Saturday, February 18, 2012

Kemalangan ngeri di Kamunting

Tragedi ni berlaku awal pg td...dlm kul 7pg cenggitu laa. Berlaku kat jalan di depan stesen Petronas Kamunting.

Pagi ni aku hantar akiss ke sekolah ngan motor. Dia ada pertandingan tilawah Al-Quran peringkat zon. Sekolah dia jd tuan umah.
Dalam perjalanan short cut kat dewan MPT Kamunting tu...aku dh nampak jalanraya utama tu kereta bergerak perlahan. Ada kemalangan ke?? Keluar2 jer simpang...memang benarlah ada kemalangan.
Sebuah lori sampah terbalik!!! dan 2 bijik kereta turut terlibat. Org dlm kete tu masih tersepit lg kat dlm kete tu...tp ramai yg kerumun nk cuba tolong kot tp bila tersepit ni apa2hal kena tunggu BOMBA laa jgk.

Gambar di atas ni masa aku keluar lg sekali ngan abg. Abg ler yg amek gambo ni, hehe..

Ok..citer lg..
Masa aku lalu tu..BOMBA pun tak sampai lg, polis pun tak sampai lg. Maknanya kejadian ni tak sampai 10minit lg ler baru berlaku.
Aku terus jer hantar akiss ke sekolah dulu. Ustazah dia dh tunggu kat sekolah utk dgr lg sekali bacaan akiss sebelum majlis yg sebenar bermula.

Balik tu..aku lalu lg situ. Bkn takleh nk lalu jalan alternatif lain kalo nak balik umah...tp biasalah, nk menyebok kat situ amek berita, hehe.
Inilah hasil dari kamera SE yg dpt free masa abg keje GSL dulu. Teruk rupa2nya hasilnya, mm. Mcm dlm salji lak suasananya, hehe.. Aku mmg tak guna kamera hp ni. Guna utk kol, msj mak, ayah dan fadel, guna utk set alarm, kalkulator, hehe..
Dlm gambar kabut di atas...lori masih terbalik. BOMBA dh sampai...dorang dh sembur air kat atas diesel yg tertumpah dan mula mengaut pasir kat tepi jalan tu dan diletakkan kat bawah lori yg terbalik tu. Aku pun tak tau laa apa sebab. Mgkn utk serapkan darah ke apa tak tau laa..

Kat bawah tu, menurut org ramai yg dh lama berada kat situ....ada sorang mangsa yg terhempap oleh badan lori sampah tersebut. Apa?? Terhempap?? Ya Allah...
Aku ingatkan kot ada mangsa pun...dia kat dlm kepala lori tu...

Aku pun balik umah..citer kat abg. Aku ajak abg gi tgk BOMBA, Polis dan sebagainyalah menangani kemalangan tersebut.

Kitorang pun kuar ngan motor jer..
Mayat telah ditutup ngan plastik itam...sungguh tragis..
Sampai2 sana, kren dh mula angkat lori yg terbalik tu. Dan....terdapat ler satu mayat mangsa tragedi tersebut. Katanya muda lg, orang kita laa..Melayu dok kat Changkat Jering. Sgt tragis...mangsa seorang pekerja yg berada di atas lori tersebut tak sempat menyelamatkan diri kerana lori yg beratnya bertan-tan tu dh menghempap tubuhnya, nau'zubillah. Kawan2nya yg lain sempat terjun dan mengelakkan diri dari lori tersebut...tetapi beliau...mm, ye lah..memang dh ajal dia. Siapalah kita menidakkan takdir sebegini.

Menurut citer dari mulut ke mulut...yg aku pun rasa relevan ler jgk utk diterima...
Pemandu kereta proton iswara menghala ke Taiping telah memandu laju dan memotong jalan di garisan double line tu. Dari arah bertentangan...lori sampah jg dikatakan laju ler jgk...tp bygkan laa...laju pd kenderaan yg ada beban bertan-tan ni...bila dh cuba nk mengelak dari terlanggar kereta iswara td ni...mesti lah semacam tak tentu arah dh...brek, stering, kepanikan pemandu...semuanya tak terkawal.
Mgkn disebabkan tu lah frame sepasang tayar yg ada di kepala lori tersebut tercabut dan kepala lori tu tergesel di atas jalan beberapa meter sebelum terbalik.

Gambar 1 & 2:-
...ramai yg mengerumi nk tgk keadaan mangsa. Bila polis bukak plastik itam utk diambil gambar...lg ramai yg dtg mengerumun dan ramai jgk ler jurugambar bebas mengambil gambar sama, mm...

Keadaan mangsa sangat menyedihkan. Kakinya terlipat, muka mengadap jalan dan...mm, rasanya tak patut aku citer kat sini yg lain2 tu. Mgkn masa tu dia dh lompat dari lori tp tak sempat nk lari jauh sket...
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau. Dia mencari rezeki yg halal, seawal 4 pg dh mula bertugas, buat keje yg org ramai tak berapa suka nk buat, ada yg hina org keje mcm ni...kalo takde mereka, siapa yg nk tlg angkat sampah2 umah kita?? Kalo sehari dorang tak dtg kutip pun ada yg bising2 sampah dh berulat la, dh penoh lah....

