Friday, December 26, 2008

Bestnya di DEERLAND...

Di depan pintu masuk DEERLAND, Lanchang, PAHANG DM


Comel tak saya?

Seronok dikerumuni rusa2 yg rakus nakkan sepotong keledek. Pelbagai lagi aksi dan gaya ketika bagi rusa2 ni makan di gebang.fotopages.com


Akiss bagi anak rusa lak keledek, sian tadi tak dapat!


Akiss ngan ular sawa kecik.


Pandai beruang ni minum air cincau!
Tengok kukunya tu, ngeri ngalahkan pontianak..haha.


Bukan main ayah tu..macam jumpa kawan lama aje, hehe.
Ayah kata beruang tu orang pakai kostum beruang, tu pasal pandai minum air cincau, wakaka.


Abang pun tak lepaskan peluang bergambar ngan beruang. Harap sangat tuan punya taman ni taruk beruang panda ngan beruang koala pulak kat sini, haha.

LEBIH BYK GAMBAR MENARIK DI GEBANG.FOTOPAGES.COM

23.12.2008 SELASA
Pagi tu sarapan pagi kat gerai CH'A kat ngan dewan Kg. Lebu..Misi hari ni nak ke Deerland dan Taman Perlindungan Gajah di Kuala Gandah, Lanchang, PAHANG.

Tips yang Dayah bagi ialah..daftar nama terlebih dahulu kat taman gajah tu untuk amek stiker aktiviti bersama gajah sebab ia adalah terhad, 120 orang sehari. Tiada bayaran dikenakan tetapi boleh buat sumbangan seikhlas hati untuk menambah dana penyelenggaraan taman gajah tersebut.

Lepas dah daftar dan dapat stiker..p ke DEERLAND atau Taman Rusa berdekatan juga dengan Taman Gajah tu (dlm 3km gak la). Sebabnya..aktiviti bersama gajah hanya akan bermula jam 2 petang setiap hari. Tu laa tips bagus yg Dayah kasi sebab dia dah pernah p situ ngan keluarganya.

Jam di tangan menunjukkan pukul 11 pagi. Dengan bayaran RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak..kitorang masuk ke Taman Rusa milik bangsa Melayu kita ni.

Aktiviti pertama yg dijumpai ialah..taman rusa. Krew taman tu kata rusa tu rusa Indon. Kat situ kitorang diberi beberapa bekas berisi keledek mentah yang telah dipotong kecil untuk diberi kepada rusa2 di situ. Sangat mengujakan apabila pegang aje bekas tu..rusa2 terus datang menghampiri mengerumi kitorang disebabkan keledek tersebut. Terpaksalah bekas tersebut diangkat setinggi yg boleh untuk mengelakkan keledek tu abes sekelip mata! Apabila sekeping keledek berada di tangan..terus saja rusa2 tersebut berebut2 nak mendapatkannya. Rusa2 tu berdiri ngan meninggikan posisi badannya dengan 2 kaki untuk mendapatkan keledek yg dipegang oleh kitorang. Sekali pandang macam ganas aje rusa2 ni tetapi sebenarnya jinak betul! Mana yg tak dapat tu dia gigit punggung laa, gigit perut (haha), tarik baju kita laa..Yang kesiannya, anak2 rusa laa sebab rusa besar ni tak bagi chance langsung dalam perebutan tu. Tetapi dapat gak laa anak rusa tu keledek sebab kena bagi terus kat ngan dia. Kalau tak, yg tu pun rusa dewasa nak rampas dari tangan kita, huh!

Situasi perebutan tu memang menarik hati. Kitorang yg bagi makan kat rusa ni pun rasa seronok, geli bila tangan kita dicuit2 oleh mulut2 sang rusa tu..Sapa yg tengok pulak, akan ketawa dan turut terjerit kecil apabila melihat situasi tu. Huh! memang tak dapat dilupakan. Ayah pun seronok dapat bagi rusa makan (gebang.fotopages.com). Selalunya situasi ayah ngan rusa ni lain, haha.

Dah puas hati, kitorang teruskan perjalanan. Mula2 nampak kandang rusa induk. Yg jantan tu tanduknya dah bercabang dah. Nampak tua laa walaupun punya tanduk yg cantik. Yang ni rusa berbintik2. Tingat masa kecik2 dulu..gambar yg cikgu tunjuk masa nyanyi lagu anak rusa nani tu..mesti rusa yg berbintik-bintik putih tu, hehe.

Lepas tu ada kandang sang kancil, kandang burung merak jantan, ayam belanda, ayam hutan, ayam serama. Pastu dapat tengok satu binatang comel tapi berduri macam landak. Namanya hedgehog. Watak game sonic tu ilham dari binatang ni laa, leh membulatkan badan dan berguling-guling. Comel aje dok dalam tangan krew taman tu. (gebang.fotopages.com)

Lepas tu lalu lak kat area burung puyuh. Burung puyuh putih tu asal dari Scotland. Budak tu bagi laa beras untuk kitorang bagi kat burung2 yg cute tu. Hehe..geli aje tapak tangan ni bila paruh comel si puyuh putih tu mencatuk-catuk beras.

Pastu, lalu lak kat sangkar si sawa. Tengok aje laa..tapi aktif juga si sawa ni. Menegak aje bila nampak orang tengok dia.

Lepas tu kitorang dapat tengok tupai terbang, comel betul tapi rupa dia ngeri gak, hehe (gebang.fotopages.com). Depan sikit kawasan tu ada binatang yang paling kaya iaitu sang berwang (beruang), hehe..sedang mundar mandir mengelilingi dalam kawasan kurungannya. Tak pedulikan orang yg tengok dia pun.

Seterusnya ada ular sawa kecik yg dipegang oleh krew taman. Angah, Akiss ngan Along ngan beraninya sudi bergambar ngan sang ular.

Jalan lagi ada sang burung kasuari..bip-bip! Tapi berdiri diam aje, leher tak bergerak2, muka tak berpaling. Mata aje kekadang berkelip. Tapi kalau dok dalam kandang..dah biasa laa tengok. Mungkin ada sebab naper takde aktiviti ngan burung besar ni.

Jalan depan lagi..ada beruang lagi sekor. Yang ni..jinak. Jinak laa sebab dikawal oleh krew taman tu, hehe. Manataknya..dah kena upah ngan susu pekat, air tin cincau lagi. Agaknya mesti ada kolestrol tinggi, gemuk lak tu..takde diabetis ke? huhu..

Yang bestnya, kat situ pengunjung leh bergambar, pegang beruang tu. Leh gak letak susu kat tapak tangan kita..pastu sang beruang jilat tangan kita sebab nak susu tu. Jangan dingap terus tangan kita tu udah, huhu. Kuku dia..ish! ngeri tul.

Sesi bersama beruang ni memang lama. Sama macam kat tempat rusa tadi. Yelah, kalau kat zoo walaupun ada beruang tapi mana leh dok dekat, apatah lagi nak bergambar, nak mampus?

Aku sempat laa usap belakang badan beruang tu. Kasar macam karpet alas kaki gak laa, hehe. Ada pasir terlekat kat situ. Rasanya macam nak vakuum aje badan beruang tu, wakaka. Ayah aku kata beruang tu bukan beruang betul. Ada orang yg pakai kostum beruang menyamar jadi beruang jinak tu, wakaka..ayah-ayah!

Kat tempat beruk lak..aktivitinya bagi susu juga. Tak kembung ke beruk tu makan susu pekat? Hihi..

Ni aku nak promosi laa ni. Korang pi laa bawak anak2 ke Deerland dan Taman Gajah Kuala Gandah, Lanchang, Pahang DM tu. Tentu anak2 korang seronok tahap maksima. Kedua-dua destinasi tu jalan yg sama. Jangan lepaskan peluang pergi kedua-duanya sekali.

Kul 11.30 mesti sampai kat Taman Gajah dulu (walaupun jumpa simpang ke Deerland terlebih dahulu). Daftar masuk. Buat masa ni takde kadar bayaran, masih free of charge! Kalau ada yang teringin nak naik gajah dan mandi ngan gajah dapat stiker dia kaler kuning. Pergi daftar awal sebab terhad (time cuti sekolah atau cuti umum). Kalau yg sekadar nak masuk dan tengok gajah tu..stiker merah aje (kalau semua ahli keluarga tak nak join aktiviti, sampai situ kul 1.30ptg pun takpe). Orang putih memang ramai kat sini. Semua amek stiker kuning! Diorang nampaknya teruja ngan aktiviti cam ni. Nanti aku citer detail kat bahagian Taman Gajah lak.

Dah daftar, dapat stiker..korang p laa ke Deerland pulak sementara nak tunggu jam 2 petang. Kat Deerland tu ambil masa hampir 1 jam 30minit gak laa kalau korang betul2 ambil peluang mendekati haiwan2 kat situ. Krew Deerland pun baik2 semuanya.

Kalau boleh..pi semula Taman Gajah dalam kul 1.00 petang sebab kekadang aktiviti dijalankan awal sket dalam kul 1.30 ptg kalau hari nak ujan. Ikut nasib laa.

Kat Deerland ni memang tak rugi. Sangat berbaloi ngan bayaran RM5 dewasa RM3 kanak2, korang leh bagi rusa makan, bergambar ngan haiwan2 yg terdapat kat situ, 'bermesra' ngan beruang walaupun kita tau beruang sebenarnya dikategorikan sebagai binatang buas. Kat situlah peluang terbaik untuk anak2 kita dan diri sendiri mendekati binatang2 seperti ini.

Kalau kat tempat lain..nak bergambar ngan ular sawa (Langkawi dll), burung helang (Langkawi), arnab (Bukit Merah), pun kena bayar RM10. Saiz besar/kecil tu bukan menjadi soal. Tetapi dengan bayaran cuma RM5..lebih dari tu kita boleh dapat.

Thursday, December 25, 2008

Berkelah lagi di kebun getah ayah

Angah pun nak tunjuk rajin bila along telah menerima pujian sebelum tu.


Ayah dah bersedia nak balik..sebelum tu sempat jual loyar burok!


Akiss main puas2 air free dan fresh!


Suasana kerjasama ketika nak membalikkan ikan panggang.


Ayah dengan penuh perasaan menebarkan jalanya.


21.12.2008 - ISNIN
Pagi tu aku tanya Dayah..Liverpool vs Arsenal sapa menang awal pagi tadi? Dayah kata seri 1-1. Tak kisah laa asalkan jangan kalah, hehe. Tapi kalau menang lagi laa bagus. Ayah ngan Fadhil tu memang peminat team Liverpool. Ayah ni penyokong Liverpool sejak dulu2 lagi. Fadhil minat Liverpool sebab terpengaruh ngan ayah laa. Team bola Kg. Lebu pun digelar Lebupool, haha. Elok laa pulak abang sulung si Dayah ngan si Dayah2 sekali pun penyokong Liverpool. Skang ni ngan aku-aku sekali dah sokong Liverpool walaupun aku tak minat pun bolasepak ni, haha.

Alhamdulillah, dapat gak kitorang kali ni p berkelah kat kebun getah ayah yang best tu. Kali ni lebih seronok bila ada Fadhil dan Dayah. Ayah nampaknya seronok ngan aktiviti kitorang ni, hehe.

Aku pi ngutip ulam serai kayu. Kat situ memang banyak pokok ulam tu. Tapi aku kutip untuk satu pokok pun dah banyak!

