Saturday, February 28, 2009

Nak tunjuk..hehe..

Hehe..kalau Raja Radiah (www.ezureen.blogspot.com) tunjuk baju anak dia yg dibeli online..aku pun nak tunjuk gak gambar t-shirt ni yg dibeli online, hehe.

Sebenarnya..abang oder 3 helai saiz L tapi disebabkan stok saiz L ada dua helai saja yg sampai..abang bagi kat kawan2 sekerjanya di GSL Water (yang oder melalui abang) terlebih dahulu.
Disebabkan saiz L takde..nak kena tunggu lama pulak (2nd cetakan), tapi saiz M masih ada dlm stok..jadi abang soh kawan dia kat KL tu pos kan aje yg saiz M. Jadi aku ler yg kena pakai, huhu..

pss; Sebenarnya, abang pun leh pakai saiz M ni tapi abang nak bagi kat aku gak, hehe.


Gambar di bawah adalah gambar beg kain untuk pensel, pen, pemadam, sharpener dll yang diberi oleh Guru Besar SK King Edward VII (2) pada setiap AJK PIBG ibubapa. Cikgu2 dah dapat dah..hehe. Tapi aku tak guna untuk letak pensel..aku mungkin guna untuk letak brg2 mekap aku..wakaka..

pss; takleh bagi salah sorang (along @ angah). Mende ni ada satu aje..huhu.

Aku menceceh lagi..

Guru Besar, YDP PIBG..Mejar Zaid dan NYDP PIBG..Mejar Razak

Cikgu Rizuan (pakar Maths) dan Cikgu Khairi..

Aku pi miting lagi. Kali ni miting AJK PIBG SK King Edward VII (2) pulak. Pelbagai perkara diperbentangkan dan diperbincangkan bersama. Pelbagai pemberitahuan dari pihak sekolah untuk pengetahuan wakil pihak ibubapa, hehe.
Antaranya, mengenai Sukan Tahunan SK KE VII (2) pada 28 Mac 2009. Bakal dirasmikan oleh YB Datuk Zahir. Pastu citer pasal Majlis Tilawah Al-Quran Zon Kamunting juga bakal dirasmikan oleh YB Datuk Zahir.

Pastu citer pasal pra-Mesyuarat Agung Tahun PIBG sebelum Mesyuarat Agung yang sebenar. Tujuannya untuk membincangkan usul2 dari ibubapa yang telah dihantar oleh mereka melalui borang usul yg telah diberi 2 minggu sebelum mesyuarat. Sama ada nak terima atau menolak usul tersebut.
Mesyuarat Agung PIBG yg sebenar bakal diadakan pada 26 Mac kul 3 petang. Masa tu boleh war-war kepada ibubapa dan menyeru supaya mereka beramai2 datang memeriahkan sukan tahunan sekolah, hehe. Di samping pelbagai perbincangan dan dialog di antara ibu bapa dan guru2 sekolah tersebut.

Guru besar juga memberitahu mengenai sumbangan PA System yg bakal diterima adalah sgt elok kualitinya. Pihak sekolah juga bakal menerima peruntukan dari PPD untuk membaiki bumbung blok bangunan sekolah, bumbung kantin, cat bangunan sekolah dan memperbaiki dataran kejat sekolah. Bantuan berjalan lebih lancar apabila keputusan UPSR 2008 peratusannya telah meningkat.
Kerja2 pembaikan bakal bermula cuti sekolah Mac ni disebabkan menukar bumbung memerlukan kren yang besar. Bimbang membahayakan pelajar2 sekolah. Guru Besar juga tidak mengizinkan kren melalui kawasan padang sekolah sebab padang tu sangat bernilai untuk sekolah, hehe. Manakan tidak..keadaan padang yg cantik tu..ia telah menjadi tempat untuk disewa oleh sekolah lain yang tidak mempunyai padang yang luas untuk menjalankan aktiviti mereka.

YDP, Mejar Zaid dan NYDP, Mejar Razak hadir kali ini dengan memberi komitmen yg sangat jitu kepada pihak sekolah. Mereka akan menyediakan khemah2 untuk sukan tahunan dan lain2 lagi laa. YDP juga menyarankan agar memanggil wartawan Sinar Harian edisi negeri Perak untuk menyelitkan sedikit berita tentang sukan tahunan yang bakal dirasmikan oleh YB Datuk Zahir itu.

11 Mac 2009 nanti bakal diadakan Hari Anugerah 2008 yang tak sempat dilakukan pada hujung penggal tahun lepas disebabkan kesuntukan masa. Pada hari tu juga akan disampaikan sumbangan kepada pelajar SK KE VII (2) 2008 yang mendapat 5A. Tak banyak tapi boleh laa untuk sekolah kecik macam tu..sekolah pinggir bandar tapi dikelaskan sekolah bantuan modal aje. RM50 dari PIBG dan RM50 lagi sumbangan peribadi YDP PIBG 08/09 iaitu Mejar Zaid. TQ Mejar. Beliau ni tinggi orangnya. Nampak mcm tak tinggi sangat tapi bila beliau berdiri..mak aii..mendongak aku nak tengok muka dia..hehe. Seorang tentera yang berpangkat tapi sempoi. Dia tak bahasakan kerjanya tu Army..tapi dia lebih selesa cakap dia keje askar..hehe.

Miting ni juga membincangkan perkara berbangkit minit mesyuarat yang lalu, penyata kira-kira akaun PIBG dan sebagainya lagi laa. Ada juga diselitkan mengenai pelajar2 tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR pada 8-10 September 09 nanti.

Hmm..byk lagi laa citer dalam miting ajk tu. Tapi sempat gak aku ngan Cikgu Roslina wat citer sampingan, hehe..pasal anak pempuan dia still sekolah convent lagi pasal tak dapat mana2 pun. Dia pun tak guna kabel..padahal suami dia tu berpangkat gak. Tak mau terhutang budi, hehe.

Popiah basah..(mungkinkah dibeli dari Ella Popiah Taiping?)

Mee soto tak taruk kuah lagi..

Makan petang tu disediakan oleh pihak kantin. Air teh ceroi, mee soto, puding marbel dan popiah basah.

Abes meeting, makan sambil berbincang sisa-sisa perbincangan, huhu..jam dah 7.15 malam. Aku kena beransur pulang..hehe. Nanti nak kena hantar angah p tuisyen lak jam delapan.

Friday, February 27, 2009

Apabila aku rasa nak menceceh...


Hari ini SK (P) Treacher Methodist adakan sukan tahunan. Tahun ni..ntah pasal apa..akiss tak dpt masuk acara lari 80m mcm sukan tahun lepas. Agaknya tahun ni jisim tulang dia berat dah lebih kot. Kalo tengok badan kurus aje. Tahun lepas dpt gak laa no.2 lari 80m.

Tapi tahun ni masuk acara sukaneka kelas aje le..berpasukan, dapat gak laa nombor 2. Aku pun datang sekolah lambat sket pasal nak wat keje umah dulu. Kul 11pg leh balik dah..maka aku terus bawak Akiss balik umah. Tadi aku tiup semangat dia untuk lebih terror dalam sukan tahun depan. Maklum laa..tahun depan dia masuk tahap 2 dah. Acara sukan ni banyak babitkan pelajar tahap 2 aje.


