Sunday, July 28, 2013

Jom kitar semula....

27.07.2013
SABTU

Malam tadi...dh tengah malam dh...tetiba dpt sms dari pengantin bulan Mac ari tu. Nak amek album...pagi Sabtu jam 9-10 katanya, huhu. Kebetulan dorang balik kampung minggu ni. Tp balik sekejap jer.
Mm....dh alang2 pun sebenarnya...kitorang pun nak keluar pagi. Nak gi kedai kitar semula & barang2 pelupusan tu.
Semuanya muat dok dlm alza ni...Angah & akiss tak ikut.
Nak jual besi katil lama angah yg dh bengkok, sokabar yg melambak kat umah aku ni. Ada jgk kotak dry cabinet yg dh lama dibeli baru nak dibuang...hoho.. Ada jgk kotak printer baru. Ada jugak 2 bijik bateri kereta, hehe..
Dah sampai....nak diangkut ke dalam..
Tokey yg layan...kuli dia gi amek barang ngan lori. Tengah timbang kotak dan sokabar kitorang, huhu. Berapa sen aje laa tu, ntah??
Sementara barang2 ditimbang...aku dok berdiri kat luar..
Ada keretapi bawak penumpang lalu...tapi mcm senget jer gerabak tu bila lalu kat rel ni. Risau jer aku gerabak ni terbalik, ish..ish...
**Tp masa tang gerabak tu senget tak sempat nak amek gambo...dh ke depan sket baru sempat, huhu. Mana taknya...beriya dok perati...risau gerabak tu terbalik, kuikui..

Keretapi baru bergerak semula dari stesen keretapi Taiping. Eh, lawa jgk alza kitorang ni ye walaupun tak pasang skirt dan aksesori tambahan...(hihi...mood perasan sendiri, kehkeh)..
Tempat kitar semula yg ni milik orang Melayu. Dia timbang mmg tak tipu...Apa yg kita hantar itu laa berat sebenar yg dia timbang. Sape2 yg dok kat Taiping...ada barang2 kitar semula...tin kosong, tutup tin, botol dan segala yg boleh dijual (bkn barang curi, ye!!!)....leh laa hantar sini.

Cara nak gi sini...dari stesen KTMB Taiping tu....nampak signboard Pusat Giat MARA Taiping sebelah kanan, masuk simpang tu...terus jer..
Nampak bangunan cenggini...berenti laa. Takkan laa tak kenal kan tempat jual barang2 utk kitar semula mcm mana, huhu..
Sebelah aje ngan Giat MARA tu...Jalan sini pun lengang sket. Tak macam dulu sbb skang ni nak ke Kg. Boyan dh kena lalu kat Taman Medan Taiping. Tak leh lalu sini dh sebab dh ada fly over kat depan tu..Leh rujuk gambar ada keretapi lalu tu. Kat situ nampak fly over yg dimaksudkan, hehe..
Ni stesen KTMB Taiping yg masih dlm pembinaan. Dh siap yg ni...syok sket ler kot tempat menunggunya. Mungkin stesen lama dikekalkan sebagai warisan..
Dh jual barang2 tu...dapat laa duit, kan. Daripada dibuang kat dlm lombong atau dibakar leh menjejaskan kualiti udara...baik gi kitar semula.

Dari situ...kitorang terus ke KFC Simpang. Eh, bukan nak membeli makanan ye..Kita kan tengah puasa dalam bulan Ramadhan ni, hehe.
Gi sini sbb dh janji nk jumpa ngan pengantin yg nak amek album tu. Dorang dok kat area Simpang...nak rush balik KL...tu yg mintak tolong kitorang hantar kat mana2 area Simpang tu. 
KFC Simpang, Taiping..24jam. Kitorang tunggu pengantin kat bawah pokok besar ni aje....redup sket.
Dorang dh sampai...salam2 bertanya kabar. Kitorang dh serah album.....yeay, dapat duit balance!!!!
Balik terus singgah Maybank...jumpa mesin CDM, hehe.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan.... :)

7 comments:

wantie said...

kat umah T ni tak boleh la nak simpan stock utk barang kitar semula. tak muat umah. hahahaha...

kalau ada ruang boleh jugak simpan mcm akak tu.

Anonymous said...

KA selalu jual je kat pembeli barang2 ni yg datang area rumah !

Kamsiah yusoff said...

akak tunggu paper lama datang je hehe...ada besi ke,bateri ke..depa angkut sekali..

el said...

ktmb baru kat mn kak
yg stesen yg lama tu sllu singgah beli pisang goreng kat kedai tepi jalan tu..hehe

Anonymous said...

done clik2 nuffnag yer

Anonymous said...

masih buka ka tempat kitar semula tu?

Unknown said...

minyak masak terpakai dia ambik tak?