Monday, August 31, 2009

Sygkan tanahair...

Huh..aku tgk citer Hati Malaya (walaupun tgk terlambat sket, hehe)..mmg meremang bulu roma tgk cara2 pemimpin dan orang dulu2 utk mencapai kemerdekaan.
Tak tengok citer ni pun mmg semangat nasionalisme dan kecintaan aku pada negara sgt kuat. Apatah lagi bila tgk perjuangan org dulu2 yg dilakonkan semula.

Tanpa berkepentingan peribadi..aku sgt sygkan tanahairku ini. Aku cuma harapkan keamanan dan keselamatan negara yg utuh. Tapi aku sedih kerana keadaan kepimpinan sekarang sgt berlainan. Diorang bercita2 utk jadi pemimpin bukanlah nak memajukan negara sgt tp ada agenda tersendiri, utk punya kuasa, utk poket sendiri..

Adik aku yg ingatkan soh tgk citer tu. Dia siap soh download utk anak2 aku tgk. Mesti senang nak jawab sejarah kemerdekaan tanahair kita yg tercinta ni.

Korang ada tengok???..tgk citer ni semangatnya mcm tengok Sarjan Hassan, mcm tengok citer Bukit Kepong...huhh!!!!
Tapi Hati Malaya ni lebih detail utk cerita kemerdekaan...

Gambar ni Akiss ngan pokok tanduk rusa kat umah Pah dia ler..

Hmm..skang ni musim kegilaan main Kiub Rubik ni. Mcm2 cara pulak dah ada.
Jam sebelah tu pulak bukan tunjuk berapa minit mende ni siap, hehe. Cuma tunjuk pukul berapa aje, takde kena mengena ngan kepantasan menyelesaikan kiub tu pun...kuikui..

Hmm..tulisan siapa kat whiteboard ni??? Along, angah atau akiss?? huhu...

Ni laa makanan sahur cik abg ku..
Kurma, oat + flaxseed, teloq separuh masak 3 biji dan 1 mug air coklat mocha..
Pil yg dlm gambar tu adalah aspirin ye..huhu..

Jadual berbuka dan imsak Larut, Matang dan Selama ni mmg dah jadi rutin tiap2 tahun ada giliran utk memotong setiap hari. Selalunya selepas berbuka pose ler, hehe..
Apa2hal..yg rasmi potong utk hari pemegang pose tu..aku ler!! hehe. Lepas2 tu..aku tak kisah dah.
Kalo tak dibuat sistem giliran potong..hmm, dah tentu laa berebut2 budak2 tu.

Ni ler giliran memotong tu. Tengok, nama aku takde kan?? Sebab aku dah potong hari pertama berpuasa. Lepas2 tu aku dah tak kesah dah.
Esok along dah balik hostel..tinggal abang ngan angah aje laa. Along dah print jadual berbuka dan imsak utk Pengkalan Hulu dah..seronok ler dia potong sorang2 lepas2 ni, kehkehkeh..

Nak ikutkan..leh print sorang selai aje. Tapi..mcm tak best ler pulak pasal tak berebut, huhu..

Pasal tak tahan nak tunggu giliran..Akiss salin sendiri aje. Sukahati dia laa nak potong tiap2 hari. Abah dia malas nak layan utk print lagi sehelai...
Tu pasal kat whiteboard tu nama dia takde dlm giliran, huhu..

Ohh..ni sesi shopping lagi. Time org terawikh..kitorang gi shopping, huhu.

Along ngan angah tengah tunggu ibu ngan akiss tengah dok belek2 baju Akiss ler.

Ntah apa yg diorang dok sembang2 tu..mesti citer ONE PIECE ni..hmm!!

Aku tengah sebok mencuba baju utk akiss. Memuncung2 Akiss tu. Nak ke tak nak ntah!!!..hmm..

Gambar di atas ni..utk cuba2 aje. Tapi tak beli pun..tak sesuai ngan Akiss ler!! Kain pun jenis panas aje, hmm.
Hmmm..susah tul nak cari baju akiss. Asek2 t-shirt aje yg jumpa. Aku ni kalo boleh nak ler blouse gak..