Ni guru besar tengah beri penerangan. Gambar ni gelap sebab aku tak guna flash. Aku amek gambar curi2 aje, hehe...

Minggu ni mmg aku busy tahap cipanzi. Mcm2 mende aku kena buat. Petang semalam ada meeting. Perjumpaan ibu bapa murid2 tahun 6 ngan guru besar dan cikgu2 diorang. Pelbagai perkara dan misi UPSR diperbentangkan dan diperbincangkan.

Kalo tahun lepas along diletakkan sbg antara calon cemerlang..tapi tahun ni angah sekadar diletakkan di posisi potensi cemerlang saja. Kira ok laa juga, tak teruk sangat tapi sebabnya...?? Sebab angah ni lebih fokus kepada perkara lain dari pelajaran walaupun dia tau pelajaran tu penting, walaupun dia nampak apa yang along boleh dapat apabila berjaya score semua A dalam UPSR. Tak mengapalah. Sebagai ibu..aku takleh push dia. Biar dia belajar tanpa desakan dan tekanan. Cuma aku leh ingatkan aje kepentingan pelajaran. Cuma angah ni bukanlah jenis tak wat keje sekolah. Taknah lagi laa dapat amaran dari cikgu.

Semalam pun..cikgu2 ada citer pasal anak no 2 aku ni masa dalam kelas. Kat sekolah..dia pendiam, terkadang malu-malu kucing. Tapi kat umah....dialah hero..abes semua raksaksa dia kalahkan! huh!! Prestasi dia tak teruk cuma cikgu akui laa..dia tak macam along.

Hmm..petang ni aku bakal terlibat ngan meeting lagi. Kali ni meeting AJK PIBG lak. Kat SK King Edward vii (2) gak laa. Meeting ni meeting last untuk AJK PIBG sesi 08/09 sebelum Mesyuarat Agung PIBG sesi 09/10 lak bakal diadakan mungkin ujung MAC nanti.

Aduhai..nampaknya aku sorang aje laa pompuan dari kalangan ibubapa pasal kak Rosmidah dah ckp semalam dia tak dapat dtg meeting petang ni sebab kena p ceramah kat Manjung lak. Cuma suami dia Mejar Razak aje yg bakal hadir nanti.
Haii..harap2 tahun ni aku tak dilantik lagi laa jadi AJK. Segan sebenarnya. Iyelah..walaupun wakil ibubapa tapi aku ni bukan berkerjaya. Rasa rendah diri tu tetap ada laa. Cuma bila dah kena lantik ni..aku positif kan diri aje laa. Ada seronoknya juga pasal leh dapat maklumat pasal aktiviti sekolah sepanjang tahun terlebih dahulu dari ibubapa yg lain.

Monday, February 23, 2009

BUKALAH HATIMU..pada kebenaran!

Mereka bawa perang di kaca TV
Secara 'live' melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Yang kita hanya dapat kemeja-T

CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga

Bicara tentang penghapusan Marga
Marga mana yang harus dihapuskan
Arya semit, Negroid, Mongoloid
Siapakah kita di sisi Tuhan
Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu

Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Buka hatimu
Pada kebenaran
Haruskah kita diperdayakan
Dalam permainan dalang tua
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam
Haruskah kita sama menyertai
Skim kehancuran ini
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

rap:
Yo! berapa kali Abang M. Nasir
Nak bilang, nak ulang
Kalau nak tahu cerita
Mesti tahu tajuknya
Kalau tak faham, bertanya
Jangan hentam keromo
Nanti takut-takut salah tarik
Nak tarik ular lidi tertarik naga
Hitam campur putih memang kelabu(lah?)

Lirik dipetik dari album M.NASIR; CANGGUNG MENDONAN

P/s; perang sekarang ni bukan kat luar negara aje..kat M'sia pun dah menular. Perang mulut..masing2 rasa diorang di pihak kebenaran, orang lainnnnnn semua salah! Tuduh-menuduh tak sudah seperti tiada kesudahan, seperti tiada penyelesaian!
Untuk kesejahteraan bangsa Melayu beragama Islam..apalah salahnya bersatu-padu mempertahankan bangsa dan menegakkan agama Islam agar tidak diperlekehkan. Ini semua kerana nafsu gila kuasa duniawi yang tak terkawal!
Dan tanpa sedar..kita sebenarnya 'berperang dengan diri sendiri..'

Saturday, February 21, 2009

Nippon? Haipp..!

bi k ku ri shi mashi ta!... (terkejut saya!)

Takde apalah sebenarnya nak terkejut pun..hehe
Dulu aku penah citer kat sini SM King Edward VII start tahun ni ada wat pelajaran bahasa Nippon..bahasa Jepun laa, hehe..bermula dari form 1, 2009. Tahun anak aku form 1 laa tu, hehe.
Tapi terhad untuk kelas 1 RK Sigma dan 1 Sigma aje. Kelas Omega, Gama, Beta dan lain2 tak berpeluang belajar bahasa Nippon ni, sian gak kan?

Tetapi ada juga pelajar form 2 Sigma berminat nak sertai. Jadi diorang amik inisiatif mintak kebenaran dari cikgu tu sendiri. Disebabkan cikgu tu nampak diorang ni mmg berminat..jadi cikgu tu benarkan jugalah menumpang pelajaran untuk pelajar form 1 ni. Lagipun, kelas Bahasa Jepun ni bermula awal..sebelum kelas pertama yg sebenar bermula.

Cikgu yg mengajar bahasa Jepun tu berbangsa India, perempuan. Along kata..cikgu tu ada kasitau kelas..sapa yg cemerlang dalam peperiksaan bahasa Jepun ni..berpeluang untuk dihantar belajar kat negara matahari terbit tu. Tapi aku tak tau..ni masa diorang dah SPM ke..atau dinilai dari peperiksaan ujung tahun ni. Dihantar belajar untuk maksud apa pun aku tak tau..pertukaran pelajar M'sia-Jepun mungkin? Atau melanjutkan pelajaran kat sana selepas SPM lagi 5 tahun akan datang, hehe..

Aku harap perkara ni akan menaikkan semangat Along untuk belajar dgn sehabis baik.
Bila belajar bahasa ni..sudah tentulah bukan percakapan aje yg diorang belajar. Diorang belajar tulisan Kanji sekali. Hmm..sesuatu yg menarik sebab kitorang sekeluarga ni mmg suka sangat tengok anime Jepun. Kalo tau basic pun..tentu best kan?

Aku ingat nak belajar dari along pulak. Walaupun dia pun baru permulaan..aku rasa adalah lebih baik bermula tak jauh dari pembelajaran dia agar aku tak tertinggal jauh, hehe..Bila nak mula ntah laa..along pun asyik sebok wat keje sekolah aje? Time along tak sebok..aku pulak yg sebok ngan keje2 umah..hmm?

p/s1; mmg Jepun dulu penah menjadi penjajah tanahair kita tetapi kini Jepun sudah menjadi tersohor disebabkan teknologinya dan anime nya, hehe..

p/s2; dulu penduduk Tanah Melayu pernah derita disebabkan kekejaman tentera Nippon tapi diorang pun pernah merasa derita lebih dari tu kerana pengeboman atom di Hiroshima dan Nagasaki ketika perang dunia kedua yg telah meninggalkan kesan radioaktif dlm jangka masa yg sangat lama.

