23hb Januari 2012
Isnin
Isnin tu kitorang gi pekena cendol kat Selinsing dulu. Bkn cendol aje...ada yg makan nasik ayam, bihun sup dan laksa. Kemudian, Fadel terus bawak kitorang ke Rantau Panjang...bukan kat Kelantan tu ye...ni Rantau Panjang kat Selama, Perak...hehe.
Kitorang ke rumah Jepp. Jepp ni adalah kawan Fadel sama2 merantau dan bertugas kat daerah Lawas, Sarawak dulu. Tahun 2012 ni dia lak dpt tukar ke Semenanjung dan bakal bertugas kat Matang, Taiping awal Februari ni.
Di samping Fadel nk jumpa kawan lama dia yg juga sama2 mendaki Gunung Kinabalu bulan 11, 2011 baru ni...kitorang semua dapat menikmati sepuas2nya buah manggis, langsat, rambutan, rambai....huh!! cenggitu ler bila grup patin buah ni bila terhidang buah2an di depan mata, ye...huhu.
Tambah pulak musim rambutan, pulasan dan manggis kat kebun ayah dh abes dh...hehe. Kat sini ler leh makan puas2 lagi terutamanya buah manggis, ish..ish..mmg berkhasiat sungguh buah manggis ni, hihi.
Cenggitu ler grup patin buah ni mengadap buah...depan besen kecik sat jer leh abes. Kalo buah penuh kat dlm bekas besar...jap jer leh surut ke bawah buah2an tu, hihi..
Sambil makan buah tu...sambil ler Fadel berborak ngan kawan dia. Kitorang pun sambil tu berborak jugak ler ngan ahli2 keluarga Jepp ni. Sambil2 tu...kakak2 Jepp ni memasak utk makan tengahari rupa2nya..ye, betul.. nak jemput kitorang makan tengahari..ishk..ishk...segan ler pulak. Dh ler kitorang ni tak kenai pun ngan Jepp ni (kecuali Fadel & Dayah)...tetiba datang situ dihidang mcm2 buah yg mmg datang dari pokok2 di sekitar laman umah dorang...nak dihidang pulak makan tengahari, aduhaii...
Tp takpe ler...sekurang2nya, kitorang dh dpt kenalan baru, kan...hehe..
Ni dia pokok kopi, buah kopi yg dh masih ijau dan yg dh leh dipetik utk dijemur, digoreng dan dikisar utk dibuat kopi. |
Kat sini ada gak pokok kopi. Dh lama betui aku tak jumpa pokok kopi ni. Baru ni dpt tengok semula...mmg dh tak ingat camne pokok dia tp buah dia aku ingat lagi laa mcm mana, hehe. Lantas jer aku ngan abang petik utk tunjuk kat anak2 kitorang. Dorang lagi ler tak penah tengok pokok dan buah kopi...tau minum kopi aje!!!
Salah satu pokok buah rambai yg terlalu lebat buahnya.. |
Kitorang dihidang ngan lauk-pauk yg sedap laa pulak, adess. Perut aku yg sendat ngan buah tadi leh lak masuk lagi nasik tengahari tu!!!...Manakan tidak, lauk yg dihidangkan tu mmg membuka selera tambah2 ada ikan terubuk masin yg Jepp baru jer bawak balik masa beli kat Miri sebelum terbang pulang ke Semenanjung ri tu, ish..ish..
Yg lain2 tu ada acar buah, sambal belacan, ada tempoyak, sayur campur, gulai kurma ayam..ish..ish..semua sedap2...ngalahkan umah kenduri lauknya, ish..ish..semua berselera makan, kahkah..Padahal, perut dh penoh ngan buah manggis terutamanya tu!!!
Murahlah rezeki Jepp & keluarga dia..dh ler hidangkan buah2an....nasik tengahari lagi....
Bila dh selesai makan & sambung berborak lagi sket...baru lah kitorang mintak diri nk beransur pulang.
Kat luar umah masih berborak lagi... |
Ayah tanya, "nampak umah ni??", hehe... |
Ayah pun pandai posing tau...konon2 tolak pokok yg senget ni ler, kehkeh...ayah...ayah.. |
Dari umah Jepp...kitorang dibawa oleh Jepp meninjau Lata Tebing Tinggi yg 2-3km jer dari umah dia..
Nota aku:-
-Org berbudi..kita pun mestilah berbahasa...
1 comment:
wah meriahnya akak... makan buha buahan tempatan. jelez ni.
sejak org mula dok tanam buah dokong. langsat pun mcm org dah ingat. buah rambai tu lagi le. Kalau t suka wat belon ngan kulit isi tu. pas tu letupkan kat mulut. ngeee
kalau kat office t ni, time "Hungry Ghost" bos bagi hantu makan. letak kat depan office bakor ngan biskut biji asam. Dorang pun tak makan buah rambai ni.
Post a Comment