Surat dari maktab sampai ngam2 je 10hb Jun hari Jumaat iaitu 2 hari sebelum along kena balik hostel abes cuti sekolah tengah tahun hari tu..
Dalam sampul tu ada keputusan exam along, senarai yuran2 yg nak kena bayar utk semester dua dan lain2 lagi. Termasuklah surat pemberitahuan mengenai penggunaan telefon bimbit sudah dibolehkan kat sana tetapi semestilah dengan bersyarat. Maklumlah, dorang ni dh namanya dok asrama..Apa2hal nanti, susahkan pihak maktab, susahkan mak/pak dan juga susahkan pelajar tu jgk.
Aku rasa keputusan ni diambil dan direstui sebulat suara semasa miting Agung PIBG muafakat 27/5/2011 sebelum tu. Aku tak dpt gi miting tu sbb ada hal lain. Along pun balik umah ptg tu ngan bas sewa khas maktab aje. Kalo aku ngan abang gi hari tu..leh ler bwk along balik skali, kan.
Antara syarat2nya..kena beli hp harga bwh RM100, takde memori kad, takde kamera & bluetooth. Kena isi borang & didaftarkan ngan unit hal ehwal pelajar.
Penggunaannya cuma hujung minggu iaitu dari Jumaat petang sampai laa Ahad (mcm PLKN laa ni). Masa lain..henpon disimpan oleh homeroom pelajar masing2. Ada laa lagi bbrp peraturan dan syarat2 yg lain telah tercatat dlm kertas pemberitahuan tu.
Tapi, aku rasa mcm tak perlu je along nak bawak henpon ke sana. Tambah2 lagi nak kena beli pulak hp baru yg berharga RM100 ke bawah. Henpon along skang NGage QD..asal abah dia punya tapi abah dia hadiahkan masa keluar result UPSR pd 3 tahun yg lepas. Masa along dok hostel..aku yg simpan henpon dia. Tak bagi angah ngan akiss amek dok kelebet2 main games. Dapat kat dorang nanti, adeii..abes!!!
Bila aku tanya kat along nak bawak ke tak henpon? kalo nk bawak..dia leh ler amek hp cokia INALDAfoto punya tu, hihi. Tp along kata...dia pun rasa takmo nak bawak hp. Sbb dia lebih selesa tipon aku bila2 hari pun dgn menggunakan telefon awam yg byk kat hostel tu (tak perlu tunggu hujung minggu utk guna hp). Lagi senang, dengan menggunakan telefon awam...dia leh reverse charges balik kat bil telefon umah aku @ potong kdt hp aku (kalo aku guna hp, ish..ish)..
Zaman skang ni kalo reverse charges public fon dh tak perlu melalui operator TM dah kalo tau caranya, hehe.
-Along kol aku dulu guna public fon tu,
-bila aku jawab, along tak perlu taruk gagang ke telefon awam tersebut.
-Sambil tu aku dial semula no. public fon yg dia kol aku tadi.
-Kemudian dia akan tekan nombor2 terbabit (aku pun tak tau pebenda nombor ntah, hehe).
-Pastu, aku pun leh ler borak2 ngan dia kat sana dlm masa yg diberi. Mgkn 4 minit kot.
-Dh abes tempoh 4 minit..dia akan terputus. Kalo perlu bercakap lagi...along akan tekan lagi nombor2 terbabit dan leh terus sambung berbual2 semula ngan aku, hehe..
-Bila bil TM sampai...akan tercatat nombor yg aku kol along tu berserta jumlah RM yg perlu dibayar. Tak byk pun selalunya. Berbeza kalo along kol direct kat aku. Beli kad RM10 tu..jap je leh abes, hmm..
Dalam kes ni..aku tak boleh terus kol nombor telefon awam tu. Mmg tak dapat pun.
Jadi, sama ada along kol terus guna syiling atau kad fon & terus bercakap ataupun buat mcm apa yg citer kat atas tu tapi aku yg kena kuarkan duit utk bercakap ngan along kat sana, hmm.
Kesimpulannya..takde ler along bawak henpon ke sana.
1 comment:
nak kena bljr cara2 nak reverse charge public fon nie
Post a Comment