Sunday, May 31, 2009

Dah mula menyebok!

Hmm..pertengahan hari Jumaat 29/05 ari tu..kitorang berdua dh mula sebok. Mula2 pi amek along kat MRSM Pengkalan Hulu. Jauh jugaklah dari Taiping ni. Makan masa 2 jam gak nk ke sana. Tu pun lalu jalan alternatif. Kalo lalu jalan utama..mau 2 jam setengah.

Pastu..kitorang terus bawak along ke Bagan Serai utk majlis pernikahan Saiful, anak makcik Jama.

Hah..yg mana satu Saiful? Hehe..

Ada 2 pasangan pengantin yg bakal dinikahkan di surau Taman Serai Jaya tersebut. Hmm..yg mana satu pulak Atikah bakal isteri Saiful ni? hehe..

Hmm..ni laa Saiful dan isterinya. Manis sungguh pengantin baru ni kan?


Ni pengantin yg mana pulak?? hehe..Maklum laa cuti2 sekolah ni, ramai laa yg diijabkabulkan. Majlis ni pada hari Sabtu 30/05.

Kalo nak tau..ni laa ibu bapa pengantin berbaju biru tu. Bapa si pengantin perempuan ni kawan sekerja ngan cik abang ku. Selamat menerima menantu!

Friday, May 29, 2009

TAG dari ZuRa

Hmm..kali ni aku nk wat TAG yg diberi oleh Zura dari ceritayanzur.blogspot.com. TAG ni soalannya dlm Bahasa Inggeris tapi disebabkan aku ni kureng sgt dlm bahasa kedua tu..jd aku lebih selesa jawab dlm bahasa Ibunda ku, hehe.
Jadi layan aje laa TAG yg aku wat ni kalo sesape yg ada masa terluang nk membacanya yek!

1.If you can be an animal, what will u be? Why? Ntah..rasanya tak pernah terpikir nk jadi haiwan. Pasal tgk ch discovery animal planet tu..kita kesian kat haiwan yg jadi mangsa. Tp sebenarnya dah fitrah kehidupan cenggitu..Pemangsa kena makan, jd dia kena memburu utk cari makan. Kalo jadi kucing..bernasib baik dibelai dimanja oleh manusia mcm Tomei tu takpe la. Tapi kalo nasib jd kucing jalanan? Uish..kesian.

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?

Ni lagi laa..walaupun merompak bank ni adalah manusia tapi aku sekali2 tak nak pikir menjadi org jahat mcm ni. Susah ke senang ke..cari la duit halal.

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why? Aku nk ada kat M'sia gak pasal aku tak yakin dok kat negara lain, hehe.

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?

Dah tau nak mati..ada selera nk makan ke? Baik laa tambah amalan lagi.

5. If you can only kill one person in this world, who is the person? Why? Uish..kalo ada semenyampah mana pun aku kat seseorang tu..aku takkan buat perkara tu. Nau'zubillah.

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why? Kalo pilih lebih 24 sehari..lambat laa pulak nak tunggu hari berikutnya. Jd lambat laa jugak nk tunggu abg bg elaun, wakaka. Kalo pilih idup lebih dr 100 tahun..sehat tubuh badan, ada kasih syg dan org jaga makan pakai lg..takpe laa gak. Moralnya, bersyukur dan menghargai apa yg pernah dtg dlm hidup kita.

7. If you can date celebrities, who is that person? why? Date ngan selebriti? Ntah..date ngan keluarga sendiri lagi best, hehe..Bg aku, keluarga aku adalah selebriti di hati aku dulu, kini dan selamanya.

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?
Kasih syg kerana kasih syg adalah tonggak utama kedamaian.

9. If you have the opportunity to tag 10 of your friends, who are they?

Hmm..seperti biasa, aku tak tag sesape dh. Bukan aku tak spoting tapi cukup laa aku spoting kan diri menjawab tag dari kengkawan.

Kepada ZuRa..harap berpuashati, hehe.

