Tuesday, November 30, 2010

Tak mengapa..

Aku byk nak citer..tp aku takde masa nak simpan citer ni. Tak kisah ler sama ada ianya dibaca atau pun tidak.
Maklum ler..skang ni dh terlalu ramai menceburi penulisan blog dan menjadi seorang blogger ni. Setiap blog terutama yg popular..dh terlalu ramai follower. Jd, aku yg tak popular dan tak masuk carta lemak berkrim ni tak kecik hati laa kalo ada yg tak berkesempatan nak lawat blog aku sbb aku faham.
Aku pun..skang ni..masuk blog kawan2 tak sempat nak kasi komen pun..tak sempat nak tinggal jejak.

Ari tu..masa umah takde line internet 6h5m...aku singgah kat ofis abg aku ni ler nompang online..dlm sejam je kot, hehe.
Tu pun sebab keluar awal sebelum menunaikan janji orang, hehe.
Sekali pandang..mcm aku dh keje kat ofis lak. Pdhal pinjam ofis org..huhu. Cenggitu ler keadaan ofis Scada Department, pejabat org lelaki...huhu..

Monday, November 29, 2010

Aku sedang bekerja....

Sejak 14hb hari tu..aku dh mula sebok ngan keje ni. Tp bkn aku sorang..ngan abg sekali ler. Kitorang keje dlm 1 team...saling bekerjasama. Tambah2 jika pengantin pempuan dh bgtau awal2 yg bapa dia tak benarkan lelaki masuk ke kamar pengantin. Bermakna..aku kena handle sorang2 kat dlm...dan abg akan cover majlis kat luar.
Kalau takde apa2 pantang...sememangnya abg yg akan memegang kamera utama. Aku sekadar pembantu menggunakan kamera kedua.
Job kitorang ni takde ler lebat mcm photog2 yg dh otai....biasa2 aje laa.
Skang sebok lak memilih gambo dan sesi suntingan sblm dihantar utk cetakan..(amboi, guna perkataan BM ni, hehe).

Keje sambilan yg kitorang ceburi secara serius sejak Mei 2009 ni..Alhamdulillah, boleh laa jugak sedikit sebanyak menampung perbelanjaan sekeluarga walaupun selalunya permintaan yg kitorang dpt pun ketika musim cuti sekolah aje.
Tak kisah lah jika ada yg mengatakan ianya pendapatan ikut musim tetapi sekurang2nya...ianya boleh laa nak cover2 di saat memerlukan seperti:-
1)-perbelanjaan persekolahan anak akan dtg ni terutamanya Along yg bakal memasuki Ting. 3 dan bakal menduduki PMR 2011 (adeii...dh sampai pun surat dari maktab yg mengandungi yuran2 serta pelbagai perbelanjaan yg perlu dibayar 02/01/2011 nanti. Walupun tgk list nya leh bikin penin tp sekurang2nya takde ler sampai migrain dan gugur rambut sampai botak licin, huhu)
2)-renew roadtax/insurans Alza pd Feb 2011 nanti, hehe..

Alhamdulillah, apa yg kitorang dpt ni adalah rezeki anak2 juga. Berkat doa kedua2 ibubapa dan tak lupa doa dari anak2 bulu dua ekor tu..ngee..

Gambar di atas ni adalah gambar kandid dari pengantin lelaki 21hb hari tu, huhu.
Al-kisah si pengantin lelaki ni baru je beli Nikon D5000, hehe..

Gambar ni dia sendiri yg edit dan kemudian tag aku ngan abg kat fesbuk...ngee..


Sempat lagi Adam tanya psl penggunaan ISO kat abg. Tu ler D5000 milik Adam si pengantin lelaki..hehe.

Adam dan Arey. Semoga kalian berbahagia dunia dan akhirat.
psst; yg gambar paling atas tu...pasangannya org lain, ye..hehe..

Erm..tak sempat nak masukkan citer raya AidilAdha hari tu lagi. Tp takpe ler..ada masa nanti..ada ler kat sini, ngee..

Friday, November 26, 2010

Menggetarrrr jiwa..huhu..

Sungguh menggetar jiwa...sangat teruja bila dapat surat dari posmen Pos Laju pd Selasa 23hb hari tu, hehe..
Tak sangka pulak rupa2nya van pos laju berhenti kat dpn umah aku tu nak serahkan surat ni.


