Wednesday, March 30, 2011

Album; Sementelah mak nak 'terbang'...

Entry ni awal2 lagi aku namakan album. Mesti dh tau sbb apa, kan?? erm..sbb gambo2nyer berderet2. Aku nk bagi abeh kisah ni..sbb mak aku dh selamat pun pulang dari umrah ke tanahair tercinta ni pd 28hb Mac iaitu pada hari Isnin baru2 ni, hehe..

Ni gambar masa para jemaah diberi taklimat oleh staff Andalusia. Mak aku dh tentu berada di depan skali. Senang dan jelas nak dgr apa yg dorang terangkan. Maklum laa, dh laa pegi sorang..1st time pulak tu.

Ramai juga yg menghantar ahli keluarga masing2 ke sini.
Turut kelihatan..ramai jgk yg membawa anak2 dari seusia Balqisz menunaikan umrah.

Kitorang sekadar memandang sj. Tak kedengaran langsung apa yg disampaikan memandangkan kat situ hingar bingar dgn orang ramai dan pengumuman demi pengumuman yg diumumkan..

Selesai taklimat..mak terus ler ke arah kitorang..salam peluk cium dan bawa beg utk ke balai berlepas.

Mak sedang diperiksa.

Hehe..mak naik lif walaupun cuma setingkat. Sbb, masa mak lalu situ..pintu lif sdg terbuka.

Lambaian mak.
Kitorang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mak semasa menunaikan ibadah di sana nanti.

Masa ni aku terasa sebakkk jer..tp aku pujuk hati aku..

Mak dan kawan2 barunya.

Hard to say goodbye!!
Kat sini, masa dh tak nampak kelibat mak..aku ajak Fadel gi kat lorong ke Anjung Tinjau. Sbb kat situ leh nampak penumpang pesawat nak check in dan pemeriksaan imigresen.

Kat sini..lama gak tunggu. Tak nampak langsung kelibat mak. Kitorang ingat mak dh masuk.
Nampak ler pramugari pesawat mana ntah (gambar di atas) ni..hehe...Bertopi merah dan berselendang pulak, ngee..
Tp aku tgk ayah mcm tak mau berganjak. Nampak ayah sgt yakin mak masih tak lalu lagi.
Aku pun masih sabar menunggu dgn harapan mak masih lom masuk situ lagi, huhu..

Yes..dh nampak sket kain mak sedang melangkah (gambar atas).

Yes!! berkat kesabaran.
Masa ni mak tak perasan pun kitorang kat atas sdg melambai2 tangan..

Sampai laa kawan mak yg lain terperasan dan kitorang tunjuk2 ke arah mak. Barulah kwn mak tu kasitau kitorang kat atas ni tgh lamba2 mak. Barulah mak nampak kitorang, hehe..seronok!!

Disebabkan kitorang masih kat atas..mak masih lagi mendongak utk lambai2 kitorang.
Sebenarnya, kat situ..bkn kitorang je yg buat cenggitu. Ada gak 2-3 family yg lain join aktiviti yg sama, kahhh..

Dah tak nampak mak kat situ...kitorang terutama ayah cepat je ke cermin sebelah sana, haha.
Ye..mak mcm dh tau kitorang kat situ lak...mak pandang atas dan terus lambai2 lagi..

Tak abes kat situ..ayah ajak lak gi anjung tinjau. Ayah kata awal lagi, kehkeh..

Kat situ..kitorang pun tgk ler apa yg kitorang nampak.
Bas shuttle ulang-alik, lori catering ulang-alik, lori minyak kpl terbang ulang alik, lori tangga kapal terbang ulang alik..huhu..
Tren tak beroperasi lagi. Rosak lagi laa tu. Fadel kata..masa dia balik semenanjung awal Januari 2011 ari tu dh rosak tren tu.

Mak terbang ke Bahrain bkn ngan pesawat MAS..

Bkn gak ngan peswat SriLankan ni..

Tapi ngan Gulf Air....
Kelihatan satu persatu pesawat masuk situ nak amek penumpang.

Kat anjung tinjau tu..lama gak kitorang lepak sambil berborak tentang kapal terbang, hahaha..

Ye...tu Gulf Air sedang menanti giliran utk berlepas.
Sepanjang satu jam kat situ..ternyata la..traffik KLIA ni sgt sebok. Tak berhenti2 kapal terbang menunggu giliran nak terbang.

Antaranya..pesawat Uzbeskistan ni..

Singapore Airlines..
AirAsia (tu dh tentulah..hehe. Asik2 diaaa je nak berlepas, kuikui)
Pesawat SriLankan...dan lain2 lagi ler..

Hmm..akhirnya..Gulf Air ke Bahrain selamat berlepas dgn jayanya, Alhamdulillah.
Kitorang pun menuju ke destinasi yg dirancang.

Nota;
-Masa ayah gi umrah dulu...aku tak berkesempatan pun nk gi hantar ke KLIA sbb ayah gi masa cucu2nya tgh bersekolah..erm..
-Aku dh 3 kali gak ler jejak kaki ke KLIA ni..tp tak penah ler lagi merasa check in kat sini..
(citer psl aku laa..)
-Penah naik kapal terbang MAS tp kat airport Bayan Lepas dan Langkawi aje..kuikui..
-Penah naik kapal terbang Air Asia..tp check in kat LCCT wlpn menggunakan lane yg sama...
-Semoga ada rezeki lagi nak naik kapal terbang...

Tuesday, March 29, 2011

Jumpa jiran sekebun...

