10hb Februari 2012
Jumaat petang...
Akiss gi berlatih utk netbol kat pdg sekolah dia. Kul 6 ptg aku amek dia kat sekolah ngan motor...dia tunjuk tangan dia bengkak kena bola masa nk sambut bola tersebut. Situasinya ialah menyambut bola ketika nk merebut bola ler..biasa ler kan, main netbol mmg cenggitu ler.
Cikgu dh sapu minyak. Balik tu, lepas dia dh makan...aku soh dia makan ubat bengkak...Masa dia nk tido aku sapukan minyak nonaroguy kat tangan dia.
Ingatkan terseliuh biasa aje laa..Selalunya bila terseliuh tu tangan akan bengkak sebab dh masuk angin!!
11hb Februari 2012
Sabtu
Akiss tak gi latihan netbol pagi tu. Keadaan tangannya mmg tak mengizinkan utk dia membaling dan menyambut bola. Masih bengkak dan sakit.
13hb Februari 2012
Isnin
Balik dari sekolah, akiss tunjuk surat dari jururawat yg kebetulan pulak pg tu dtg ke sekolah dorang utk memeriksa kesihatan pelajar2 sekolah. Surat utk ke Poliklinik Kamunting bg pemeriksaan lanjut tangan akiss tu.
Selain check mata...jururawat tersebut memeriksa kesihatan lain pd pelajar2 jgk la, kan..
Kul 3 petang tu, aku pun gi klinik. Lama dh aku tak ke klinik kerajaan. Bkn sombong tp aku tak suka betul nk nunggu lama2 ni.
Sampaikan, petang tu aku terkeliru ngan panggilan utk ke kaunter pendaftaran masa nk bayar RM1 tu, hehe.. Buat malu jer Alona ni!!, huhu...
Bkn apa, kalau sakit2 biasa demam, selesema, batuk ni....dh tau kat klinik kerajaan ni..mmg ramai betul pesakit setiap hari. Dari buang masa yg sgt berharga, baik gi klinik yg biasa kitorang gi. Tambahan pulak, pembayaran leh claim semula kat ofis abg.
Tp hari ni kena gi jgk ler. Bila jururawat dh amek perhatian ni...kita pun kena peka kenapa jururawat soh gi check lebih lanjut kat klinik. Dorang jururawat terlatih...tentu ada sebab kenapa tangan akiss yg bengkak itu perlu dirawat lanjut di klinik mereka.
Aku tak mau menyesal sebab dh penah tgk kesannya yg telah terjadi pd anak sepupu aku.
Ngan bayaran RM1 jer...tangan akiss diperiksa oleh doktor dan kemudian kena gi x-ray di block bersebelahan. Mujur tak ramai pesakit kena gi x-ray..cuma akiss jer waktu tu.
Filem x-ray diserahkan kembali pd doktor cina berkenaan. Bila dia tgk...dia kata jari kelingking akiss tu patah?? Apa?? patah?? Aku mula tak sedap hati. Aduhlah anak...tangan kena bola pun leh patah tulang ke??
Tak sangka laa pulak serius ler jgk...selalunya perkara mcm ni cuma terseliuh biasa aje, mm...
Dlm bulatan merah tu ler tulang yg dimaksudkan tersebut. Sebenarnya bukan patah...tetapi sendi tulangnya terkehel sedikit akibat balingan bola deras yg telah disambutnya tu. Perkara tersebut telah menyebabkan jari kelingkingnya di sebelah atas telah menyenget dan lari dari kedudukan asalnya. Kiranya...keadaan tulang tu lari sedikit dari keadaan normal...bkn patah.
Doktor bg surat utk aku bawa akiss ke unit ortopedik di Hospital Taiping. Siap ngan x-ray sekali.
Bila abg dh balik keje...bincang punya bincang ngan dia...dia soh bawak jer laa akiss ke unit rawatan ortopedik tu. Kalo gi rawatan tradisional pun mcm dh lambat..sebab kejadian tu pd Jumaat petang yg lalu.
14hb Februari 2012
Selasa
Pagi tu..hantar angah ke sekolah ngan motor aje. Akiss tak ke sekolah kerana aku nk bwk dia ke hospital.
Abg keje sbb aku rasa utk perkara mcm ni aku masih leh handle sendiri. Cuti abg yg dh ciput semula setelah dpt majikan baru tu eloklah abg simpan utk perkara yg lebih memerlukan.