Erm..ni laa isi di dalamnya.
Erm...citer panjangnya nanti2lah aku citer, ek..ngee..

Thursday, November 25, 2010

Sadam & Elyana

Aku taruk citer ni kat sini...bkn lah sbb aku peminat Elyana ni. Tp takde ler pulak aku tak suka kat dia, huhu. Jgn salah paham tu..cuma bkn peminat aje, ngee..

Aku taruk gambar2 dorang yg aku amek dari Kosmo Online bbrp hari lepas ni sbb aku nak citer ler yg pengantin lelaki ni dulu penah ler satu sekolah ngan aku, satu batch 91/92 kat SMVTAA, Bentong. Cuma, kos aku ni kos khusus utk org pempuan iaitu PPJ (Pengurusan Pejabat). Suami Elyana ni kursus BB (Binaan Bangunan).

Kat sekolah, gelaran dia Sadam. Tp dia mmg sgt low profile di kalangan pelajar2 pempuan. Mgkn sebab dia tak dok hostel...dia dok luar. Berulang-alik ke sekolah dari umah dia kat Lentang. Kiranya, tak penah ler dgr dia ni ada awek kat sekolah dulu, hehe.

Tup2..dgr citer dia bertunang ngan Elyana. Dh jadi tokey restoran makanan Jepun pun, kan..
Erm, skang dh pun kawen. Ngan artis lak tu, hehe.
Selamat Pengantin Baru laa ye utk Khairul Anuar dan Elyana. Semoga jodoh kekal berpanjangan.

Dazila kasitau kat aku...minggu ni majlis sebelah lelaki bakal diadakan kat Balai Bomba Mentakab. Dia dpt info dari abg dia laa si Dzarpan tu sbb Dzarpan best fren ngan Sadam, hehe. Maklum laa..dorang ni dulu penah jd jiran quarters Jabatan Hutan Lentang dan sekampung lak kat Temerloh tu, hehe..

Tahniah utk pengantin baru...semua pengantin yg baru melangsungkan perkahwinan dan juga yg bakal melangsungkan sepanjang cuti sekolah ujung tahun ni, hehe..

Wednesday, November 24, 2010

Terminal Makanan Negara

Sementelah dh abes lawatan ke Kellie's Castle..kitorang pun konon2 nak gi ke Papan..hehe. Abg tu ler konon2 nak cari bangunan kedai lama, nak shoot gambar...huhu..
OTW nak menghala ke bandar Ipoh tu..ada ler yg menarik perhatian kitorang ni. Tu yg leh masuk ke sini pulak di atas alasan ingin tahu, hahaha..

TEMAN dari singkatan Terminal Makanan Negara. Apa ye ada kat dlm tu??

Telah dibuka pada 2 Ogos 2010. Beroperasi dari jam 2am sehingga 6pm.
Tgk dari luar..mmg bangunan dan kawasan ni mcm best aje. Kalo ada festival makanan ke apa...mesti best. Erm..itu laa yg terbayang di minda aku, hehe..

Tertanya2 gak..apa yg ada kat dalam kawasan ni?? Aku mmg tak tau pun TEMAN ni ada wujud rupa2nya, kahh..
Bila masuk ke dalam...semua sepiiiii aje.
Kawasan mcm pasar borong...bahagian ayam ada satu blok, bahagian daging, bahagian ikannn..semua mempunyai blok masing2.
Ada jugak blok ikan perhiasan...
Dan deretan gerai2 sayur-sayuran dan buah2-an yg kebanyakannya tuan punya gerai beralamatkan Cameron Highlands.
Tapi......semuanya tutup. Bahagian ikan, ayam tu mmg laa diberitahu operasinya tutup awal. Tp bahagian2 lain pun...kenapa tutup?? takde peniaga ke?? Padahal, kitorang gi kul 2.30 pm...bkn 6.30pm???
Aku pun tak tau status TEMAN ni...sukses ke...atau mmg cenggini lah???
Kalo cenggini dh 4bulan dibuka...erm, mgkn boleh dikatakan projek gajah putih aje la. Tp kalo happening di waktu pagi...bagus lah!! Cuma kitorang lah yg takde rezeki nak tgk kerancakan pengoperasian TEMAN pd hari tu, hehe..

