JUMAAT
Jumaat petang jam 3.00 kitorang dibenarkan check in ke rumah tiga segi ni. Masa kitorang sampai tu...kena parking luar dulu sementara nak daftar untuk check in. Pintu pagar pun berkunci untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman tetamu yg menginap di situ. Ada loceng utk ditekan. Dan ada juga nombor yg tertera di pintu pagar utk dihubungi.
Aku dh booking di sini sejak akhir Oktober 2016 hari tu. Risau terlambat dan penuh pada tarikh yg aku perlukan. Hubungi mereka cuma menerusi wassap. Tiada masalah berkomunikasi melalui applikasi ini. Segala pertanyaan mudah sahaja dijawab. Tiada apa yang boleh menimbulkan masalah. Alhamdulillah, dengan bayaran deposit separuh daripada harga penginapan...booking kami disahkan. Tunggu jer lah harinya.
Utk semalam penginapan di sini adalah RM280 seunit rumah tiga segi yg cantik ini. Maksima adalah 6 orang. Selesa aja kalo lebih dari 6 orang. Cuma syaratnya...sekiranya penghuni melebihi 6 orang...bayaran RM30/seorang akan dikenakan dan tiada tilam, bantal, selimut extra disediakan. Boleh saja bawak toto dan segala berkaitan dari rumah, hehe.
Dua buah katil besar (utk 4 orang) berada di tingkat atas. Tingkat atas tu mcm sebuah bilik tidur laa. Namun jika yg datang 6 orang semua dewasa..mereka akan membekalkan lagi ekstra 2 set tuala, selimut dan bantal utk tidur di atas sofa yg boleh dibuka menjadi sebuah sofa bed saiz queen. Kitorang masuk2 jer umah tu terus jadikan sofa sebagai sofa bed, hehe. Syok lepak2 camtu depan tv, kan..
Di sini jugak ada swimming pool yg sudah tentu disukai oleh kanak2 waima orang dewasa pun. Syarat guna adalah dari 7 pagi - 7 malam dan pakaian adalah dari jenis jersey kalo tiada swimming suit.
Banyak unit sudah terbina utk tetamu. Ada yg masih dalam pembinaan 60-70% utk siap dan bersedia disewakan. Unit kitorang hari tu yg warna biru muda tu.. |
Masa check in...RM100 deposit kunci akan diambil. Dan akan dipulangkan ketika check out sekiranya tiada apa2 masalah.
Kalo ditanya adakah best menginap di sini??
Jawapan aku...memang best. Selain konsepnya yg berbeza, cantik luaran dan kerugian kalo tidak bergambar sakan.....tinggal di dalam unit ini sangat best dan berbaloi dengan bayaran.
Kawasan tingkat bawah yg lapang ada sofa bed sebijik, ada meja makan utk 4 orang, ada meja kopi dan sepasang kerusi, tv berserta astro Njoi, dapur dengan sinki, kettle letrik, mikrowave, peti sejuk, bbrp buah pinggan, mug, mangkuk, cawan, sudu, pisau, pencuci pinggan, ekon tingkat atas dan bawah, tandas tingkat bawah dan atas, paip utk memudahkan berwuduk di tandas tingkat bawah...
Tandas tingkat bawah serta tangga yg sedikit curam.. |
Waima orang tua pun...menaiki dan menuruni anak tangga ini perlu berhati2, ye...terutama di waktu malam. Buat tetiba nak turun gi minum air pulak, kan.
Meja kupi... |
TV dan astro Njoi.. |
Meja makan... |
Budak angah ni sampai2 dia terus lepak kat atas tu jer...mm |
Bagi yg ada anak kecil tu...walau di atas..walau di bawah...hati2 lah dengan anak2 kecil korang ye. |
Tandas di tingkat atas lebih luas. |
Terdapat jugak unit yg mcm ni. Mgkn sesuai utk 2 buah keluarga duduk sebelah menyebelah, hehe.. |
Waktu malam..layan tv sambil layan perut jugak. Tengok tu..sofa bed juga menjadi pilihan. Nampak jugak beg2 pakaian kitorang yg banyak tu....hehe. Lantak pi lah.. |
Mmg ramai yg bukan penyewa berminat utk mengambil gambar di sini. Mereka main redah aje masuk kawasan sampai bergambar di depan pintu unit rumah tu sehingga boleh mengganggu privasi tetamu yg menyewa..
Keseluruhannya mmg best merasai pengalaman menginap di unit tiga segi yg unik ni. Boleh jadi idea ni datang dari owner selepas melihat bumbung loteng rumah tradisional negeri Melaka yg juga berbentuk tiga segi. Seperti gambar di bawah ini. Rumah Tradisional Melaka bersebelahan sahaja dengan kawasan Masbro. Nampak jelas kan konsep penginapan tiga segi Masbro ni ideanya datang dari bumbung loteng Rumah Tradisional Melaka ni dan mungkin digabungkan menjadi kontemporari dari idea luar negara.
Teringkat rumah arwah atuk dan nenek yg dh runtuh akibat dimakan anai2 tu. Sempat jugak masa kecik2 dulu beberapa kali balik sana dan bermalam di situ sebelum tiada siapa yg berupaya utk menjaganya. |
Nota ALONA:-
~Akan apdet sedikit demi sedikit walaupun cerita2 terperam, hehe..
5 comments:
bestnyaaaaaaaaaaa!
Takde cetita terkini ke?
Adam...hahaha...citer banyak. Tak cukup masa jer nak simpan sini lagi...
Mcm mne nk booking ek.. Bolh bgi nombor hp x?
dekat mana ni
Post a Comment