Thursday, June 30, 2011
Herba & antara khasiatnya
Aku cuma simpan nama2 dan khasiatnya sj. Nak tgk mcm mana rupa...leh ler gugel menggugel imej ye, hehe..
Kalo tak paham sesuatu perkataan tu..sila laa gugel menggugel gak pasal aku pun main salin je dari kertas yg nyonya tu bagi hari tu, kehkeh..
-Stevia; menyingkirkan kehangatan patogenik & bahan2 toksik dalam badan, melegakan sakit kerongkong, menurunkan tekanan darah tinggi, meringankan penyakit kencing manis & obesiti secara berkesan. (ni leh tgk info lanjut kat entry aku sebelum ni)
-Bunga notoginseng; menurunkan tekanan darah tinggi & lemak darah, mengurangkan berat badan, mencegah penyakit kanser, sakit kerongkong & periodontitis, melegakan batuk, meningkatkan bekalan oksigen miokardial serta memperkuatkan daya tahan badan.
-Herba fiveleaf gynostemma; menyingkirkan kehangatan patogenik & bahan2 toksik dlm badan, melegakan batuk & menghilangkan kahak, sesuai utk penyakit bronkitis, ulser perut, kolesterol tinggi & awet muda.
-Bunga kwai; menyingkirkan kekotoran dgn keharuman, menghilangkan bau busuk & utk penyahtoksikan, digunakan utk masalah nafas berbau, melegakan sakit gigi yg disebabkan patogenik "angin & api", kehangatan perut & karies gigi dan sebagainya.
-Bunga lavender; Utk relaks dan melegakan tekanan serta dapat membantu kenyenyakan tidur.
-Bunga violet; Baik utk radang pundi, sakit kerongkong, sembelit & menghilangkan masalah mulut berbau.
-Ros ungu perancis; Teh kosmetik generasi baru & berkesan terhadap pengawalan aliran 'qi' dan menghilangkan stagnasi, menggalakkan peredaran darah dan meyingkirkan hambatan aliran darah, baik utk stagnasi 'qi' perut, gangguan haid, keputihan dan kesakitan payudara.
-Bunga rosemary; memperbaiki ingatan, pengawalan kesihatan, menghilangkan bintik2, mengurangkan kedut2 & menguatkan fungsi hati dan jantung.
-Globe amaranth; merah; mengawal gangguan hormon, melegakan stagnasi dan menghilangkan kehangatan badan, memperkayakan darah dan menyegarkan limpa, melancarkan meridian, anti-radang, menghilangkan bintik2, khasnya merawat chloasma atau bintik2 perang kekuningan dan melasma serta jerawat yg disebabkan gangguan hormon.
-Bunga lili; melembapkan paru2 dan menghentikan batuk, melegakan batuk yang disebabkan kehangatan dan kelemahan paru2, baik utk kanser paru2 dan muntah darah.
-Limonium sinuatum; Utk memutihkan dan mencerahkan kulit, menghilangkan kehangatan hati dan memperbaiki penglihatan, memperkayakan yin dan menguatkan buah pinggang, menggalakkan metabolisme, memperlahankan proses sel2 penuaan dan meningkatkan sistem ketahanan badan.
-Rhodiola rosea; Menggalakkan peredaran darah dan menghentikan pendarahan, hemoptysis (batuk berdarah), penyakit pneumonia, batuk dan keputihan.
-Yi kou zhong. Produk khusus tempatan di wilayah guangxi; Gastrik, gas perut, batuk rejan, menghilangkan kahak, menyingkirkan angin, melegakan kesakitan reumatik dan tulang serta kekebasan anggota badan, digunakan ketika masa pemulihan selepas bersalin (berdasarkan cerita rakyat) Bahan2 & cara2 memasak; 13 biji yi kou zhong, 7 butir buah kurma, semangkuk air, direneh dgn api perlahan.
Nota;
Hari ni blogger.com wat hal. Dorang tgh wat maintainance berperingkat2 ke hape ntah ler..psl..ada yg serupa problem cam aku..dan ada lak yg rileks je leh publish entry dorang, mm..
...TAMAT...
Wednesday, June 29, 2011
Lega..dh selesai satu keroje..hihi..
Alhamdulillah, setelah dh tertangguh lebih dari sebulan...akhirnya dapat gak aku gi hantar menempah beberapa pasang kain utk dibuat baju kurung (+ baju kurung Akiss jgk). Semua kain tu mak yg bagi termasuklah baju raya sedondon 1 Syawal akan datang nanti, InsyaAllah.. Terima kasih makkk..
Sebenarnya, bkn lah mak bagi aku sekaligus kain pasang tu tapi aku yg tersimpan...simpan. Asyik malas je nk gi ngantar nempah. Dah ler kain mak yg kasi...nak ngantar tempah pun malas, ish..ish..apa punya teruk ler aku ni?? Dah ler jahit sendiri tak tau, ish..ish..
Tapi kali ni aku dapat hantar nempah kat tukang jahit fevret aku semula. Sebelum ni tahap kesihatan Kak Hawa tak menentu. Skang ni, Alhamdulillah laa. Walaupun masih belum sihat sepenuhnya tapi dia dh konfiden nk amek semula tempahan. Dah lama jgk dah dia amek semula tempahan...aku je yg tak tau. Baju kurung sekolah Ain...kak Hawa ler yg jahitkan sebelum bukak sekolah awal tahun hari tu, mmm..
