Friday, July 26, 2013

Sekadar coretan diri..

25.07.2013
Khamis

Hari ni rasa letih lebih2 pulak, huhu.
Pagi dh pegi pasar...maklum..anak nak balik, kan..
Sempat singgah Caltex isi petrol dan isi angin tayar. Meleleh2 peluh masa isi angin tayar tu. Mana taknya...tengah2 panas. Walaupun masih pagi..tp cuaca dh terik dh..

Pastu, dh balik terus wat persediaan utk masak2 petang nanti.

Kul 12.45 keluar ngan ditemani oleh Yui.
Nak ke Lenggong...amek angah.
Abang pulak amek akiss kat Transkrian. Kali ni amek asing2. Takde laa abg perlu keluar lama2 dari opis semata2 nk amek anak2 balik umah, kan...

Kalo kancil yg sebenar...mmg larinya laju. Tp kancil besi ni...kalo lari laju mesti goyang punya, hoho.
Tapi elok ler tak laju pun, wehhhh.. Ada kamera terpasang kat jalan Changkat Jering-Bukit Gantang tu. Bukan AES tau..ni mmg kamera dari polis trafik, huhu. Ikut had kelajuan dibenarkan 80km/j. Tapi aku cuma bawak 60-70 aje, hehe.. Bawak kete sambil sembang2 ngan Yui, kan...Tu yg tak laju tu, hihi.

Sampai MRSM Lenggong kul 2.10.
Ada sorang kawan angah dok Penang nak tumpang sampai stesen bas Kamunting. Dia naik bas ekspress dari Kamunting utk balik ke Penang. Dia kata tiket bas nak balik ke Penang dari Kuala Kangsar - Penang dh abes. Tak pe laa..tak kisah pun. Muat jer pun kancil ni angah dok belakang ngan kawan dia, kan...

Sampai Kamunting terus hantar kawan angah kat stesen bas. Ni pertama kali dia naik bas dari Kamunting ke Penang, huhu.
Kitorang sampai umah dekat kul 4 petang. Sempat laa Zuhur di rumah aje.

Rileks jap...terus gi dapur utk masak2. Akiss dah sampai ngan abah dia. Kisah akiss ni...lepas jer abah dia amek..dia transit dulu kat ofis abah dia sampai kul 4.45petang...hehe. Baru balik umah.

Elok jer akiss balik..dh Asar...aku keluar ngan akiss & angah. Nak amek along. Along leh keluar berbuka puasa kat umah. Dan dihantar ke hostel semula jam 8.30 malam.

Terus bawak ler dorang singgah pasar ramadhan Kamunting. Utk dorang pilih kuih dan air apa yg dorang nak.
Dorang ni pun bukan jenis rambang mata jgk. Cukup ler karipap panas dari gerai kak min dan donut. Aku belikan abg kuih limas. Dorang tingin pulak ayam percik...beli sorang sebatang. Ada jgk air jus buah naga...

Balik umah...aku sambung masak, hehe.
Waktu berbuka....kami berbuka puasa dgn penuh kesyukuran kerana dpt bersama. Sambil berbual bertukar2 cerita...riang ria...Alhamdulillah.
**Antara citer dari Akiss....:- Warden dh tak bagi RESERVED-RESERVED dah meja kusi utk berbuka pose ngan keluarga kat dalam kawasan maktab tu..mcm pengalaman kitorang lalui ari tu..huhu..

Tp tu laa...along dh kena balik hostel kul 8.30 malam.
Pelajar MRSM Taiping tak balik bermalam minggu ni. Mgkn sebab pelajar masih dalam suasana peperiksaan. Tak mengapalah. Sekurang2nya warden ada beri keizinan pelajar utk berbuka puasa di luar bersama keluarga.

Nota ALONA:-
~Tido awaii...ngantuk tul laa. Esok pagi lepas Subuh...nak gi pasar borong jap ngan abg..

4 comments:

ibuayu said...

Tak de apa yg lebih bahagia dr berkumpul sekeluarga kan...agaknya warden akkis baca blog ni tak hehe

el said...

sure kecoh time berbuka tu kan kak..sorg2 mcm2 cerita nak disharekan..tp kena gigih lak anto along..nasib dekat..

nad said...

Elok le pun pengetua xkasi.. Cara illegal camtu ksian kt junior cam akiss

Kak kuih limas ngan tepung pelita sama ke ek?

wantie said...

tu la kan kak. bila sesekali berkumpul mesti banyak cerita nak di share kan..

mesti riuh rendah sora anak anak akak kat umah tu. bila dorang dah balik asrama..sunyi sepi la pulak.