Sunday, February 5, 2012

Keletihann..

Catat rekod jgk ler aku kali ni dh seminggu lebih tak apdet blog. Semuanya gara2 nk perabeskan keje2 ngedit gambar utk dihantar print di Penang pd 4/2/2012 Sabtu hari tu. Bkn satu album custom....tetapi 2buah utk saiz 8x12 (22m/s setiap satu) & 2buah lg utk 10 x 12 (26m/s setiap satu) serta satu mockup cover utk album sticky. Ngan 3x foto & frame 8x12 dan 1x foto serta frame 16x20.

Mmg keje kali ni kategori kerja keras dan sungguh2. Sampai mata ni rasa sgt letih...badan pun turut merasainya. Semua kerana nk cari duit tambahan utk sara hidup kami anak beranak ni, hmm..

Aku dh cakap kat abg...bila selesai jer kitorang hantar album ni print...kita kena gi terapi Al-Jabbar utk relaks2 kan diri..Aku rasa otak aku ni penat sgt..berat kepala ni rasanya, mm..

Tambah2 pulak masa dlm proses mengedit tu...kitorang dpt tau along tak dpt pindah ke MRSM Taiping utk sesi 2012/2013 ni. Kena buat surat rayuan pulak. Aku ler yg wakil membuat surat tu!! Dah along kat asrama sana nk pos ngan apa?? setem ngan sampul surat bknnya ada. Setakat dia nk mengarang surat tu boleh laa. Tp aku guna ayat aku sendiri lah. Kalo guna ayat dia..jenoh ler bil telefon, hehe. Tp point2 utama surat semua dari along sendiri. Aku ni dh lama tak mengarang guna ayat formal...rasanya dh tumpul dh.

Hmm..tambah pening bila dpt tau along ni wlpn masih stay kat MRSM Pengkalan Hulu tetapi proses pendaftaran utk form 4 tetap sama seperti pelajar dari sekolah menengah kebangsaan yg terpilih utk masuk form 4 di MRSM, aduhaii..bknnya apa..ini bermaksud hari pendaftarannya dibuat pd hari persekolahan biasa yg bermaksud jg pd hari abg bekerja. Psl abg kena cuti tu tak kisah lagi...tetapi pd hari persekolahan tu bermaksud angah dan akiss kena tuang kelas ke hari tu?? aduii...aku tak suka laa anak aku ni memonteng sekolah. Dorang pun tak suka. Tambah2 akiss ada ujian hari Rabu sampai Jumaat tu nanti. Angah pun kena sekolah gak sbb dia pun tahun ni bakal menduduki peperiksaan besar gak!!

Jenoh ler aku mikirkan sape ler yg nk tolong ngambek dorang kat sekolah nanti. Sampai satu tahap..aku leh pikir nk soh mak ngan ayah mai Tepen utk tolong settle kan hal ni iaitu tolong amek angah dan akiss balik dari sekolah utk hari Rabu tu, aduhaii..

Yg lecehnya pulak...angah balik kul 1 lebih. Akiss balik hampir kul 3 petang sbb setiap Rabu ada koko..mm..tak mau ler nyusahkan org sampai 2x kuar tlg amekkan anak aku. Aku ni lain ler...aku ni mak dorang dan aku sendiri yg nyanggup, hehe..

Jd, hari Jumaat ri tu...waktu tunggu akiss abes kelas..aku tunggu kelibat nissan x-trail itam sampai, hehe. Sape ler lagi kalo bukan Rizal...bapa kawan akiss yg dok satu kampung ngan kitorang ni, hehe.
Dgn muka tebal ler aku ckp kat dia aku nk mintak tlg dia bawakkan akiss balik umah lps dorang training sukan permainan pd hari Sabtu 4hb. Aku ngan abg gi Penang utk cuci gambar kat sana. Lagi satu mintak tlg dia bawak akiss balik pd hari Rabu nanti masa dia amek anak dia kat sekolah yg sama.
Alhamdulillah, Rizal ni mmg baik orgnya...aku mmg dh jangka ler dia jawab apa. Cuma aku ni yg sgt segan nk mintak pertolongan orang wlpn aku tau dia ikhlas tolong aku.