Yang lain pulak ada yang menghidupkan unggun api, cari kayu api..terasa macam citer dulu2. Ayah hari tu memotong getah separuh kebun aje. Terus ayah amek jala untuk menjala ikan kolamnya. Nak wat apa? Dah tentulah untuk kitorang bakar dan jadikan lauk segar dari kolam kat situ.

Fadhil lak lepas2 tu sebok p menanam benih pokok cili api.

Lepas ayah dah siang2 ikan talapia tu, Fadhil ngan abang mula memanggang. Aku p petik bunga kantan kat tepi air bukit tu, ricih2 dan tabur kat atas ikan yg sedang dipanggang beralaskan daun bunga kantan.

Sambil tunggu ikan masak..along sebok mencangkul, angah ngan akiss main ntah apa2. Aku, mak ngan dayah lak duduk lepak2 aje atas tikar sambil ngunyah buah limau mandarin.

Ayah lak p tepi air bukit untuk mengasah pisau toreh.

Bila ikan dah dibakar..semua pakat makan nasik beramai-ramai. Dah kenyang..kemas2 nak balik umah. Petang kang nak p umah busu kat Petaling Bahagia konon2nya.

Fadhil ngan Dayah lepas tu keluar pulak ke Perodua nak servis myvi. Kitorang kat umah wat pe ye..?

Diorang dah balik..kitorang pun siap2 nak ke KL. Kancil tak bawak, rehat kat umah. P ngan myvi dan saga lama ayah tu aje.

Tapi busu ngan paksu tiba2 ada emergency lak kena p hospital Seremban. Jadi kitorang terus ke Restoran Haslam milik Datuk Yusof Haslam kat ngan hospital Tawakkal tu. Memang dah jadi rutin lak kalau ke KL..kitorang mesti nak singgah makan kat situ. Makanan kat situ memang best. Nasik campur beraneka lauk sedap2, roti canai sedap, laksa sedap, mi bandung pun sedap. Malah..tapai pulut kat situ pun sedap.

Lepas tu kitorang singgah kat Tesco Extra Selayang, Jalan Ipoh. Kul 9 malam sampai umah. Lepas rehat2 sat..ayah ngan Fadhil keluar lak p main badminton kat dewan Kg. Lebu.

Balik Bentong sessi ujung tahun 2008

Gambar diambil dari dalam keta myvi. Belakang tu keta Old Saga ayah, hehe.
21.12.2008 - AHAD
Alhamdulillah, dapat balik Bentong lagi. Tentulah seronok, dapat jumpa mak ngan ayah dan adik tercayang, huhu.

Sampai dah tengahari. Petang kul 5.30 ayah ngan mak ajak p Kg. Lebu tengok baby baru, anak si Angah (Khairizal) sepupu aku tu. Dah 3 anak Angah ye. Dah sama ngan aku dah, uhuk! Dah laa tu..susun sama cam aku gak. Dua lelaki, yg baru kuar tu pempuan.
Dila, isteri si Angah tu baru melahirkan anak pempuan seminggu sebelum tu kat Hospital Temerloh sebab baby besar 4kg lebih! Tapi terer si Dila ni..beranak tak ikut tingkap pun walau babynya besar. Ikut pintu gak, cayalah! (tepuk..tepuk).

Malam..Fadhil ngan Dayah sampai umah mak/ayah. Diorang baru balik dari Melaka. Tido semalaman kat sana. Ada reunion sekelas masa belajar kat UTM, Skudai dulu. Dia citer..Melaka sesak, jam! Pi laa mana pun. Penangan Datuk Shah Rukh Khan laa tu, haha.

SABTU 20.12.2008 - tengahari

Tengahari tu lak..kitorang p kenduri kawen Ayu, anak bongsu Pakcik Sahak ngan arwah makcik Bonah.

Hari tu..aku berpeluang laa tengok 'orang umah baru' Pakcik Sahak.



Malam tu aku pun sibuk mengemas pakaian abang, anak2 dan diri sendiri..masukkan dalam beg sebab ESOK nak balik BENTONGGGGGG, yahuuu!

SABTU 20.12.2008 - pagi

Pagi tu kitorang p jogging kat Bukit Larut dulu. Ikut short-cut ke pondok 2. Turut saing sama kitorang pakcik Sohor..

Turun ikut jalan jip sebab nak relaks2 sikit. Sambil jalan tu leh sembang ngan pakcik Sohor. Pakcik tak terus ke pondok 3 sebab dia pun nak ke karnival yg dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar kat Dataran Kedamaian, Lake Garden.

Dah sarapan pagi kat gerai kak Pah di kaki bukit..kitorang terus ke karnival.


Berbagai-bagai produk telah dijual kat sana. Ada duit, berkenan..beli. Masa yang sama..kat pentas utama ada perasmian karnival. Ramai peserta Amanah Ikhtiar dari Penang, Kedah termasuk dari setiap daerah di negeri Perak hadir kat sini ngan bas2 persiaran, bas sekolah..Sesak laa Taiping ni ngan bas2 tu.



juling bijik mata tengok orang ramai sangat..haha

Monday, December 15, 2008

acara membeli pakaian sekolah anak..

Angah sedang menggayakan fesyen terkini 2009 uniform sekolah. Lokasi peragaan adalah di PasarayaKu bahagian pakaian sekolah, hehe..
14.12.2008 AHAD

Malam tu..keluar ke PasarayaKu nak beli pakaian sekolah anak2. Kitorang beli brand Black Cat aje. Dah biasa ngan brand tu sejak semua budak-budak tu Tahun 1 lagi. Harganya memang mampu laa abang beli. Untuk 6 pasang RM130 lebih aje. Biasalah..sepasang baju kurung Balqisz RM15.90 aje. Baju kurung sekolah akiss, beli siap aje. Nak tempah mahal. Beli kainnya pun dah berapa. Belum upah lagi. Aku nak jahit sendiri tak pandai..rugi tak pandai jahit baju kurung, kan?

Uniform sekolah ni harga ikut saiz. Kalau saiz 17 RM7.90, yang saiz 18 RM8.90..camtu laa. Masuk ni dah 3 tahun kitorang beli pakaian sekolah Black Cat kat PasarayaKu aje. Senang, takyah tawar menawar dah dapat harga rendah. Kalau beli kat bazaar dan pasar minggu..diorang taruk harga tinggi, teruk juga nak mintak kurang harga. Tak untung laa, apa laa..camtu laa alasan diorang. Aku pun paham laa..diorang amek stok sket, mungkin harga borong tu mahal sket laa. Kalau beli pukal macam pasaraya besar ni lain laa pulak harga yg diorang dapat. Tapi sebagai pengguna, kita ada hak nak beli kat mana yg kita suka. Lagi pulak, aku ni memang tak pandai nak tawar-menawar. Sian kan?

Acara Sabtu pulak

13.12.2008 SABTU



Bergambar ngan maklong Limah di hari persandingan puteri tunggalnya, Fairuz.

3 hari Fadhil & Dayah ke Tpg

Angah berlatarbelakangkan pemandangan di tepi laut LUMUT, Perak DR


Akiss pun nak main sorok2 laa kunun2nya. Belakang tu nasi kandar JETI. Leh pekena nasik kandar sebelum naik feri ke Pangkor, hehe.




Angah menyorok di balik pokok palma berhadapan ngan kedai MARA, Lumut


10.12.2008 RABU
Dah petang adik aku sampai Expo. Tak lupa bawak daging korban untuk kitorang rasa kat sini, hehe. Petang tu kuar jap ke TESCO..ada barang sket nak beli bawak p kat bilik Suria Service Apartment, Bukit Merah. Dayah pun nak beli baju ngan tudung kat First Lady.


Malam, kitorang p sama2 ke sana. Saja laa..leh tengok sekali macam mana rupanya bilik RM50 yg ditawarkan oleh Awi tu. Kul 11 mlm cam gitu..kitorang balik. Fadhil ngan Dayah aje stay kat sana.

11.12.2008 KHAMIS
Kul 9.30 pagi Fadhil ngan Dayah sampai Expo. Nak amek aku ngan anak2 ke Kg. Nelayan, Pantai Remis..kawan sama ngajar kat SMK Lawas, Srwk kawen. Pengantin pempuan tu orang Pantai Remis, sama cikgu kat Lawas tu. Suaminya pulak orang Kedah (tak berapa nak ingat)..ngajar kat Sandakan, Sbh.Lepas kenduri..kitorang ke Lumut. Fadhil nak bawak isterinya jalan2 kat sana. Dah lama tak ke Lumut..memang dah cantik kawasan kat ngan jeti nak ke Pangkor tu. Sambil2 tu..aku berabes RM70 gak laa beli sotong gula, satay ikan dan ikan kering talang Pangkor untuk dikirimkan kat ayah dan emak aku. Untuk kitorang sekeluarga pun tentu laa ada juga, hehe.


Sampai Expo, anak2 ikut ayahngah ngan makngah diorang ke Bukit Merah. Nak mandi kolam renang kat apartment tu aje. Nak masuk kat theme park dah lambat dah, petang sangat dah. Rugi pulak bayar mahal2 tapi mandi sekejap sangat.


Malam..aku ngan abang p sana juga. Bawak mangkuk tingkat..aku masak sket untuk diorang. Jimat laa bajet untuk makan malam tu.Pastu, sempat gi luar theme park..saja ronda2. Malam tu krew Bukit Merah ada wat lawak badut..sesuai sangat laa untuk budak2. Untuk orang dewasa..hmm, no komen!

Pastu, abang ajak p minum kat restoran Nasi Kandar Khalid kat ngan area nursing kolej Bkt Merah tu. Diorang makan capati.Kul 11 mlm..kitorang balik umah, titon! Fadhil ngan Dayah ada lagi satu malam kat sana.

12.12.2008 JUMAAT
Kul 12.30 tengahari, lepas check-out..fadhil ngan dayah mai umah. Makan tengahari kat sini. Kul 3.30 petang diorang balik ke Pahang. Abes laa citer tu.

Wednesday, December 10, 2008

HARI RAYA QURBAN 1429H

Ni laa lembu korban mak ari tu..lembu paling penakut nak kena sembelih hari tu, hehe (mengikut citer Fadhil laa)

08/12/2008

Isnin, hari raya korban. Hari raya yang lebih besar dan mendalam maksud dan pengertiannya.
Tahun ni..mak juga telah selamat menunaikan ibadah korbannya, seekor lembu. Mak buat
untuk mak, ayah, dayah, along, angah, akiss dan abang. Tima kasih atas kasih sayang mak pada
suami dan anak2 aku. Aku ngan adik (Fadhil)? Alhamdulillah..ayah dah buat kat Janda Baik masa kitorang masih bersekolah dulu.

Kitorang memang tak dapat balik Bentong raya aji kali ni. Nak ikutkan, sejak kahwin 13 tahun
dulu..aku tak penah menyambut Aidil Adha di Bentong. Raya Haji ni cutinya cuma sehari..kalau jatuh time bukan cuti sekolah..memang takleh langsung nak baliklah. Tapi bila dah jatuh time cuti sekolah..ada pulak masalah lain, kan. Jadi memang takde rezeki lagi laa nak sambut Aidil Adha kat Bentong.

Nasib baik laa Fadhil ngan Dayah ada. Aku berterima kasih betul kat diorang. Sekurang-kurangnya aku tau bagaimana perasaan ayah dan mak.
Sehari sebelum kedatangan Hari Raya Aidil Adha..ayah dah 'robohkan' salah satu dari 3 kolam
ikannya. Maksud roboh kat sini..keringkan air kolam tu laa, hehe. Dapatlah 65 ekor ikan talapia merah untuk dibakar dan dijadikan hidangan pada malam sambutan Raya Haji tu.