Sempat ler pi exercise jap kat gym. Tak lama pun..30 minit main treadmill aje. Janji keluar peluh udah.

Friday, August 28, 2009

Kala Hujan....

Alhamdulillah..musim hujan lagi Ramadhan kali ni. Takde laa teruk bagi kanak2 yg sedang berpuasa menahan dahaga. Kalo lapar diorang leh tahan lagi. Tapi kalo dahaga tu..hmm, org tua pun terkadang tak leh nak tahan, hehe..

Tapi bagi penoreh getah..susah laa jugak nak cari rezeki ye. Dah musim ujan. Tiap2 hari ujan..bila masa diorang nak noreh pasal pokok getah basah..

Ni kat depan umah aku ler ni. Aku snap time2 ujan. Ngan kamera hp aje. Depan tu bekas lombong. Tapi dah penoh ngan semak2 dah. Walaupun cenggitu..jgn ler sewenang2nya masuk situ. Mau terjerlus masuk dlm lombong plak, ish!! Kat situ gak ada ler makhluk Allah yg lain menumpang teduh termasuk ler ular. Pasal..kat situ dah tentu laa katak banyak, kan??

Hmm...ni aje laa antara pokok2 tanaman aku kat depan umah tu. Maleh dah nak bela beriya-iya. Bila ujan tiap2 hari tu..Alhamdulillah laa..segar-bugar pokok2 tu, hehe..

Sampai bunga ni pun mengeluarkan kudupnya, ngeh2..

Pokok kaktus ni aku beli raya tahun lepas. Cenggini ler..pasal tak berjaga sgt pun.

Pokok ni lagi ler. Jenis tahan lasak. Pasu dia ari tu mengereng pun..dia okey aje, huhu..

Hmm..ni ler pasu air utk ikan guppies. Kecik aje pasunya, jadi laa kan? hehe..
Yang ni pun aku bukan jaga sangat pun. Enam bulan baru aku basuh lumut2 yg muncul kat tepi2 pasu tu. Tapi okey gak..pasal guppies mmg suka sgt ler ngan lumut2 tu. Cepat pulak membiaknya kalo keadaan cenggitu. Cuma kalo berlumut sangat..mula laa muncul cacing2 halus, siput2 air jenis halus2 tu..time tu kena laa cuci pasu air tu.

----------------------------------------------------------------------------

Oppss..twitt!! Aku nak citer pasal duit kertas yg rosak pulak..

Pernah ada pengalaman dapat duit baki yg terkoyak sket, duit yg koyak byk tp dah diselotepkan atau duit yg berconteng???
Kalo citer pasal duit kertas terkoyak, duit dh koyak tp diselotepkan, duit berconteng...aku mmg nyampah kat org2 yg telah melakukan perkara camtu kat duit. Cara diorang tu mcm duit tu tak bernilai..tapi akhirnya menggunakan jugak duit tu.

Selalunya duit terkoyak ni terjadi kat not RM10, RM5, RM1 ler..
Selalunya jadi cenggitu bila diorang bagi duit nilai cenggitu kat anak2 kecik. Anak2 kecik yg tahu kertas tu ialah duit (sebab duit ni ada spirit tau!!) tapi anak2 kecik ni tak tau nak wat camne ngan duit tu melainkan dengan mengoyakkannya, hmm..
Selalunya..duit ni dpt kat budak2 kecik tu bila diorang nangis2 nampak mak, pak atau abang dan kakaknya pegang duit..dia pun nak pegang duit. Jadinya..sebab RM10 ke bawah tu nilainya kecik..org2 dewasa ni bagi laa anak kecik diorang tu pegang utk tak bagi nangis.
Masalahnya, bila duit tu anaknya terkoyakkan..mak pak rasa syg ler pulak kat duit tu walaupun nilainya RM1 aje. RM1 tu kalo beli gula2 leh dpt 17bijik. Kalo beli kuih..dpt gak 3 bijik..hah!!
Jadinya..amek laa duit tu dan diselotepkan balik. Pi laa berurusniaga guna duit tu.