Rehat jap citer mak gi umrah. Hari ni aku nk citer dulu psl aku gi jumpa jiran kebun aku yg merupakan suami isteri..iaitu Nor Azian dan Pak Tam.

Aku jumpa dorang masa aku menghadirkan diri ke reunion SMVTAA batch 91/92 hari tu. Erm..nanti aku citer pasal reunion tu. Skang tgh sebok..sebok..aduii..

Al-kisah...camne aku leh kenai dorang??
Aku mmg tak kenai pun Nor Azian dan Pak Tam sblm2 ni. Leh kenai pun dari rakan blogger Jaja yg juga merupakan salah sorang fren fesbuk aku merangkap jiran farmville, hehe.
Dari game farmville ni...aku leh kenal lak Nor Azian yg merupakan kakak kepada Jaja dan Pak Tam yg merupakan abg ipar Jaja, ngeh2. Dorang berdua ni duduk di PD. Jaja pulak kat Batu Pahat.

Masa aku konfem dpt menghadirkan diri ke reunion skolah di PD..aku pun plan ler ngan Nor Azian kot2 ada rezeki nak jumpa2 kat PD nanti, hehe..

Alhamdulillah...dpt jgk berjumpa. Tp Nor Azian kena ler datang ke tempat penginapan aku..sbb aku mmg takde masa betui nak gi kuar.
Mujur ler Azian keje shif petang (unit ICU Hospital PD)...dan Pak Tam pun tak kena panggil keje pagi hari Ahad tu.
Hmm..nampaknya aku jumpa Elisya (dotter Azian dan Pak Tam) terlebih dulu dari Nureen (dotter Jaja dan Therock)...hehe..

Terima kasih sudi jumpa dan jengok akak, ye.
Semoga..persahabatan ni berpanjangan..InsyaAllah.

Friday, March 25, 2011

Mak tunai umrah

Masih di pagi Selasa 15hb Mac 2011

Hmm..mmg betul...kitorang seisi keluarga gi KLIA sbb nak hantar mak naik kapey terobang gi menunaikan umrah. Tp mak gi sorang je..sbb ayah dh penah sekali menunaikan umrah bbrp tahun lepas. Kali ni mak pulak dengan izin ayah.

InsyaAllah...jika dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, kesihatan yg baik..mak ngan ayah rancang nak menunaikan ibadah Haji bersama2 nanti.

Mak aku gi ngan kumpulan dari Andalusia Travel & Tours.

Dayah tgh tekun menulis nama mak besar2 kat beg..(hehe)..utk menyenangkan mak nanti.

Ni selepas mak dh serahkan beg besarnya kat staff agensi. Tinggal beg kecik ni aje laa utk dibawa masuk sekali dlm kabin.

Akiss tekun menolak troli..padahal bkn ada barang lain dh..huhu...tinggal beg kecik beroda tu aje. Baik tarik terus beg tu, Akissss ooi!!

Masa kat sini...ntah brp kali aku gi tandas. Aduii..sejuk ler. Rasa nak buang air kecikkkk je..huhu..

Along tgk jadual penerbangan..hehe..
Penerbangan mak kul 10.35 pagi. Dari KLIA - Bahrain.
Dok kat sana 4 jam baru flight ke Jeddah pulak.

Bergambar beramai2 terlebih dulu sebelum staf dari Andalusia datang kat area situ utk bagi taklimat. (psst; tgk ler gaya angah tu, haha..)

Mak sempat berurut kat kusi ni..hehe..

Abang pun sekali...

Yang pakai tudung tu...kawan baru mak. Dia pun antara yg gi umrah single dlm grup ni.

Hmm..apa laa lagi tu?? hehe...

**sambung...

Thursday, March 24, 2011

Pagi-pagi ke KLIA

Wahh...baca tajuk dh macam baca pantun baris pertama jer..hhe

Pagi2 ke KLIA,
Singgah sebentar di Hentian Sebelah Nilai,
Wat pe gi KLIA??,
Ermm..Ada ler haiiii...(**hal**....hehe..boleh cenggitu??).

Awal pagi dh bangun. Mmg problem sket ler nak bangun tatkala jam cenggini..sbb rasanya baru je tido..dhhh kena bangun, hehe..
Kul 5.40 cenggitu dh mula bergerakkk. Naik satu kete jer..guna avanza sbb bonet (eh..bonet ke?? hehe..) sebab bonet avanza leh muat beg tarik saiz besar dan beg kecik mak.
Kalo alza....mmm, konfem tak boleh. Aku dh citer dh kat sini dulu, kan..ngee..
Jadi, leh ler berhimpit2 dok dlm avanza tu nk menuju ke KLIA, senang naik satu kete aje...hehe..

Singgah kat Hentian Sebelah Nilai.

Jam 7 lebih dh sampai KLIA.

Hmm..turun dari kenderaan..ayah membaca doa selamat terlebih dahulu. Kami semua mengaminkannya.

Maka..riang ria ler kitorang masuk ke dalam..

Menunggu jam 7.30 pg. Dah nampak beberapa kelibat insan2 yg turut mempunyai tujuan seperti mak....sama ada dari kumpulan/agensi yg sama ataupun dari agensi yg lain.

Sementara menunggu tu..abang tak lepaskan peluang bawa kamera dia cari shot. Akiss sorang je yg ikut.

Along ngan angah dok kat sini. Mcm takde tempat menarik yg lain dorang nak search kat dlm Malaysia ni..huh!!

**Sambung lagi.....