermudahkan kerana ada kedai tayar yg masih dibuka ketika hari sudah menjengah senja utk tukar tayar baru.
Mujur juga kedai elektrik utk kenderaan masih dibuka utk repair segala wayar2 lampu belakang dan lampu signal yg telah putus dilibas oleh getah tayar yg dh pecah ketika masih berpusing sebelum abg memberhentikannya di tepi jalan tersebut.
Kena repair jg kerana perjalanan kitorang masih jaoh. Dah malam pulak tu..

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi. Perjalanan kitorang malam tu yg harus menempuh jalan2 gelap di Kuala Kubu Road, Batang Kali dan mendaki Genting utk keluar di hiway Kl-Karak selamat juga akhirnya sampai ke umah mak/ayah di Bentong.

Wanita kebanyakannya cepat panik (wlpn bkn semua laa, kan..).
Aku jugak salah seorang. Aku cepat risau, cepat runsing...kdg2 ok...kdg2 boleh jadi keterlaluan jika terlalu memikirkannya. Sampai nak tido pun susah kerana otak masih memikirkannya walaupun mulut ni dh baca al-fatihah dan surah 3 Qul berkali2..

2 comments:

nad said...

kawan fb saya rasenya ni yg eksiden ni...aritu dia ade kongsi gmbr2 dia eksiden..

Anonymous said...

selisih Nauzubillah!

mmg kebanyakkannya pompuan cepat rasa cemas dan gementar. sampai masa tak boleh nak pikir ape dah! berbanding lelaki..dia cepat tangkap bila terjadi perkara yg x diingini berlaku...sap! sap! sap!...terus siap wpon utk sementara waktu (cth : tayar meletup).

err klu gitu..wanita belum boleh menandingi lelaki dlm sesuatu hal lah kan kak??? hmm