Tuesday, November 23, 2010

Mari Melawat Kellie's Castle - Last

Alhamdulillah, line streamyx dan telefon umah dh ada semula petang td. Cuma skang ni..kalo musim ujan lebat je..kitorang kat umah ni mula ler suspens aje..huhu. Al-maklum ler, wayar kabel ni..si pencuri2 tu kait dan kerat..lokasinya kat depan umah jiran kitorang lorong belah sana tu aje. Ari tu dorang buat keje time ujan lebat menggila...org sume dok dlm umah tak perasan apa pun, hmm..
Kalo cuaca elok pulak..dorang gi kait wayar kabel TM kat semak2 dekat poliklinik Kamunting tu, chiss!! Sungguh kuang ajor!!

Ok lah..sambung lah balik lawatan ke Kellie's Castle ni. Aku taruk byk2 gambar ni bkn apa. Utk tatapan mereka2 yg tak penah sampai lagi. Tp, kekadang...yg penah sampai pun..tak sampai pun ke bumbung atas tu, kan?? hehe..

Ni kitorang dh nak balik ler. Tp tetiba pulak rasa nak gi lawat belah sini pulak.

Ada ler satu jambatan lama ni. Dorang guna utk laluan kenderaan ler..tp nampaknya mcm dh lama jugak ler tak digunakan..

Bergambar kenangan kat tangga sebelah sini..iaitu tangga bahagian hadapan istana yg sebenarnya. Sbb, kat tepi tu ada bilik kawalan pengawal, huhu..

Aku ngan abang nak gak bergambar kenangan kat sini, hehe..

Akiss ngan maklongnya sedang berehat sementara kitorang sebok berposing, kahh..

Angah ni mmg ler suka sgt bergambar pelik2 cenggini, erm..

Hmm..tgk ler budak2 rombongan sekolah menengah tu. Berdiri tepi2 sangat sampaikan pihak pengurusan terpaksa menggunakan speaker utk menegur perbuatan dorang tu. Bkn pe..utk keselamatan budak2 tu gak...

Sempat bergambar lagi kat laluan jambatan ni, ngee..

Baru nak tgk info2 kat papan kenyataan tu. Rugi kalo tak tgk tau!! Mcm2 info ada kat situ.

Antaranya..gambar lukisan keadaan Kellie's Castle masa 1974 dulu. Erm..mmg misteri sungguh di tengah2 hutan belukar tu, hmm.

Ada gak gambar cicit William Kellie Smith ni. Penah dtg melawat istana moyangnya ni pada 28/11/2007. Cicit yg bernama Allistar ni lahir tahun 1980...sama baya adik aku ler, ngee.

Ni ler antara org kuat pengurusan Kellies Castle skang ni. Beliau ler yg byk memberi info tambahan yg sangat menarik utk disimpan sebagai pengetahuan, hehe.

Erm..kat situ gak ada ler sebuah gerai makanan dan minuman tu. Tp cuma ada minuman aje..makanan takde. Ait..pdhal hari tu hari Sabtu..mesti ler ramai yg dtg berkunjung. Bolehkan dia tak buat apa2 waima laksa ke, mee kari ke...bihun sup ke...kan??
Kak Nor komplen ler kat En. Tajuddin ni...huhu...dgn sepantas kilat je dia gi gerai tu. Nasib laa, tokey gerai tu kena tegur...huhu..

Pastu, kitorang terus kan perjalanan ke tempat lain pulak, huhu..

Sunday, November 21, 2010

Mari Melawat Kellie's Castle - Part 2

Baru laa dpt nak sambung semula setelah cuti beraya AidilAdha.
Elok2 aku dh tak brp nak sebok...line streamyx dan telipon lak wat hal. Wayar kabel kat kawasan kejiranan umah aku kena curik lagi, aduhai. Mmg dah tau..tiap2 bulan mesti akan ada sekali kejadian cenggini berlaku. Dah mmg kawasan hotspot, redspot..kuikui.

Ni pun menumpang online kat ofis abang, kahhh.
Sambung tgk album lawatan kitorang ke Kellie's Castle.

Mmg semua ni jenis berani2 belaka naik kat tempat tinggi. Dok kat tepi2 tu pun tak gayat kecuali Along, huhu.

Ni pemandangan kat jambatan di bawah nunn..Seorang bapa sedang mengambil gambar anaknya, hehe.