Aku gi hospital tu awal jgk. Sampai sana dlm jam 8.15pg...parking mmg dh penoh...sangat penoh. Taiping ni walaupun dh di buat satu klinik kesihatan yg sangat besar utk rawatan pesakit luar di Jalan Tupai tetapi Hospital Taiping tetap menjadi tumpuan ramai jgk kerana di situ menjadi tumpuan rawatan lanjutan dari daerah Kuala Kangsar, Tg. Piandang, Selama, Parit Buntar, Bgn Serai dan beberapa kawasan yg lain.
Mmg dh lama betol aku tak masuk kawasan hospital Taiping ni. Nk gi unit ortopedik pun ikut papan tanda arah tu aje. Mmg tak penah sampai kat kawasan tu. Penah sampai ke wad bersalin aje, hehe..Tu pun, selain bersalinkan angah ngan akiss kat situ...ada ler tiga pat kali melawat adik2 ipar bersalin. Tu pun dh lama jgk dh, mm..(lama tak pegang baby dh aku ni rupa2nya).
Parking yg aku dpt pagi td pun mujur ler pengawal keselamatan yg izinkan aku parking kat pintu pagar block baru yg sedang dibina kat hospital tu. Takde ler aku terpusing2 berkali2 mencari tempat kosong. Kalo tercari2..lagi lambat ler dpt masuk ke tempat yg dituju.
Bila dh mula menapak tu..nk ke unit ortopedik tu pun aku tak tau yg mana bangunannya, hehe. Rupa2nya paling ujung dan menuruni sedikit bukit, ish..ish..
Masuk2 aje...dh ramai yg menunggu utk mendapatkan nombor rawatan terutamanya yg dh ada temujanji, aduhaii. Berapa lama kena aku tunggu ni??
Lihat di sekeliling....selain dari sakit tulang sendi, lemah lutut dan lain2 bg yg tua...yg dewasa muda2 ramai yg patah kaki....yg kanak2 pulak ramai yg patah tangan..mm..
Dlm kul 9 lebih baru ler nama akiss dipanggil utk didaftarkan tetapi bukan di kaunter utama tetapi di meja lain. Mujur ler Akiss ni kes baru...tak perlu tunggu nombor utk pembayaran RM5 yg perlu dibayar setiap kali ada rawatan susulan. Akiss terus ke tempat menunggu utk rawatan jer...tunggu doktor panggil masuk. Kalo tgk nombor giliran...aduhaii..no. 52!!! tp bila tgk doktor pun ramai dlm bilik tu dan ada doktor pakar sorang dua yg menjadi rujukan dorang...ok laa jgk..lancar jgk ler. Doktor pelatih pun ada...tp dorang tak amek kes.
Baru teringat nk amek gambar tangan akiss ni sebelum kena balut, hehe. Bkn apa, utk kenangan dia nanti. |
Jari kelingking dia takleh nk genggam...kalo genggam akan sakit. Keadaan jari kelingkingnya pun senget.
Mmg ramai betul yg sakit berkaitan rupa2nya.. |
Di ruangan kaunter...mmg tak penah surut dek orang ramai. Mana yg datang lambat tu...byk ler nombor nk kena tunggu, mm.. |
Waktu rehat minum pagi ke...makan tengahari pun (aku selesai jam 1.30ptg)...dorang masih setia bertugas termasuklah semua doktor2 di dalam bilik rawatan tu seramai 7-8 orang yg kesemuanya mengendalikan rawatan, serta seorang dua doktor pakar...masih ada di situ dari pagi td. Syabas utk mereka.
Tp kitorang perlu tunggu nurse panggil dulu, kemudian baru laa bawak surat dan dokumen utk diserahkan kepada kaunter...dan kemudian menunggu di depan bilik P.O.P tersebut.
Tp tunggu pun tak lama...
Kat bilik tu akiss kena masuk sorang aje kecuali jika diperlukan baru waris leh masuk sama. Kat dlm bilik tu ada yg baru nk dipasang simen, ada yg dh nk kena bukak simen...mm..
Aku kat luar ni berdoa jer agar tak sakit sgt dibuatnya kat akiss tu. Dari luar, aku tak dengar pun bunyi budak menjerit. Bila akiss keluar, aku tgk dia keluar airmata aje..dia kata sebab menahan sakit. Dia tak jerit. Ok, bagus anak ibu.
Kemudian kitorang terus ke unit x-ray...menunggu giliran lagi. Walaupun ada 2 buah bilik utk x-ray tp kena tunggu dlm 15minit jgk ler sebelum akiss dipanggil masuk utk di sinar x-raykan jari yg berkenaan. Dh selesai, tunggu 5 minit utk filem x-ray diserahkan pulak.