Duit yg berconteng;
Aduhai..yg ni lagi laa. Dah tau takde kertas nak tulis no. telepon ke hapa..tulis laa kat tapak tangan ke..koyak kertas sokabar ke. Ni..tulis kat duit. Bila dah bertulis ni..duit sebenarnya dah tak laku. Cashier yg menerimanya pun mesti tak perasan tu. Kot masa duit tu diurusniagakan...duit yg dah berconteng tu dilipatkan agar tak disedari oleh si penerima, kan?? Jadi lepas laa dari tangan ke tangan org lain pulak...
Pastu..ada pulak yg tulis kat duit tu I LOVE U la..AKU RINDU KAMU laa..diorang ni mmg giler betul laa. Tak leh nak luahkan dlm bentuk lain ke?
Yg si penerima tu pulak..kalo betul dah angau..simpan ler duit tu kat album ke hapa. Ni..pandai pulak nak gunakan kat kedai!!!

Yg aku benci tu..pasal..last2 duit tu dapat kat aku lak. Padahal aku ni bukan jenis menconteng2 duit, mengoyakkan duit...merosakkan duit sampai dah takde nilai. Tapi tak pasal2 dapat kat aku (kes tak perasan ler ni!!)...bila aku nak gunakan utk berurusniaga..tak laku la pulak!!
Kat Tabung Haji pun..diorang pun tak mau duit tu tau!!!

Jadi..skang ni senang aje. Bila aku dah berurusniaga kat kedai, dapat balik baki..aku check satu persatu duit kertas tu. Kalo ok..baru aku beredar. Kalo ada jenis2 duit terkoyak, berselotep dan berconteng..aku mintak tukar ngan duit yg elok kat cashier tu.

Pernah laa diorang kata yang diorang pun dpt duit rosak tu dari pelanggan lain..Argh!!! aku tak kira..aku tak nak duit rosak cenggitu. Pasal aku bukan jenis merosakkan mende2 bernilai ni. Aku cakap kat cashier atau tokey tu..lain kali jangan ler diorang amek duit2 cenggitu dah.

Dah ada yg buat camtu..siap tulis kat kaunter..KAMI TIDAK MENERIMA DUIT YG KOYAK DAN BERCONTENG. Ada gak cashier yg dah dipesan oleh tauke diorang agar tidak menerima duit2 yg dicacatkan cenggitu.

NOTA:
Catatan ditaip ngan ayat tunggang langgang sket pasal sambil membina ayat..sambil tengok tv, hehe..

Wednesday, August 26, 2009

Uniknya Ramadhan...

Apa yg aku nak citer pasal uniknya Ramadhan ni kan..bukannya pasal fadhilat dan segala keberkatan yg ada di dalamnya, ye!!..hehe.. Topik tu dah ramai yg berminat utk taruk dan kongsikan kat blog diorang, ngeh2.
Dan yg paling penting..ramai sebenarnya yg mmg dah tau antara kebaikan2 dan pelbagai keberkatan yg ada dlm bulan Ramadhan ni. Buat tak buat aje..kan?? huhu..
Lagipun..aku bukannya pakar dlm bidang ni nak menghuraikan segalanya dengan ayat2 yg baik.

Yg aku nak citer uniknya Ramadhan ni kan..kan..hehe..

1) Bila sebut Ramadhan aje..otomatik org terus ingatkan apa??? Ye, Aidilfitri..raya..raya..

2) Oleh sebab itu..2-3 bulan sebelum Ramadhan..ramai kaum hawa dah pi beli kain dan nempah baju raya. Bukan disebabkan kaum hawa ni tak sabar2 nak sambut raya ye..cuma takut tukang jahit baju dah tak mau amek kalo hantar dekat2 Ramadhan. Mcm kes aku ler..nasib baik ada mak sedara abang masih menerima tempahan lagi, huhu..nasib..nasib..

3) Bila dah sampai Ramadhan..kaum hawa juga ingat ler nak gi beli baju2 raya utk anak2 kat pasaraya2 ye. Nak2 masih dlm mood Jualan Mega sampai ujung Ogos ni kan, hehe. Termasuk ler aku, ngeh2.