Lg pulak, rumah kak Hawa dh rasa jauh sket laa. Dari umah aku, lepas turun jer dari fly over tu..nak kena masuk simpang Taman Yayasan dulu...baru leh gi area Taman Mewah, mm. Kalo dulu leh terus je masuk kat simpang Taman Mewah tu, ish..ish..
Nota;
-Ada yg aku mintak kak Hawa siapkan 14hb Julai ni. GSL ada wat GALA Dinner dijangka 15/7 nanti..Baju kurung jgk. Badan macam aku ni...sarung baju kurung biasa aje ler senang, kahhh!!
-Ada lagi keje tak selesai ni. Nak gi hantar alter seluar slack itam along punya tu, adeh.. Ahad ni InsyaAllah nk gi outing ngan along. Leh ler bagi dia masa tu. Skang harapkan 2 helai seluar slack itam tu aje, ish..ish..
Balance...makanan si comey..
Mula2 dulu beli paket 1.5kg tu aje. Tp bila dh ada 3 ekor meow skang ni...asek cepat abes je. Kena ler beli paket yg besar punya tu!! hihi.. Bila dh beli 8kg punya ni...lambat ler jgk nak abes dan yg penting...lebih jimat duit, ngeh2. Yelah, beli lagi besar..mesti ler lagi murah harga silingnya, kan..hmm..
Makanan kucing keluaran Tesco ni mmg bagus jgk. Takde ler mcm yg beli timbang kat kedai runcit tu, hihi.
Selalu beli perisa mackerel aje. Kalo perisa ni abes takde stok kat rak Tesco tu..baru kitorang amek perisa lain. Kalo Tomei ngan Nobi dulu..mereka suka mackerel. Perisa lain tak suka. Tapi kalo ngan meow skang ni (Nami, Togey & Cici)...belasah aje. Semua leh makan, hehe!!!
Tuesday, June 28, 2011
Nenas..
Disebabkan mak & abah pun dh lama tak jengok kampung..maka byk ler nenas yg dh masak di pokok. Buah yg masak di pokok mmg manissss dan sedap laa sangat!!!!
Tak mengedan2 terus kupas kat sana. Dan dpt gak aku bawak balik sebijik, hehe..sedap!!!
Khasiat
Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.
Perubatan
Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.
Kegunaan lain
Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.
***Sumber dari wikipedia, hehe. Timakasih wiki..wiki..ngeh2..
Monday, June 27, 2011
Gunalah botol air ECO
AL-KISAH
Sebelum aku beli botol air ECO cap LAVA ni..aku berkenan betoi tgk botol air ECO cap TUPPERWARE yg mak mentua aku beli. Ada saiz kecik & besar.
Mak mentua aku tu kreatif betoi. Dia akan buat air buah2 ijau...letak dlm botol kaler ijau, kalo air mangga, air jagung atau air mangga..taruk dlm botol kaler kuning..
Pastu, botol2 yg berisi air tu diletak dlm peti sejuk, hihi..
Tapi, kalo dh namanya cap Tupperware..maka mahai ler harganya, kan.
Suatu hari..aku gi Dynamic Book Store. Ternampak ler botol2 air elok tersusun kat rak dekat ngan tempat rak bag2 sekolah tu. Tertarik ler aku mendekati rak2 tersebut sbb ternampak botol air mirip botol cap Tupperware tu.
Belek2...eh, sama ler..kat tutup ada ECO gak cuma cap LAVA ler bukan cap Tupperware. (Adik ipar aku pun ckp cenggitu. Dia pun kata sebijik betoi!!! ada ECO jgk kat penutupnya..hmm..)
Harga botol cap LAVA pun tak ler mahai. Mampu ler aku nak beli.
Aku nk taruk air filter. Sebelum ni..aku simpan kat bekas biru jernih yg ber'kepala paip' yg dibeli di MAKRO (lama dh tu. Makro skang pun dh takde kat Malaysia ni, huhu) dan disimpan di beberapa botol PULPY minute maid yg diguna semula, erm..
Tujuan nak beli botol air ECO ni sbb nak ganti botol PULPY tu ler. Senang nak bawak. Mudah kalo tetiba aje nk keluar gi mana2. Aku suka minum air mineral atau air filter ni utk hilangkan dahaga. Air feveret, hehe..
Aku pun beli ler botol air ni (1 liter) 3 beradik....
dan 3 biji botol air 500ml (botol hijau tu angah punya. Akiss kaler pink dan along aku belikan kaler biru). Utk along, angah dan akiss bawak air gi sekolah. Boleh taruk air panas atau sejuk..katanya!!
Botol besar yg 1 liter tu harga RM4.90 dan botol 500ml tu pulak harganya RM3.50...
Ni ler tag yg ada kat botol air cap LAVA tu. Sebab gambo ni gegar sket (amek gambo tangan terketaq-ketaq) meh aku salin balik kat sini;
BPA free..apa ntah BPA tu? ngee...kena carik ler, ek, hihi..
Why pollute our earth with billion of toxic PET (pet ni maksud apa? binatang peliharaan ke...atau singkatan pada perkataan lain? hehe..) bottles every year??
Global enviroment crisis, Save mother earth, Better world, Better me..........
