Monday, July 15, 2013

Berbuka puasa di kaki lima..

13.07.2013
SABTU

Seperti yg dirancang...kitorang pi ke MRSM Transkrian di Nibong Tebal...utk berbuka puasa ngan akiss.
Aku dh hubungi warden utk kepastian.. Ibubapa & keluarga pelajar dibenarkan berbuka puasa dgn anak masing2 (pelajar mereka) cuma di dalam kawasan maktab. Bukan dibawa keluar utk berbuka di luar. Dibenarkan sehingga jam 8.15 malam...cenggitu lah lebih kurang.

Kul 6 lebih...kitorang dh sampai. Walaupun ada ibubapa yg dh sampai tp kelihatan seperti pondok wakaf dan meja2 di bawah kawasan Trans Garden masih kosong. Tetapi bila kitorang gi situ....alahaii..budak2 senior dh siap2 RESERVED meja tu, wehhh.. Semua meja pulak tu dh ada yg booking siap2.

Abang, along & angah gi naik surau maktab...utk Asar.
Aku nampak akiss dh turun dari hostel dia.
Aku:- "Akiss, meja semua dh penoh laa. Kan ibu dh suruh akiss booking siap2 meja tu...".
Akiss:- "Laa, ye ke...akiss tak tau sampai mcm tu pulak",
Ye, lahh...aku pun tak salahkan dia sbb ni 1st time kitorang lalui pengalaman mcm ni. Akiss kan pelajar baru. Baru jer form 1. Mana laa tau tentang ni. Masa aku kol warden akiss tadi pun dia takde pulak bagitau soh booking ke hape. Cuma dia bagitau mmg kawasan situ akan terang laa. Boleh jer utk berbuka puasa ngan anak masing2.

Sebenarnya...meja reserved ni cikgu2/warden pun tak tau menahu. Ni pandai2 pelajar tu sendiri lah. Selalunya mestilah senior yg konker, kan...huhu. Buat reservation tu pun bukan kena bayaran apa2 pun, hehe.

Aku ngan akiss pun gi pulak meja kat depan cafe tu. Cafe kan tak bukak bulan Ramadhan ni.
Aduhaii, kat situ pun penoh!!! Penoh ngan RESERVED!!, huhu.
Gi depan Pusat Pelajar....kat situ pun ada set meja dan bangku....punnnn dh penoh. Ada yg dh dipenohi ngan orang..dan ada yg dh penoh ngan kertas bertulis RESERVED ni, huhu..Mengalahkan buffet ramadhan kat hotel2 ni....meja semua dh di-reserved orang, hihi.
Jenoh aih!!...berapa punya banyak set meja yg tersedia kat situ semua dh kena RESERVED, kuikui...
Siap taruk nama bapa dorang lagi ni...nampak??? Tapi tak sampai2 lagi....Letak batu 4 bijik tak bagi kertas terbang dek angin...kehkeh...kelakar laa pulak budak2 ni.
Sebanyak2 meja yg di bawah bumbung....semua dh ada reserved. Termasuk lah tempat yg takde meja...cuma leh dibentang tikar tu.
Ujan dh berhenti...kitorang pun gi kat set meja yg takde bumbung...
Aku dh ckp kat abg...kita bentang tikar kat kaki lima aje lah...abg takmo. Kata tak ujan dh laa, itu ini laa. Hmm...ikutkan aje lah, kan...
Mula2 lepak sini lah. Dekat ngan lampu jgk.
Ramai ibubapa yg sampai kemudiannya....dok kat meja mcm ni jgk. Tp ada lebih ramai yg membentang tikar kat kaki lima bangunan akademik utk lebih selamat dari ujan.
Hari masih awal...jam 7.10...takde ler dibawak lagi bekal makan tu keluar. Lepak bersembang2 dulu.
Tapi tetiba ujan gerimis turun semula.
Kitorang berpindah dok dlm kereta. Abg masih takmo mengalah.
Tapi bila ujan dh lebat sket....hahaha...mengalah jugak laa akhirnya.
Kalo tengok situasi ibubapa pelajar2 yg sangat ramai nak berbuka puasa ngan anak2 di hujung minggu ni...kelakar. Mana yg dh dapat tempat selesa tu...muka eksen kelegaan aje, huhu. Tgk2 jer kitorang yg dok tercari2 tempat ni.

Mana yg tak kisah tu...bentang tikar kat tepi2 kaki lima bangunan akademik dan berkelah kat situ aje. Berderet2 jgk ler. Kat lorong laluan berbumbung pun ada yg bentang tikar berkelah utk berbuka pose jgk. Ada laa 4-5 keluarga jgk, huhu.
Kat tepi dewan besar tu pun...ada 3 buah keluarga dh bersedia nk berbuka puasa.

Akhirnya kitorang pilih kat depan pintu dewan besar tu aje, kuikui..
Kat situ pun dh ada satu famili dok kat belah sana. Kitorang dok kat belah sini. Tegur menegur tu biasalah. Kitakan bermasyarakat.
Bukak laa apa lauk yg ada. Tak byk jenis pun...susah kalo berkelah bawak mcm2 ni. Tu pun dh haru biru dh bila tgk takde tempat.
Ni ler pengalaman pertama kitorang semua....berbuka puasa di kaki lima. Depan dewan ni kira kaki lima jgk laa...kan...
Bila ditanya seronok ke tidak?? Mm....seronok laa...sebab bersama anak2, kan. Tak kisah pun di mana....

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah....

13 comments:

❤Kamsiah❤ said...

bila bersama anak2...apa jua tempat dan keadaan pun kita sanggup,kan...

hehe klik coke kat sini...duit raya

Acik Erna said...

yang penting bersama anak2 berbuka bersama kan

Nad MamaZN said...

Dewan makan xleh masuk ke kak?

wantie said...

T pun baru semalam je dapat berbuka sekali. Memang best berbuka ramai ramai ni.

Cida de' Nuanza said...

asalkan bersama keluarga kan..

ala2 berkelah tu..hihi

Ena's Stories said...

hehehe..pengalaman manis ni kak...
kaki lima pun kaki lima janji dapat berkumpul anak beranak kan kak..meriah tgok!

Kesuma Angsana said...

seronoknyer dapat berbuka sama2 anak2 ni kan !

Zura@Iwan said...

tk per kak..
kat kaki lima pun best gak..
asal dpt ngan anak2 kan...
mcm picnic pun ada..hehe

::NureeN:: said...

janji kenyang kan.. x kisah mana2 pon ok :)

Delimasari said...

seronok

mama leen said...

emm bestnya.. teringat zaman duk asrama dulu.. best makan dgn family walaupun sekejap

atty's said...

mesti meriahkan ..kenangan tu..nanti anak2 dh besar..semua tu dah takde lagi

DeLLas said...

syok jugak camtu.. padel plg truk pn bbuka atas moto je dgn sirap slasih dgn ayah ms otw gi janda baik masa kecik dulu.. hehe