SEDIKIT INFO DASAR PANDANG KE TIMUR;

Seperti mana yang kita semua maklum, Jepun merupakan satu-satunya negara yang pernah dibom dengan bom atom yang menyebabkan ia menyerah kalah kepada Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua.

Lanjutan dari itu, Jepun mengisytiharkan `penolakan peperangan buat selama-lamanya' dalam perlembagaan barunya dan sebaliknya memberi tumpuan kepada pembangunan industri sebagai sebuah negara yang aman.

Kehebatan Jepun bangun daripada kemusnahan akibat perang adalah hasil daripada sikap positif mereka sendiri.

Pada era Meiji, para cerdik pandai telah mengemukakan idea pemodenan Jepun melalui penyerapan teknologi maju dari Barat di samping mengekalkan dan memelihara semangat kebangsaan.

Dari situlah kepandaian dunia Barat telah ditransformasikan dan disesuaikan dengan semangat dan masyarakat Jepun.

Masyarakat Jepun memang terkenal dengan sikap rajin dan menepati masa, malah mereka mudah untuk tidak mempercayai sesiapa yang malas atau tidak menepati masa.

Masyarakat Jepun juga cenderung mengikut kata sepakat kumpulan berbanding dengan pendapat sendiri, dan sikap itu membantu setiap individu bekerja sebagai satu kumpulan.

Mereka turut bekerja tanpa mengenal jemu bagi menyiapkan tanggungjawab yang diberi dan bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik.

Sikap seperti inilah yang menjulang negara Jepun dan termasuk dalam 10 negara termaju di dunia.

Kadar celik huruf di negara itu juga hampir 100 peratus dan ia berpunca daripada kesedaran sejak di zaman Edo (1603-1867) lagi.
Pada masa itu anak-anak petani, saudagar dan tukang telah mula belajar di sekolah rendah swasta yang dikenali sebagai terakoya.

Santai Sabtu..

Budak2 ni tengah nak basuh mata ngan air terjun tu sampai pedih. Petua orang tua-tua.

Pagi tadi seperti biasa..kitorang p jogging kat Bukit Larut lagi. Aktiviti biasa dah tu..hmm. Pastu, p mamam kat Restoran Masa Katering, Kamunting. Lepas tu pulak..p kedai sukan Nilai, Taiping untuk amek raket badminton anak2. Hantar kat kedai malam tadi..untuk ganti tali dan grip ketiga2 raket tu..Amek yg biasa aje, tali RM12 dan grip RM4 untuk satu raket. Leh laa..

Balik ni diorang check e-mel..pastu sambung tengok cd anime One Piece yg baru p sewa malam tadi. Tak pi pun kenduri..dah lambat.

Sampai umah tadi, tuan tanah lombong depan tu ada dok perati jentolak meratakan tanah untuk menambak tanah lombong tu. Elok laa pun..tanah parit mana ntah lori dok ambik banyak2 dan longgokkan depan jalan tu. Sampai bau yg kuar dari tanah2 tu kurang menyenangkan betul! Pulak tu terbengkalai dah berapa lama kat situ, huh!

Pemandangan depan umah kitorang pun dah jadi ntah apa2 ntah. Bila dah rata ni..ok laa sket. Tu ntah berapa banyak tanah lagi nak kena taruk dan tambak lombong tu untuk tuan tanah tu wat umah. Hmm..

Aku ngan abang karaoke jap. Menge'test' microphone baru beli cap YAMAHA, hehe.

Aku ni suka ngumpul setem. Gambar di atas ni adalah setem2 dari negara China dan Thailand yg diberi oleh kak Zah GSL kat abang minggu lepas. Kak Zah tau aku ni suka ngumpul setem..hehe.

Kak Zah ni pun suka ngumpul setem gak. Dia leh bagi aku setem2 ni pasal dia pun dah banyak dapat setem2 camni laa tu, hehe. Apa2pun tima kasih laa banyak2 kat kak Zah. Kalo ada lagi setem lawa2 yg lebih..leh laa huloq2 lagi no!

Monday, February 16, 2009

Lokasi tarikan terbaru di Taiping???


Tajuknya mcm menarik aje kan?? hehe.

Ni aku nak citer pasal tempat tarikan terbaru kat Taiping ni, hehe. Tapi tempat tu tak sesuai langsung untuk orang Islam laa. Ni untuk mereka2 yg bukan Islam saja, hehe. Aku sekadar nak kongsi citer aje.
Yang speselnya tempat ni dah jadi tempat pelancongan terbaru di Malaysia ni. Manakan tidak..pelancong dari Singapore sanggup datang dari jauh semata-mata nak ke tempat tu. Yang datang ngan keta sendiri, yg naik bas rombongan. Aku mula sedar hal ni masa CNY baru2 ni la. Tengok nape la tempat tu tiap2 malam jalan sesak, parking penuh. Ingatkan ada wat perayaan kat situ..tapi takkan hari2 sepanjang cuti minggu CNY camtu. Bila aku ajukan soalan tu kat abang..barulah abang citer. Patutlah ada tanda 'BUS DO NOT ENTER' kat situ, wakaka. Sebab situ berdekatan kawasan perumahan. Kalo bas masuk parkir..keta penduduk situ tak leh masuk.

Hmm..Korang tentu nak tau kan tempat tu tempat apa? Hehe..tu tempat bagi babi makan. Babi hutan, babi tunggal. Dikatakan babi2 tu jinak betul ngan manusia. Babi2 tu akan keluar dari kawasan bukit dan hutan berhampiran pada waktu malam..mungkin dah diajar atau dah biasa sebab kawasan tu berdekatan ngan kuil. Seperti yg kita tau..kuil2 ni banyak diletakkan makanan. Yang leh jadi terkenal dan popular tu bukan apa..kat situ bukan sekor dua babi utan dah jinak yg keluar tapi 40-50 ekor woooo!!!!
Yang lebih jadi menarik tempat tu bila ada pulak kuar citer sorang apek bawak anak yg koma ke apa ntah kes nya..lepas pi situ, anak dia tu pulih laa pulak!
Ada yg kata terkena air liur babi tu pun leh sembuh penyakit, ada pulak yg kata bila sentuh babi tu..leh dpt mimpi nombor ekor..nombor tu naik pulak! Ada yg mintak hajat bermacam jenis hajat, hehe. Sampai kuil tu leh dapat berbagai sponsor untuk memperbesarkan lagi kuilnya.

Sumber citer ni aku korek dari Mr. Jiva, instruktor gym kitorang tu, hehe. Mr. Jiva kata dah penah masuk dlm Astro dah citer pasal tempat tu..hehe.
Tapi sebenarnya citer pasal babi utan kat kawasan tu dah jinak ni mmg orang loji air dah tau sebab ada 2 bijik reservoir kat atas bukit berdekatan tu. Skang ni kalo pekerja loji tu kena called-out wat keje kat situ pd waktu malam..diorang takleh naik moto dah. Kena naik keta sendiri atau 4WD kompeni pasal babi2 utan tu ingat diorang (pekerja2 loji air tu) datang nak bagi makan..huhu.
Kalau malam2 ujung minggu..tempat tu pasti akan dikunjungi ramai. Bas2 sewa khas pasti akan terparkir di tepi jalan tu. Ada bas dari Ipoh, Penang...Kuala Lumpur, Selangor.
Citer ni sekadar info saja! Harap maklum.