Kemudian, terus jer terjah ke bilik doktor td utk lanjutan. Dia rujuk pd doktor pakar...aduhaii, doktor pakar kata...perlu gi c.m.r lagi sebab keadaannya tak byk berubah pun. Waktu tu akiss dh mula menangis. Aku kena pujuk. Dh alang2 buat rawatan...buat sampai baik. Doktor muda td pun dh nampak serba salah dan kesian kat akiss.
Kali ni dia sendiri pun turut masuk ke bilik P.O.P utk memberitahu lebih detail kepada petugas di dalam apa yg perlu dibuat atas arahan doktor pakar.
Akiss dh mengeras tak mo jalan..aku pujuk..pujuk...pujuk. Sampai kat bilik tu pun dia taknak masuk....esakan menangis dh kedengaran. Dia kata sakit...sakit..Aku pun hiba tp nk wat mcm mana. Dari menyesal kemudian...baik dibuat jgk. Aku bknnya kejam tp aku seorang ibu..aku tau semua ni perlu dilakukan. Kalo idak, jari kelingking akiss akan senget sampai bila2. Kalo dibuat pada bomoh patah pun..aku rasa akiss akan sakit mcm ni jgk...cuma tangan tu tak perlu dibalut jer.
Kali ni aku diperlukan utk masuk bersama. Akiss pun akur...tp masa petugas tu bukak balik balutan yg pertama td...akiss dh mula menangis semula. Bertambah kuat tangisan dia bila jarinya disentuh utk diperbetulkan keadaan sendi tulang tu menjadi normal semula. Doktor pun turut membantu petugas agar misi rawatan kali ni berjaya. Nampak airmukanya pun simpati sgt. Petugas tu pun sambil buat keje...berkali-kali dia mintak maaf kat akiss sebab terpaksa lakukan rawatan tu.
Jari kelingking akiss perlu di urut perlahan2 dan di twis sket utk mencapai matlamat rawatan tersebut.
Sakit..sakit..sakit!!!...aku peluk akiss. Aku cium ubun2nya. Aku pun tak tahan...airmata tertumpah jua.
Sambil tu, aku perlu sabarkan akiss dan bagi semangat kat dia. Ini baru ujian kecil yg Allah bagi, nak....
Dh selesai...aku perlu bawa akiss ke unit x-ray semula. Kali ni giliran lambat pulak sebab ada 3-4 kes pesakit dari wad yg dibawa ngan katil2 dorang sekali utk disinar x-ray. Ada yg akibat kemalangan...dan macam2 lagi lah. Sampai aku pun dh rasa mcm sakit sekali dh dok situ dari pagi td sampai laa tu tgk org sakit berada di sekeliling.
Dlm pd menunggu tu...aku menyabarkan akiss ngan menyuruh dia tgk org2 sakit yg lain..yg lg teruk dari dia. Ada yg patah kaki...patah tangan, kemalangan jalan raya, lemah2 sendi sampai tak leh nk berjalan...mcm2 lagi lah. Lagi teruk sakit yg mereka tanggung, lagi hebat ujian yg perlu mereka hadapi.
Dlm pd menunggu filem x-ray diberikan pada aku...aku sempat berniat utk berpuasa sekiranya jari akiss dh elok dan tak perlu buat rawatan apa2 dh. Aku sgt2 berharap agar sendi tulang tu dh kembali normal agar tidak perlu utk dirawat kali ketiga di bilik P.O.P.
Sampaikan aku terpikir utk mengatakan suami aku tak izinkan dh utk dibuat rawatan tersebut sekiranya sinar x-ray nanti menunjukkan tulang masih belum normal.
Alhamdulillah, bila dpt jer filem tersebut...aku tgk terlebih dulu..gayanya dh ok..dh elok seperti jari manis di sebelah. Aku harap itulah yg bakal keluar dari mulut doktor pakar nanti.
Amek gambar curi jer..tak terang sangat pun. Tp nampak laa dh lurus, kan?? |
Akhirnya doktor memberi perhatian pd kes akiss ni. Dia merujuk semula pd doktor pakar. Dua-dua doktor pun dtg kat aku dan doktor pakar memberitahu tulang jari kelingking akiss sudah seperti sediakala semula. Ia akan pulih sepenuhnya dlm masa 3-4 minggu. Alhamdulillah, syukur kepadamu Ya Allah. Akiss pun berseri semula mukanya.
