Thursday, June 30, 2011

Herba & antara khasiatnya

Hari ni aku nak simpan kat sini antara herba2 yg boleh dibuat teh utk kita amalkan sehari-harian sebagai minuman kesihatan. Tanpa perlu gula, semua herba2 yg dicatatkan di bawah ini boleh menggunakan daun stevia sebagai pengganti kemanisannya.
Aku cuma simpan nama2 dan khasiatnya sj. Nak tgk mcm mana rupa...leh ler gugel menggugel imej ye, hehe..
Kalo tak paham sesuatu perkataan tu..sila laa gugel menggugel gak pasal aku pun main salin je dari kertas yg nyonya tu bagi hari tu, kehkeh..

-Stevia; menyingkirkan kehangatan patogenik & bahan2 toksik dalam badan, melegakan sakit kerongkong, menurunkan tekanan darah tinggi, meringankan penyakit kencing manis & obesiti secara berkesan. (ni leh tgk info lanjut kat entry aku sebelum ni)

-Bunga notoginseng; menurunkan tekanan darah tinggi & lemak darah, mengurangkan berat badan, mencegah penyakit kanser, sakit kerongkong & periodontitis, melegakan batuk, meningkatkan bekalan oksigen miokardial serta memperkuatkan daya tahan badan.

-Herba fiveleaf gynostemma; menyingkirkan kehangatan patogenik & bahan2 toksik dlm badan, melegakan batuk & menghilangkan kahak, sesuai utk penyakit bronkitis, ulser perut, kolesterol tinggi & awet muda.

-Bunga kwai; menyingkirkan kekotoran dgn keharuman, menghilangkan bau busuk & utk penyahtoksikan, digunakan utk masalah nafas berbau, melegakan sakit gigi yg disebabkan patogenik "angin & api", kehangatan perut & karies gigi dan sebagainya.

-Bunga lavender; Utk relaks dan melegakan tekanan serta dapat membantu kenyenyakan tidur.

-Bunga violet; Baik utk radang pundi, sakit kerongkong, sembelit & menghilangkan masalah mulut berbau.

-Ros ungu perancis; Teh kosmetik generasi baru & berkesan terhadap pengawalan aliran 'qi' dan menghilangkan stagnasi, menggalakkan peredaran darah dan meyingkirkan hambatan aliran darah, baik utk stagnasi 'qi' perut, gangguan haid, keputihan dan kesakitan payudara.

-Bunga rosemary; memperbaiki ingatan, pengawalan kesihatan, menghilangkan bintik2, mengurangkan kedut2 & menguatkan fungsi hati dan jantung.

-Globe amaranth; merah; mengawal gangguan hormon, melegakan stagnasi dan menghilangkan kehangatan badan, memperkayakan darah dan menyegarkan limpa, melancarkan meridian, anti-radang, menghilangkan bintik2, khasnya merawat chloasma atau bintik2 perang kekuningan dan melasma serta jerawat yg disebabkan gangguan hormon.

-Bunga lili; melembapkan paru2 dan menghentikan batuk, melegakan batuk yang disebabkan kehangatan dan kelemahan paru2, baik utk kanser paru2 dan muntah darah.

-Limonium sinuatum; Utk memutihkan dan mencerahkan kulit, menghilangkan kehangatan hati dan memperbaiki penglihatan, memperkayakan yin dan menguatkan buah pinggang, menggalakkan metabolisme, memperlahankan proses sel2 penuaan dan meningkatkan sistem ketahanan badan.

-Rhodiola rosea; Menggalakkan peredaran darah dan menghentikan pendarahan, hemoptysis (batuk berdarah), penyakit pneumonia, batuk dan keputihan.

-Yi kou zhong. Produk khusus tempatan di wilayah guangxi; Gastrik, gas perut, batuk rejan, menghilangkan kahak, menyingkirkan angin, melegakan kesakitan reumatik dan tulang serta kekebasan anggota badan, digunakan ketika masa pemulihan selepas bersalin (berdasarkan cerita rakyat) Bahan2 & cara2 memasak; 13 biji yi kou zhong, 7 butir buah kurma, semangkuk air, direneh dgn api perlahan.

Nota;
Hari ni blogger.com wat hal. Dorang tgh wat maintainance berperingkat2 ke hape ntah ler..psl..ada yg serupa problem cam aku..dan ada lak yg rileks je leh publish entry dorang, mm..

...TAMAT...

1 comment:

Rinna said...

Good Info.. TQ sharing yer.. :)