Ringkasan citer

Di bawah ni adalah serba-sedikit catatan ringkas aktiviti aku sepanjang minggu ni yg perlu aku letakkan kat sini utk ingatan sendiri. Sebab citernya tak panjang dan aku takde pulak gambar2 berkaitan, jd aku satukan sj lah citer aku ni.
Gambar di atas hanyalah sekadar penyeri entry sj.

Petang Selasa ari tu 26/5..setelah 17 tahun aku tak berpeluang utk bermain bolajaring, akhirnya aku telah diberi peluang oleh team Puteri Jana (pu3jana.blogspot.com) join diorang berlatih bersama. Terima kasih bebanyak kat korang coz sudi kasi akak join no!
Sebenarnya, lepas aku ngan abang abes jogging satu pusingan kat Kompleks Rakan Muda tu...aku ngan muka tak malunya lalu kat tepi gelanggang netball dan mintak nak join diorang, hehe. Diorang ngan baik hatinya menerima aku utk berlatih ngan diorang.

Alhamdulillah, aku masih tak lupa undang2 bermain netball ni. Skill pun masih ada la sket2. Cuma skang ni dh ada istilah2 baru dlm permainan yg aku tak tau.
Team Puteri Jana jugak mempelawa aku join latihan diorang setiap petang Sabtu dan Ahad. InsyaAllah, kalo ada kelapangan..memang aku takkan lepaskan peluang keemasan tu pasal aku mmg suka main netball.

Petang Rabu tu pulak aku menghadiri miting AJK PIBG SK King Edward vii (2). YDP PIBG, Mejar Zaid tak dpt menghadiri utk mempengerusikan majlis pasal dia pi kursus 3 bulan. Jd, NYDP PIBG, En. Mustafa telah mengambil alih peranan tersebut sehingga miting ditangguhkan. Pelbagai perkara diperbincang dan pelbagai perkara juga telah diterangkan oleh Guru Besar selaku penasihat PIBG sekolah.

Hari ni..aku ngan abang InsyaAllah, akan ke Pengkalan Hulu untuk amek along dari hostelnya. Along tu mesti tak sabar2 nak cuti dok umah dan bercerita macam2 ngan kitorang, hehe.

Kitorang pun ada tugas yg perlu dilaksanakan petang ni. Aku harap segalanya selamat dan berjalan ngan lancar. Amin.

Thursday, May 28, 2009

Rancangan TV apa yg paling aku suka tgk?

Aku kena TAG ke? Hehe..tak lah! Aku sendiri sesaje nk citer kat sini pasal mende ni.


Aku mmg rajin layan Oprah ni. Tapi kerap gak Hallmark Ch siarkan ulangan. Byk perkara kemanusiaan kita akan dpt di sini.

Paling aku suka ikut Oprah ni masa episod bersama Dr Oz Mehmet ni.


Hmm..dlm byk2 CSI, CSI:NY laa yg aku suka tgk. Yg paling aku nyampah..CSI MIAMI pasal pelakonnya terlalu byk kontrol cun, kontrol hensem..(mcm hensem!).
Dlm CSI:NY ni yg pernah kontrol cun dulu ialah aweks Mac Taylor yg keje Labs tu. Hmm, nasib baik skang watak dia dh takde. Dia konon2nya skang dok London ngan family dia, tak nak balik NY dah, huhu.
Selain dari tu..semua watak utama dlm citer ni aku suka.


Hmm..rancangan ni walaupun TERkadang terlalu menjijikkan..tp dengan menontonnya sekurang-kurangnya kita tau bagaimana setiap kerja kotor itu dilaksanakan. Yg penting pengacara si Mike ni mmg best..lucu, spontan dan bersahaja je muka dia mengendalikan rancangan ni.

Hmm..rancangan ni mmg nmpak mcm real tetapi sebenarnya diorang ada gak menyediakan jalan citer. Diorang dh selidik tempat2 diorang nk merentas tu, kn. Pastu..buat2 laa ternampak bangkai biri-biri baru 6 jam mati, tiba2 ada kayak bocor yg dh ditinggalkan, ekekek..
Walau camne pun..aku suka gak layan citer ni pasal ia menonjolkan keberanian dan keyakinan.

