Saturday, January 21, 2012

Seat belt...kalo lebih penumpang??

Mengenai isu undang2 pemakaian talipinggang keledar utk penumpang belakang sebuah kenderaan penumpang yg sudah dikuatkuasakan awal tahun 2012 ni...aku tertanya2 gak mcm mana ngan tempat duduk belakang utk sebuah mpv? 
Maksud di sini mpv 7 org penumpang tetapi dinaiki lebih dari tu..mungkin 8 ke....9 orang ke, hehe..
Kalo lebih dari tu (sebab talipinggang keledar cuma utk 7 orang aje, hehe)...mcm mana?? Kena saman jugak ke?? 

Gugel punya gugel..cari punya cari...ini ler jawapan yg aku jumpa dari soalan FAQ kat satu blog ni..  http://miros-road-safety.blogspot.com/2008/12/penguatkuasaan-pemakaian-tali-pinggang.html  

Nota:-
Kredit utk tuan tanah blog tersebut, ye...hehe..mintak maap, main amek aje. Tp ok laa jgk kan..ku kredit kan kat sini, hehe..

Di bawah inilah soalan yg mgkn serba-sedikit telah merungkaikan persoalan aku tu. Sebenarnya, jawapan ni bkn utk kereta 7 penumpang sj...tetapi utk 5 penumpang jgk.

Soalan 3 Bagaimanakah isu bilangan penumpang yang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang ?

Jawapan : Sekiranya bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang, pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan tersebut.

Kalo korang ada musykil jgk tentang isu ni...leh ler gi blog yg aku link kat atas ni utk cari kot2 ada jawapannya dalam soalan FAQ tu jugak, hehe..

1 comment:

Kamsiah yusoff said...

masa keluar dari taiping central mlm tu,hampir2 kena saman...anak buat u-turn...polis tu tanya mcm2...at least,kesian kut sbb masih blaja lg...lepas mcm tu je hehe...