Wise choice; We honoured you have chosen LAVA to make positive environmental choice by reusing LAVA hydration vessel to refill your own drinking water.
Safe; Made with non-toxic food grade materials. No chemical leach under extreme weather. (ni, kalo tertinggal dlm kereta dlm cuaca yg panas pun..air tu masih selamat utk diminum ler kot antara maksudnya, hihi)
Sunday, June 26, 2011
Kete baru lagi??
Dia balik ngan kete baru ler, myvi. Baru sebulan lebih jer ni...hehe. Tengahari td..kitorang konvoi balik Selinsing 3 bijik keter.
Sori ler..alza pun menyebok nk masuk dlm ini gambar, hihi.
Hmm..suatu hari nanti leh ler berkonvoi ngan persona baru jgk. Gi berkelah di tepi pantai yg indah, huhu..
Nota;
-Alhamdulillah, rezeki masing2.
-Sorang sahabat blogger aku..dh beli kete baru gak..grand livina..hihi.
Saturday, June 25, 2011
Dah boleh bawak tapiii.....
Dalam sampul tu ada keputusan exam along, senarai yuran2 yg nak kena bayar utk semester dua dan lain2 lagi. Termasuklah surat pemberitahuan mengenai penggunaan telefon bimbit sudah dibolehkan kat sana tetapi semestilah dengan bersyarat. Maklumlah, dorang ni dh namanya dok asrama..Apa2hal nanti, susahkan pihak maktab, susahkan mak/pak dan juga susahkan pelajar tu jgk.
Aku rasa keputusan ni diambil dan direstui sebulat suara semasa miting Agung PIBG muafakat 27/5/2011 sebelum tu. Aku tak dpt gi miting tu sbb ada hal lain. Along pun balik umah ptg tu ngan bas sewa khas maktab aje. Kalo aku ngan abang gi hari tu..leh ler bwk along balik skali, kan.
Antara syarat2nya..kena beli hp harga bwh RM100, takde memori kad, takde kamera & bluetooth. Kena isi borang & didaftarkan ngan unit hal ehwal pelajar.
Penggunaannya cuma hujung minggu iaitu dari Jumaat petang sampai laa Ahad (mcm PLKN laa ni). Masa lain..henpon disimpan oleh homeroom pelajar masing2. Ada laa lagi bbrp peraturan dan syarat2 yg lain telah tercatat dlm kertas pemberitahuan tu.
Tapi, aku rasa mcm tak perlu je along nak bawak henpon ke sana. Tambah2 lagi nak kena beli pulak hp baru yg berharga RM100 ke bawah. Henpon along skang NGage QD..asal abah dia punya tapi abah dia hadiahkan masa keluar result UPSR pd 3 tahun yg lepas. Masa along dok hostel..aku yg simpan henpon dia. Tak bagi angah ngan akiss amek dok kelebet2 main games. Dapat kat dorang nanti, adeii..abes!!!
Bila aku tanya kat along nak bawak ke tak henpon? kalo nk bawak..dia leh ler amek hp cokia INALDAfoto punya tu, hihi. Tp along kata...dia pun rasa takmo nak bawak hp. Sbb dia lebih selesa tipon aku bila2 hari pun dgn menggunakan telefon awam yg byk kat hostel tu (tak perlu tunggu hujung minggu utk guna hp). Lagi senang, dengan menggunakan telefon awam...dia leh reverse charges balik kat bil telefon umah aku @ potong kdt hp aku (kalo aku guna hp, ish..ish)..
Zaman skang ni kalo reverse charges public fon dh tak perlu melalui operator TM dah kalo tau caranya, hehe.
-Along kol aku dulu guna public fon tu,
-bila aku jawab, along tak perlu taruk gagang ke telefon awam tersebut.
-Sambil tu aku dial semula no. public fon yg dia kol aku tadi.
-Kemudian dia akan tekan nombor2 terbabit (aku pun tak tau pebenda nombor ntah, hehe).
-Pastu, aku pun leh ler borak2 ngan dia kat sana dlm masa yg diberi. Mgkn 4 minit kot.
-Dh abes tempoh 4 minit..dia akan terputus. Kalo perlu bercakap lagi...along akan tekan lagi nombor2 terbabit dan leh terus sambung berbual2 semula ngan aku, hehe..
-Bila bil TM sampai...akan tercatat nombor yg aku kol along tu berserta jumlah RM yg perlu dibayar. Tak byk pun selalunya. Berbeza kalo along kol direct kat aku. Beli kad RM10 tu..jap je leh abes, hmm..
Dalam kes ni..aku tak boleh terus kol nombor telefon awam tu. Mmg tak dapat pun.
Jadi, sama ada along kol terus guna syiling atau kad fon & terus bercakap ataupun buat mcm apa yg citer kat atas tu tapi aku yg kena kuarkan duit utk bercakap ngan along kat sana, hmm.
Kesimpulannya..takde ler along bawak henpon ke sana.
Friday, June 24, 2011
Stamp issue 2011
Isu ke 5 tu pun..mujur Suziey yg kasi senarainya (berserta ngan satu set setem isu yg ke 4/2011, hehe..timakasih byk2 Suziey). Takde ler aku kena singgah selalu kat pejabat pos Taiping tu sbb nk tgk poster mengenai setem baru apa yg bakal kuar dlm jangka masa terdekat.
