Wednesday, October 13, 2010

Oh, ayahku...

Hari ni nak citer pasal ayah.
Semua gambar dlm entry kali ni adalah gambar yg diambil menggunakan kamera hp ayah.
Gambar2 ni antara yg ayah penah mms kat aku dan mgkn kat Fadel gak, hehe..(dah dok jaoh2 ni, cenggini ler antara caranya nak kongsi cerita anak-beranak, ye tak?? hehe..
Mujur ler ada teknologi).


Mula2 kisah ayah masuk sokabar, huhu; (1)
Eh, ayah ke ni?? ngee..

Ini adalah keratan dari akhbar Sinar Harian versi Pahang.
Panas lagi ni, hari ni punya...huhu..
Perkara berkaitan ni terjadinya minggu lepas. Tp baru hari ni disiarkan ceritanya oleh akhbar tersebut.

Ceritanya cenggini;
Minggu lepas.......
Ayah tiba2 je dpt surat saman dari polis trafik Ampang. Mengatakan ayah aku ni kena saman sbb menurutnya kete berplat CAQ milik ayah tu menghalang lalu lintas di Jln Ulu Klang/Ampang pd 30hb Ogos 2010.
P
adahal, kereta tu kereta lama. Susah bebeno ler nak sampai ke KoLumpo tu, huhu. Dah tua dh kete tu.
Dh berusia jenis proton saga tahun 80'an dulu, huhu.
Kete ni ayah selalu bawak gi kebun dia dan sekitar Bentong - Raub aje.
Kalo ayah nak gi KL pun...ayah akan bawak Myvi yg berpendaftaran CCC tu.
Namun sememangnya pd tarikh 30hb Ogos tu ayah aku ni takde laa pulak gi ke KL tu punnn... dan kereta CAQ tu jugak takde nya gi keluar sampai ke KL tu.

Walaupun saman yg dikenakan mmg ler tak byk, cuma RM30 aje tetapi, apa yg ayah geramm sgt..
detail pasal kereta tu takde. Cuma dinyatakan no. plat aje. Sepatutnya, yg menulis saman tu kena tulis sekali..kenderaan jenis apa, kaler apa?? Mcm surat saman parking kat Taiping ni. Lengkap ngan 3 perkara tu....kuat ler sket data2 nak menyaman org.
Ni polis yg jenis tau nya nak menyamannnn je...tp tak tulis betul2, huh!!

Bkn pe..kat sini ada 2 kemungkinan..sama ada polis yg menulis saman ni rabun tersalah tulis plat nombor tu. Kalo dia tersalah tulis satu huruf atau satu nombor pun jadi laa.. Ia akan menjadikan pemilik kereta yg disaman itu tersasarrrrr ke pemilik kereta yg tidak bersalah mcm ayah aku ni. Huh, tak pasal2 aje!!

Maka, ayah pun kol balai polis Ampang dan komplen bla2bla2bla2...

Disebabkan
Sinar Harian - Suara Cakna Komunit Anda dh diwujudkan kat M'sia ni..maka citer ni menarik perhatian dorang utk siarkan.
Yelah...risau gak dgn kemungkinan yg kedua ni. Kot2 ada org lain guna plat ayah aku ni sbg plat palsu kat kenderaannya. Apa2 hal yg berkaitan jenayah...tak pasal2 aje, kan?? Skang ni mcm2 leh berlaku.
Sbg langkah berjaga..ayah mmg kena ler komplen kat balai polis berkenaan..dan artikel yg disiarkan oleh Sinar Harian ni pun nanti leh jadi bukti, hehe...



Ayah aku masuk sokabar lagi; (2)
Ayah aku yg segak berbaju melayu kaler Oren tu, hihi..

Owh..tak pasal2 ada ayah aku dlm sokabar cina ni
(disiarkan awal Oktober 2010 hari tu), hehe. Kira baru gak ler,kan..hehe.
Masa ni komuniti Taman Desa Damai (termasuk KRT & RELA) mengadakan Jamuan Raya. Ahli Parlimen Bentong (Menteri Kesihatan M'sia) dan Adun Lurah Bilut turut hadir.
Tu ler pasal reporter sokabar ni leh ada kat sini jgk utk wat liputan, huhu. Ayah aku ni kiranya orang kuat gak ler KRT & RELA kat situ, heheh.


Lagi citer ayah masuk sokabar Sinar Harian; (3)
Ayah aku yg segak beruniform RELA (ijau tua) kat tepiiii sekali tu.