Berkenduri laa ayah dan mak, tok perak dan Usain dengan memanggil jemaah masjid Desa Damai, jiran2 rapat untuk bersama2 merasai juadah hari itu, Alhamdulillah. Kiranya macam open house gak laa ni. Tapi ni Raya Haji, hehe.
Nak tengok gambar penuh cerita kat Bentong pada hari raya Haji tu..rajin-rajin laa p jenguk kat
adikpekan FP. Kat gebang FP tu..klik aje ADIKPEKAN di link sebelah kiri. Tinggal2 laa komen kat fotopages kitorang ni. Janganlah kedekut ngan komen, haha.

Suasana Ceria di pagi minggu

"Huihh..jenuh nak kena beratur. Nasib baik dapat", itulah yg dibebelkan oleh si Alona sambil berjalan ke arah suaminya, huhu.

07/12/2008 AHAD

Tak p gym pagi Ahad ni sebab sebok ke pasar mencari bahan2 nak masak sempena Aidil Adha.
Seperti biasa..tempat proses ayam memang ramai orang menunggu turn beli ayam. Pasar pun
begitu..sebok dan hingar-bingar suasana orang mencari pelbagai keperluan untuk persediaan
sambutan Hari Raya Aidil Adha esok. Kat tempat santan, suasana orang berbaris nak membeli tu memang dah jadi tradisi bila AidilFitri dan AidilAdha bakal tiba.
Dah balik dari pasar tu, aku pun sebok mengemas umah, masak sket untuk makan tengahari. Aku pun ada soh anak2 tolong2 aku. Along seperti biasalah, aku soh dia basuh baju, bilas, spin dan sidai.
Angah ngan akiss tolong kemas umah. Abang pun aku mintak tolong cuci bilik mandi dan jamban duduk tu, hehe (TQ Yang). Iyelah, kebersihan rumah adalah tanggungjawab seisi keluarga, ye tak? Aku cuci jamban lagi satu tu.
Bukan nak raya aje cuci bilik air ni tapi lagi bagus kalau nak raya ni..polish laa lebih sket kasi kilat dan bercahaya! haha...

Sehari di Pulau Pinang..

Belum masuk tengok PC FAIR lagi muka dah nampak penat, hehe. Penat laa nengok sesak pjg kat jambatan P.Pinang tu..(ada kena-mengena ke? hehe)
SABTU 06/11/2008
Pagi tu bangun pagi goreng bihun, sarapan pagi, siap2..Pi mana? Pi Penang, mamu! hehe..
Dengan kenderaan yg padat dari permulaan simpang masuk jambatan Penang, sesak nak bayar
tol..sesak nak masuk lorong di jambatan (dari 8 lorong nak ke 2 lorong..tak ke sesak tu!)..akhirnya kitorang dapat meloloskan sang kancil dari cengkaman sesak setelah mengekori sebuah lori di hadapan, hehe.

Kitorang menghala ke PISA..ada PIKOM PC Fair lagi. Kat sana pun sesak juga, sesak ngan manusia.. Kitorang apalagi...ronda habes. Tengok tu, tengok ni..pelbagai tawaran menarik ditawarkan. Sempat sambar (wah, macam burung helang lak sambar2 ni!) kad memori hp along dan aku punya.
Dah keluar, singgah mamam acik kat Bayan Baru. Terus gi ke arah Tapak Pesta..kan skang ni ada Pesta 'Pulau Pinang' (sebut betul2! hehe). Citer pasal Pesta P.Pinang ni kan, aku last p masa aku sekolah menengah tingkatan 2 kalau tak silap. Tu pun pakcik sedara aku kat Penang tu yg
bawakkan. Yang abang lak..langsung taknah p. Tu yg ingat dah alang2 kat Penang, nak singgah laa konon2. Tapi..wakaka (gelak sorang2 dulu) rupa2nya pesta tu start kul 6 petang laa woi! Sian tul kat kitorang yg bersemangat waja ni, hehe. Ingatkan macam karnival jom heboh tu..siang2 pun ada. Mana laa kitorang ni nak tau kan? Taknah p pesta pun. Pesta apa pun tak nah p! Tiba2 hari tu teringin lak nak pi pesta..tak ke haru. Yang kitorang ni pun..nama aje ada kawan dan nenek sedara, pak sedara, mak sedara kat Penang ni..tapi takde tanya kat depa. Iyelah, maleh nak lorat2 sangat kan? Hehe..Tengok tempat parking kat situ pun terhad. Camne laa malam sepanjang pesta PP tu berlangsung, ye? Kena parking jauh2, menapak jauh2..uui!! tu lah yg kitorang ni tak sanggup. Menanggung risiko keselamatan kereta lagi, ishk2. Siang takpe lagi..ni malam.

Tengok jadual acara pesta tu..tiap2 malam ada artis datang buat persembahan. Kebanyakannya
artis biasa2 aje lah. Yang nampak macam best tu..Nabil Raja Lawak, Apek, ada kartunis Dato'
Lat..Tapi tujuan kitorang ni nak p pesta PP bukan nak tengok persembahan artis. Kitorang nak tengok suasana dalam Tapak Pesta tu. Ada jual apa, murah ke? Kalau murah..berkenan, beli (hehe..). Apa yg menarik, apa yg luarbiasa..sekurang2nya adalah pengalaman kan? Tapi dari luar tapak pesta tu..kitorang leh nampak laa sudut funfair, gerai corncup, gerai jual
pelbagai jenama jeans, gerai makan, gerai kraftangan, gerai senilukis...Dari situ aku leh agak laa,
suasana macam di booth2 jualan karnival jom heboh gak laa. Tapi tak masuk betul2..tak tau laa apa yg kelainan dan suasana sebenar di dalamnya. Tak mengapalah, takde rezeki lagi nak masuk Pesta Pulau Pinang.
Dah tu, kitorang ke arah Georgetown, ke arah Komtar untuk ke Prangin Mall Komtar. Taknah p
redah lagi kompleks baru ni. Pergi ni pun sebab ada hal..kalau tak, takde pasal laa nak ke sana. Tapi cari punya cari kedai tu..last2 kedai tu dah tutup sebab dia ikut ofis hour. Sabtu half day, Ahad tutup.
Aduhai, rugi masa dan tenaga betul laa. Aku ingatkan kalau dah kedai tu..Sabtu dan Ahad laa lagi seronok nak bukak berniaga. Ngan perasaan hampa (sian..) kitorang berlalu dari situ dan ke arah jeti pulak sebab balik nak naik feri pulak. Nak singgah kat Carrefour Seberang Jaya. Nasib kitorang baik sebab elok2 parking tunggu turn (belah luar jeti)..kitorang dah leh terus masuk feri. Dalam feri..aku ngan abg sempat lelap mata rehatkan mata sat. Anak2 main game hp.

Kat jeti bagan..keta, lori kecik dok beratoq punyalah panjang..sampai ke simpang trafik light kat
bawah nu! Apa punya kaya laa orang M'sia ni, semua dah mampu guna keta. Tambah2 petrol dah murah ni..ramai laa yg merancakkan kembali hobi bersiar-siar dengan mobil, hehe.

Sempat singgah kat Restoran Subaidah Nasi Kandar kat depan pejabat SPAN Utara sebelum ke
Carrefour. Sambil minum petang..berita mengenai tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
sedang dilaporkan di berita tv1.
Masuk Carrefour..beli apa yg nak dibeli, tengok apa yg nak ditengok, tanya apa yg nak
ditanya..dah puashati kitorang pun balik ke rumah.
Penuhlah bonet kitorang ni sehari mengaut kat Penang, wakaka. Jenuhlah nak angkat laptop,
printer, navigator, psp, kamera digital, handy cam, projector, speker pc ngan free gift2 yg
melambak2, ngan broadband celcom, maxis, streamyx..wahh!! Dahsyat tul bonet kancil leh masuk semua barang2 tu! hehe...Terpulanglah pada korang percaya ke tak. Kalau tak percaya..baguih laa. Tapi kalau percaya tu..nasihat aku, takyah laa percaya......huhu.
Best tak baca blog aku ni? wakaka..bukan apa, sekurang-kurangnya korang takyah tanya aku pi
mana, buat apa..cari aje dalam blog ni. Tau laa aku keluar pi mana, kan?

Tuesday, December 9, 2008

Tengok Bolt

si Bolt anjing dari Hollywood..


Sang kucing yang tomei dari Expo (Exporian laa tu)..bandingkan sape lagi cute, tomei ke bolt? hehe




Ni laa antara karektor utama dalam animasi One Piece, hehe

05/12/2008 JUMAAT
Akhirnya, dapat jugak tengok BOLT tayangan 8.10 malam. Duduk di panggung yg sama dan kerusi yg sama masa tengok MADAGASCAR 2 beberapa minggu yg lalu.

Sampai kat Tpg Sentral dah 8.00 mlm. Kat kaunter dah 8.05 mlm. Kali ni, takde dah bau kemenyan kat kaunter tu. Abg beli tiket..aku p beli 2 set besar popcorn + air mineral BLEU.

Sempat p tandas dulu, persediaan sebelum masuk panggung, hehe.

Orang memang tak penuh sebab hari tu dah tayangan hari ke 2 kat panggung tu. Duduk dalam setengah minit aje..tayangan pun dimulakan. Memang tunggu kitorang la tu, wakaka. Perasan!

Best..citer BOLT ni best. Puas hati. Aku suka. Seronok tengok kartun animasi ni, tambah2 citer pasal haiwan. Hati terhibur aje. Tambah2 haiwan kartun ni..nampak cute2 aje, huhu. Tak kiralah haiwan safari Afrika ke, kucing jalanan ke, hamster ke..si anjing Bolt ni pun karekter nya telah mencomelkannya. Takpe kan kita cakap camtu..anjing pun makhluk Tuhan gak, siapa penciptanya.

Cuma dalam citer BOLT ni aku tak puas hati pasal pandangan diorang mengenai kucing aje. Bukan dalam citer BOLT aje..dalam citer Tom & Jerry, citer kartun Mr. Bean, citer Inspektor Gadjet..watak kartun yg diorang gambarkan mesti jahat.
Abeh tayangan..kitorang terus aje balik rumah. Nak naik tesco lak..hmm, dah takde nak beli apa wat masa tu sebab dah p tesco malam sebelumnya tu, hehe.
Balik umah, abang ngan anak2nya sempat lagi layan cd animax kegilaan diorang skang ni iaitu ONE PIECE, huhu. Cd tu sewa aje, RM3.50 seminggu. Satu cd ada lebih dari 20 episod. Tiap2 hari dok layan. Kalau leh tu..nak perabes satu cd tu dalam sehari pasal tak sabar2 nak tengok episod selanjutnya. Tu budak2 tu laa. Abahnya dak..abahnya cool, sabar, hehe

Skang dah sewa 3 cd siri berturut-turut. Aku pun dah terikut2 diorang lak syok layan citer si mamat getah dan kawan2nya ni. Citer ni kalau dah syok ikut..jadi macam Dragon Ball laa, tak leh miss!


Abang kata citer ni ada 300 lebih episod, huhu..jenuh laa! Skang pun baru 80 episod dah tengok..

cerita duniaku..