Sunday, February 15, 2009

Al-kisah ketika selebret besday abg.

14.02.2009-SABTU
Pagi tu Akiss kena sekolah ganti. Aku ngan abg seperti biasa..p jogging. Angah ngan along tak ikut. Kat Bukit Larut..jumpa mak ngan abah pun jogging, dah nak turun kat Pondok 1. Abg ajak mak ngan abah p Restoran Sejati mamam nasik kerabu. Aku lak sarapan roti aje. Air pun tak order sebab aku ni mmg kurang air manis2 ni, hehe.
Tgk jam dah 11.30. Kena balik umah coz nak hantar along ke sekolah. Dia pun kena ganti sekolah cuti CNY dulu. Lagipun dah janji ngan akiss nak amek dia balik sekolah, takyah naik bas.
Dah selesai semua urusan..kitorang singgah Tpg Sentral. Tujuannya nak beli tiket GENG kat Big Cinemas untuk tayangan 9.15 malam. Kena beli awal..kalo idak, dpt seat bawah..huhu.

Malam; Lepas Maghrib..kitorang keluar ke Tesco Taiping. Tujuannya nak p Medan Selera aje. Kat situ kan mcm2 pilihan masakan dan makanan. Nak makan2 sempena besday abang 13.02.2009 tu laa. Pospon sehari..hehe.

Makan biasa2 aje tapi best sebab ianya bersempena hari istimewa insan yg kitorang sayang. Keseronokan tergambar di wajah masing2.

Tengok abg tu..air kopi tongkat ali tak abes2 lagi, hehe. Jap lagi tu nak terus jalan kaki ke Taiping Sentral tgk citer Geng; Pengembaraan Bermula.

Jam 9.00 malam, kitorang dah berada kat Big Cinemas. Manusia punyalah ramaiiii. Masing2 nak tengok filem kegemaran masing2.
Aku sementara tu p beratur pulak nak beli satu set Blue Large Combo, hehe. Untuk anak2 laa tu. Aku ngan abg dah spare Dorayaki dalam henbeg, hehe. Tapi tak makan pun. Kenyang makan kat Medan Selera tadi lama sangat, wakaka. Bawak balik umah, simpan dalam peti sejuk. Mamam pagi tadi, hehe.
Citer pasal tengok Geng ni..org yg datang menonton..dahsyat!! Penuh panggung. Mujurlah kitorang dah beli tiket siap2 tengahari tadi. Kebanyakannya mmg seisi keluarga datang menonton. Dari cucu-cucu ke tok nenek pun datang. Bagus laa diorang bagi semangat kat filem animasi tempatan. Ni bukan apa..pengaruh Upin dan Ipin tu laa. Bagus gak strategi pemasaran Les Copaque ni. Mmg bijak!
Nak komen pasal citer Geng ni..bagi aku, filem animasi yg 100% dari anak tempatan dengan kos yg tidak sebanyak filem animasi luar negara..ianya sangat berjaya. Walaupun ia sekadar animasi tetapi moral yg diselitkan dalam filem tu sangat banyak jika memperhalusinya. Ia memang terhibur..sangat terhibur dengan keletah dan ragam pelbagai watak dalam filem tersebut. Inilah filem animasi anak watan yg ditunggu-tunggu oleh peminat animasi tempatan. Ia juga sesuai dengan tajuk GENG; Pengembaraan bermula. Semoga ia terus mengembara menjadikan filem animasi tempatan juga sangat relevan untuk dipasarkan ke luar negara dan bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Video kenangan besday Abg..




Ni sesi video ucapan besday dari Fadhil ngan Dayah untuk abang long nya yg dibuat dari rumah diorang di Lawas, Sarawak. Senyum melebar abg bila tgk rakaman ni khas untuk dia, hehe..TQ Fadhil, TQ Dayah.



Ni lak rakaman video acara makan-makan sempena besday abg. Biasa2 aje..tapi Alhamdulillah, ia tetap membahagiakan. Lepas mamam tu nak p tengok wayang lak kat Big Cinemas, Taiping Sentral. Sebelah Tesco Taiping aje..

Friday, February 13, 2009

Jumpa kengkawan..seronok!

Hmm..seronok aku jumpa balik kengkawan masa alam persekolahan dulu. Mmg sebelum ni ada yg dah jumpa kat BentongGang tapi kebanyakannya aku tak berapa rapat laa ngan diorang masa kat sekolah dulu. Tapi tak sangka pulak bila aku aktifkan balik FB aku tu..aku leh sembang baguihh aje ngan Zura...hehe. TQ Zura..shamueya.fotopages.com

Pastu, kat FB Zura..aku jumpa pulak Raja Radiah. Ni lagi laa..kira kawan baik aku laa ni masa kat SMRJK Ketari dulu. Selalu p kokurikulum naik basikal dari umah kitorang kat Chamang tu. Penah lak wakil sekolah (2 orang aje tu..hehe) lari dari Padang Tras ke Air Terjun Chamang, 13km tu, sampai itam2 kuku ibu jari kaki..
Ari tu ada wat karnival apa ntah. Masa tu, Razak Ahmad tengah glamer. Dia laa yg jadi artis undangan. Siap jadi juri pertandingan nyanyi lagi.
Aku ngan Rj Radiah form 3 masa tu..hehe. Ari yg sama gak ada kumpulan Dikir Barat, SMVB wat persembahan kat karnival Air Terjun Chamang tu, hehe. Ada juga yg masuk pertandingan nyanyi. Kalo tak silap aku..dia nyanyi lagu Intanku Kesepian,Wings. Brader tu kalo tak silap nama dia Hamidi..ada ke? Lupa laa. Agak2 aje..lebih kurang laa kot..hehe.

Aku ngan Raja Radiah ni terpisah masa aku masuk Vokay laa ni..huhu. Jumpa balik time umur bakal menginjak ke 34..lama gak tu.

Semoga ramai lagi laa kengkawan lama aku leh jumpa kat FB, alam siber walaupun tidak di alam fana sebab masing2 dah ada komitmen, dok pun jauh2.

Setakat ni..kat SMTTAA.net pun aku dah jumpa balik kengkawan sama batch 91/92 dan senior2 aku, hehe..dan...ada pulak yg aku tak sangka bila Shahril ABM kasitau aku yg isteri dia adalah kawan aku masa sekolah menengah rendah dulu..hehe. Tu laa dinamakan jodoh.

Hepi Besday Abg..