Hmm..yg ni pun aku suka nk ikut. Pengacaranya pun best laa. Lg pun..perjalanan rancangan ni setiap episod lancar aje. Takde laa sangkut2 mcm rancangan Jgn Lupa Lirik tu, terhegeh2. Rimas.


Hmm..yg ni walaupun takde laa nampak pebenda pun tapi cara dia menyiasat dan memburu hantu tu best. Barulah betul ngan tajuknya.
Yg M'sia punya..Pemburu Hantu tu? Aduhai, nk ngutuk lebih2 kang kata aku terlalu optimis pd rancangan luar tapi tu laa..kalo nk wat tu, wat laa betul2. Kalo dh penakut..takyah laa join rancangan tu. Kalo dh penakut..kat montaj di awal rancangan tu..tak yah laa tunjuk muka eksyen sgt. Montaj nampak mcm berani sgt..rupa2nya, hampeh!
Dah laa disiarkan jam 11 mlm..wat penat nunggu aje. Cara penyiasatan dan memburu pun..mmg ntah apa2 laa. Byk ngabeh masa tengok lakonan semula aje.
Hrp2 siri Pemburu Hantu akan dtg lebih menarik diterbitkan untuk disiarkan.

Wednesday, May 27, 2009

Jawab tag dari FIRSYA

Hmm..tul laa syakiela firsya.blogspot.com ni. Dia dh tau aku ni mmg kurengg sgt dlm jwb-menjawab tag ni..dia nk bagi jugak! Nakal betul mama Ashraf ni tau!

Hmm..sebab tak berapa sgt susah soalannya, aku jawab gak laa yek. Sori laa kalo tak berapa best, hehe..pasal anak2 aku tu sume dah bosa-bosa..tak kiut dah. Sume nk transform jd hensem dan jelita aje dah, kuikuikui! (ayat ngeri kalo sesape baca nih, ekkek)

Soalan & Jawapannya;

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy???
Alhamdulillah, 3 orang dah. Sulong dan no. 2 tu lelaki. Yg ke3 tu pempuan.

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak??
InsyaAllah..

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??
No.1; Muhammad Farisz Aizam
No.2; Muhammad Faizulhilmi Aizam

No.3; NurFarisya Balqisz


Maksud dlm Islam..mmg ada yg ada, mgkn ada yg takde..Ada sesape kat sini pakar dalam Bahasa ARABB..??

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??
Pilih sama2.

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??
Rujuk dlm buku Pilihan Nama2 Dlm Islam. Tapi semua anak2 ada urup f & z..pasal nama kitorang berdua pun ada urup tu, hehe..

Yang lelaki taruk Muhammad (yg Terpuji), InsyaAllah semoga beroleh sedikit keberkatan dari nama Nabi junjungan kita.
Yg pempuan taruk Nur..cahaya. Semoga beroleh cahaya hidayah Allah.


AIZAM kat belakang nama anak2 lelaki tu nama bapa suamiku merangkap bapa mertuaku. Bila dh diletakkan kat nama anak2..dh jadi nama diorang jugak laa..

6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri...

Jika ada rezeki..aku nak taruk nama yg ada Nur F.... Qaisara. Ntah nama aku minat nama Qaisara tu. Dlm buku tu tulis maksudnya permaisuri. Tu kalo anak pempuan laa. Anak lelaki..tak terpikir lagi, hehe.

7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy???

Perancangan? 2 lelaki..dan 2 pempuan. Ikut rezeki lah.

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda??

Yang sulung dan ke2 jaraknya 1 tahun setengah aje. Yg ke2 ngan yg ke3..tiga tahun 2 bulan gak laa.

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya??

Aku selalu berdoa nk anak pempuan lg sorang. Pasal skang ni tak belens. Sian akiss takde kawan, hehe. (Alasan skema, ekekek)

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda??