Tayar depan moto aku pancit lak sampai2 aje kat pasar. Citer ni minggu lepas punya, hehe. Dah beli ala kadar barang2 kat pasar tu..aku terus p kedai moto WARITA. Mula2 tukar tiub tayar..memang bocor lah! Pastu cina tu tunjuk kat aku tayar si ABU tu pun rupa2nya ada macam pecah2 sket kat satu tempat tu. Bunga tayar tu ok lagi..tak botak pun lagi. Kalau tak tukar tayar tu..nanti senang laa tiub tayar baru tu pecah pulak. Akhirnya, aku pun soh cina tu tukar tayar sekali. Aku soh dia tukar tayar saiz besar mcm tayar belakang tu..pasal tak cantik lak tayar depan kecik, tayar belakang besar..hehe. Kalau besar...biarlah dua-dua besar, huhu.

Bila aku nengok cina tu wat keje hampir siap..aku pun soh cina tu tukar sekali cermin meter si ABU tu. Dah kelabu kekuningan..camne tu? Tak nampak meter langsung dah! hehe..Tu mmg tak nah tukar dari tuan lama si mat rempit Ipoh lagi tu..Semua tu dekat RM50 gak laa. Memang duit ni ada semangat laa, tau aje mak baru bagi aku duit ari tu, hehe.

Baru2 ni mak aku bagi tiga keping not RM50 duit rebet kancil. Duit roadtax + insurans kancil memang mak yang bayarkan tiap2 tahun. Jadi baru2 ni kena perbaharui roadtax/insurans untuk tahun ni. Sebelum ni mak ada tanya kat aku pasal duit rebet tu. Aku kata kat mak, bila dah dpt duit rebet RM625 tu..mak tolak siap2 laa duit roadtax/insurans yg mak dah bayar tu. Aku amek belen aje jadi laa sebab aku rasa teringin gak nak rasa duit rebet petrol ni. Tahun depan tak dpt dah duit ni. Harga petrol pun dah turun balik kan..? hehe..Mak pun setuju ngan cadangan aku tu.
Tapi bila dah dapat duit rebat RM625 tu..masing2 serba-salah pulak. Mak kata kalau dah tolak duit roadtax/insurans tu belennya sikit sangat. Mak sian kat aku. Laa..pulak???

Yang aku pulak..duit rebat tu biarlah mak amek semua. Dah laa kancil tu aku yg guna, ansuran bulanan pun mak yg bayarkan tiap2 bulan, insurans roadtax pun mak yg bayarkan. Walaupun rebat petrol tu diberi atas alasan mengurangkan beban pengguna kenderaan atas kenaikan harga petrol (kenderaan persendirian)..tapi bagi aku, mak juga berhak ke atas duit rebat kancil. Alahh, serupa macam perkara ni laa..mak tak guna kancil tapi mak yg membayarkan semuanya..ansuran bulanan, roadtax, insurans. Sepatutnya aku yg menggunakannya lah yg kena bayar semua tu kan?

Last-last, aku ngan mak pun ikut balik cadangan sebelum dapat rebat tu. Aku amek belen RM rebat setelah ditolak RM perbaharui roadtax/insurans kancil. Sekurang2nya, tahun ni mak tak keluarkan rm sendiri untuk roadtax/insurans kancil..kerajaan yg bayarkan, hehe. Lepas jugalah beban mak. Nak harap aku..aku pun tak kerja.
Dulu masa mak bagi aku guna kancil tu sebab mak kata senang aku nak uruskan hal rumahtangga..pergi pasar (kalau barang banyak..kalau sket, lebih best p ngan moto aje), p hantar anak2 aktiviti sekolah dan sebagainya lah! Lagipun mak kata, kat sana..ayah pun tak terlarat nak jaga. Ngan saga lagi, ngan myvi lagi...Mak pulak ada lesen B2 aje. Lesen D tak amek lagi.

Skang ni, bukan aku aje rasa senang ada si kancil ni..malah abang pun, hehe. Bagi aku, ia dah jadi keperluan dah.
Apa2 pun..tima kasih laa banyak2 kat mak dan ayah. Segala pengorbanan dan jasa kalian tak terbalas. Dari dalam kandungan, aku dilahirkan, dibesarkan, disekolahkan..sampailah aku dah kawen, anak aku pun dah besar2 cam ni..diorang sentiasa menghulurkan bantuan, sentiasa di sisi tatkala aku walau aku susah walau aku senang. Doa aku untuk mereka mmg aku tak pernah lupa. Semoga aku, suami dan anak2 (cucu2nya) adalah sebahagian dari kebahagiaan mereka. Amin.

04/12/2008
Hmm..akhirnya abang dengan nekad telah membeli sesuatu yg telah lama dicari-carinya untuk dimiliki, jeng..jeng..jeng..apakadia?

Fadhil telah bercuti ke Fraser's Hill selama 2 malam bersama isterinya, mak mentua, adik ipar dan abang iparnya sekeluarga. Diorang menginap kat Silverpark. Gambar percutian diorang leh tengok kat adikpekan.fotopages.com. Kalau p gebang fotopages tu..klik aje kat link adikpekan yg terdapat di sebelah kiri korang.

Tuesday, December 2, 2008

PROMOSI TERHAD STUDIO APART BKT MERAH RM50

Ni ada satu pengumuman, hehe..

Promosi RM50 semalaman untuk sebuah apartment studio di Bukit Merah. Sesape yang berminat leh laa kontek aku ye. Pepehal aku kena mntak tolong abg aku konfemkan dulu ngan kawan dia. Promosi ni adalah terhad.

Untuk pengetahuan korang, kitorang ni cuma tolong kawan. Secara tak langsung, tolong kawan2 lain kalau nak bercuti kat Bukit Merah tapi nakkan tempat penginapan yg selesa dan murah. Kitorang ni takde amek untung walau satu sen pun..memang ikhlas tolong aje.

Kawan abg aku ni ada membership ngan management apartment tu. Dalam setahun dia dapat laa quota hari untuk menginap kat sana percuma. Jadi promosi ni hanya untuk sebijik apartment studio aje laa. Kalau nak sewa 2-3 biji studio apartment tu pada masa yg sama untuk harga RM50 semalaman tu tak adalah. Promosi ni cuma untuk sebiji aje, untuk sekeluarga.

Adik aku pun dah mintak tolong abang long dia booking kan untuk dua malam..10-12hb ni laa. Tapi tak tau laa konfem ke idak tu. Mungkin konfem kot.

Gambar Hamidah sekeluarga


Gambar di atas adalah Hamidah..kawan sekelas aku masa kat SMVTAA, Bentong dulu.

Tak dpt tgk BOLT tapi dpt kasut baru, yeyeh!

Kasut baru, hehe. Dah less 30%, RM42..


Akiss ngan angah seronok nyanyi. Tapi 2-2 tu bukan pandai nyanyi sangat pun. Pitching lari, tempo lari, haha...belasah aje laa.

Malam tadi ingat nak p tengok BOLT kat 7 Screen Cinemas, kat Tpg Central tu. Tgk papan iklan dah mula tayang 27/11/2008 ari tu dah. Tapi pi malam tadi, hampeh..rupanya 04/12/2008 nanti baru mula tayangan kat situ. Tak jadi laa..

Nak komen pasal panggung tu..hmm, best laa..mgkn sebab masih baru. Pernah laa sekali ari tu tgk Madagascar2 pd hari pertama tayangan 13/11/2008. Tiket mahal gak. Dewasa RM10, kanak2 RM5. Tapi set popcorn dia takde laa pulak semahal TGV..hehe.

Tapikan....masa kitorang p kaunter tiket malam tadi..semacam tul bau kaunter tu. Nak tau bau apa..jeng jeng jeng..bau kemenyan..tul, tak tipu!! Kuat betul baunya menusuk-nusuk hidung ni. Budak2 ni pun dok tegur bau busuk. Dulu p..takde pulak bau tu. Awal betul diorang pasang kemenyan..pukul 8 malam tu!

Abg kata mungkin sebab ada 'benda' mengusik kat sini kot kalau malam2 camni. Tapi kan..memang suasana dari kaunter, naik tangga dan perjalanan ke arah 7 panggung yg ada kat situ memang nampak suram walaupun penonton ramai. Tandas panggung pun cuma 1 aje. Kalau dpt panggung no 7 kat ujung dunia tu..jauh laa nak p tandas kalau nak terkencing sangat dah, hehe!
Tak pun mungkin jugak diorang bakar kemenyan tu adalah pelaris nak bagi orang lebih ramai datang menonton kat panggung diorang? Ntah laa..
Bila tak dapat tengok BOLT..kitorang naik p K BOX, bayar RM5 dapat 5 token, nyanyi 5 lagu kat karaoke box tu. Kali ni..bg chance budak2 yg nyanyi sebab sakit tekak abang tu masih belum pulih sepenuhnya, aku lak masih sengau sebab selesema hari tu, hehe.
Dah abes, keluar. Bagi peluang lak kat orang lain yg dah ramai tunggu turn nak masuk kotak karaoke tu. Bilik banyak2 semua full, hehe sebab yg ni memang jadi pilihan. Bukan takde bilik eksklusif tapi mahal laa kalau setakat 4-5 lagu aje.
Nak panggil bilik ni karaoke jamban...rasa tak relevan lak sebab yg ni besar sket. Leh duduk selesa 3-4 orang dewasa. Karaoke jamban tu..2 orang pun dah rasa penuh sangat dah, hehe. Ni karaoke bilik mandi kot, wakaka.

Pastu, p naik tesco tapi tak masuk pasaraya pun. Nak p kedai BATA. Abg hadiahkan aku kasut jogging @ gym yg baru..hehe. Dapatlah sepasang kasut Power tu dah diskaun 30% jadi RM42.00, hehe. Seronoknya, TQ yang. Petang ni p gym..leh laa pakai kasut baru. Energy boleh bertambah ke idak pakai kasut baru tu tak tau laa pulak, wakaka.

ADUHAI..
Semalam (1hb/12) rupanya keluar setem katun LAT tu..apa laa aku ni. Konfius ngan tarikh tutup MRSM tu laa. Aku pi pej.pos tadi. Buku setem, folder dan lembaran setem mini semua dah abes. Tinggal setem 50sen sederet tu aje. Nak beli 2 set..RM kecik lak takde masa tu. Kaunter setem pagi2 pun takde RM tukar. Jadi terpaksalah beli satu set setem 50sen tu aje. Jadilah dari takde. Nak ikutkan aku ralat gak sebab semalam kepala otak ni dah soh check website pos tapi konfiden sangat kuar hari ni. Tapi tak mengapalah, positifkan diri dan minda. Bukan rezeki aku nak dapat semua koleksi setem isu keluaran khas tahun ni. Tarik nafas pjg2..lepaskan perlahan, tarik nafas..lepas..Alhamdulillah, aku dapat menerima yg aku tak dapat semua setem katun LAT tu.

Monday, November 24, 2008

Sket gambar Sabah dan Lawas, Sarawak

Ni antara gambar yang telah dirakamkan oleh kamera digital still. Nak tengok banyak lagi..kena laa tunggu keluar kat gebang.fotopages.com nanti, hehe.



Baru nak terbang ke KK..



Pemandangan dari udara. Sekali pandang awan tu macam salji kat kutub kan?


Turn Dayah meniti titi gantung.



Masa ni pun awan dan kabus dah nak tutup puncak gunung dah.


Dah tutup sikit. Nanti langsung tak nampak gunung dah.