Gambar 3 & 4:-
Keadaan kereta iswara teruk jgk. Tak tau la apa jadi pada pemandu dan mgkn ada penumpang jgk tak tau lah. Mgkn cedera parah jgk kot sebab dh tersepit dan ada darah pada stering..

**Ya Allah Ya Tuhanku...mintak dijauhkan lah..

Honda civic baru tu aku rasa belah depan jer..tp pemandunya takde apa2 lah. Tu pun sebab takde kete lain rempuh dari belakang dan masa kejadian mgkn kete tu tak dipandu laju.
Orang ramai mmg ramai berhenti utk melihat kejadian tersebut. Maklumlah, pagi2 ni org nk gi keje, nk kuar gi pasar, nk hantar anak ke sekolah tambahan lah, apa lah, kan..
Jalan kat situ dh ditutup tetapi ada jalan lencongan kat depan Taman Kamunting Impian bersebelahan Petronas dan jalan menghala ke Taiping pulak dilencongkan masuk ke jalan dewan MPT Kamunting.
Polis sedang menulis statement kejadian.
Kemudian sampai lagi satu kren...nk bekerjasama ngan kren lg satu utk mengangkat dan mengalihkan lori sampah ni ke tepi jalan. Pihak berkenaan nk bersihkan jalan bg membolehkan jalan tersebut dh boleh digunakan semula.
Kat jln ni...boleh dikatakan tiap2 tahun ada kemalangan maut, nau'zubillah.
Lori sampah terbang.
Gambar 1,2,3 & 4....menunjukkan 2 buah kren terpaksa digunakan utk mengalihkan lori sampah yg berat bertan-tan ni ke tepi jalan..huh!! Tayar tercabut tu pun kena guna kren tu...tayar pun dh berat, inikan lorinya.

Suasana kat situ seperti biasalah...ramai yg kena jd pemberita dan penyampai berita bila ada org yg baru singgah utk mengetahui tentang kemalangan tersebut, hehe.
Ni lah salah sorangnya....citer siap naik tangan2 sekali, hehe..
Dan..........................
Ni sorang lagi, hahaha. Sebenarnya aku dh nk balik...dh kat motor dh..tp masa lalu kat kete wira ni, kakak tu tahan nk tanya psl kejadian, hmm. Kena ler bercerita sket dan menjawab soalan2 darinya, hihi. Agaknya nk tunggu suami dia lambat sgt...masih kat sana lg. Tu yg dia tanya kat aku tu. Dia kata dia bukan takmau tgk tp dia lemah semangat...mm..

Skang pun aku jd pemberita gak kan...berita blog, hehe.

Dari sana..aku ajak abg singgah pasar kejap...
Bkn nk beli ikan pun...nk gi beli nasik lemak bungkus...leh sarapan pagi kat umah. Nanti, cuma buatkan kopi aje, ngee..

Ada jgk beli labu....nk try wat lepat labu ler. Tgk resepi mcm senang jer...(harap2lah betullah senang, hehe)

10 comments:

Anonymous said...

Good2.update utk org yg ter'miss' cerita semcmni.

cikbedahlaser said...

innalillah...
dr DIA kita dtg kepad DIA juga kite pulang....

kesian dgn arwah.. kite sok tah camne la plak cara pergi nye kan.. uhuhuhu risau....
terima kasih kpd puan pemberita n jurugambar.. ekekekek

emapapaercraft said...

nauzubillah... saya xtahu langsung tentang kejadian ini.. sebab pepagi kejadian tak lalu jalan tu..

magiey said...

Saya kakak kepada pemandu kereta Iswara. Bagi pihak keluarga saya mengucapkan terima kasih atas post dan gambar. kerana dapat membantu kami memahami keadaan dan kejadian itu

ALoNa CintamaniszLite said...

kepada magiey..sy mohon maaf sekiranya salah penyampaian citer pd kejadian tersebut di blog ini. terima kasih.

Anonymous said...

Kak Alona kami tak tahu apa apa kerana adik masih belum sedar. kecederaan di kepala. harap kakak dapat berdoa untuknya.

Anonymous said...

Kakak jauh lebih baik daripada iblis yang bertopeng manusia , yang sanggup mencuri Hand phone, ic dan duit adik saya. tak dapat terima langsung

Anonymous said...

Kak Alona kami tak tahu apa apa kerana adik masih belum sedar. kecederaan di kepala. harap kakak dapat berdoa untuknya.

Anonymous said...

Kakak jauh lebih baik daripada iblis yang bertopeng manusia , yang sanggup mencuri Hand phone, ic dan duit adik saya.

bagaimana perkemanusiaan dapat digadaikan sebegitu rupa?

ALoNa CintamaniszLite said...

Semoga adik magiey cepat semboh. Dia sedang berjuang utk terus hidup...