Byk gak sebenarnya diorang ni ngikut aku tapi kasi yg utama aje laa ek..hehe
Ngan anak sulung; Suka wat keje cepat2 tp tak suka cincai2. Dia lahir pun kat Bentong, Pahang..sama aku, hehe.
I/C dia ada kod negeri 06 sama cam aku.
Ngan anak no2; Mata kot..jenis mata redup, hehe. Kening dia pun ada mcm aku sebab masa baby dulu kening dilukis ngan minyak rambut BONBON nk bg lebat, hehe. Pastu cepat melenting..sama mcm aku.

Ngan yg No3; sejantina, hehe..dan pot pet..sama mcm aku!

11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger...

12. Nak tag??

Tak payah laa tag sesape dh. Selalunya..kalo tag sampai kat aku..dah tak pi ke mana laa dh tag tu, hehe.

Buat Syakiela..akak dah tunaikan tag hang tau! Tag award tu pulak..akak tak wat laa. Akak cuma amek award aje dan tepek kat tepi belah bawah tu, aci tak?? heheh..

Tuesday, May 26, 2009

Aktiviti anak muda..

Pagi Ahad ari tu seperti biasa aku ngan abang pi gym rakyat. Kat mana lagi kalo tak kat Kompleks Rakan Muda Kamunting, hehe..

Kebetulan pulak pg tu ada pertandingan wall climbing, basikal BMX dan inline skating bersebelahan aje ngan bangunan gym, hehe..
Aku pun apa lagi..lepas dh exercise kat gym..takkan nk lepaskan peluang tak tgk pulak, kn. Sempat gak laa snap2 gambar, hehe. Ngan kamera hp aje. Yg lain kat situ..siap kamera moncong panjang tu, kamera DSLR..hehe.

Seronok gak ek sesekali tengok acara 'orang muda' cam gini.
Tapi aku tengok sorang budak pempuan yg masuk acara wall climbing kategori women expert tu..tangan dia..mak aii..segala mak bapak urat timbul woo!
Nampak betul acara tu memerlukan kekuatan tangan, ish! Org kata tangan yg punya urat timbul ni org kuat kerja. Urat tangan aku tak timbul..maknanya aku tak kuat kerja??? Ohh..tidak..aku ni antara surirumah terkuat dlm dunia tau, ekekekek..

Hmm..kesemua acara ni utk peluang wakil negara tau. Wakil negara utk sukan extreme kat luar negara.



Hmm..aku nk citer byk pasal sukan budak2 muda ni pun aku tak reti. Yelah, aku bukannya tau istilah2 yg ada dlm sukan tersebut. Kang aku citer salah kang..buat gelak dek diorang aje..hehe..

Sapa yg malu? mereka dan keluarga mereka jugak, ekekekek..

Sunday, May 24, 2009

The Contender..

Jumaat ari tu jam 8.30 malam..pertandingan Tinju Peringkat 2 Div telah mula berlangsung di dewan utama Kompleks Rakan Muda Kamunting. Aku ngan abang masuk ke dlm dewan awal selepas hantar Akiss ke kelas taekwando di bangunan sebelah. Apalagi..amek tempat duduk paling depan laa best, kn? hehe..
Syok gak tengok tinju ni..first time tgk live ni, hehe. Tapi sebelum ni penah laa tengok Muay Thai @ tomoy. Lebih kurang mcm tinju laa sket2, kn. Tapi muay thai mcm best sket pasal diorang ada muzik tradisi jd lagu latar pertarungan, hehe..

Sebelum masuk gelanggang..coach masih sempat memberi kata2 azimat.

Dah masuk gelanggang pun..kata2 azimat masih sempat dibisikkan sebagai perangsang.

Betulkan 'helmet'..hehe..

Hmm..tak sangka rupanya dlm tinju ni..apabila ada kesalahan2 tertentu..pengadil akan memberikan isyarat seperti 'lambaian ratu cantik', gitu..wakaka..
Tapi dlm gambar di atas ni..contender telah melakukan kesalahan yg lain. Tu isyarat tangan pengadil ngan jari telunjuk tu, hehe..

Belakang tu..carta dan jadual perlawanan dan papan pungutan pingat.