Pemandangan dalam perjalanan nak ke Ranau


Rumah sewa Fadhil kat Taman Harmoni, Banting, LAWAS



Ikan susu yang hangus terbakar sisiknya tapi isinya sodap! Pergh!


Signboard di luar kawasan imigresen Merapok, LAWAS.


Sebelum keluar dari Sarawak. Bergambar kenangan di kawasan sempadan.


Dah masuk Sabah balik...


Di depan tong Yayasan Sabah. Abang p merayau amek gambar ngan video cam nya. Gambar ni dirakamkan oleh Fadhil.

Dengarlah ini cerita:-Makan angin ke Sabah dan Sarawak..wah!

Tiket flight ke Kota Kinabalu ngan AirAsia, kitorang dah booking untuk 9 orang pada 02 Jun 2008 lagi. Booking awal untuk dapat harga tambang murah. Murah tak murah gak laa..semua untuk 9 orang tu LCCT-KK dan KK-LCCT...RM3330 gak la semua.

Sebenarnya, kitorang ni memang takde plan pun nak ke sana tahun ni tapi bila Fadhil asyik tanya bila nak sampai kat umah dia..mak ngan ayah kesian pulak. Pastu, diorang berdua nak p sendiri tak berapa nak reti..jadi ajak laa aku, abang ngan anak2 sekali. Jadi, penerbangan kitorang pi dan balik ni semuanya ditaja oleh ayah dan emak aku laa. Tima kasih banyak2 kat mak ngan ayah. Saaayanggg mak ngan ayah, hehe. Semoga murahlah rezeki mereka berdua. Lepas2 ni leh laa taja lagi, hehe.

Aku pilih flight 15/11/2008 tu bukan apa. Budak2 dah cuti sekolah, mak pun cuti tahunan dah terkumpul banyak laa sket. Senang nak mohon cuti lama2. Lagi pulak, Fadhil ngan Dayah pun dah cuti gak..senang laa nak bawak kitorang jalan2. Abang takde masalah sangat pasal cuti memang banyak cuma jadual stand-by tu abang kena mintak kerjasama laa ngan kawan satu departmentnya tu..hehe.

Petang Jumaat 14.11.2008 iaitu hari last sekolah sebelum cuti penggal terakhir tahun 2008..kitorang telah bertolak ke Bentong ngan van. Turut disertai abah ngan mak. Kat Hentian Sebelah Bukit Gantang..kitorang singgah untuk minum petang. Kat situ terjumpa pulak guru besar sekolah KE 2..nak p Ipoh ngan beberapa kawan2nya.

Sampai Bentong dah malam..

SABTU 15/11/2008
Pagi Sabtu tu..berserta mak dan ayah..kitorang singgah sarapan pagi kat kedai Bakar. Sampai KSN Bukit Jalil..tunggu Amir amek lak sebab memang tak hafal jalan p umah diorang ni. Sampai sana..acara masak beramai-ramai dan makan bersama-sama.

Aku sebenarnya risau betul pagi tu pasal mak aku tiba-tiba demam laa pulak sejak malam lagi. Tak selera makan, badan lemah. Tak seronok laa jalan macam ni kan.

Kat umah ET..aku tuam kepala, leher dan kaki mak ngan ais..mak pun makan ubat. Alhamdulillah, dengan lauk lemak nenas dan ikan kedere..naik selera mak untuk makan nasik. Walaupun masih lemah tapi mak masih boleh berjalan sepanjang proses nak check-in flight sampailah ke hotel penginapan di Kota Kinabalu. Semangat mak mmg kuat.

Alhamdulillah, sepanjang proses tu segalanya berjalan lancar walaupun terpaksa jalan pantas untuk cop tempat duduk bersama di dalam pesawat. Maklumlah, AirAsia ni mana ada nombor seat. Nasib laa kalau kena duduk ngan orang lain. Kalau orang lain tu senonoh takpe gak. Tapi kalau dapat jenis tido lentuk kat orang, dah tido tu berdengkur, pengentut, kuat sendawa..iyekk!

Mak ngan abah dapat masuk pesawat awal sebab dah warga emas..Tapi punyalah lajunya kitorang jalan, dapatlah dok tiga baris berturut-turut. Cukup2 sembilan orang, hehe.

Pengalaman naik kapal terbang? Ohh..tak ada apa, takde laa jakun pun, wakaka. Cuma kali ni dalam flight lama sket laa. Terasa laa gak camne pesawat langgar awan, hehe. Dulu naik MAS pi balik Bayan Lepas-Langkawi..sat sangat. 20 minit aje dah sampai, huhu. Seat pun tak sempat nak panas lagi, wakaka.

Kat dalam flight kali ni sempat beli travel bag AirAsia stand-by untuk beg tambahan kat KK nanti, hehe.

7.30 malam..kitorang selamat tiba kat Terminal 2 Kota Kinabalu. Fadhil dan Dayah dah tunggu kat luar. Terus Fadhil bawak ke tempat parkir kereta sewa kitorang. Booking kancil 660cc tapi rezeki kitorang betul..akibat salah paham sesama staff syarikat keta sewa tu..kitorang dapat proton robot, hehe. Memang rezeki betul..harga pun dapat harga sewa kancil aje. Memang best laa guna keta proton ni dari kancil pasal cc enjinnya besar dah tentu lebih power dari kancil 660 tu kan, hehe. Bonet pun besar.
Kitorang sekeluarga naik keta sewa. Yang lainnya naik keta avanza Fadhil laa.

Mula2 p mamam dulu. Perut memang dah lapar ni sebab kat dalam flight memang sejuk betul. Mamam kat anjung selera. Fadhil kata dulu berdepan ngan laut tapi sebab kat situ ada nak wat projek lain..diorang dah dipindahkan sementara waktu berhampiran terminal bas KK kat tepi sungai tu.
Pas dah kenyang..terus ke Tang Dynasty Park Hotel nak masuk bilik. Fadhil dah check-in kan petang tu dah. Kunci bilik semua ada kat dia. Amek 3 bilik..dapat rate promosi RM98 satu bilik untuk 3 orang. Fadhil kata memang dari dulu lagi tak abes2 promosi rate diorang ni. Fadhil ngan Dayah kalau saja2 turun KK..kat situlah diorang nginap. Tapi kalau time nak balik Semenanjung..diorang nginap kat hotel lain pasal kat situ susah sket nak dapat teksi.

Rezeki kitorang gak laa malam tu dapat bilik besar..semua dapat tidur atas katil ngan selesa.

AHAD 16/11/2008
Aku bangun jam 4.30 pagi. Mandi awal..Fadhil kata paling lambat nak tengok gunung kena kuar pukul 6.00 pagi sebab kalau lambat..dah tak nampak puncak gunung sebab dilitupi kabus sampai laa ke petang. Kat sana kalau kul 6 pagi tu macam kul 7pagi kat sini laa cerahnya dah.

Sarapan pagi tosei kat restoran mamak berdekatan hotel. Pastu ngan dua keta..kitorang terus ke arah Taman Kinabalu untuk melihat dari dekat puncak gunung kinabalu yang melebihi tinggi awan tu. Sepanjang laluan..memang rasa berbaloi sebab dapat melihat pemandangan di tempat orang. Salah satunya dapat tengok jambatan Tamparuli yang menjadi kebanggaan kadazan sehingga lagu rakyat mengenai jambatan itu sangat popular kat Malaysia ni. Tapi tak singgah pun untuk bergambar kat atas jambatan tu. Terus aje.

Walaupun perjalanan memakan masa 2 jam juga nak ke Taman Kinabalu tu tapi mata ini terus dijamu oleh keindahan dan ketinggian gunung yang tertinggi di Malaysia ni. Seperti mengiringi perjalanan kitorang datang kepadanya. Tapi semakin kami menghampiri Taman Kinabalu..semakin banyak pulak awan dan kabus menutupi puncak gunung. Maklumlah..cuaca pun lembab aje.
Satu lagi perkara yang kita boleh perasan sepanjang perjalanan ke sana..betapa banyaknya gereja dari pelbagai Saint..Rasanya lebih 15 gereja Saint yang berlainan..huh! Sesekali saja boleh nampak kubah masjid seperti di Kundasang dan pekan Ranau.

Sampai saja kitorang kat Taman Kinabalu (mungkin dah melebihi separuh ketinggian gunung Kinabalu dari aras laut)..kitorang sekadar dapat merasai kedinginan suasana gunung kerana kabus semakin rakus menyembunyikan keangkuhan puncak kinabalu dari pemandangan.

Ada beberapa kumpulan pendaki sedang bersedia mendengar taklimat untuk mendaki gunung sehingga ke puncak. Kelihatan juga beberapa masyarakat tempatan yang telah diupah untuk membawa pelbagai beg dan peralatan para pendaki sedang bersedia untuk bergerak.

Dari Timpohon Check Point tu trail nak ke puncak cuma 8.5km saja tapi semestinya laluan itu sangat mencabar. Sesekali terdengar alunan muzik dari pejabat Timpohon Check Point tu. Sedap aje didengar. Rupa2nya..seseorang sedang meniup sompoton. Laa..baru hari tu aku tau camne bunyi sompoton tu. Selama ni dok tergantung aje kat dinding umah aku, hehe. Tak tau langsung bunyinya macam mana. Tapi sayanglah tak sempat nak rakam ngan video cam.

Dok rileks jap kat situ..bergambar, ke tandas (acara wajib kalau dah menyinggah)..lepas tu kitorang pi pulak ke Air Panas Poring. Nak ke sana pun makan masa hampir sejam jugak dari Taman Kinabalu. Nasib baik laa dapat keta besar. Kalau kancil 660 lagi laa terhegeh-hegeh, hehe.
Kat situ tak payah bayar tiket masuk lagi sebab kira dah bayar sekali masa kat Kinabalu Park tadi. Pengunjung memang ramai..semuanya nak mandi ayaq hangat! Tapi kitorang tak join pun sebab selain semua tempat penuh, kitorang memang tak standby pun nak mandi air panas.

Aku, abang, along, angah, akiss bersama Fadhil dan Dayah terus membayar tiket untuk merasai pengalaman melalui Poring Canopy Walkway. Sebanyak 5 titi gantung berturut-turut dari pokok ke pokok yang dah berusia ratusan tahun terpaksa kitorang lalui. Ketinggian titi gantung tu melebihi 100m dari tanah. Memang gayat habis! Mula2 tu rasa kepala pusing juga tapi dah masuk titi ketiga tu dah mula rasa seronok walaupun kaki ni ada rasa ketar lagi, hehe. Masa tengah lalu kat titi..punyalah geram kalau titi tu sengaja digoyang2kan tapi bila dah sampai..aku pulak sebok nak usik orang lain yang lalu kat titi tu, hehe! Nakal!

Kamera hp, digital still kalau nak bawak naik kena bayar RM5. Video cam RM30 tapi kitorang tak bayar pun. Sebab bukan nak tangkap gambar sangat macam nak buat dokumentari kat tv tu..buat rugi aje. Tapi ada laa gak tangkap gambar curi2. Kat area tu memang ada krew diorang dok jaga.

Mak ngan ayah, mak ngan abah dok berehat2 kat bawah pokok tepi batu besar berhampiran telaga air panas tu sambil makan2 kudap2 yang telah dibeli di stesen Petronas Pekan Ranau. Diorang tak ikut kitorang pasal..kena daki bukit macam short-cut pondok 2 Bukit Larut laa jugak sementara nak sampai kat permulaan titi gantung. Dah laa berpeluh..aku ni naik ngan kasut tapak tinggi lak tu, hehe. Tak sorang pun dari kitorang bertujuh ni pakai kasut sport! Haha..