Tapi lepas tu...dah 2x pulak jadual isu yg nk keluar (merujuk pd senarai tu) tak jadi keluar. Dan, aku dh tertinggal satu isu iaitu isu ke 6 mengenai Silver Handicraft yg takde pun dlm senarai lama, aduhai..
Mujur pulak, ada rezeki aku..aku pi terjah pejabat pos Kamunting...aku dapat isu stem mengenai Virtues Nilai2 Murni wlpn aku terlewat 3 hari kemudian dari tarikh dikeluarkan, hoho...
Cenggini; Sebenarnya, aku pi pejabat pos 16hb utk isu Kumbang Kura-kura (kononnya) tapi rupa2nya takde setem keluaran khas pun pd 16hb tu. Nasib baik ler stok setem keluaran khas 13hb isu nilai2 murni tu ada lagi kat pej. pos Kamunting, alahaiii!!!
Dlm senarai baru...isu kumbang kura2 tu takde pun tertera dlm senarai. Isu Virtues tu pun takde dlm senarai yg lama.
Aku harap..pihak fillatelli jgn ler selalu pinda2 keluaran stem khas ni. Susah tau bagi aku yg bukan melanggan terus ngan dorang ni, huhu. Tambah pulak..bila aku bandingkan senarai yg Suziey bg ngan senarai baru yg aku dpt dari laman web pos malaysia ni..sgt byk isu yg tak jadi nk dikeluarkan tahun ni...ataupun dlm KIV...dan tiba2 aje keluar ngan cetakan terhad. Aku dah penah terlepas satu isu ngan cetakan terhad 2 bln yg lepas, adeii..
Bila cetakan terhad...setem tu tak akan sampai dkt pejabat pos kecik mcm Kamunting tu. Cuma sampai kat Pej. Pos Taiping. Tp paham2 aje lah kat Taiping tu, kan...sedangkan bukan isu cetakan terhad pun...dh leh sold out kul 9 pagi, inikan pula....!!!!
Harapnya...fillatelli selalu ler apdet.
Baru2 ni...terharu betul aku ada member lama masa SMVTAA 91/92 tu yg baru je terjumpa balik kat fesbuk nk bagi aku 4 keping setem US. Padahal, aku takde uar2 pun kat dia yg aku ni pengumpul setem. Hmm...tu mesti dia tgk info profile kat fesbuk aku, hihi.
Alhamdulillah, minggu lepas dh selamat pun 4 keping setem tu tersusun dlm album setem aku. Timakasih daun keladi, sahabat...kalo ada lagi...leh bagi lagi..hihi..
Buah ajaib??
Tu pun kebetulan hari tu avanza berhenti kat gerai di tepi tasek empangan di Ringlet, hehe. Wlpn pengalaman tu bkn aku yg lalui tp aku nk kongsi kat sini, hehe. Kalo gugel psl buah ajaib ni...ramai yg jgk yg dh kongsikan kat website dorang, hehe..walaupun citer dorang tu bkn lah berlaku kat Cameron Highlands, hehe..
Masa avanza berhenti kat situ..sementara tunggu ayah membeli...adik aku sape lagi..Fadel ler, hehe..disapa oleh salah sorang peniaga kat situ. Dia kata tgk muka adik aku tu..tiba2 dia nak bagi adik aku rasa free buah ajaib tu, hihi..(sori ler kalo salah citer, ek Fadel, hihi..).
Mula2 dia soh Fadel makan dulu bbrp jenis buah yg masam termasuk ler buah limau kasturi & buah stoberi murah yg masam tu, hihi.
Fadel makan sket..dan katanya mmg masam.
Pastu, peniaga tu soh fadel makan sebiji buah ajaib yg sepatutnya dijual RM10 sebijik tapi dia bagi fadel rasa free aje, hihi.
Fadel pun makan laa. Peniaga tu soh fadel rasakan buah tu di setiap sudut dlm mulut & bijinya dibuang. Buah tu Fadel citer cuma sebesar buah tomato ceri tu aje. Tp buahnya tawar..takde rasa.
Pastu, peniaga tu soh Fadel sambung balik makan bbrp jenis buah masam yg fadel tinggalkan tadi sebab tak tahan masam, hihi.
A.J.A.I.B...mmg ajaib!!! buah2 tadi tu iaitu buah yg fadel dh geget tadi tu...tak masam langsung!!! dh tukar jadi manisssss pulak.
Sebab apa jadi macam tu?? Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin. Kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam selepas makan buah tersebut.
Nak tau lebih lanjut..baca ler info kat bawah tu. Kalo lagi rajin..gugel ler lagi, ye..
Sambung citer;
Pastu, Dayah pun nak rasa jgk. Tp kali ni peniaga tu takleh ler nak bagi free pasal buah tu dijual sebijik pun harganya RM10 wlpn saiz besar buah tomato ceri tu aje, huhu.
Jadinya, bila Dayah nak rasa pulak...kena ler bayar RM10. Hmm, jadi lah Dayah lagi sorang saksi yg bersetuju buah tersebut telah menjadikan buah yg masam menjadi manis. Bkn rasa masam aje..yang rasa pahit pun leh jadi manis kalo makan buah ajaib tu ikut cara2nya yg betul, hehe. Mgkn kalo kunyah ubat pil pahit tu pun leh tukar jadi manis lak...hehe..