Tengok diorang bertumbuk tu takde laa nampak mcm kuat sangat pun, yek. Tapi kuat rupanya..kalo idak..takkan laa contender berbaju merah tu matanya dah lebamm! Kalo yg kena tumbuk tang idung pulak..leh memancut darah kuar dari idung, huh!
Walaupun diorang dlm kategori yg sama tapi tengok laa saiz ketinggian diorang..sorang tinggi sorang rendah. Yang tinggi kelebihan dia pd tangannya yg lebih pjg..senang aje tangan tu nak sampai ke muka lawannya. Yang rendah pulak..kelebihannya senang nak menyorokkan diri pastu bedal tang mana2 lawannya yg tinggi tu utk dptkan point. Hmm..elok pulak contender yg tinggi dlm gambar di atas digelar 'PANJANG' oleh kawan2 yg juga penyokong2nya, hehe.
Hmm..tengok! Contender yg rendah tu yg telah diisytiharkan sebagai pemenang walaupun matanya dah lebamm, hehe..

Hmm..ni contender lain pulak yg nk masuk gelanggang.

Lawan..jgn tak lawan..belasah jgn tak belasah!

Aduhai..dah terjatuh laa pulak. Ni kes kasut licin laa ni..Kasut tinju ni nampak kiut aje. Macam kasut baby baru nak pandai jalan, hehe..
-------------------------------------------NOTA;
Pertarungan tinju ni akan berakhir 26hb Mei ni..jd sesape yg dok kat area Taiping berminat nak pi tengok, korang masih berpeluang untuk menontonnya. Masuk adalah percuma..

Saturday, May 23, 2009

Album Aksi kucing...

Ari ni aku taruk gambar aje yg banyaknye..Paling banyak gambar aksi kucing iaitu si Tomei. Sebenarnya dia bukan tido pn. Sebelum tu dia dok ikut aku sesaje shoot gambar kat laman umah tu..tapi bila aku halakan kamera ke dia..terus aje dia naik tempat lepak dia selalu tu..golek2, guling2..pastu wat2 tido, ekekek.
Bila aku dh snap satu2 gambar..dia bukak mata. Bila aku halakan kamera ke arah dia balik..dia wat2 tido balik..hehe..Tapi bila aku blahh ke luar pagar..dia pun turun dari situ, ikut aku keluar..Tomei..Tomei..











Gambar di bawah;
Ni gambar Nyu..kucing ke2 peliharaan kitorang. Kiranya anak sedara si Tomei ni laa. Comot ngan kurap lagi. Tak pi hantar cucuk kurap lagi kat klinik haiwan. Tgk laa Selasa ni camne, hehe. Ngan Tomei2 pun nak kena cucuk kurap pasal takut jangkit ngan si Nyu ni. Yelah..tido satu kandang..ekekek..Nak mintak ubat cacing sekali.

Gambar di bawah;
Ni pulak anak kucing Kak Nor, Simba namanya. Adik-beradik ngan Nyu gak. Kak Nor amek pelihara si Simba. Kitorang tak larat laa pulak nak bela kucing byk2 pasal nak pi mana2 jenjalan susah.

Gambar di bawah;
Ni gambar Angah ngan Akiss kat depan umah kitorang tu. Depan umah kitorang tu lombong. Tu yg tanah bertambak tu org dah beli 2 lot. Teruk gak laa tuan tanah tu nak tambak tanah lombong tu. Pasalnya lombong tu dlm gaks. Rasanya dah lebih 500 lori tanah dah.
Pastu dia beli 2 lot aje. Belen2 lombong ada lagi. Jd..dia kena tambak lebih dari lot tanah dia. Kalo idak..nanti tanah dia leh rebak dan mgkn marabahayakan umah dia kalo dia dah bina umah kat situ.
Angah ngan akiss ni..mcm ni laa. Masuk keluar parit! Langkah lompat parit..grrr...padan ngan Tomei ngan Simba tu pun sama..seronok sgt main kat kawasan camtu.







Last ni gambar salah seorang tuan kucing di atas..hehe..