Thursday, January 19, 2012

Kumpul buku kupon parking??

Eh...ada ke org hobi dia kumpul buku kupon parking cenggini?? huhu...tp mungkin ada, kan??

Keempat-empat buku kupon parking ni mmg ada dlm alza. Dlm kancil cuma ada kupon parking utk Taiping aje, hehe..
Pegi mana2 kawasan yg takde meter parking...cenggini lah, ye. Nk kena beli kupon satu buku. Agen jual kupon takmo jual sehelai-sehelai.
Selalunya tu kita cuma nk guna satu dua keping aje. Kalo tempat jarang pegi, lama2 expired ler belen2 helaian kupon yg tak digunakan lagi tu. Kupon2 parking kat atas tu ada yg expired thn ni dan ada yg tamat tempoh pd tahun 2013 nanti. Kecuali kawasan Taiping ni lain ler...mmg selalu kena guna, hehe..

Dulu ada aku simpan Langkawi punya. Tp selang 6 bulan lepas tu gi lagi Langkawi...aku pun bawak ler. Abes dh pun kitorang guna semuanya, hehe..

Mgkn leh dijadikan hobi gak kumpul mende ni...tp buat masa skang aku tak berminat ler nk kumpul. Yg ada ni pun mmg kebetulan kena beli nk guna. Tu pun ntah bila laa nk guna abes semuanya. Agaknya tamat tempoh cenggitu ajelah kot, hehe..

Mmg berbeza nilai sekeping kupon di setiap kawasan majlis tempatan ni. 
-Kalo kat Taiping...sekeping kupon tu adalah 30sen utk setengah jam. Maknanya 60sen utk sejam. Taiping ni mahal sket mgkn sebab kawasan dorang ni Majlis Perbandaran kot. Yg tetiga yg lain tu...cuma majlis daerah aje.
-Kat Manjung lak (ni aku beli masa gi Lumut ri tu)...satu kupon tu terus utk satu jam iaitu bernilai 40sen setiap keping.
-Kat daerah Kerian (dibeli di Parit Buntar)...satu kupon tu nilainya 20sen utk setengah jam. Maknanya...sejam 40sen serupa kat Manjung gak laa..bezanya kalo kat Kerian ni kena taruk 2 keping utk satu jam, hehe..
-Lagi satu tu kat Raub...Raub ni kat Pahang, hehe..jiran daerah kepada Bentong. Kat sini nilai sekeping kupon 42sen utk sejam. Lebih 2sen lak??...mgkn sekali cukai kot? hahaha..

Aku ada gak beli kupon utk daerah Bentong punya tp tinggalkan kat dlm avanza ayah rasanya. Leh gak ayah guna mende tu. Aku bawak balik pun wat pe? hoho..

Sekian..abes citer ni.

1 comment:

wantie said...

memang benci dengan sistem kupon ni. lebih suka kalau dorang letak mesin ke atau parking man kat satu satu tempat.

pernah dulu masa time study, tak de masa dah nak pergi beli kupon sebab nak sit for the exam.

tak sempat nak habis exam, dorang dah mai saman. kekadang tu kalau tempat baru, kita bpun tercari cari kat mana nak beli