Friday, February 10, 2012

Ke Penang - Pantai Batu Feringghi

19 November 2012
Sabtu

Sambung dari entry sebelum ni..

Setelah menapak dlm 200m...akhirnya sampai ler kitorang ke pantai Batu Feringghi ni. Kawasannya mmg happening ler ngan mcm2 riadah air disediakan. Turut disediakan utk urutan refleksologi. Kalo kita dh sampai kat pantai tu...ada ler yg menawarkan perkhidmatan sukan air atau urutan refleksologi tersebut. Kitorang ke situ cuma utk layan budak2 mandi laut aje.
Tp bila dh sampai situ...along ngan angah takmo mandi laut lak. Dorang tgk kawasan tu terlalu sebok ngan peralatan sukan air dan penoh ngan manusia...terus terbantut keinginan nk mandi laut, hehe. Hanya Akiss jer meneruskan hasrat tersebut.
Kat sini mmg tak tau nk lepak kat mana...bawah2 pokok semuanya dh dijadikan port orang yg menawarkan perkhidmatan mengurut tapak kaki tu. Mujurlah ada satu tempat duduk tu...tokey perkhidmatan sukan air tu bg duduk. Maka along ngan angah jer laa yg duduk situ.

Aku layan akiss ni kat tepi pantai...sebab dorang dh taruk bebola bertali khas utk mereka yg mandi-manda. Semuanya utk keselamatan dorang dari bahaya bot atau jet ski yg sedang beroperasi di sepanjang pantai.

Mmg kat area sini ramai sgt orang cina dan pelancong asing.. Mgkn org Melayu lebih suka ke pantai yg lain utk dijadikan port dorang berkelah. Kat sini mgkn ramai dikunjungi oleh mereka2 yg menginap kat hotel2 di persisiran pantai tersebut.

Mmg kawasan mandi-manda terhad kat sini. Mgkn kat belah sana pun ada jgk disediakan tali cenggini. Mmg sepanjang pantai tu ramai tokey yg menyediakan perkhidmatan sukan air ni.
Kalo nak naik kuda pun ada. Tp aku tak tau laa bayarannya berapa dikenakan. Selogiknya....kalo kat kawasan mcm ni...sudah tentulah mahal jugak harganya.

Terdengar2 jeritan mereka2 yg naik parasailing ni masa mula2 mende ni nk naik ke udara, hehe..Mgkn ada yg sesaje jerit atau mmg spontan aje terjerit-jerit..
Kat sini nk naik banana boat ni mahaii ler jugak..RM25 sorang. Kalo nk merasa naik mende ni murah sket, gi kat area Teluk Batik...Teluk Batik tu mmg kawasan org Melayu berkelah, hehe..rasa selesa jer.
Akiss pun layan air kat tepi2 aje. Air lautnya pun ntah ler nk komen apa. Harap2 dpt bawak budak2 ni gi Pulau Tioman ke, Pulau Perhentian ke....kan!! semoga ada rezeki suatu hari nanti.
Kapel dari bangsa asing mmg ramai ler kat area sini, hmm..
Jet ski ni tak ramai pulak yg berminat nk naik petang tu. Ada ler 2-3 jer yg aku tgk.
Ramai yg suka naik parasailing ni. Sampaikan menunggu2 turn dorang.
Pasir ni awas...kena hati2 jgk. Kat sini ada sekor dua anjing yg kitorang nampak. Mgkn anjing tokey atau anjing tak bertuan. Selamba jer nampak dia kencing dan berak kat merata2 pasir tu, ish..Ni yg tak best ni. Hmm, tu ler...kita org Melayu ni..elok ler memilih utk berkelah kat area lain...jgn kat area sini atau persisiran pantai yg mempunyai hotel dan tempat penginapan terkenal serta menjadi pilihan & tumpuan pelancong asing.

Along ngan angah...ni ler kejenya..main games dari hp masing2.
Airhead ni pun tak nampak org naik petang tu.
Antara pemandangan di tepian pantai..
Banana boat yg menanti penumpang yg sudi menaikinya..
Sebahagian lagi pemandangan di tepian pantai...Tgk!! ada sekor anjing hitam...
Ni pun ada lagi sekor...anjing berwarna coklat ler pulak!!! Suka hati deme jer nk buang najis merata2, aiyakk!!
Nak dok sini kena bayar sewa, hehe..
Ni harga sukan air dari tokey lain..
Ni lak harga dari pesaingnya....
Byk zon rupa2nya kat pantai ni...zon yg menyediakan perkhidmatan sukan air, hehe..















Mcm dh boring kat situ...Akiss pun naik salin baju. Pastu, terus jer kitorang menapak balik bilik semula. Nak membersihkan diri dan berehat2 lagi, hehe..
Kat area sini mmg byk kedai2 cenderamata dan restoran2 eksklusif yg menawarkan aneka masakan seafood.

Balik2 berehat...malam nanti leh turun kat area sini lagi utk gi Pasar Malam, hehe..Mmg tau kat area sini sepanjang jalannya tiap2 malam ada pasar malam. Sebab penah bermalam kat Holiday Inn beberapa tahun dulu, itu pun atas tajaan org, hehe. Skang ni tak tau ler mcm mana keadaan psr malamnya. Makin panjang ke psr malamnya?? Tu yg nk tgk tu.

Along sempat snap gambar bas tgh tunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Sekian utk tajuk ini. Sambung pd bahagian seterusnya.

4 comments:

DeLLas said...

jom gi pangkor hehehe..

el said...

betul tu kak..kt pantai bf tu mmg pasir dia kotor..tu certain2 tmpt lah cam akk ckp area hotel2..tp kalo yg xde otel yg mmg tuk berkelah bersih la skit..tp pantai kt bf ni mmg x cantek compare kt pangkor ke hentian ke cehrating ke..sn lg bersih n bersih kak...

Anonymous said...

uii..besarnya anjing tu kak?
aduhai...tak syok la kan nak lepak2 tp tpt pulak ramai mat-mat salleh dan org2 asing..kotor!

zarul farhana said...

kotornya...dok ingt nk p sna main mainan pantai...