13 February hari ni. Usia suamiku tersayang dah menjejak ke angka 40. Tapi zaman skang ni..angka tu adalah peringatan. Kalo nak ikutkan..fizikal abg tak seperti umurnya lagi, hehe. Perut pun tak boroi..berotot..jaga gitu! wakaka. Orang kuat p gym..5x seminggu. Tiap2 Sabtu pagi selalunya tak miss jogging kat Bukit Larut. Dah tu seminggu sekali abg join main badminton lagi kat Dewan Kg. Jambu tu..Respek kat semangat abang. Bukan apa..aku tengok ramai kengkawan abg yg sama baya aku tapi fizikal diorang mcm sebaya abg aje, hehe. Tu lah bezanya..

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke 40. Semoga Allah panjangkan usia, murahkan rezeki, sihat selalu, bahagia selalu..
Tak tau laa ni ucapan ke berapa aku kasi kat abang dah, hehe. Pagi tadi dah bagi ucapan live, hehe. Kat FB lagi..kat sini lagi..sayang sangat laa tu, huhu.

Tapi tak selebret hari ni kot..pasal anak2 ada sekolah pagi..ada sekolah petang. Malam pun takleh..angah tuisyen. Lagipun esok Along ngan akiss kena ganti sekolah pasal cuti seminggu CNY 2 minggu lepas.

Esok petang atau malam..leh laa kot. Ingat nak pi tgk wayang filem animasi GENG. Esok pagi lepas aku ngan abang abes jogging leh laa singgah cineplex beli tiket siap2, hehe.

Gambar2 selebret (kalo tak lupa nak amek..hehe) akan aku update kat sini.

Thursday, February 12, 2009

TAMPAL IKLAN REUNION SMV/SMTTAA 09

Ni aku tolong promosi reunion SMV/SMTTAA, Bentong, Pahang DM yg bakal berlangsung sebulan dari sekarang. Sape2 bekas pelajar sekolah ni yg berminat nak sertai..leh laa kontek nombor yg tertera ataupun layari website rasmi alumni sekolah ni, ye..

Tarikh akhir pembayaran telah dilanjutkan sehingga 21hb Februari 2009 ni. Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Jika anda terlepas peluang ini..webmaster SMTTAA.net kata..rugi besar, huhu. Lekas..masa dah suntuk!!

Yang penting..aku dah bayar RM pendaftaran untuk sertai majlis reunion ni, hehe.

Monday, February 9, 2009

Percaya kepada Qada dan Qadar..

Dalam keadaan politik Malaysia amnya dan politik Perak khasnya yg berkeadaan kurang menyenangkan..haru-biru..Alhamdulillah, kehidupan aku anak beranak dalam keadaan tenang. Syukur kitorang dikurniakan keadaan sebegini. Aku adalah pencinta keamanan. Mereka2 yg terlibat dalam ketegangan politik ni bila tengok negara luar berperang..diorang marah..diorang kutuk habes-habesan..tapi bila diri sendiri yg berperang???..macam takde jalan penyelesaian!! Bila tengok bangsa Arab tak bersatu..marah..cam gitu..cam gini..bla bla bla..tapi bila bangsa sendiri tak bersatu???
Sedangkan bangsa sendiri yg bukanlah ramai mana pun kat Malaysia ni susah nak disatukan, sukar nak membentuk agar sama-sama bertanggungjawab untuk penyatuan dan kebaikan bangsa sendiri, susah nak menerima buah fikiran, sukar nak hormat-menghormati sesama bangsa sendiri..macam mana bangsa Arab yg lagi ramai dari berbagai negara tu pun nak disuruh bersatu menentang rejim zionis???

Sebagai rakyat Malaysia..aku sangat sygkan keamanan yg dulunya menjadi lambang kemegahan rakyat Malaysia. Kestabilan politik dulu turut menjadi salah satu faktor menarik pelancong dan pelabur industri untuk melebarkan perniagaan mereka di sini. Sehingga Malaysia telah menjadi sebuah negara maju dan terkenal walaupun saiznya kecil saja dalam peta dunia ni. Tetapi tengoklah sekarang..ramai sangat cerdik-pandai berkata-kata, menghasut, menyalah guna kuasa..malah ramai juga yg tidak mempunyai fikiran waras dalam menerima sesuatu berita. Sekarang juga sudah wujud masyarakat fanatik, faratik..yg bakal menghancurkan bangsa sendiri, negara sendiri akhirnya tergadai. Susah sangatkah nak bersatu wahai bangsaku? Jika tergigit lidah tu biasalah..dalam rumahtangga, dalam organisasi adik-beradik pun pasti berlaku tetapi janganlah sampai kehancuran berlaku. Bertelagah tak sudah..

Dunia sekarang telah menyaksikan manusia lebih pentingkan diri sendiri apabila sudah berkuasa. Kalau suaminya berpangkat besar..isterinya yg terlebih-lebih berlagak..merengek-rengek nak itu dan ini yg melebihi kemampuan suaminya. Suaminya yg berjawatan tinggi dan berkuasa pula bukan saja akan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri malah lebih dari itu. Manakan tidak wujudnya unsur menerima rasuah kerana nafsu duniawi sudah menguasai diri, melupakan ke manakah pengakhiran perjalanan kita di dunia ini yg sebenarnya?
Semua ini berlaku disebabkan tuntutan kemewahan duniawi yg sudah terpamer di mata. Tetapi tuntutan kemewahan di syurga hanya diceritakan di dalam al-Quran saja bagi mereka.

Aku teringat kata-kata ustaz yg mengajar semasa di sekolah rendah..walaupun beliau sendiri tidak pernah melihat bidadari tetapi kecantikan bidadari yg digambarkan bukan kepalang itu jika dipertunjukkan walau sesaat di dunia ini..pasti semua lelaki di dunia ini akan berusaha beribadah untuk masuk ke syurga. Tetapi Allah tidak menunjukkan kecantikan bidadari syurga kepada manusia kerana tidak mahu mereka beribadah semata-mata kerana mengidamkan bidadari tersebut. Itu adalah kiasan yg telah diberitahu oleh ustaz kepada kitorang yg masih bersekolah rendah. Kalo dipikirkan sewarasnya kita faham maksud kiasan tersebut.

Tapi bila aku fikir-fikirkan kembali..semua yg berlaku..apa yg berlaku di Gaza, apa yg berlaku di Iraq, apa yg berlaku di Malaysia..tanahair ku sendiri ini datangnya dari Nya juga. Siapa yg menggerakkan cerita ini. Kita selalu dengar orang berkata..kita adalah pelakon, dunia ini adalah pentasnya. Memang benarlah..tapi ada siapa terpikir siapa penulis skrip dan pengarahnya lakonan kita ini? Itu pun manusia tak sedar ke..yg berkata-kata tu pun tak sedar ke?

Itulah perlunya belajar mengenal 'diri'.

Friday, February 6, 2009

TOMEI dah pulanggg!

Alhamdulillah...Tomei dah balik umah setelah 3 hari 3 malam meninggalkan umah. Citernya malam tadi time abg nak kunci pintu umah. Abg mula2 ingat Nobi nak masuk umah kot..abg tak kasi masuk tapi bila abg perati muka kucing tu macam Tomei..tapi mcm tak percaya..tengok lagi sekali..fokus mata betul2..hehe..mmg Tomei! Ngiau..ngiau depan pintu umah tu. Nobi pun ada kat belakang Tomei. Menggesel-gesel Tomei tu kat kaki abg sebelum abg amek dukung bawak p bilik anak2 nak menterkezutkan diorang Tomei dah balik!
Bau pun dah busuk..mcm bau taik ikan..Ni agaknya sepanjang menghilang ni, terpaksa laa jadi survival makan sampah! Badan pun dah ringan, kurus sket..tu baru 3 hari tu. Kena bagi mandi laa nanti.