Kat kawasan parking..abah sempat sambar satu set key-chain untuk souvenier. Ada yang amek kesempatan p tandas..acara wajib tu!

Kat pintu pagar..kawan Dayah ngan Fadhil, juga cikgu kat SMK Lawas (sedang balik bercuti kat kampungnya di Ranau) sedang menunggu ngan Satria Neo bersama suaminya. Dia nak bawak kitorang makan kat satu restoran bihun sup yang popular kat pekan Ranau tu.

Orang memang ramai. Aku makan nasik kosong ngan sup ayam. Abang pulak nasik kosong ngan sup ayam + daging. Anak2 aku semua makan bihun sup ayam.

Sempat singgah kat Kundasang membeli langsat dan buah mata kucing tempatan. Dah lama tak rasa buah mata kucing original yang kecik2 tu. Skang ni yang terjual kat pasaran banyak longan aje. Juga aku sempat beli buah tempatan yang tak pernah jumpa pun kat semenanjung ni, hehe.
Cuba2 rasa..sedap gak..manis dan lemak! Dayah ngan Fadhil pulak pegi beli sayur segar untuk masak kat Lawas.

Selepas tu kitorang terus menuju ke arah Kota Kinabalu semula walaupun hujan di sepanjang perjalanan. Kat KK sempat lagi singgah buang air kat Petronas Stesen sebelum memulakan perjalanan terus ke daerah Lawas, Sarawak.

Di sepanjang 3 jam perjalanan nak ke Lawas..pelbagai daerah di Sabah yang kitorang terpaksa lalui. Pelbagai pemandangan dan senario yang dapat kitorang lihat sendiri. Tidak lagi hanya melihat dokumentari di kaca tv.

Antara kawasan yang kitorang lalui kat situ termasuklah Lok Kawi, Papar, Bongawan, Beaufort, Sipitang dan Sindumin. Kalau nak ke Labuan, kena naik feri kat kawasan yang dinamakan Menumbok. Fadhil ngan Dayah dah pernah p Labuan. Diorang citer naik feri dari Menumbok kalau keta kena RM80. Kalau bawak badan aje..RM5 sorang!

Di sempadan Sabah dan Sarawak..kitorang kena buat pemeriksaan imigresen. Biasalah, mula2 imigresen Sabah tanda kitorang kuar Sabah, pastu imigresen Sarawak tanda kitorang masuk Sarawak.
Dari kawasan imigresen Merapok, Lawas tu..nak ke bandar Lawas pun makan masa 30 minit gak. Tambahan pulak hari dah malam dan gelap. Tapi dalam gelap2 tu..nampak gak laa jambatan gantung untuk kenderaan satu laluan yang Fadhil penah citer tu. Kalau ada keta belah sini lalu, keta yang seberang sungai tu kena tunggu laa dulu, hehe.

Sampai kat bandar..Fadhil terus bawak kitorang makan kat gerai yang selalu dia p kat sana. Hujan masih turun renyai2.

Sampai umah sewa Fadhil kat Taman Harmoni, Banting, LAWAS..rasa lega badan ni. Manataknya..sehari suntuk dok dalam keta, hehe.

ISNIN 17/11/2008
Pagi tu masih bermalas-malas lagi. Sarapan pagi ngan nasik goreng Dayah. Fadhil kuar jap ngan moto p kutip2 pinjam jaket keselamatan kat kengkawannya. Nak guna snorkling kat Pulau Manukan Rabu nanti.

Jam 10 pagi..Fadhil bawak ronda2 di sekitar daerah Lawas. Kitorang turut ke sekolah menengah tempat dia ngajar, bilik guru dia, bilik alatan sukan yang dia jaga. Pastu p kat pengkalan feri dari Lawas nak ke Limbang ikut darat. Keta naik feri semata-mata nak menyeberang Sungai Terusan tu kena cas RM10, motor RM2, kalau orang..free.
Tapi terdapat sebuah jambatan sedang dibina untuk kemudahan itu. Mungkin nanti tak perlu lagi perkhidmatan feri tersebut.

Singgah kat kawasan imigresen Sarawak untuk orang nak masuk Brunei. Kat situ beli beras wangi tempatan RM20 segantang dan beras bario RM22 segantang.

Fadhil bawak pulak ke Sundar..perkampungan Melayu di Lawas. Rumah diorang semua besar2 walaupun terletak jauh dari bandar. Fadhil citer..diorang kalau buat kenduri kawen 7 hari 7 malam, uish!! teruklah kalau meminang anak dara kat sini, nau'zubillah. Berapa puluh ribulah hantaran diorang agaknya. Kalau p kenduri kawen diorang..adatnya kena pakai baju tradisional, baju kurung, kebaya, baju melayu, batik. Kalau pakai t-shirt tu..hehe, sendiri mau ingat laa. Fadhil citer..masa datang kenduri kawen tu, tuan umah terus bagi satu paper bag berisi pinggan, sudu, garfu, cawan..semua kaca! Pastu..masa nak makan tu guna laa semua yang dia dah bagi tu. Dah abes makan, letak balik semua set makan tu dalam paper bag tadi dan bawak balik terus. Maknanya, kat kenduri tu takde team basuh pinggan pun! Banyak tul kena kuar duit nak buat kenduri kawen diorang ye. Kalau tetamu 500 orang..untuk kuar duit belanja beli set makan nak bagi tetamu saja dah berapa. Huh!! Diorang ni jenis cermat agaknya. Duit simpanan banyak. Tak kisah nak p sana sini macam kitorang ni, hehe.]

Masa kitorang lalu kawasan Sundar tu..beberapa kawasan rumah, balai polis, sekolah di tanah rendah dinaiki air.
Kemudian Fadhil terus lagi menghala ke Kampung Awat-Awat..betul2 dah sampai kuala. Kat situ terdapat perkampungan air nelayan.
Setelah tawar menawar, dengan bayaran RM10 untuk satu bot (tanpa jaket keselamatan)..kitorang naik bot kecil melawat kawasan di situ.
Budak tu sebenarnya bawak bot untuk penduduk kampung nak menyeberang kuala dari rumah mereka atau sebaliknya. Bawak kitorang ni kira pendapatan sampingan saja lah.

Ayah ngan abah dok kat jeti pasal tak nak turut serta.

Seremmm gak naik bot kecik ni..risau aje air masuk bot, hehe. Budak tu bawak kitorang betul2 ngam2 pusing sampai kat ujung kuala dah bertemu laut tu. Kamera pun tak berani nak bawak keluar pasal mak kata ayaq masin! Cuma abang aje yang pandai2 cover video cam untuk shoot pengalaman sebagai kenangan.

Rupa2nya, rumah atas air yang rapat2 antara satu sama lain sepanjang2 seberang kuala tu ada 4 buah kampung. Penduduk semuanya dekat 4ribu juga. Semuanya Islam. Kat situ ada surau, ada kedai makan, ada kedai runcit. Sebuah rumah kalau nak dibina kat situ RM50 ribu gak! Wow! Kat situ gak ada kilang wat ikan masin. Ada juga penduduk kat situ yang buat ikan masin secara tradisional..jemur bawah matahari, hehe.

Semua info ni budak tu yang bagitau. Soalannya tentulah dari mak aku yang ramah pulak masa tu, hehe.

Masa lalu kat situ..kitorang ni jadi perhatian diorang. Maklumlah, bukan selalu pelancong datang kat tempat terceruk macam tu. Kebetulan kitorang nampak la sorang nelayan tu pegang kiri kanan ikan merah dan ikan talang. 2-2 tu besar betul! Ikan merah tu kat situ budak tu kata RM10 aje sekilo!

Dah abes naik bot..kitorang terus balik ke umah sewa Fadhil sebab makan untuk tengahari belum lagi. Masak sama-sama..makan sama-sama. Apa yang spesel masa tu ialah udang galah Lawas besar tapak kaki abang tu. Sepit2 pun ada isi..punyalah sedap dan manisnya. Goreng pun sodap! Dayah pun ada beli ikan susu untuk dibakar. Mula2 menunya ikan terubuk fresh tapi ikan banyak tulang tu dah abes lah pulak! Dalam gambar nampak hangus ikan tu tapi yang hangusnya tu cuma sisik..isinya, sedap dan manis betul!

Dah makan, kemas2 basuh pinggan..semua rileks2. Fadhil, Dayah dan anak buahnya yang 3 orang ni dok layan game Worms PS2 Fadhil. Cd worms tu bawak dari Taiping, hehe.

Dekat kul 5 petang kuar lagi. Fadhil kuar ngan moto ngan along. Yang lain naik avanza, Dayah yang drive. Mula2 p amek ikan terubuk masin yang dah ditempah. Pastu, dok lepak kat gerai di tepi Sungai Lawas minum petang, makan goreng pisang, cucoq udang dan cucoq keledeq Lawas style. Sambil2 minum tu..kapal terbang twin otter lalu atas kepala nak landing kat lapangan terbang Lawas. Tak lama lepas tu..twin otter naik semula nak ke mana pulak ntah? Sempat gak laa Fadhil dan Dayah citer pengalaman diorang naik Twin otter yang leh muat 20 orang penumpang tu semasa naik dari Miri ke Lawas. Citer ngeri tapi lucu, hehe.

Hujan turun lagi. Tekanan air paip kat kawasan umah Fadhil dah berkurangan. Kitorang terpaksa catu air, hehe. Nasib baik sempat basuh baju malam sampai Lawas tu dan dah kering siap berlipat pun tengahari tadinya.

SELASA 18/11/2008
Pagi2 semua mula bersiap. Sarapan pagi ngan goreng pisang. Pukul 9pagi terus berangkat meninggalkan daerah Lawas tempat Fadhil dan Dayah mencari rezeki ini. Di sempadan, kitorang terpaksa melalui 2 kawasan imigresen sekali lagi. Selamat tinggal bumi Sarawak!

Isi petrol kat Sipitang. Meneruskan perjalanan sehingga di bandar Beaufort..Fadhil singgah jap kat Brunei Satay House untuk membeli 40 cucuk sate ayam + 40 cucuk sate daging brunei style. Besar tul satay nya. Dah laa besar, setengah batang lidi banyaknya. Kalah sate hj. samuri ni. Harga 60sen sebatang. Semua sate tu nak di mamam kat apartment di KK nanti.

Perjalanan kali ni..lebih luas pemandangan pasal waktu siang, leh nampak semua. Perjalanan pun lebih lancar, tak hujan..tiga jam dah sampai semula ke Kota Kinabalu.

Sampai KK terus check-in Marina Court Apartment. Fadhil dah booking beberapa bulan yang lalu, sekali booking ngan keta sewa tu, hehe.

Dah masuk apartment..perut dah lapar. Mamam sate. Rasanya memang sedap cuma kuah sate tu kurang sket laa dari kuah kacang kita, hehe. Tapi boleh lah!

Perut mak aku dah menggigil pasal tak makan nasik lagi. Fadhil teman mak turun ke restoran berdekatan. Lepas2 tu yang lain pun ngikut turun kemudiannya untuk minum2 petang.

Dah selesai tu, kitorang sempat curi masa p bergambar kat bangunan tong Yayasan Tun Mustapha atau bangunan Yayasan Sabah.

