Saturday, February 11, 2012

Kelebihan Doa' Qunut Berserta Maksud

Copy & Paste (telah diizinkan)..

Doa ni memang kita biasa baca dalam solat subuh iaitu selepas ruku' dalam rakaat kedua...kadang kita ni baca je, tapi tak tau apa maksud doa tersebut...

Kalau yang belum tahu, boleh tengok kat bawah ni....Kalau yang dah tau, nak baca pun takde masalah...Kalau korang baca dah kira berdoa jugak...Sama-sama kita hayati maksud doa qunut ni okey...Banyak kelebihan sebenarnya.. Memang bagus ia di baca pada waktu pagi.. Semoga entri kali ni bermanfaat untuk kita semua....

Bismillahhirrahmannirahim

Allah humah dini fiman hadait
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa'a fini fiman 'afait
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.
.Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan

Wabarikli fimaa a'tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Waqinii Syarrama qadhait
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan

Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum

Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Walaa ya'izzuman 'adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan

Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu

Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

...AMIN...

4 comments:

Rinna said...

Alhadullillah.. mmg baca masa solat subuh..

wantie said...

Doa qunut ni le yg bayak budak budak kantoi masa T sekolah dulu.

kalau sape tak leh baca doa ni tandanya. tak bersubuh le tue..

Delimasari said...

gud fr yr info

Anonymous said...

Klu tak leh baca, boleh tinggal dan sujud 2 kali sebelum salam