Along ngan Angah terkejut tengok abahnya pegang Tomei. Angah pulak buat2 tampar2 pipi harap2 jgn mimpi. Yelah..diorang tu kan ke tadi dah masuk tido, hehe.

Masa bawak kat bilik Akiss..Akiss mamai..bangun p tandas buang air..hehe. Pastu dia terus masuk bilik tido balik.

Pagi tadi masa bangun nak pi sekolah..akiss terkejut bila kasitau Tomei dah balik..betul2 laa budak ni tak sedar malam tadi, hehe. Ngantuk sangat laa tu.

Sebelum Tomei balik malam tadi..kitorang p Tesco beli sekali makanan kucing dah nak abes kat umah tu. Ingat saja laa beli..sian lak kat Nobi. Tapi tak sangka lak Tomei balik malam tadi. Tapi siang ni kitorang masih lepaskan dia..tak kurung pun. Dah lumrah kucing camtu. Agaknya dia ikut si Oren tu pergi mana ntah. Mujurlah Tomei leh cari jalan balik umah balik. Dia anak jantan walaupun dah di 'kasi' tapi dirinya tetap jantan. Aku pernah baca citer kucing yg dah hilang bertahun-tahun tapi akhirnya dia leh balik semula ke umah tuan dia..

Bila Tomei dah balik ni..Nobi pun ok laa balik perangai dia..hehe

Aku pun kena bayar nazar sebab aku dah niat betul2 petang semalam sebelum Tomei balik malam tadi. InsyaAllah, aku akan tunaikan.

Wednesday, February 4, 2009

Foto2 di Destinasi Bajet Cameron Highlands 02/09

03.02.2009 SELASA
Ni antara gambar2 yang kitorang rakamkan untuk kenangan sekeluarga semasa sesi sehari 'makan angin' ke Cameron Highlands.


Abang posing ngan anak2..


Mata sampai juling memilih..hehe. Pelbagai jenis magnetik lawa2 kat Taman Rama2 ni.


Bergambar sekeluarga di laman MARDI dgn menggunakan tripod, hehe.


Bersama cik abg tercayang yg baikhati bawak aku ngan anak2 ke CH ari ni, hehe.


Ngan anak2 di sebalik bunga2 segar mekar..


Bunga2 segar mekar lagi! Indah mata memandang..


Ngan angah pulak..budak ni mmg tak tahan sejuk. Hidung mula laa start berhingus!


Along berlatar belakangkan barang2 aksesori taman..tengok aje laa, tak beli pun.


Abg ngan anak2 di tengah2 pokok teh..sejuk mata memandang walaupun mmg cuaca dah sejuk pun!


Akiss ngan pokok bunga plastik bulat2, hehe. Abah tak bagi beli..sebab katanya jadi tempat sarang habuk aje..huhu.


Nak tengok lagi..? Leh p kat ALBUM PB kat www.geocities.com/cintamanisz ataupun ke Gebang FP (akan di upload nanti). Kat FP lagi meriah koleksi foto2 di Cameron.. Hehehe..

Coretan Destinasi Bajet di Cameron Highlands 02/09-

Alhamdulillah..cuti khas yg diberi oleh kerajaan negeri Perak pd 03.02.2009 semalam telah memberi peluang kat kitorang sekeluarga mendaki ke banjaran titiwangsa sekali lagi. Apa2pun sebelum tu kitorang sarapan pagi kat Restoran Tomyam Sejati. Tapi tak oder tomyam, seperti biasa kitorang pekena nasik kerabu, yeargh! Anak2 mamam nasik lemak pasal diorang tak reti lagi nak nasik kaler biru tu, huhu.

Dah selesai sarapan, kitorang meneruskan perjalanan. Kali ni kitorang p meredah Banjaran Titiwangsa di kawasan Tanah Tinggi Cameron. Aku balik negeri weh! Walopun bukan di Bentong..tapi sekurang-kurangnya aku tau aku memijak bumi negeri Pahang Darul Makmur, cewah! Bukan jauh dah Cameron Highlands skang ni..hehe. Orang Simpang Pulai lagi tak heran dah turun naik sana..huhu. Kitorang ni pun balik hari aje.

Ni ntah dah kali ke berapa laa kitorang p CH tapi ni laa kali pertama kitorang p tak tido sana. Saja p time orang dari negeri lain tak cuti ni, hehe. Selalunya kalo cuti sekolah, cuti umum..mak aihh..orang ramai ke sana. Ngan keta masing2, ngan bas rombongan..fuh! Para peniaga pun eksyen semacam aje kalo kita tawar menawar tu. Pi kali ni..berbaloi laa, wakaka...

Kitorang sebenarnya nak p beberapa tempat yg kitorang tak berkesempatan nak pi lagi. Antara sebab musababnya pasal masa tu org ramai, sesak beb!

Mula2 kitorang p Taman Rama-Rama tu. Yg mempromosi kat kitorang sampai teringin nak masuk situ tu masa tengok rancangan Destinasi Bajet kat Ch8..hehe. Ngan tiket RM5 dewasa, RM2 kanak2..kitorang leh bermesra ngan rama-rama yg sengaja dilepas bebas kat situ. Tapi bukan rama2 aje yg ada..pelbagai jenis ular pun ada dipamerkan. Cuma ular2 ni dalam kurungan laa, hehe. Ada juga blackwidow, kala jengking, serangga ranting kayu, serangga daun, katak daun..hehe. Suasana dalam tu pun menarik lanskapnya. Time takde orang macam ni..syok betul meronda kat dalam tu. Tak sesak..bergerak pun senang aje. Kat dalam tu pun..tauke Taman Rama-rama tu ada wat muzium rama2 dan serangga yg dah diawet. Yelah..dah dia tauke situ..mana2 yg dah mati tu..diorang awet kan laa. Leh jadi tarikan pelancong gak kan, hehe.

Lepas tu..kitorang singgah kat gerai2 kat area Kea Farm. Kat situ..walaupun dah beberapa kali ke CH..mmg tak berpeluang nak singgah pasal parking penuh sepanjang2 jalan, jammm pulak tu! Tak kuasa aku! Lagipun kitorang masa tu leh laa eksyen pasal tido kat Brinchang..tiap2 malam ada pasar malam musim2 cuti camtu. Kat pasar malam tu harga lebih murah dari gerai2 yg dibina kat tepi2 jalan sepanjang laluan ke Brinchang dan Tanah Rata.

Tapi disebabkan kitorang tak tido sana lak destinasi bajet kali ni, parking pun senang laa sangat..orang pun dah tentu laa tak ramai..kitorang pun amek peluang singgah. Hmm..patut laa orang ramai..kat sini nak shopping memang best betul. Dari 8 bungkus RM10 sayur-sayuran tu..leh dapat 10 bungkus. Pastu dapat lagi extra 3 bungkus free! Strawberi pun gitu laa jugak..Jagung, ubi keledek madu pun sama. Senget benget tangan memegang sume2 benda tu, wakaka.