Dari sana, terus aje Fadhil bawak ke pasar Filipino untuk acara shopping dan jamu mata! Alhamdulillah, aku ni takde laa rambang mata pulak nengok keronsang lawa2 dan bosar2 tu, hehe. Aksesori mutiara pun aku tak berapa minat laa. Tapi ada laa beberapa barangan yang aku suka kat situ cuma tak cukup duit nak beli. Jadinya, beli aje lah apa yang aku suka tapi harga murah, hehe.

Sebelum singgah minum air kelapa..sempat beli 4 kg salak madu saiz kecik RM10. Mak beli salak madu saiz besar RM5 sekilo. Murah betul salak kat sana. Memang aku suka betul laa buah hutan paling sedap ni, hehe.

Petang, anak2 sempat p terjun kolam renang sebelum kitorang turun pulak malam tu untuk ke pasar malam. Kat situ ada yang beli beg tambahan, beli gelang lagi, beli keronsang, beli t-shirt, beli wallet..hehe

Fadhil ngan Dayah sempat pulak p 7 eleven untuk beli air, 2 buku roti dan 2 tin tuna untuk dibawa ke Pulau Manukan pagi sok. Keta sewa dah hantar balik. Sewa 3 hari aje. Jimat poket abg!

RABU 19/11/2008
Pagi2 dah bangun. Siap2 nak p Pulau Manukan. Fadhil hantar trip kitorang anak-beranak dulu. Tapi tugas mula2 kena p cari nasik campur nak bawak bekal ke Pulau nanti. Jenuh cari restoran yang dah jual nasik campur pagi2 tapi hampeh! Restoran mamak pun sama! Beli nasik lemak ngan nasik goreng ayam aje laa.

Sampai kat Jeti Jesselton, orang kat kaunter sibuk memanggil2 kitorang untuk guna perkhidmatan bot diorang. Aku buat derk aje sebab Dayah yang uruskan semua ni. Dok kat kerusi sementara menanti trip ke 2 sampai.

Akhirnya, dapat gak laa naik bot ke Pulau Manukan untuk mandi laut sambil snorkling bagi ikan makan. Best aar..kat situ ikan jinak2 betul. Kat tepi2 air cetek pun datang kalau ada roti, hehe. Ikan besar2 pun main langgar2 aje kaki orang! Kat celah2 batu karang tu..lagi ikan berkaler-kaler! Tingat kenangan kat Tioman 13 tahun dulu, wah!

Aku tak lama dalam air. Mata aku tak tahan silau. Yang beriya ambil peluang sepenuhnya dah tentulah abang dan anak2. Fadhil ngan dayah pun sama walaupun dah penah pegi sini sebelum ni. Ayah ngan mak lambat sket turun ke air untuk merasai pengalaman tu.

Jam 2 petang..hujan dah turun renyai2. Dan bertambah lebat bila jam 2.30 petang. Bot kitorang dah janji pukul 3 petang. Lagi 15 minit nak kul 3..kitorang p tunggu kat jeti beramai-ramai.
Naik bot dalam keadaan air dah pasang, ujan pulak tu..huiyoo! dahsyat. Bot pun laju sungguh. Kalah budak bawak bot masa nak p pulau dayang bunting, Langkawi tu, hehe. Sampai Jesselton Point..abes basah kuyup sapa2 yang dok tepi bot tu.

Sampai apartment, semua keletihan. Tapi sempat lagi p turun jalan kaki ke pasar Filipino kali kedua. Ada benda lagi tak cukup la tu.

Balik apartment, Fadhil bawak ayah pulak ke pasar malam. Aku, dayah, abang, angah dan akis turun kolam renang pulak! Sian Fadhil tak sempat join turun kolam sekali.

KHAMIS 20/11/2008
Pagi tu semua bersiap-siap dan berkemas beg untuk flight AK5111 pukul 1.20petang. Sepatutnya masa booking dulu kitorang amek jam 4.20 petang tapi beberapa hari sebelum nak ke Sabah dulu AirAsia msj abang kata flight retime ke 1.20petang lak. Ikut aje lah!

Pukul 10pagi..kitorang anak beranak jadi trip pertama ke airport ngan beg2 semua. Jam 11.30 kaunter check-in AK5111 dah dibukak. Sebelum masuk balai pelepasan..semua bersalam-salaman ngan Fadhil dan Dayah. Diorang balik semenanjung Ahad 23/11/2008 sebab nak simpan avanza kat rumah kawan diorang kat Lawas. Diorang nanti dari Lawas ke KK naik bas ekspress.

Sementara imigresen cek pass masuk Sabah bersama kad pengenalan dan surat beranak..sempat lagi melambai Fadhil dan Dayah yang masih setia berdiri kat situ. Alahai..sedih betul aku. Aku pun menitiskan airmata sebab aku ni memang penyedeh orangnya.

Kat balai berlepas tu..lama jugak tunggu pintu P4 nak dibuka. Dekat jam 2 petang baru leh naik pesawat. Pilot kata masalah kelewatan tu berpunca kelewatan dari Kuala Lumpur sebelum tu. Tak mengapalah, asalkan selamat..Alhamdulillah.

Kat dalam pesawat..mak aku sempat beli beg travel air asia sebab berkenan beg yg aku beli masa penerbangan ke KK hari tu, hehe. Abg pulak sambar 2 cap..aku beli key-chain, ngam2 RM50.

Pesawat landing kat LCCT ngan smooth skali. Tak macam flight AK5114 kitorang ke Sabah ari tu, kasar semacam. Yang tu pilot nama Abbas. Yang ni namanya Aditya..ingat tu!

Cuma yang tak puas hati tu..turun dari pesawat nak masuk ke balai ketibaan, makk aii!! punyalah jauh. Kitorang tak pe lagi tapi bagi yang usia emas? Jenuh nak jalan kaki sejauh tu!

Balik kali ni ada 4 bagasi dok kargo. Jadi kena tunggu sat.

Dah keluar terminal..van pun sampai. Sempat minum kat umah ET. Mak ngan ayah balik ngan busu dan paksu dari umah ET. Kitorang pun balik Taiping lepas daripada tu. Singgah kat R&R Rawang nak mamam.

Sampai Taiping dah kul 12 tengah malam. Sempat singgah Restoran Masa Katering minum2 dan pekena roti canai dulu. Aku cuma dok dalam van jaga angah ngan akiss tido, hehe.

Habislah percutian cuti-cuti Malaysia yang dinanti-nantikan sejak 02 Jun 2008 yang lalu. Alhamdulillah, percutian kali ni melengkapkan aku menjejakkan kaki ke semua negeri di dalam negara Malaysia. Aku dah ke bumi Sabah, Sarawak..aku dah tengok gunung Kinabalu real depan mata walaupun tak berpeluang mendaki ke puncaknya lagi, tetapi dah berada di sebahagian gunung walaupun tidak di puncak ni pun dah syukur Alhamdulillah.

Aku dah ke Air Panas Poring, aku dah lalu titi gantung dari sebatang pokok ke sebatang pokok besar dan tinggi yang telah berusia lebih 100 tahun, aku dah ke kuala sungai di Sarawak, aku dah naik bot kecik, naik bot besar ke pulau, bersama ikan laut yang jinak, melalui dan melihat kehidupan di perkampungan air, merasa satay brunei walaupun bukan di brunei..(alah! macam sate kajang hj.Samuri tu lah kan..kat mana2 pun ada, kat dengkil, kat sg. buloh, hehe)

Walaupun tak kenal suku kaum kat sini mana satu kadazandusun, mana satu bajau, murut..bangsa filipin..tapi aku seronok dengar bahasa ibunda mereka ketika berbual. Patutlah budak2 AF dari Sabah..punyalah bangga tunjuk tempat asal diorang.

Alhamdulillah, mak aku pun dah dapat merasa pengalaman naik kapal terbang. Semoga ada rezeki mak naik kapalterbang p haji pulak ngan ayah, InsyaAllah.

Satu lagi perkara..trip kitorang ni bukannya ke Kuching pun. Ramai sahabat taulan ingat kitorang p Kuching padahal tak pun. Setakat daerah Lawas aje kitorang sampai kat Sarawak kali ni. Lagipun Fadhil yang ada pengalaman 10 hari di Kuching dulu..kata bandaraya KK lagi best dan menarik, macam2 ada. Ntah, aku tak tau laa pulak sebab aku taknah p Kuching. Nak komen apa, ye tak? Salah komen kang..ada lak orang Kuching cakar muka aku..nyiau!

Masa kat KK aku mesej Ezma yang dah kena pindah kat Sg Petani. Dia pun kata dah rindu nak tengok gunung Kinabalu. Kalau ada rezeki..InsyaAllah Kota Kinabalu mungkin jadi destinasi percutian kitorang lagi..hehe.

Sekalung penghargaan terima kasih untuk ayah dan emak yang telah menaja keseluruhan harga tiket kapalterbang pergi balik kitorang. Semoga murah rezeki ayah dan emak. Semoga Allah panjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik selalu. Amin.

Sunday, November 23, 2008

UPSR 2008..sayonara SK KE 2

2 hari sebelum cuti penggal terakhir 2008. Along masih sebagai pelajar sekolah rendah..Sayonara SK KE 2

13hb Nov 2008, Khamis..keputusan UPSR telah dikeluarkan. Pada hari yg sama TMGS rendah buat hari anugerah. Akiss turut menerima hadiah pada hari itu. Pada pukul 10.30 pagi..aku terus ke sekolah KE 2 untuk mengetahui keputusan UPSR along. Tapi keputusan masih belum diketahui lagi sebab keta guru besar pun takde lagi kat tempat biasa dia parkir ketanya kat sekolah tu.

Aku pun ke dewan TMGS semula, maklumlah..sekolah SK KE2 ni seberang jalan TMGS aje. Dok peratilah gelagat pelajar2 di sana, guru2 TMGS yang turut menunggu keputusan UPSR pelajar2 diorang, hehe.
Pukul 11 aku ke KE 2 semula. Kat bilik pengawal di pintu pagar sekolah telah kelihatan beberapa ibubapa pelajar turut menunggu keputusan UPSR anak mereka dikeluarkan. Ada juga yg sedang mengisi borang sekolah menengah agama berasrama untuk anaknya di situ. Diorang kata..keputusan dah ada tapi guru besar nak buat analisa dulu. Sabar..sabar..
Pagi tu aku dah pesan kat along soh dia bawak hp tapi rupa2nya dia terlupa pulak. Tapi takpelah, bagi aku..semua ada hikmahnya.
Sedang kitorang sesama ibubapa berborak2 di bilik pengawal bersama Wak, pengawal sekolah yang bertugas siang tu..tiba-tiba hp aku berbunyi. Tertera nombor telefon sekolah KE 2. Rupa2nya along yang telefon. Dia tak tau aku ada kat bawah bangunan sekolah tu aje, hehe.

Memang, sebagai ibu..aku juga berdebar2 seperti along menantikan resultnya keluar. Walaupun peperiksaan UPSR ni orang kata takde apa sangat tapi sebenarnya..semua ibu bapa mengharapkan anaknya mendapat keputusan yang memberangsangkan.
Alhamdulillah..along memberitahu keputusan UPSR yang telah diterimanya lebih awal dari rakan2nya yang lain. Cikgu Roslina telah menyampaikan ucapan tahniah untuknya lantas menyuruh Farisz menelefon maknya untuk memberitahu berita gembira ini.

