Saturday, July 29, 2017

Langkawi 2017 - 1

Sebenarnya...cuti2 ke Langkawi utk tahun ni aku dah mula plan sebelum Ramadhan lagi. Bila Akiss cerita maktab dia mungkin ada cuti dalam seminggu ujung bulan Julai nanti sebab maktab dia jadi tuan rumah utk festival muzik MRSM satu Malaysia. Asrama dorang kena kosongkan sebab peserta2 yg mewakili maktab2 lain akan menumpang menginap di situ. Tapi Akiss sendiri tak pasti tarikh nya lagi. Yg dia dengar cikgu kata...3 minggu belajar selepas raya. Ok...aku pun tengok kalendar buat anggaran. Tengok taqwim cuti along dan angah. Kalo sepadan...mungkin plan ni boleh ON sekiranya cuti tu dalam anggaran yg aku sendiri buat bila belek kalendar kuda tu, heheh.

Bila akiss dh masuk sekolah semula selepas cuti RAYA AIDILFITRI....akiss pun dh dapat tau bila cuti yg dimaksudkan tu...dia pun kol aku. Dia bagitau...dorang akan balik pulang bermalam kul 2 petang 20/07/2017 sehingga 6 petang 24/07/2017. Alhamdulillah, tepat seperti yg aku buat anggaran ritu. Sepadan ngan cuti along dan angah. Along dan angah sedang cuti hujung SEM waktu yg sama. Maka, aku pun mula merangka percutian ini dengan izin suamiku...pengeluar bajet percutian ni, heheh...
Aku survey2 tempat penginapan yg sesuai sebab kali ni mmg nak santai2 jer. Takde aktiviti shopping di Idaman Suri atau kedai2 pinggan mangkuk. Takde banyak aktiviti sangat. Tetapi mesti ada tempat baru yg kitorang kena pi. Aku gugel...cari. Sebab aku mmg minat ngan bab berjalan makan angin yg boleh melihat keindahan alam ni. Dah dapat tempat penginapan yg sesuai, kereta sewa...aku pun booking tiket feri online sehari sebelum ke sana.

20.07.2017
KHAMIS
Aku, along dan angah gi amek akiss kat maktab. Along yg drive. Balik umah tu...mmg sebok laa memasing. Basuh baju, cuci kandang kucing, mandikan kucing, persiapkan stok makanan kucing, basuh baju, sidai baju....packing baju..

21.07.2017
JUMAAT
Pagi2 tu...kitorang gi amek mak dan yui kat umah mak. Mak dan yui join trip ni. Dengan alza...Alhamdulillah, sampai ke Jeti Feri Kuala Perlis. Orang ramai tapi takde laa sendat, sesak. Smooth jer. Alhamdulillah.
Feri kitorang jam 11 pagi.
Alhamdulillah, selamat sampai ke Jeti Kuah sejam kemudian. Dan menunggu sekejap kereta sewa seperti yg dijanjikan.

Dah dapat kereta...mcm biasa bila kereta sewa ni kena laa pi isi petrol dulu. Isi petrol di Shell Kuah. Setel kitorang pun gi cari makan dulu isi perut. Pilihan tepat di gerai makan Kak Tie betul2 di seberang jalan stesen Petronas Kuah. Rekemen. Byk pilihan, sedap...REKEMEN!!

Dah makan...singgah kedai runcit beli air mineral, roti2 dan jajan utk kudap2 semasa di resort nanti.
Kemudian terus check in.
Di depan kaunter pendaftaran masuk Chuu Pun Village..
Kali ni aku booking penginapan di Chuu Pun Village melalui booking.com.
Sebenarnya aku dh target di penginapan lain yg berhampiran pantai Chenang dan airport..tetapi disebabkan pertambahan ahli trip...kena cari yg lain...yg boleh memuatkan 5-6 orang dalam satu unit. Dah hubungi agen yg biasa aku kontek iaitu Puan Siti tetapi unit yg dia sediakan (dalam bajet kitorang) pulak dah abes kena booked. Maka, aku gugel laa cari sendiri. Godek2 kat pc komputer aku ni...terjumpa laa resort ni. Yg masih baru dan lokasinya aku mmg dapat agak kat mana...dan boleh bayangkan. Jadi, aku pilih yg ni..Deluxe Room.
Melalui namanya, mula2 ingatkan resort ni tuannya berbangsa cina ataupun siam...tapi rupanya orang melayu Acheh yg punya. Bisnes keluarga katanya...