Kembali semula kat atas. Yeargh!! abang pun dh naik kat situ utk beraksi ekstrem kasi ketaq kaki, kuikui...

Ni pengantin lain lak shooting.

Kitorang dh tunggu kat bawah dh. Angah ngan abang je yg masih tak turun2. Seronok betul meneroka kat atas tu, huhu.

Bergambar kat sini dgn mcm2 aksi dari budak2 tiga orang tu, huhu.

Erm..entry aku kali ni mmg teruk sikit ngan susunan gambarnya sbb aku guna IE. Kalo guna OPERA lagi teruk (sbb tu aku suka guna firefox utk wat blog). Aku ni tgh guna pc dan line internet kat ofis abang. Jd, guna je ler apa yg ada. Nak kejar masa lak tu psl ada job photog kat area2 sini gak. Jgn banyak songeh, hehe. Mgkn aku akan betulkan balik bila line streamyx kat umah aku dh ok semula nanti.

Monday, November 15, 2010

Mari melawat Kellie's Castle - Part 1

Album Part 1
Cerita bergambar
Sabtu hari tu (13/11) kitorang gi amek Yui di UiTM Seri Iskandar. Ngangkut segala brg2 sekali. Al-maklum, dorang dh abes exam utk cuti sem sampai ujung Disember nanti.

Di kesempatan itu..sementelah Along pun ada sekali, kitorang pun gi ler melawat Kellie's Castle kat Batu Gajah ni. Dekat jer rupa2nya dari Seri Iskandar, huhu.
Ini adalah pengalaman pertama aku ngan anak2 ke sini.
Kak Nor, Yui dan abang dh 2x laa jejak kaki ke sini, erm.
Aku mmg suka bwk anak2 gi tempat2 bersejarah cenggini. Tanamkan minat dorang dan ilmu pengetahuan pada sejarah negara sendiri.

Disebabkan MakDaraTerdiva (MDT) penah memberi komen di Cintamaniszlite ni utk bergambar kawen kat Kellie's Castle ni..maka aku pun amek kesempatan shooting kat sini terlebih dulu, kahhhh..

Akhirnya, kitorang pun merentas masa ke zaman kegemilangan getah suatu waktu dahulu...zass..
Nak masuk sini dikenakan tiket RM4 utk dewasa & kanak2 RM3.
Nak beli aiskrim ke...air ke...beli laa sebelum masuk tu. Bkn pe, mana yg stamina kureng tu..buat rugi jer kalo dh letih takmau naik menjelajah sampai ke bumbung castle, erm..Mmg merugikan!! Kalo dh gi sana...naik ler sampai ke atas. Bg yg gayat...jgn ler naik kalo semangat tak kuat. Bimbang pulak terjatuh tak pasal2 kalo takde yg mengawasinya.
Gambar di atas; kitorang sdg menikmati aiskrim terlebih dahulu kat pondok tersebut, hehe..

Bergambar kat sini mmg best. Cantik je pemandangannya.
Mcm luar negara pun ada ler sket, hehe..

Erm...Pokok Beruang ni dinamakan sempena bentuk seekor beruang sedang melekat kat batang pokok tu. Ditemui mula2 oleh Zulkifli Ismail iaitu pelakon siri Gerak Khas tu.

Kalo nak tgk pokok yg mempunyai batang berbentuk seekor beruang ni secara 'live'...baik ler gi skang. Sbb, menurut pihak pengurusan kawasan ni...pokok ni mmg dh tak boleh nak dijaga dh. Masa mula2 ditemui pun...separuh daripada batangnya dh dimakan anai2. Kulitnya pun dh terkopek dh sket demi sket..

Abg yg soh aku ngan Yui berposing kat tingkap yg dh berusia ni. Erm...menarik jugak, heheh!!

Kak Nor ni..abg nak amek gambo dia..dia gi lambai2 lak, hehe. Dh tak nampak sgt muka tu.
Erm, kak nor ni bkn apa...masih teruja lagi laa tu walaupun dh penah mai sini 6 bln dulu dh, huhu.

Gi sini, byk info yg kita leh baca di beberapa info yg dorang lekatkan di dinding bangunan.

Telah banyak diperkatakan bahawa di koridor ini roh William Kellies Smith masih berlegar-legar.
Itulah yg tertulis di dlm gambar di atas.
Koridor yg dimaksudkan tu...koridor tempat kak Nor berdiri dlm gambar di atas tu lah, hehe.
Koridor yg sama kat belakang Akiss dan Yui bergambar di bawah, ngeh2.