Bila aku kata aku ada kat bawah...terus along turun meluru ke arah aku. Lantas dengan ucapan syukur aku menyalaminya dan mencium pipinya dengan ucapan tahniah. Alhamdulillah, berkat usaha dia sendiri dengan dorongan dan doa tak jemu2 dari kami sebagai ibubapanya..dia telah berjaya. Alhamdulillah..dia berjaya juga walaupun kitorang cuma hantar Along ke kelas tuisyen Bahasa Melayu RM15 tiap2 bulan untuk memperbaiki beberapa kelemahannya dalam subjek tu.
Dalam waktu yang terluang pada pagi itu..aku bergegas ke pejabat MARA, Taiping untuk mengambil borang MRSM dan mengisinya. InsyaAllah, kalau ada rezeki..adalah. Kalau takde tak mengapalah. Sekolah menengah KE pun bagus juga.

Ikut kata orang berpengalaman..p amek borang MRSM ni kena ada surat beranak dan slip result dan bayar RM10. Tapi rupa2nya tahun ni lain pulak! Diorang nak salinan surat beranak dan slip result yang dah disahkan oleh guru besar sekolah! Aduhai, bukan aku sorang tapi ibubapa pelajar yang lain dari pelbagai sekolah rendah pun mengeluh kena turun balik p buat semua tu.

Pastu, bila dah selesai..aku panjat tangga pejabat MARA tu lagi sekali sebab nak kena selesaikan cepat. Maklumlah, esok petangnya dah nak berangkat ke Bentong pulak. Bila dah serahkan apa yang mereka nak, dengan bayaran RM5..dapatlah juga borang MRSM tu.

Tapi mengisi borang MRSM ini lebih dahsyat dari mengisi borang universiti rupanya. Aku pun baru tau..maklumlah, 1st time. Tak yah laa nak ejek2 pulak. Borang universiti selalu laa aku nengok pasal tolong anak2 sedara isi form tu kat sini.
Borang MRSM ni macam kertas jawapan peperiksaan soalan objektif tu. Pastu depan belakang..risau lak terkoyak. Nak isi kena hati2 betul.
Hari Khamis dan pagi Jumaat tu..aku sibuk betul. P fotostat macam2 sijil dan p sekolah mintak pengesahan guru besar untuk dilampirkan bersama borang MRSM tu.
Jumaat pagi tu pulak..sekolah KE 2 ada wat hari anugerah khas untuk murid tahun 6 pulak. Hadiah diberi berdasarkan keputusan UPSR percubaan. Along ada laa menerima hadiah juga..Hari tu pun ada jamuan perpisahan untuk pelajar tahun 6 tapi along kata dia tak makan apa pun, pulak?
Along pun tentulah rasa lebih seronok untuk pergi makan angin ke Sabah/Sarawak seperti yang telah kitorang rancangkan sejak awal Jun 2008 lagi.

AKU PENYEDEH
Aku ni memang penyedeh tapi takde laa sampai tahap Neng Yatimah tu, huhu. Salah satu al-kisahnya ialah masa abang buat dvd untuk along yang dirakamkan kat sekolah bersama kengkawannya tu..diselitkan pulak gambar2 still berlatarbelakangkan lagu Mungkin Nanti - Peterpan..aku pulak yang tak tahan tiba2 menitis airmata rasa sedih. Aku pulak yang terbayangkan along dah tak bersama ngan 2 orang rakan karibnya iaitu Syazwan dan Halifi. Along kata along pun sedih gak, heheh.
Budak 2 orang ni tak dapat masuk SMKE sebab keputusan percubaan tak memberangsangkan. Diorang kena p sek.men.Klian Pauh.
Yang dapat ke SMKE cuma 15 orang aje..13 layak sebab akademik, lagi 2 layak sebab rekod sukan diorang peringkat negeri.
Aku harap kat sekolah menengah nanti along dapat kawan yang berperangai baik gak laa. Sekolah menengah ni lagi besar skop mereka.

Monday, November 10, 2008

Lega laa sket..

Petang Jumaat hari tu si Dazila ada mintak nombor telefon kawan2 vokay yang aku ada untuk dia serahkan kat seorang kak senior masa kat SMVTAA dulu. Katanya untuk jemputan majlis reunion akan datang. Aku tak tau laa bila diorang nak buat. Ntah apa citer tak tau laa aku. Dazila pun sebenarnya banyak simpan nombor2 kontek kawan2 vokay..saja je ngada2 nak tanya aku, hehe.

SABTU, 08.11.2008
Alhamdulillah, dah dapat balik hp aku tu. Dengan itu..aku harap lepas2 ni takde masalah dah la. Jenuh gak nak p Carrefour Seberang Jaya. Hp tu pun dah ganti ngan software baru. Radio pun dah leh on.
Tapi masa aku dok belek dan check semua fungsi kat hp tu ok ke tak..ada laa sorang kak tu nak beli hp tv buatan China tu. Tapi sayangnya dia nak trade in ngan hp Sony Eric elok lagi. Kedai tu kalau amek pun RM200 aje. Dia dah berkenan..senang nak tengok tv kat mana2, katanya. Hmm..hantu tv laa tu, hehe. Lantak p kat dia la..duit dia no?

AHAD, 09.11.2008
Abang ngan anak2 skang ni tak abes2 ngan Persona. Dari games PS2..tadi dah jumpa lak cd cerita Persona. Balik2 aje..terus layan. Aku aje laa yg dok ngadap pc dan tv sekaligus, haha.

Sejak aku jumpa doktor untuk mengadu aku dah over weight mengikut BMI dan makan ubat yang doktor bagi ari tu..memang ada perubahan. Masa kat gym..aku leh capai kadar denyutan jantung sehingga level 165.
Kalau ikut carta umur..aku yg dah 33 ni, angka 165 tu sudah menunjukkan aku dah capai tahap tertinggi iaitu athletic conditioning. Sebelum ni..paling tinggi pun sampai tahap endurance. Seronok gak sebab daya tahan aku dah meningkat. Aku leh lebih aktif lagi.

ADUHAI, AYAH..
Petang Jumaat dan Sabtu hari tu betul2 menguji aku. Masalah nombor hp ayah tu laa. Jadi, sebagai anak sulung..aku laa jadi tempat ayah dan emak mengadu. Aku pun takkan nak berdiam diri bila syarikat penyangak buat kat ayah aku camtu. Jadi, aku lah yang menelefon orang2 yang berkenaan untuk mintak penjelasan. Ingatkan masalah dah selesai petang tu..tapi rupa2nya tak. Malam tu, masalah tu jadi lagi. Penyangak tu tanpa belas ehsan terus mencuri kredit hp ayah aku. Ayah tu seperti biasa dah mula mengumpulkan kerisauannya. Ayah bukan boleh risau..tak lena tidur dibuatnya.
Sabtu pagi tu aku hubungi lagi orang2 yang berkenaan tu. Tapi masih tak selesai sebab syarikat penyangak tu tak jawab pulak panggilan yang aku buat dari public fon tu. Aku tak guna hp aku sebab..nanti tak pasal2 nombor hp aku pulak yang diorang attack! Giler!
Jadi..nak sedapkan hati, anggaplah kemungkinan Sabtu tu pejabat penyangak tu cuti. Tapi mesin curi duit kredit hp orang..diorang tak cutikan woo!

Tadi aku dah tipon syarikat tu lagi. Nasib baik berangkat. Aku terus aje cakap direct, takde berkias-kias lagi.
Senang aje rupanya..nampak macam selesai dah laa. Harap2 macam tu lah hendaknya, AMIN.

Ayah tu selagi laa tak selesai masalah dia, selagi tu risau tak sudah. Sampai tak sanggup nak top-up kredit lg...takut kredit kena songlap dek penyangak lagi.

Aku ni pun dah pening kepala tarik2 rambut disebabkan handle perkara ni. Tak buat kang..bukan ayah aje yang susah hati, aku ni yang terlebih2 lagi.

Lepas ni..mungkin ayah boleh terus guna nombor lamanya. Yang paling penting..ayah leh ceria balik.

Tuesday, November 4, 2008

Lagi gambar, lagi citer..

Ni Dayah..gambar naik bot nak ke Pulau Manukan, KK. Gambar ni pun dah lama dalam hp aku ni. Sayang lak nak buang camtu aje, rugi kredit adek aku aje mms hari tu..jadi simpan laa kat sini.

Ni Fadhil, sorang-sorangnya adik yang aku ada. Punyalah sengeh nak p snorkeling..hehe..

ADA APA 04.11.2008?
54 tahun yang dulu..hari ni lah ayah aku dilahirkan. Jadi..Hari ni, Selasa adalah ulangtahun kelahiran ayahanda aku ke 54 tahun. Ayah lahir pun pada tahun 1954..tahun ni pun umur 54, huhu. Walaupun kitorang semua dah ucap selamat dan mendoakan untuknya..kat sini juga aku nak simpan ucapan tu.

Ayah, selamat menyambut ulangtahun yang ke 54 tahun. Semoga Allah panjangkan usia ayah, murahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik selalu. Semoga kebahagiaan dan keceriaan mengiringi ayah setiap detik setiap waktu. Amin.

Monday, November 3, 2008

Surprise..Suzila di Kamunting!

Tak sangka betul aku..petang tadi aku menerima panggilan dari Suzila, member lama masa kat Vokay 91-92 dulu. Last jumpa tahun lepas..15.07.2007 masa majlis persandingan adik aku kat Bentong. Su masih tetap macam dulu..maintain macam anak dara.


Masa Su tipon aku tu..aku memang tak dapat nak jawab sebab hp yg dipinjam dari kedai hp tu pun ada masalah pulak, cis! Hp yang aku baru beli 3 bulan lepas ada masalah radio tak berfungsi. Jadi, sementara masih ada waranti ni..aku pun hantar balik kat kedai hp tu untuk dia hantar ke kilang. Sayang lah kan, beli hp ada fungsi radio tapi radio tak berfungsi lak. Apa..? tak..hp tu memang hp ori punya. Memang ada kad waranti dari kilang dia.

Sambung citer..jadi aku mesej Su soh dia mesej aku balik dia nak cakap apa. Terkejut gak laa aku bila Su kata dia ada kat Kamunting. Dia kata kalau nak jumpa dia..cepat laa sket. Aku ingatkan dia datang sini ngan keluarga ke apa..rupa2nya ngan rombongan. Dah balik dari Ha'adyai. Dia kata dia ada kat depan kem askar. Aku kata laa..kat Kamunting ni kem askar banyak. Dia kata dia ada kat Kem Askar Arteleri DiRaja, kat restoran SM Heritage. Laaa..cakap aje laa dia singgah makan kat restoran Selera Malam tu, hehe.


Pastu, aku pun p laa ngan abang ke sana. Segan gak laa coz dia sengsorang..yang lain tu kengkawan rombongan cik kiah dia, memang laa aku tak kenal langsung.


Dapat laa sembang2 sekejap...citer apa yang terlintas nak citer. Sempat gak laa abang tolong snap kan gambar aku ngan Su. TAMAT.



Sweet ngan anak kesayangannya..



Akhirnya tertunai juga janji Sweet atau Asweeta, juga kawan aku masa kat Vokay dulu nak hantar mms gambar dia ngan anak dia..hehe. Dia skang dok Alor Gajah, Melaka bukak salon kecantikan kat sana. Orang bisnes laa ni.

Aku banyak kali dah p Melaka sejak dia dok sana tapi taknah berpeluang untuk singgah jumpa dia. Takde rezeki lagi..lain kalilah kalau diizinkan.