Fadel kata...peniaga tu pun ada jual anak pokok buah ni. Harga sepokok RM100...boleh?? hihi..Tp fadel kata kalo nk untong, baik ler beli terus anak pokok tu sbb ianya tgh berbuah lebat..
Tp masa gugel mengugel ni..tgk ada gak yg jual murah je anak pokok buah ajaib tu tp tengah tak berbuah ler, kan.
Sila baca;
Pokok ajaib merupakan sejenis pokok yang unik. Bersesuaian dengan namanya buah yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid. Walaupun buah ini sebenarnya hanya tawar, ia menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin. Kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam selepas makan buah tersebut. Buahnya sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi. Ia berasal dari afrika barat di kawasan yang beriklim tropika. Di afrika ia kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.
Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun. Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam. Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika mudah dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak. Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis. Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.
Untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.
Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.
Info ni dapat dari sini.
-Aku pun sebenarnya ada gak masa gi Cameron Highlands hari tu tp alza dah gi terus ke Cameron Bharat dulu nk cari tandas, hihi..
-Sejak dua menjak ni aku letak entry psl informasi pokok2 herba lak, hihi.
Wednesday, June 22, 2011
Khasiat daun stevia si manis pengganti gula..
Aku, abg dan abes anak2 aku mmg suka makan buah. Tp, tak byk lak peniaga jual buah malam tu cuma satu gerai aje. Kena beli jgk...nk makan depan tv malam tu, hihi.
Aku pun beli ler buah mempelam wangi yg sangat sedap tu. RM5/sekilo. Aku beli 2kg lebih. Mana cukup sekilo...
Beli jgk buah limau sekilo je, RM3. Limau yg mmg masak dipokok, sangat manis. Ditanam di Batu Kurau...mmg manissss sgt!!
Kat pasar malam tu jgk ada ler apek ngan nyonya jual herba2 yg telah dikeringkan. Kesemuanya menarik hati utk dibeli. Kesemuanya mmg diketahui berkhasiat. Rupanya pun cantik2 wlpn dh kering, hehe..
Antara herba kering yg dijualnya ialah bunga notoginseng, bunga kwai, lavender, violet, ros ungu perancis dan mcm2 lagi laa. Nanti aku buat satu entry mengenai kebaikan herba2 kering ni, ye..hehe..Sebagai rujukan aku jgk.
Herba2 ni kalo beli leh buat air teh herba. Mmg sedap terutama dicampur ngan daun kering stevia. Ada yg dh tau psl daun ni..ada yg lom. Jd, leh baca info dia yg aku link kat bawah tu ye..
Apek tu cakap..kalo masak bubur pulut hitam taruk daun stevia tu, uii..sedap je rasa dia. Khasiat daun stevia ni sangat sesuai utk mereka yg mempunyai penyakit kencing manis. Ia adalah pengganti kepada gula tebu. Kunyah je daun stevia kering ni...aduhaii, mmg manis lah!!!
Gambar di atas; ni ler yg abg beli semalam. Daun stevia dicampur utk jadi pemanis air teh kepada seplastik herba five leaf & rhodiola rosea (telah dicampur dlm satu plastik). Senang aje sukatannya. Ikut suka. Tp daun stevia tak perlu byk sebab 3 helai aje dh leh manis dh. Minum air tu suam2..pergh!! kalo dh abes satu jag tu..kita leh tambah lagi air panas dan minum lagi sehingga rasa manis tu dh takde.
Skang dh boleh minum teh herba lagi berkhasiat..ngeh2..
Khasiat2 herba yg aku beli ni...nanti aku sekalikan ngan entry utk kebaikan herba2 yg aku copy dari risalah yg apek tu bg.
Harga dia mahai ler jgk kalo nk beli selalu, hihi. Yg abg beli utk cuma 50g x 3 jenis, hehe..
Harga ketiga-tiganya RM12 utk 100gm. Bermakna..RM120 utk sekilogram, huh!!
Stevia pengganti gula tebu.
Gula semula jadi & asli., dan manis dari gula tebu tetapi tidak tiada kalori.
Manisan tanpa kalori/sweetener without calorie
Pokok renek ini sudah terkenal diluar Negara sebagai pokok gula dan digunakan sebagai pengganti gula tetapi tanpa kalori. Rasa gula stevia tidak secepat gula tebu tetapi rasa manis nya tahan lebih lama dari gula biasa dan sekiranya terlebih akan terasa pahit sedikit.
Info lanjut dan panjang lebar leh ler gi klik sini. Juga di sini. Boleh jer lagi kalo nak gugel info yang lain, hehe..byk jugak info2 lain pasal pokok stevia ni, erm..
Nota:
aku sebelum ni kalo minum teh herba...selalunya teh cina atau teh hijau tu aje ler. Tapi tu utk buang toksid dlm badan.
Aku jgk penah minum air teh bunga yg selalu dibuat masa bulan2 pose tu. Kalo minum dan makan bunganya...leh sejukkan badan, hihi..
Tuesday, June 21, 2011
Sukan TMGS...sekolah Balqisz..
Jumaat, 8:00am
Mmg setiap tahun, sekolah TMGS ni buat hari sukan tahunan pada hari Jumaat pagi. Bkn takde usul dlm miting agung PIBG utk diadakan pada hari Sabtu..tp jawapan yg sama telah diberi oleh Guru Besar bg pihak sekolah, ye..mm..