Angah lak kena muka tebai gak ler mintak tlg kak nor amekkan...aduii..

Hari Khamis malam Jumaat tu...tgh kitorang asyik & khusyuk menghabiskan keje2 editing..tetiba pulak abg mengalami sakit perut yg teramat. Mula2 ingat sakit biasa..tp masa dh nk masuk tido abg kata abg takleh nk tido. Duduk sakit, berdiri pun sakit kena membongkok, nk tido lg laa tak boleh. Akhirnya, kitorang gi ke TMC ngan sang kancil. Ni adalah pengalaman pertama aku memandu ketika larut malam iaitu jam kul 1 pg. Kalo ikut nk free kitorang kena gi hospital utk unit kecemasan tp disebabkan takmo buang masa berebut ngan pesakit2 kecemasan yg lain..maka kitorang pun terus jer gi TMC. Mmg takde orang. Tp bila abg datang sebagai pesakit dorang kena ler kol doktor yg bertugas. Tak lama lepas tu baru ler doktor tu datang ngan muka berminyak2, hehe. Tu mesti dh tido kat umah tu tetiba kena on-kol, ngeh2.
Dh dirawat dan diberi ubat..kitorang pun balik ke umah semula. Mujur ler abg tak ditahan kat wad. Cuma sakit perut biasa tetapi sakitnya luar biasa, hihi. Duit rawatan kena RM130.40, huhu. Cuma sakit perut tp mcm tu ler kalo dh gi ke hospital swasta, kan?? Mujur ler jgk abg leh claim semula duit kos perubatan tu kat majikannya.
Sampai umah kul 2 lebih. Aduhaii..ngantuknya toksah ckp ler. Rasanya urat mata ni dh pecah2 dh. Tp, alhamdulillah..abg dpt tido ngan lena sebab doktor cucuk kat lengan tangan kiri.
Pagi tu hantar anak2 ke skolah pun mata aku tak tahan sgt dh. Memandu pun slow aje. Asal selamat sudah. Balik tu aku sambung tido...tak tahan dh mata ni. Abg pun mc tp nampak gayanya dh ok. Tak perlu makan ubat pun. Namun, lepas solat Jumaat tu abg nk gi keje jugak. MC tu abg nk batalkan dan kira abg cuti halfday utk hari tu..ish..ish..

Citer kembali psl penat sangat2 ni...mmg itu lah yg aku rasa utk kali ni. Mmg sangat penat. Lega jgk ler badan ni bila guna mesin terapi al-jabbar selama 1 jam pd Sabtu malam Ahad ketika Majalah 3 bersiaran di tv3, huhu.

Sebenarnya...aku rasa nk bersenang lenang dan bersejuk dingin kat Cameron Highlands Ahad dan Isnin cuti2 ni. Along pun ada, sedang elok laa. Tp, jgn laa buat2 tak tau...kat sana tu kalo lambat booking...alamat penoh ler. Bkn booking bilik hotel sebab kitorang ni ramai...jd kitorang lebih suka nk booking apartment 3 bilik aje..tp semua tu dh penoh. Biasa ler kan...skang ni ramai yg suka berjalan ngan famili yg besar...sewa satu apartment..main masak2 kat situ sambil bersejuk2, rehat minda, uii...bestnyer tp tu laa takde rezeki aku nk buat aktiviti mcm tu cuti kali ni.

Tapi tak mengapalah..takde rezeki nk berehat2 dan bersejuk2 kat atas tu utk kali ni. InsyaAllah utk lain kali jika ada rezeki.

1 comment:

mamawana said...

kekadang terpikir juga kalu tak dpt bercuti kat CH.. apa kata beli bunga segar mawar segar orkid dll bunga harum hiasi satu bilik/rumah macam nak raya pas tu pasang aircond kasi sejuk lebih jgn lupa guna air frehshener kasi tambah haruman segar dlm bilik/rumah pastu rehat /tidor atas katil empok then rehat rasa cam kat CH.. heeee