Friday, June 17, 2011

Kecemasan di Klinik Chong & Lim

Pagi Ahad hari tu..kitorang buat sesi tembak foto di luar pintu.
Mula2 kat Taiping Golf Resort, pastu ke rest house Taiping yg dh lama tak beroperasi tu.
Sebelum gi tempat yg menjadi impian iaitu di Sentosa Villa Taiping...kitorang gi dulu ke padang dobi dulu..tembak menembak kat situ.
Dah selesai menembak foto kat situ...ketika berjalan kaki menuju ke kereta masing, malang tak berbau...pengantin pempuan terpijak paku karat dlm 2-3cm gak ler..aduhaiii..
Elok2 je suami dia cabutkan dari tapak kaki isterinya...terus ler darah keluar deras, mm...
Pengantin pempuan dh nangis dh, menahan sakit tak kesudahan.
Kete kitorang yg selalunya ada simpan handyplast dan sebotol myk gamat pun...tiba2 carik hari tu takde laa pulak!!! Rasa geram pulak ye bila memerlukan mende tu takde, hmm!!

Kitorang pun terus ler bawak dorang cari klinik yg bukak hari Ahad.
Sangat bahaya jika terpijak paku karat tapi tidak dirawat secepat yg mungkin.

Abang dh target nk gi terus ke Klinik Choong & Lim tp dlm perjalanan tu tgk2 gak ler kot2 ada klinik lain pun bukak. Leh terus singgah situ, kan..Risau jgk Klinik Choong & Lim tu pun tak bukak, erm...kena gi Apollo ler yg terdekat pun.

Kitorang lalu kat Klinik Mike Wong...tak bukak, klinik hape tah lagi..punnnn tak bukak.
Last2 gi jgk ler ke klinik Choong & Lim tu.
Nampak dari jaoh mcm tak bukak...rupa2nya bukak ler. Alhamdulillah.

Pengantin pempuan dirawat kat situ.
Ada sisa2 karat paku kat dlm luka tu juga telah dibuang.
Kesian betul kat pengantin..adeii..
Tak boleh laa dorang nak meneruskan sesi berfoto sakan utk sesi luar pintu pagi tu.

Kitorang cuba pujuk dorang utk amek bbrp fotoshoot kat Sentosa Villa ikut yang termampu...
Bkn pe, kitorang rasa ralat lak kalo tak dpt tunaikan hajat pengantin yg tingin nak bergambo kat dalam kawasan Sentosa Villa tu.

Alhamdulillah, semangat pengantin pempuan mmg kuat..dia bersetuju dan berjaya jgk selesaikan sesi tembak foto kat situ.
Walaupun ringkas je kat area berhampiran ngan parking kete...tapi kitorang puas hati sbb dpt tunaikan impian mereka.
Semoga cepat sembuh dan leh berjalan seperti biasa.

Nota;
SMS pengantin lelaki ptg semalam. Dia kata wife dia dh ok...leh g keje dh tapi masih jalan terhencut2. Maklum laa, luka kat tapak kaki dia dalam..lambat jgk lah nk pulih sepenohnya.


2 comments:

Rinna said...

Bahaya kalau terpijak paku karat nie.. nasib baik cepat hantar gi klinik..

Hunny Kitty said...

hadoii siannyer penantinnnnn ..kak alona...minggu depan balik tepen hari khamis kot..nak p pasar malam hahahah