Akiss dan Yui bergambar di sisi Castle yg unik dan misteriii.

Abang pulak..sdg berada di bangunan yg dulu merupakan rumah Smith (Kellie's Smith) yg dinamakan Kellie's House.
Rumah ni ler rumah asal dorang. Konon2 bila istana dh siap nanti..nak pindah dok situ lak la..

Along dan Angah bergambar di sebahagian Kellie's House.

Seronok betul berposing kat bangunan ni, hahaha..

Gambar2 di bawah; ketika kitorang berada di tingkat dua bangunan. Sebenarnya ada jugak bawah tanah. Ada tangga menuju ke bawah. Tp tak tau laa pulak kat bawah tu ada berapa tingkat. Dh try masuk tp gelap sgt. Lampu dari torchlight hp pun tak cukup terang utk explore, heheh.

Aku ngan Along berdiri kat situ sebenarnya sdg membaca info penoh tentang sejarah penuh Kellie's Smith ni.

Kat dlm bangunan agam ni...mcm2 ruang yg ada. Ada ruang utk bar (seperti gambar di atas), ada ruang utk taruk cadar, selimut, sarung bantal..haha..
Ada bilik khas utk anak pempuan dia. Dlm bilik tu ada pulak tempat wardrobe nya dan mcm2 lagi laa. Istana laa katakan...erm..

Dari koridor tu...ada pengantin wat shooting. Sepanjang kitorang ada kat situ..ada ler 2-3 kapel wat gambar kawen. Semuanya cina.

Alamak!! pengantin lelaki nampak ler pulak dorang dikandid!!! hehe..
Mesti dia malu sbb kitorang tgk aksi dia lompat cenggitu...gaya lompatan yg tak berapa cantik, kahhh!!

HELEN ANAK PEREMPUAN KELLIE SMITH PERNAH DILIHAT MENJELMA BEBERAPA SAAT DI PINTU INI OLEH PENGUNJUNG KE ISTANA INI. APA YG MEREKA LIHAT ADALAH HELEN MEMAKAI BLOUSE BERWARNA PUTIH, BERAMBUT KERINTING DAN BERUMUR LINGKUNGAN 6 TAHUN.
Itulah yg tertulis di info dalam gambar di atas.

Tangga yg berada di dalam senibina istana kemas dan cantik. Kalau sempat laa siap istana ni, uii...mesti sangat gah.

Ni kitorang berada di atas bumbung terbuka istana. Sesapa yg gayat...dinasihatkan jgn ler naik. Kalo teringin nak naik...pastikan ada seseorang yg berani bersama anda!!!

Kalo sedang kilat petir pun..dinasihatkan jangan ler naik..mmg bahaye!!

Tetapi pengalaman berada di atas ni mmg seronok. Tgk ler Yui ni...hepi jer kan!!!

Eh, abg sedang berlari2 nak ke mana tu??..jawapannya, kena tunggu album part 2.
Eh?? ada ke yg nak tunggu ni, ngee..

Yeargh!! aksi angah terjatuh..kuss smangat!!

Akiss datang cuba menyelamatkan, hehe..(abang sedang buat drama aksi!!)

Disebabkan pengalaman tersebut..maka angah pun cuba bertapa kat atas bumbung tersebut serta belajar mempertingkatkan lagi kuasa dan daya kekentalan tubuh badan, ngee..

Dah abes bertapa...sempat berposing kat tangga bumbung.
Info; Lubang kecik yg ada kat tepi tangga tu lah terdapatnya ruang kosong utk lif istana ni. Gambar ruang kosong tu ada kat bawah ni.

Lubang ni adalah frame utk dorang letak lif mengikut perancangannya.
Tp tak sempat nak taruk. Kalo sempat, ia merupakan lif yg pertama di Malaya, erm..
Mengintai lubang ni, aduhaii...gayatnyer. Sayuppp jer terus nampak ke bawahh. Bg yg lemah semangat..jgn ler tengok. Mau korang terhuyung-hayang terketaq kaki kat atas tu, huhu.

Argh!! Angah kat tangga lagi..
Mmg dia je yg tinggal kat atas tu. Jd, dia ler yg abg soh jd model, kahhh..

Sambung....