Doktor bg surat pengesahan yg menyatakan akiss ada datang rawatan ke unit ortopedik utk akiss serahkan pd guru kelas kerana tidak hadir ke sekolah hari tu. Kemudian, tunggu nurse panggil nama kitorang utk temujanji 3 minggu akan datang...iaitu 6 Mac nanti. Hmm..mesti kena gi x-ray jgk tu nanti. Harapnya ok lah, takde apa2 masalah dh.
Lepas tu terus amek angah kat sekolah. Dekat jer K.E ngan spital tu. Lima minit jer dh sampai, hehe..
Angah abes sekolah jam 1.10 petang...tp nampaknya sabar menunggu ibunya yg sampai situ jam 1.35 ptg dh, hehe..
Balik tu...dh makan...akiss tertido keletihan, sian dia... |
Semoga cepat sembuh ye, sayanggg...
Dengan ini..maka tiada jodohlah akiss utk bermain netbol pasukan sekolahnya. Tahun lepas pun tak dpt sebab kena chicken pox masa musim perlawanan, tahun ni...dh penat2 gi berlatih...jd macam ni pulak. Pertandingan pun bulan Mac ni dh. Maka, haruslah Akiss melupakan terus hasratnya tu...
Apa2 yg terjadi pd kita hambaNya ini...semua ada hikmahnya, ye sayang...
Nota Alona:-
-Terima kasih pd mereka2 yg terlibat utk rawatan ini. Wlpn memakan masa yg agak panjang kerana pesakit lain yg sangat ramai...aku bersyukur kerana mereka semua mesra alam. Wlpn dh tengahari...mereka masih mampu tersenyum bila berurusan dgn org ramai.
-Tanpa bayaran satu sen pun utk perkhidmatan profesional hari semalam...aku bersyukur kerana berada di bumi bertuah ini. Semoga ianya kekal dan bertambah maju tanpa melupakan aspek perikemanusiaan dan nilai murni sebagai insan sesama insan.
-Bygkan jika aku ke hospital swasta...brp yg perlu aku bayar utk rawatan yg sedemikian?? Utk sekali x-ray sudah tentu dikenakan RM80 ke atas. Kalo 3x x-ray?? Belum lagi kira perkhidmatan rawatan c.m.r, rawatan dari doktor termasuk doktor pakar mereka dan sebagainya..aduhaii.
Cepat ler abes peruntukan perubatan kitorang RM1400 setahun sekiranya gi hospital swasta dan claim kat majikan abg, hehe. Dh ler masih awal tahun ni., mm..
-Timakasih pd gomen atas subsidi perubatan yg sgt penting bg rakyat yg taraf hidup golongan berpendapatan rendah mcm keluarga kitorang ni.
-Balik sekolah hari ni...akiss kata dia dipilih oleh ustazah utk mewakili sekolah dlm tilawah al-quran peringkat zon. Alhamdulillah, buat yg terbaik utk sekolah, utk agama dan utk kepuasan diri sendiri.
8 comments:
setiap yg berlaku ada hikmahnya kak..
tak dpt masuk netball..terpilih utk tilawah..alhamdulilah :D
semoga akis menjadi anak yg diredhai Allah & cepat sembuh
aduhh... sayu sy baca cite akak nih.. hiba rasa..
utk akiss... sakit skrg tak pe... sikit je tu...klu nk dbanding kan sakit akan dtg... lg teruk.. smpi ke tua sakit nya... akiss kan kuat... tgk cam cikdah... smpi ke tua sakit nye...
moga akiss cepat sembuh ya...sian dia...xpe thn depan cuba lg spy bole men netball ya
semoga akiss cepat sembuh...sayu pulak baca kisah akiss ni..
kalau akak g private mau ratus2...x semua swasta cepat rawatannya..mcm sy treatment kt penang recetly..kalah GH tau..
aperpon moga Akiss cpt sembuh k..
salam
semoga cepat sembuh ya nak....jgn buat keje berat2...minta mak buatkan semuanya ya...
betul tindakan akak. kena buat jugak wwalaupun anak meraung kesakitan. bukannya apa kalau dibiarkan nanti jari tu jadi bengkok. biar sakit sekarang cantik di masa depan.
nitis air mata ni bila akak citer akiss sakit pas tu akak peluk & cium ubun ubun dia. terasa sifat keibuanmu kak.
mungkin tak de jodoh nak main netball. sabar yer kiss
alahai sedih sangat bacer entry nehh...menitik air mata bacer akiss sakit camtuuu...Alhamdulillah Akiss patut bersyukur sebab akiss ader ibu yang sentiasa disisi menyokong akiss dengan penuh kasih sayang...
betul tuh kak setiap aper yg berlaku ader hikmahnyer..
Post a Comment