Apa yg best Chuu Pun Village ni?
Pemandangannya di tepian bukit bukau, sawah padi, leh nampak bangau2, kerbau, rumah2 kampung, leh dengar azan berkumandang. Leh nampak semua pemandangan tu ketika santai2 di kolam renang..mengasyikkan!!!
Walaupun kolamnya takde laa besar mana tapi memuaskan dari segi saiznya, kedalamannya yang semua jer boleh orang dewasa masuk berenang, berendam, menyelam dengan keadaan yg selamat..
Sudah tentu juga ada bahagian kanak2.
Bilik Deluxe room ni...namanya room...tapi sebenarnya mcm rumah teres yg comel. Dalam satu unit...ada beranda, ada hall kecil berserta sofa, meja, tv dengan astro njoy. Dalam unit ni...ada 2 bilik yg katilnya boleh memuatkan 6-7 orang. Ada juga ruang seperti sinki dapur dengan cawan, sudu, air mineral kecil, beberapa paket kopi, cerek elektrik. Tandas sekali dengan shower...yg luas.
Cuma tidak disediakan microwave jer. Aku pun dh sedia maklum sebab dh tengok abes kat gambar2 yg disediakan di booking.com tu selain aku cuba google utk info lebih tepat.
Seterika pulak tidak disediakan setiap bilik..tetapi boleh pinjam di kaunter pendaftaran masuk tu.
Konsep resort ni...seperti HOTEL tapi suasana seperti satu unit rumah comel yg tak mencukupi peralatan di dapur. Itu takde masalah...sebab datang bercuti ni takde plan nak memasak pun, heheh. Setakat jerang air dan bancuh kopi aje...sudah memadai.
Di sini pun ada sediakan wifi...cuma waktu kitorang datang tu..nasib kurang baik sbb dh cuba semua link wifi dgn password yg diberi tak leh connect pun. Esok tu...tanya kat staff...staff pun tak reti nak buat. Dia kata nanti dia akan folo-up....tapi sampai check out takde sebarang info pun, heheh. Kena laa guna data dari fon sendiri nak berinternet, adeiii. Harap dorang dapat selesaikan perkara camni sbb zaman laa ni...wifi adalah penting. Dan menjadi satu sebab kenapa pelanggan memilih premis anda untuk booking.

Nak tengok gambar2 resort ni...korang google jer Chuu Pun Village.

Dah check in tu...maka berehat laa sekejap. Ada yg mandi, solat, tido jap, ada yg bukak tv..dan sudah tentu ada yg hadap wassap, fesbuk, hahahaha..

Petang tu...kitorang keluar.
Tumpang bergambar kat depan unit sebelah unit kitorang..sbb beranda kitorang dh penoh baju basah bersidai. Kan lepas mandi kolam tadi...heheh..
Konon2 petang tu nak gi Gunung Raya menikmati sunset tapi mcm tak sempat jer. Tukar plan. Gi meronda2 sampai ke Teluk Malai. Sambil2 angah try memandu kereta tu diawasi oleh abahnya...kitorang yg lain bergambar2, 😅..

Kemudian pusing semula ke arah Pantai Cenang, pantai area Airport...tunggu sunset kat sini aje lah. Ramai yg tunggu sunset kat situ.

Anak dan ibu..
Ok...bila makan time...kitorang gi kat Restoran Nelayan. Tak nah lagi sampai sini...sbb dulu ingatkan mahal. Tapi bila dgr review kawan2 yg dh pi...dorang kata standard laa harga kalo seafood. Ok, kali ni kitorang pi. Mula2 sampai...tak tau nak oder mcm mana, hehe. Rupa2nya...oder air kat meja yg kita duduk tu. Tapi nak oder makan kena gi belakang kat area pilih2 seafood, timbang dan bagitau nak masak apa hewan2 tu, heheh. Ada jugak masakan panas lain...sebut jer. Kalo takde..dorang kata takde, hehe. Setakat sayur kailan masin, telur dadar, tomyam tu...ada, jangan risau, heheh..
Latar belakang gambar tu laa restoran nelayan..
REKEMEN korang gi makan sini. Servis lambat sikit jer laa...sesuai laa ngan keadaan pelanggannya yg ramai tu. Rasa masakan sedap. Harga seafood..mula2 kitorang rasa mcm mahal laa jugak 100gm RM4.50 ke atas...tapi bila dh gi makan seafood kat Kuah malam selepasnya...beza RM1.50 mahalnya. Kat kedai makan seafood kat Kuah tu siput lala 100gm RM6. Kat Restoran Nelayan RM4.50 jer.

Selepas dh kenyang...kitorang meronda semula ke area penghujung Pantai Cenang menghala ke airport. Kat situ ada tempat baru...Telaga Walk @ Chenang. Happening jgk kawasan kat sini. Lepak kat depan kedai Serimooka yg jual kuih seperti seri muka, kuih sagu, kuih lapis...dan kuih2 tradisional yg sedap. Mcm biasa...rege mahal laa sket. Jgn laa dok harap RM0.50 dapat seketul. Budak2 dok makan takoyaki,😉.
Kebetulan, malam kitorang gi tu...dorang ada main bunga api kat situ. Syok jugak laa layan, heheh.
Dah rasa takde apa lagi...kitorang pun balik laa semula ke resort. Nak cas tenaga utk aktiviti bersiar2 esok pulak.


Nota ALONA:-
~Cermin2 diri dulu sebelum nak mengata salah orang lain.