Aku pun ajak ler Angah teman aku tgk adik dia sukan. Tahun ni Akiss tak masuk byk acara pun. Mgkn stamina dia dh kurang, badan pun dh berat wlpn nampak mcm kurus, hehe.
Kitorang pun dh lama tak bwk anak2 jogging kat Bukit Larut tu, ermm...
Masa aku baru sampai tu...dh abes dh ucapan perasmian, hihi.
Kat padang dh nak mula senamrobik dari Tahap 1.
Dah tak buat poco2 pasal Mufti Perak kata haram tarian tu wlpn negeri2 lain masih aktif berpoco2, hmm...
Tapi sebab utama pulak, tahun ni ramai kawan2 Akiss yg dh terer dlm bersukan ni...hehe..
Akhirnya, pasukan Akiss dpt ler no. 2.
Sebenarnya, leh dpt no 1 sbb persaingan mmg sengit betul dh masa tu, huhu.
Tgk ler anak aku tu..kecik je dia antara kelima-limanya, erm..
Jadi ler, kan...penyemarak semangat kesukanan utk akan datang, hihi..
Baru masuk TMGS tahun lepas tp dia terer bersukan dan jugak terer dlm pelajaran.
Anak Pakistan ni, hmm..Kalo ujian Bahasa Arab dia ler yg selalu dapat markah paling tinggi. Orang Pakistan cakap iras2 mcm orang Arab ke??...hehe..
Sukaneka utk Tahun 5 yg dh dibuat sebelum2 ni pun pasukan Akiss kalah, hehe..
..TAMAT..
Monday, June 20, 2011
Kuala Kurau - Ban Pecah - Bagan Serai
Ahad 19hb Jun 2011
Jadi, Ahad petang lepas babai Piluih dan Yui balik ngan kete Sofie (kawan Yui) ke Seri Iskandar...kitorang pun terus gerak ke destinasi yang dirancang.
Bila tgk sape yg join gi Kuala Kurau tu...tingat mcm nak gi kembara Pantai Timur 30/5 sehingga 3/6 dulu pulak, huhu. Cuma along je yg takde & yang ketara..Sela/Anas dh guna kereta baru, hehe. Masa gi Pantai Timur tempohari..Anas lanyak abes si saga itam tu, ngeh2..
Sampai Kuala Kurau (ikut Kuala Gula)...frust jer sbb tak dpt nak beli ikan baru naik yg masih tergedik2 dlm kotak polisterin bot nelayan situ, ermm..
Hmm..cina bawah jambatan tu cakap...ikan takdak..angin kuat.
Tapi mcm tak nak caya je..huhu. Cari lak kat tempat lain. Berhenti kat satu tempat ikan kering tu. Cina tu cakap mmg ikan takde skang ni. Tiga bulan akan berlarutan mcm ni sbb kat laut angin tengah kuat. Tak tau ler monsun apa skang ye, hihi..
Tu ler dorang bot2 kecik tu tak berani nak turun laut. Kalo turun pun..sat2 aje. Keluar tak jauh2 pun. Skang ni cina tu cakap dh masuk bulan ke 2. Cina tu cakap skang ni tgh musim angin pajak gadai. Maksudnya...dorang pun skang ni kalo takde duit kena gi pajak gadai, hmm....
Pastu, kitorang pun terus ler gi bawak mak, abah, Sela, Anas dan kak nor tengok kawasan Ban Pecah kat Tg. Piandang tu.
Pemandangan kat situ mmg best. Tempat memancing pun ye...Tempat berdating pun ye, erm..
Jalan tepian ban tu masih tanah merah....berdebu..abes kete baru Anas, hihi..
Nak berhenti tapi sepanjang jalan tu...port dh penoh ler!! Yang datang ngan kete, ngan motor2, ish..ish....penoh!!
Gambar2 ni pun aku amek dari dalam kete aje, guna kamera Akiss.
Memang best ler kalo nak melepak kat sini. Ngan angin yang menyamankan, ngan redup pohon2 rendang yang mmg ditanam berderet di tepian2 ban tu, erm...
Kat situ waktu malam lagi happening. Kaki pancing dok melepak, ngan gerai makan byk dibukak..siap ada karaoke lagi, huhu..meriah!!!
Korang tau ke citer dan kisah di sebalik kawasan BAN PECAH ni?? Meh aku citer ikut citer yg aku dapat, ye...hehe..
Al-kisahnya, sebenarnya ban atau tembok penghadang tepian pantai ni...jaoh lagi tang sana. Kiranya, ada sebuah kampung lagi kat situ. Ban yang ada skang ni...bkn ban yang asal. Tapi, citernya...kat kampung tu ada ler sorang yg makan harta anak yatim..makan riba'. Tp orang kampung wat tak tau aje. Takde yg menegur ke, menasihatkan ke...
Disebabkan tu ler..kampung ni ditenggelami air setelah ban/ tembok/ benteng penghadang pantai tu pecah dilanda ombak besar (mcm tsunami ler kot, allahhu'alam)...
Dulu2...orang citer...nampak lagi bumbung umah, pokok2 dari permukaan air laut tersebut..tp skang dh tak nampak dh ler..sbb dh mereput dan musnahlah semuanya.
Dorang kata...ni bkn mitos...katanya kisah benar.
Kalo search kat gugel maps pun...takde yg tolong menanda kawasan ban pecah ni kat area Tg. Piandang, hmm..