Kat situ aku sempat sambar selempang kait ala hindustani tu, hehe. Saja laa, fesyen..Tapi lepas2 tu anak2 aku pun berminat nak pakai..tapi kira ok laa tu kan taste aku, haha.

Lepas tu pulak..kitorang nak mamam tengahari kat medan selera kat Brinchang tu laa konon2nya. Tempat biasa. Tapi disebabkan hari tu bukan hari cuti sekolah, bukan hari cuti umum..banyak gerai tutup daa! Termasuklah gerai makan milik kawan ayah aku tu.

Gerai nasik campur satu aje yg bukak. Lauk ada laa sket saki baki..tapi nasik kena tunggu masak sebab dah abes. Bila tokey tu terangkan kat pelanggan depan kitorang tu..kitorang yg mendengar kat belakang ni pun terus angkat kaki nak cari port makan kat Tanah Rata lak. Mmg banyak pembangunan kat CH ni. Patut laa selalu masuk Buletin Utama. Cuaca mmg tak berapa dingin sangat. Tetapi kitorang ari tu memang bernasib baik sebab hari sebelum tu ujan lebat. Kabus ada laa jugak kat CH tu. Hari yg kitorang p tu pulak cuaca Alhamdulillah..melancarkan perjalanan kitorang.


Kat pekan Tanah Rata..kitorang mamam kat gerai makan berdepan ngan Pejabat Pos Cameron Highlands tu, hehe. Sempat laa aku beli setem keluaran khas Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak kat sana. Risau aje tak dapat. Nasib baik kat sini tak ramai agaknya pengumpul setem. Kalo kat Taiping..apek2 berbaris panjang ooo. Beli bukan sikit2..berset-set diorang beli!


Dah mamam..ronda2 sat kat pekan Tanah Rata tu. Pastu kitorang p plak MARDI kat jalan nak ke hospital baru CH tu..

Masa p CH dulu dah p konon2 nak masuk laa..tapi tak dapat sebab nak dekat kul 5 petang dah. Diorang nak tutup kaunter dah, hehe.

Tapi kali ni Alhamdulillah..rezeki kitorang dpt masuk. Kadar bayaran pun berpatutan. Lanskap luarnya mmg cantik ngan bunga-bungaan pelbagai kaler, kolam dihuni oleh ikan karp gemok2, besaq2! Leh bagi ikan makan. Beli kat kaunter 50sen sepeket, hehe.

Kemudian, masuk pulak kat dalam..one stop bagai dah p melawat semua CH. Mana taknya..pokok2 bunga yg berbunga mekar, pokok tomato (tapi masih hijau lagi), kobis, pokok anggur, epal, strawberi, taman rose, pokok2 teh..semuanya ada kat situ. Lama gak kitorang meronda sampai abes kawasan, hehe. Rugi laa..kita bayar kan.


Dah tu..kitorang dah ada plan bebas. Sebab tempat yg kitorang tak pernah masuk lagi kat CH tu..semua dah p tadi. Mmg puas hati..Cuma tak sempat nak singgah kat Bee Farm yg dah dibina bangunan baru tu aje. Sebab kitorang dah singgah kat Multicrops Central Market kat Brinchang tu..saja laa sebab kat sini mmg best. Mesti singgah tengok2 kalo tak membeli pun, hehe.

Sonok dok lepak2 situ sambil minum kopi di dalam taman penuh ngan bunga sebelum turun balik umah, haha. Dah takyah singgah lagi kat Ladang Teh Cameron Bharat arah Simpang Pulai tu dah nak pekena Teh Tarik Spesel, hehe..


Nak p CH sehari suntuk ni takde masalah. Kat mana2 ada disediakan kemudahan awam seperti tandas dan surau. Tapi kalo dapat bermalam lagi best..cuma bajet besar sket laa. Pi CH balik hari ni penat sket laa tapi best juga sesekali ada pengalaman macam ni.

Hari tu..ramai warga Perak naik CH. Mungkin dari Ipoh dan Tapah kot. Ada pulak di antara diorang tak sangka jumpa kat CH setakat cuti sehari camni, hehe. Kitorang ni jenis 'telinga lintah' gak..sambil2 bergambar tu telinga leh dengar dialog2 perbualan pengunjung yg lain, hehe.


Hari tu sampai umah sebelum kul 7 malam. Siang lagi. Kak ina ngan suami dia pun ada lagi kat luar umah dok menambak tanah kat tebing pokok pisang depan umah dia tu, hehe.


Tapi..hari tu gak laa kitorang kehilangan Tomei. Bagi aku..sedih tu mmg sedih. Tapi positifkan diri..setakat tu aje rezeki kitorang pelihara si Tomei. Namun begitu..jauh di sudut hati, kitorang masih mengharapkan kepulangan Tomei. Lagu Mungkin Nanti-Peterpan sesuai laa ditujukan untuk peristiwa ini, uhuk2.


Petang tadi pun negeri Perak ni mengalami kebuntuan politik. Tapi setakat ni..takde ape laa yg tak baik berlaku kat persekitaran Taiping ni. Keselamatan ok aje. Alhamdulillah laa.


Cuma jalan2 utama kat Taiping dan Kamunting ni tengah sebok dinaiktarafkan ngan menurap tar lebih elok dan selesa untuk pengguna jalanraya, hehe. Wat keje sampai malam lak tu..macam ada dateline yg dorang kejar. Takkan nak wat majlis santapan diraja tu kat sini? Bukan kat Kuala Kangsar ke?

TOMEI HILANG...uwaaaa


Aduhai..ke mana la pulak si Tomei ni hilang. Semalam kitorang p Cameron Highlands p balik ari aje. Biasanya, si Tomei ngan Nobi tak ke mana kalo kitorang kuar sehari suntuk pun. Masih setia dok kat umah tu. Pi Sg. Petani ke, pi Sg. Kerang ke, pi Pdg Rengas ke...sehari suntuk gak tapi takde laa sampai mcm hari ni.

Along, angah ngan akiss tu laa yg aku kesian. Kucing pertama yg dpt izin kitorang untuk dipelihara. Diorang tu sayang sangat laa kat si Tomei. Sebab Tomei ni walaupun kucing kampung tapi comel, jenis bulu kembang dan panjang. Manja pulak tu. Kitorang jaga elok2 Tomei ni. Walaupun malam dikurung sebab tak mau gadoh ngan kucing lain tapi siang kitorang bagi lepas bebas. Tapi selalu Tomei tak pegi jauh pun. Dia tak amek kesempatan, Paling idak..p kat area umah kak nor, umah kak ani tak pun kat laman umah kak ina tu. Tapi..kali ni dah semalaman tak balik2. Dah try ronda kot-kot terjumpa bangkai lak. Yelah..manalah tau, umah pun depan lombong. Kot2 kena patuk dek ular ke, kena langgar dek lori, keta ke..tapi tak jumpa gak.

Nak kata gatal p cari awek pun..Tomei ni kitorang dah bawak p klinik 'kasi' masa umur dia 6 bulan. Ntah laa, mungkin kena kipnap kot..maklum laa kucing tu comel, selalu dok kat area depan pagar umah lak tu..(hehe..perasan!) Tapi mana laa tau kan..!