Masih di akhbar Sinar Harian. Artikel ni lak dh lama sket ler tersiarnya. Ketika bulan Jun 2010 hari tu.
Masa ni RELA ada buat Hari Penganugerahan kat dewan Taman Desa Damai. Ayah aku kat perumahan tu selaku Ketua Platon RELA. Tu yg turut ada kat pentas utama tu, hehe. Tengah nyanyi lagu patriotik beramai2 kot?? huhu..


Owh ni dh citer lain;

Gambar ni ayah mms aku masa ayah ngan mak ikut rombongan KRT Tmn Desa Damai Utara ke Langkawi ujung Julai 2010 hari tu. Kiranya, lepas aje mak tolong snap kan gambar ayah ni guna kamera hp ayah tu...terus je ayah mms kat aku, ngee. Itu perkara biasa kitorang, hehe..

Gambar ni sebenarnya biasa2 aje ler. Berlatarbelakangkan makam Mahsuri. Tetapi rupa2nya, ada yg misteri terdapat dlm gambar ni, hehe. Ada ler yg terer dlm bab2 ni yg terperasan dan kongsikan ngan ayah (ayah pun ada mms gambar ni kat mereka2 ni selain mms gambar yg sama kat aku). Bila gambar ni dh dimasukkan dlm pc..lg jelas ler nampak 3 perkara misteri tersebut, ngee..
Hmm..aku tak dpt ler nak kongsikan perkara ni kat sini. Kang ada lak yg kata..huh!! takde ler misteri punnnn, hahahaha..

PERKAHWINAN UDIN sepupu aku;
Align CenterUdin ni salah sorang sepupu aku di sebelah ayah. Anak paklang Jama. Kawen ngan org Johor..dekat Felda apa ntah dekat2 ngan Desaru tu. Berlangsung pd bulan Julai 2010.
Mak ngan ayah gi ngikut jugak ler majlis perempuan kat situ. Masa bertunang pun gi...masa majlis pernikahan dan persandingan pun mak ngan ayah gi.

Gambar ni, ayah gak ler yg mms kat aku masa tu, huhu...TQ ayah. Sekurang2nya dpt gak ler aku nengok pengantin baru walaupun aku tak gi Johor dan tak dpt jugak nak balik Bentong masa majlis kenduri kat umah PakLang, ngee..


Nota;
Jumaat ni, katanya ayah akan gi Perlis. Ayah je gi. Mak tak ikut sbb mak keje. Dh takde cuti, hehe. Belen cuti mak tu aku dh pesan simpan utk bulan doblas nanti, hehe..InsyaAllah.
Ayah tu gi Perlis sbb ngikut abg Peli menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak saudara sebelah Kak Sham. Singgah Taiping atau tak tu..erm tak pasti ler lagi.
Tp, ayah aku tu..selalunya mmg akan cari alasan yg baik utk singgah sat kat umah aku. Paling tidak pun bwk pucuk serai kayu atau pucuk cemperai ke...utk bg kat aku, kannnnn..hehe..

8 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

wahhh femes la ayah akak ye....hehe

tp tu la..psl saman tu...cm no la bleh kena kan....saman tipu tu...mcm2...

Suhana Shahril said...

Apa perkara yg misteri tu kak?X nmpk apa2 yg pelik pun kat gambar tu?Citer la kak, amende?
Hahaha..kewpoh sungguh ana ni kalo bab2 misteri nih...

Unknown said...

glemerla ur father macam wakil rakyat...tapi bagusla citer pasal saman tu...kena fight for the rights...

attyfir said...

baguslah ayah alona..teror guna mms..terubat rindu ..bila dpt mms ..

tp pasai saman tu mmg tak patut.walupun skit..tp kita takleh biarkan ..kalo kena kat orang lain lak..mcm cincai je buat keje.

wantie said...

belek belek gak gambar tu. namapak gak ler misterinya. ntah betul ke idak tekaan pun tak tau. mcm ada lembaga di sebalik pohon buluh tu. then pokok tu cam pelik sikit. then yg ketiga tu kocik lak.. tak berani nak ckp..

Anonymous said...

glemer nye ayah akak...banyak kali masok sotkabor lerr!!

errr..ape yg misteri kat Makam Mahsuri tu kak???

xS

Anonymous said...

kak, ape yg misterinye tu???
citerla sikit.. :)

DeLLas said...

hahahaha misteri dibiarkn jadi misteri..