Tahun 2007 dulu...pertama kali aku gi sini..ada simpan gambo kat gebang fotopages ni..hehe..
Ni dah penghujung2 ban tu dah. Kitorang ingat nak melepak kat gerai2 situ tapi..tak jadi ler.
Last2 abg bawak gi Gerai Buluh Kuning kat Bagan Serai yg penah masuk dlm JJCM musim baru lepas tu..
Seronok tgk Anis makan. Mula2 mi yg mmg jadi feveret dia. Pastu dia cukai nasik ayam yg ibu dia oder. Pastu, dia cukai lak char kue teow ayah dia. Pastu, bihun goreng wan dia lak, hehe..
Ni nasik goreng ayam black pepper aku. Sedap ler bagi tekak aku ni...
Kak nor pun oder yg sama. Abg lak nasik putih ayam black pepper. Angah lak nasik ayam black pepper. Akiss makan kuew teow goreng, Ain oder bihun sup, mak lak nasik ayam.
Dah abes makan tu...kitorang terus gi lepak lake garden...bersila beralaskan selipar di atas rumput dan bersembang satu citer mistik, kisah benar.....ngee..
Akiss, ain dan anis dh leka layan playground, mm..
M.A.I.D & Tuan Rumah Pembantu Rumah
Kedua2 novel ni dh lama pun aku beli. Hari beli tu je terus baca. Mmg dh abes pun baca kedua-duanya.
Jalan citer kedua2 novel ni...sama aje lebih kurang.
Pasal pembantu rumah.
:-Satu tu psl sorang gadis yg menjadi pembantu rumah tetapi kurang dlm akademik...menjadi pembantu rumah ketika tuannya keluar bekerja & abes tugas sebelum tuannya balik ke rumah. Sudah tentulah tuan rumahnya seorang lelaki bujang, ye.
:-Lagi satu tu pulak seorang gadis yg jadi pembantu rumah tetapi sebenarnya berpendidikan tinggi, anak orang kaya dan sebenarnya seorang ketua chef hotel milik bapanya. Menjadi tarikan cinta pada anak teruna keluarga tempat dia bekerja sebagai pembantu rumah tu lah!!!
Pendek kata...psl pembantu rumah yg akhirnya mempunyai hepi ending. Ha'ah...dorang berkahwin dgn tuan rumah / anak tuan rumah dorang, huhu..
Sunday, June 19, 2011
Roof box Alza
Tapi kalo setakat 5 orang penumpang tu...leh ler seat belakang dilipatkan dan menjadi ruang penyimpanan yg mmg luas laa. Leh taruk mountain bike adik aku jgk, tau!! mm..Sbb tu ler dia tergolong dlm mpv, iye dak, kehkeh..
Mmg ada plan nak beli dan pasang roof box kat bumbung alza ni. Tapi biasa ler...harga dia mahai kan. Jadi, plan tu kena ler ditangguhkan sehingga ler sampai rezekinya nanti, insyaAllah...
Sebelum ni aku tak penah tgk secara live alza ada pasang roof box. Mmg teringin nak tengok. Elok ke idak mende tu taruk kat alza, kan!!
Cari kat gugel imej pun..tak byk gambo yg aku jumpa.
Akhirnya...masa aku gi Bukit Jana Golf Resort nak jumpa client 12/3 hari tu...tiba2 ternampak ler depan mata sendiri si alza yg berkotak bumbung (roof box, hehe..) sedang elok terpakir kat situ. Elok pulak aku tgh pegang kamera, kan..huhu..apalagi, tembak!!!
Bkn apa..senang nk wat contoh ler nanti kan, hihi. Sebab..kalo tgk alza tu mmg nampak cantik ler jgk mende tu taruk atas. Aku mmg suka roof box cenggini iaitu cara pemasangannya tak byk sgt guna palang2 kat atas tu. Mcm ni..elok ler. Gayanya pun..mcm mudah ler nak tanggal bila tak perlu nak guna. Kalo tak diperlukan..tak payah ler taruk roof box tu kat atas...mcm rimas ler pulak, kan.
Ni gambar ori ye..aku sendiri yg amek wlpn kete ni org punya, hihi. Amek gambar ni pun dari dlm alza jgk..., hehe..
Alza yg dh ber'roof box' ni berplat wilayah. Mmg patut ler ada roof box atas alza ni. Mgkn tuannya bersama keluarga sedang bercuti ke Taiping, kan. Tu yg menginap kat resort tu. Dh tentulah byk barang2 nk kena bawak, hehe..
Satu kelemahan ada mende ni atas alza...sudah semestilah speeding kete akan kurang. Dah ler penumpang penoh 6-7 orang. Dijunjunglah pulak roof box tu. Dah tu, ada lak barang2 kat dlm, kan..hehe. Rasanya, kalo situasi mcm tu...daki bukit power kureng ler, hihi...
Cara pemasangannya pun aku tak tau ler mcm mana. Kena tebuk utk lubang skru ke...atau klip aje. Bkn pe..takde lagi member yg taruk mende tu kat kete/mpv dorang. Maleh ler nak gi tgk kat kedai..sbb aku ni jenis kalo dh ada duitnya, barulah ke kedai cari, survey & bila dah berkenan baru pasang. Selagi tak ada fulusnya...takde ler sesaje nk gi terjah kedai accessories kete, mm..
