Sunday, February 12, 2012

Ke Penang - Sarapan & Check out..

20hb November 2011
Ahad pagi....

Selamat Pagi, Penang...uwargh!!!! (masa 20hb sebelas tu lah, hehe)
Pagi tu bersiap2 utk keluar awal. Aku amek peluang menyambung mengemas barang2 ketika menunggu anak2 dan abg mandi serta bersiap2 utk terjah Bukit Bendera pulak.

Bila dh siap...taraaa!! sempat posing beramai2 kat atas 3 buah katil single yg telah disambung2kan ni, hehe.
Anak2 hepi jer ngan percutian ringkas cenggini, hehe..Angah buat2 muka serius (mesti angah sengeh baca aku tulis pasal dia ni, kan angah??) hehe..
Akiss ni bergambar kat daun pintu lemari ni, hehe..Mata Akiss kecik sebelah lak pagi2 tu. Mesti tak terperasan dok tenyeh2 masa tengah tido...
Turun pagi tu ikut tangga...tak naik lif..sesaje, konon2 exercise sgt ler, kan..hihi..
Muka rileks tp kurang puashatilah. Layanan pun mcm kelam kabut nk untung cepat aje, hehe..
Menapak aje cari gerai utk sarapan pagi tu. Last2 jumpa satu gerai makcik tu. Ada gak restoran nasik kandar tp boring ler. Nk cari kedai melayu ler konon2nya.
Konon2nya jgk masakan minang sgt laa kat gerai makcik tu, hehe. Makan nasik lemak dia...sket sgt dia taruk..Betul!! mula2 dia taruk kat bbrp pelanggan mula2 tu ok laa standard..bila nmpak ramai yg datang serbu gerai dia..terus dia kurangkan nasik tu utk pelanggan seterusnya seperti kitorang ni, huh!! Mahai tu dh tentulah sbb kat area tumpuan pelancong, kan..

Asalkan dpt alas2 perut tu pun jadilah. Maka, kitorang pun menghala semula ke arah hotel..nak naik kat roof top...nk tgk ada apa kat atas tu, hihi. Explore...jgn tak explore..

Sebelum tu amek gambar kat pintu depan hotel. Mmg hotel ni terbaik bg mereka2 yg bercuti bajet ciput mcm kitorang ni. Anak2 pun paham. Diorang tak mintak kitorang bawak dorang jenjalan cenggini tapi kitorang sebagai ibubapa merasakan perlu bercuti2 bersama keluarga sebagai terapi minda terbaik sambil mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..
Pi bercuti pun kena ikut bajet...jgn sampai berhutang sana sini. Pi bercuti utk hilangkan tekanan dan bebanan keje. Bukan utk menambahkan tekanan dgn berhutang kerana ingin bercuti mewah sehingga melebihi bajet yg ada!!! Jalan bercuti2 ni mmg bagus tp berpada-padalah mengikut kemampuan kita.

Ok...dh naik sampai ke roof top...ini ler yg ada kat atas tu..Satu kawasan lapang dan ada yg berbumbung, turut disediakan kerusi yg boleh diselaras utk duduk tegak atau berbaring. Takde swimming pool kat hotel tu, ye...hihi..
Mgkn kat atas tu leh buat acara BBQ jika datang berkumpulan.
Dok releks ni kejap jer..Cahaya matahari menyilau..ngee
Dengan angah masammm, hihi....(mesti angah senyum bila baca ni, heheh)
Nampak alza kitorang dari atas ni. Ruang parking luas kat hotel ni. Byk kenderaan dh keluar awal lagi dari kitorang rupa2nya, mm...Manalah dorang dh gi tu, eh?? Ke Bukit Bendera gak ke?? aduii..
Balik bilik...terus hangkut barang2 turun ke bawah. Dh nak checkitdout dh. Kena keluar awal...kalo idak risau traffik jem sepanjang jalan yg perlu ditempuh utk ke Bukit Bendera yg terletak dekat Air Itam tu... Al-maklum ler, dh namanya Penang, iye dak?? hehe..
Dh serah kunci...maka kitorang pun ucap selamat tinggal kat hotel ni, hehe..

Bila kitorang keluar aje...terus ler nota FULL tu ditukar kepada ROOM AVAILABLE semula kat pintu masuk depan dan belakang hotel tu, hehe..

Entry ni citer kat hotel aje. Lepas ni ler baru simpan gambar dan citer pjg2 kitorang gi naik ke Bukit Bendera, yeyeargh!!

6 comments:

mamawana said...

Seronoknyer jalan2 dgn family kan.......

myaishahhafiz said...

wlaupun cuti2 bajet, tp bila bersama family, kita tetap seronok..

sya suka cuti2 bajet mcm nie. x perlu membazirkan...

Gieyana said...

bestnyer kak..apsal x roger2 mai sini..leh la jumpa..lama x jumpa...

betui tue..nk bcuti kena pd kemampuan kan..

Rinna said...

Tak kisah laa bajet ciput pun janji dpt bersama2 keluarga tersayangkan.. seronok tengok uols sekeluarga..keluar outing gini.. :)

wantie said...

Bagi T le, biar cuti tu berbajet, jgn tak berbajet. kang lepas balik bercuti makan pasir plak. muahahaha..

Lepas setel semua hal hala kawin adik adik nanti T pun nak pergi jenjalan. Bukannya apa, hat dok simpan simpan nak pi berjalan tu kena la hulurkan tuk dorang cover kawin.

DeLLas said...

pi la umah nenek penang leh mkn nasi kandaq pree 1! hehehe