Harap2 kalo Tomei sesat atau p tido umah kawan dia (hehe..)..dia reti laa cari jalan balik umah ni balik. Bila Tomei hilang..dah takde mood nak bela Nobi pasal kitorang bela Nobi sebab nak wat kawan Tomei aje. Depa pun adek beradek.
Pulanglah Tomei..pulanglah..termenung ku sendiri, memendam rindu tidak menentu, kasih suci yg kita bina..hancur luluh oleh kata fitnah, hehe..ternyanyi lagu raya Aishah laa pulak tengah2 kehilangan Tomei ni, hehe. Senikata pun aku belasah aje tu..wakaka.

JUBLI PERAK PEMERINTAHAN SULTAN PERAK

Ni gambar dari sampul surat hari pertama..
03.02.2009
Alhamdulillah..bertarikh yg tertera di atas..kat negeri Perak ni kakitangan awam dan yg sewaktu dgnnya, hehe cuti khas sempena sambutan JUBLI PERAK PEMERINTAHAN SULTAN PERAK, SULTAN AZLAN SHAH..daulat Tuanku!.

Masa 1984 tu aku baru darjah 3 tapi aku ingat lagi laa Sultan Azlan Shah ni dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yg baru.

Sempena dengan sambutan Jubli Perak semalam..Pos M'sia telah mengeluarkan setem isu khas berkaitan dengannya. Alhamdulillah..aku berjaya dah dapatkan setem tu kat Pejabat Pos Cameron Highlands, kwa..kwa..kwa..jauh tu!

Setem bernilai RM1 ni melambangkan keutuhan DYMM Tuanku yg telah memerintah negeri Perak sejak 25 tahun lalu. Sepanjang pemerintahan Baginda Raja Permaisuri Tuanku Bainun ternyata merupakan teman yg tabah dan taat setia sebagaimana yg sering digambarkan melalui kemunculan Baginda berdua yg senantiasa bersama. Jesteru, Baginda berdua merupakan contoh kepada rakyat yg mengamalkan serta percaya kepada keutuhan institusi keluarga. Warna latar kuning diraja melambangkan sifat mulia Baginda yg disayangi rakyat.

Setem ini memaparkan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah selaku Raja Pemerintah dan Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat. Gambar latar pula menunjukkan keagungan dan kehebatan tersergam seni bina Masjid Ubudiah yg merupakan satu reka bentuk terindah dibina pada ketika itu. Ianya telah dirasmikan oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pd tahun 1917. Masjid Ubudiah sudah tentunya menjadi salah satu kebanggaan warisan Negeri Perak kerana ianya terbukti merupakan salah satu daripada daya tarikan pelancong.


Setem menggambarkan potret DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah semasa ditabalkan sebagai Sultan Perak yg ke 34 pada 9 Disember 1985 di Balairong Seri Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Gambar latar menunjukkan Baginda sedang mengucup pedang istiadat. Pedang Cura Si Manja Kini melambangkan kebesaran istiadat menaiki takhta.

Sunday, February 1, 2009

Cerita di hujung Januari 2009

Diam tak diam..bising tak bising..kita dah memasuki bulan ke 2 dalam tahun 2009 ni. Sekejap betul masa berlalu.

Keputusan tawaran MRSM dah keluar beberapa hari sebelum ni tapi nasib tak menyebelahi along. Sama seperti permohonannya untuk SBP..permohonannya yg ni pun tak berjaya. Takpelah along..takde rezeki. Kalo intake ke 2 pun tak dapat..tak mengapalah. Belajar kat SMKE pun ok juga. Aku pun tengok along dah selesa belajar kat situ. Semua tu kita anggap positif. Ada hikmahnya.

Aku dengar kakitangan awam di negeri Perak ni akan cuti Selasa 03.02.2009 ni. Abang pun akan cuti jugak walaupun bukan line gomen, hehe..

Tadi kitorang p layan filem INK HEART kat panggung. Best gak citer ni. Aku suka tengok pemandangan dalam citer ni..jalan citer pun ok laa. Tak macam Bedtime Stories tu, huh!
Petang tu gak aku berjaya menyeludup 4 keping dorayaki (kcg merah dan jagung) serta 2 ketul kek muffin masuk ke dalam panggung, hehe. Tapi beli gak laa 1 set bleu combo kat gerai konsesi diorang, huhu.

SABTU 31.01.2009

Dalam perjalanan balik dari ikut abang main badminton kat Kg. Jambu..ari dah gelap walaupun waktu Maghrib tak masuk lagi. Cuaca dalam gambar di atas mengingatkan aku kat citer Independence Day. Langit gelap disebabkan UFO alien nak serang bumi tu, hehe.

Citer tu mmg best! Takde laa macam citer The Day The Earth Stood Still tu, hehe..Tapi bukan versi baru ni tau..versi Keenu Reeves ni kira ok laa gak. Yg aku kata ntah apa2 tu versi tahun 50an tu, wakaka. Ngantuk tahap tapir walaupun 10minit tayangan tak sampai lagi, huhu (ni tayangan VCD..). Tapi kiranya untuk senario tahun 50an tu kan..citer tu dah kira dahsyat laa efek dia, hehe. Mcm kita tengok citer Mat Sentol gak laa, huhu.


Nampak tak 3 bijik heli tu??


Dalam perjalanan balik ke rumah dari ikut abang main badminton kat Kg. Jambu gak (hehe..), kitorang nampak sebuah helikopter sedang berlegar2 kat Pdg Esplanade, Taiping. Kitorang pun sebok nak amek tau..sapa lak yg dtg tu ye? VIP, VVIP mana yg nak turun kat situ. Ada majlis apa..?
Kebetulan pulak negeri PERAK DARUL RIDZUAN ni tengah dalam feel nak sambut perayaan JUBLI PERAK PEMERINTAHAN SULTAN PERAK, SULTAN AZLAN SHAH tak berapa lama lagi ni, hehe. Rupa2nya tersasar jauh betul sangkaan kitorang, wakaka. Takde kena mengena rupanya.


Masa kat court tenis tu..kitorang nampak laa jalan sesak..orang pun ramai. Kitorang pun turut laa menyesakkan diri kat situ. Bila jalan stuck...aku pun turun nak p amek gambar. Kot2 laa ada artis ke, VIP ke, Datuk Shah Rukh Khan ke (hehe) nak landing kat situ. Sampai kat tepi padang..bukan satu heli aje..ada 3 bijik beb!

Semakin dkt..semakin nampak tulisan kat heli tu. Aku pun nampak ramai kaum India bergaya ngan sari dan pakaian masing2 masuk ke Dewan Perbandaran Taiping bersebelahan padang Esplanade tu. Korang nak tau tu majlis apa? Tulisan kat heli tu tulis apa? Majlis Perkahwinan diorang laa..kat heli tu tulis nama pengantin India tu Bala weds Priya, hehe. Mak aiihh, orang kaya laa yg kawen tu. Kalah Mawi ngan Ekin, hehe. Takpelah..apa2 pun semoga berbahagia laa ye pengantin kaya tu..haha.