Tp masa aku gugel imej utk cari alza taruk roof box tu, kan..kelakar pulak. Sebab apa?? Sebab jumpa laa pulak gambo kereta saga robot @ saga kete kebal tu pun ada taruk roof box, kehkeh. Yg pelik tu...kereta persona yg mmg mempunyai bonet yg sgt luas tu pun nak taruk roof box??? adeiii...
Roof box ni pun ada yg buat sewa-menyewa rupa2nya, ye..Tp tak tau ler kat Taiping ni ada ke tak..hehe..
Saturday, June 18, 2011
Hazama Juara AF9
Tahniah laa kat Hazama sbb menang. Mmg sepatutnya dari AF3 dulu dia dh layak masuk jadi pelajar AF. Tapi tu laa kan....adalah rahmat di sebalik kejadian tu. Selepas gagal utk jadi pelajar AF3..dia diberi peluang utk menimba & mengutip pengalaman dlm bidang hiburan ni terlebih dulu rupa2nya. Akhirnya dia dpt jadi pelajar AF walaupun lewat 6 tahun sbb dia ditakdirkan muncul jadi Juara AF9!!!
Mmg tuah dia laa dlm bidang hiburan ni. Walaupun bkn lah antara 12 peserta asal utk AF9..akhirnya berjaya muncul sbg juara setelah dimasukkan ketika Opss Gugur kerana barisan pelajar asal tu persembahan dorang utk konsert ntah apa2!!
Aku yg pada mulanya tak teringin langsung pun nak ikut AF9 (sejak AF7 mmg rancangan tu mmg ntah apa2)...tp disebabkan terbukak konsert AF9 minggu pertama kat tv...dgr kritikan Fauziah Dato Ahmad Daud dan Hattan yg kaw2 pedas punya..akhirnya tertengok jgk laa, erm..
Persembahan Hazama yg paling aku suka tengok masa lagu Hey Soul Sister tu ler, hihi..
Hmm..ni ler kenangan aku bergambar ngan Hazama masa dia tengah gigih mencari tapak utk mencipta nama dalam bidang seni hiburan tanahair. Bulan Mac 2009 masa ni. Ketika program Gempak Desa Astro yang dibuat di Taman Tasik Taiping. Dia mmg sempoi masa tu. Harap2 skang dh menang pun...masih seperti dulu, ye.
Friday, June 17, 2011
Kecemasan di Klinik Chong & Lim
Mula2 kat Taiping Golf Resort, pastu ke rest house Taiping yg dh lama tak beroperasi tu.
Sebelum gi tempat yg menjadi impian iaitu di Sentosa Villa Taiping...kitorang gi dulu ke padang dobi dulu..tembak menembak kat situ.
Dah selesai menembak foto kat situ...ketika berjalan kaki menuju ke kereta masing, malang tak berbau...pengantin pempuan terpijak paku karat dlm 2-3cm gak ler..aduhaiii..
Elok2 je suami dia cabutkan dari tapak kaki isterinya...terus ler darah keluar deras, mm...
Pengantin pempuan dh nangis dh, menahan sakit tak kesudahan.
Kete kitorang yg selalunya ada simpan handyplast dan sebotol myk gamat pun...tiba2 carik hari tu takde laa pulak!!! Rasa geram pulak ye bila memerlukan mende tu takde, hmm!!
Kitorang pun terus ler bawak dorang cari klinik yg bukak hari Ahad.
Sangat bahaya jika terpijak paku karat tapi tidak dirawat secepat yg mungkin.
Abang dh target nk gi terus ke Klinik Choong & Lim tp dlm perjalanan tu tgk2 gak ler kot2 ada klinik lain pun bukak. Leh terus singgah situ, kan..Risau jgk Klinik Choong & Lim tu pun tak bukak, erm...kena gi Apollo ler yg terdekat pun.
Kitorang lalu kat Klinik Mike Wong...tak bukak, klinik hape tah lagi..punnnn tak bukak.
Last2 gi jgk ler ke klinik Choong & Lim tu.
Nampak dari jaoh mcm tak bukak...rupa2nya bukak ler. Alhamdulillah.
Pengantin pempuan dirawat kat situ.
Ada sisa2 karat paku kat dlm luka tu juga telah dibuang.
Kesian betul kat pengantin..adeii..
Tak boleh laa dorang nak meneruskan sesi berfoto sakan utk sesi luar pintu pagi tu.
Kitorang cuba pujuk dorang utk amek bbrp fotoshoot kat Sentosa Villa ikut yang termampu...
Bkn pe, kitorang rasa ralat lak kalo tak dpt tunaikan hajat pengantin yg tingin nak bergambo kat dalam kawasan Sentosa Villa tu.
Alhamdulillah, semangat pengantin pempuan mmg kuat..dia bersetuju dan berjaya jgk selesaikan sesi tembak foto kat situ.
Walaupun ringkas je kat area berhampiran ngan parking kete...tapi kitorang puas hati sbb dpt tunaikan impian mereka.
Semoga cepat sembuh dan leh berjalan seperti biasa.
Nota;
SMS pengantin lelaki ptg semalam. Dia kata wife dia dh ok...leh g keje dh tapi masih jalan terhencut2. Maklum laa, luka kat tapak kaki dia dalam..lambat jgk lah nk pulih sepenohnya.