4) Hmm..bila Ramadhan..maka wujudlah pasar Ramadhan di serata ceruk yg menjual pelbagai masakan, minuman, kuih-muih yg tak penah jumpa masa bukan bulan Ramadhan pun ada.., ikan bakar, sate pun ada...wallaweiii!!! semua nampak sedap.
Tapi aku tak beli lauk kat pasar Ramadhan tu ye. Pasal yg aku masak lagi sedap dari yg jual tu ler..huhu..(tu ikut tekak aku ler, hihi)
Kat situ beli kuih-muih aje. Malehnya....nak wat kuih!!

5) Bila ada pasar Ramadhan..maka masa tu ramai ler wujudnya chef2 yg tersembunyi masa bulan2 lain dan muncul hanya setahun sekali. Diorang juga mengambil kesempatan utk sama2 memeriahkan pasar Ramadhan ngan pelbagai masakan yg diorang tau nak masak, huhu.

6) Bukan pasar Ramadhan aje wujud..bazaar Ramadhan pun wujud gak. Selalunya kat tempat2 orang ramai seperti di shopping complex. Diorang ni menjual pelbagai pakaian, tudung, songkok, kerongsang dan tak lupa beraneka biskut raya. Sebenarnya kalo tak Ramadhan ni..para peniaga ni berniaga mende ni jugak..

7) Seminggu dua sebelum Ramadhan..mula laa orang ramai panik pasal gula dah mula berkurangan di pasaran. Tambah2 orang yg berniaga kuih-muih, berniaga air pelbagai perisa..Mana yg nak buat biskut raya utk tempahan raya lagi, hmm..

8) Masa ni tukang jahit baju, tukang jahit langsir, tukang wat biskut raya pun eksyen ler..tak menerima tempahan, huhu. Tatkala Ramadhan tu..diorang sgt gigih menyiapkan tempahan2 yg dah diterima tu. Sampai ada yg tak tido malam..rezeki ye..

9) Dah penghujung Ramadhan..akan kedengaran laa stok kelapa berkurangan, harga syiling utk barang2 kawalan, harga ayam naik..

10) Skang ni sambut Ramadhan pun..budak2 dah main mercun ye. Dulu time nak sambut Aidilfitri aje..

11) Bila sebut mercun ni..ramai ler kreate cara2 permainan tu. Ada yg taruk mercun bola bawah tong cat agar bunyinya lebih kuat lagi ye. Kalo nak power lagi.. ubahsuai mercun tu dan amek belerangnya taruk dlm paip besi..juga utk bunyi 'boom' yg lebih power. Hmm..masa ni laa kita akan dgr budak2 cedera laa, hilang jari ler..

12) Hmm..tv pun menyediakan pelbagai program keinsafan, dokumentari tentang sejarah2 nabi, citer pasal fesyen terkini busana dan pelbagai juga program masakan ye. Hmm..aku suka..terutama program masakan tu ler. Semua kalo leh aku nak tgk..dari Citarasa Selebriti Siti, Ketuk2 Ramadhan, Kulinari Chef Liza dan lelain ler, hehe. Tapi yg penting..aku suka tgk aje. Bukan nak wat pun resepi tu, ngeh2...(ada ke cenggitu??..hmmm)

13) Iklan?? Wah..mcm2 iklan 'raya' mempromosi produk diorang keluar kat tv, radio, sokabar..

14) Kedai2 hardware, kedai tayar kereta, kedai perabut, kedai pakaian, pasaraya dah tentulah.., kedai jual keta.....semuaaanya taruk banner iklan promosi raya..raya..
Tambah dasat bila ayatnya berbunyik begini ye; "Pakai dulu..bayar selepas raya!!"..ish..ish..

15) Masa ni..pejabat pos akan sangat sebok dan terpaksa mengambil staf2 sambilan utk menguruskan berguni2 kad raya..tak gitu Suziey?? Pastu..lumba adik-beradik sapa yg dpt kad raya paling banyak..ngeh2. Ada jugak org cenggitu ye??

16) Tiket2 bas ke pelbagai destinasi dan juga tiket2 keretapi akan cepat habis mengalahkan goreng pisang panas ye. Masa ni..bass sekolah berhawa dingin dan bas persiaran juga turut digunakan sebagai bas tambahan.
(Alahai..bila laa adik aku kat Sarawak tu nak dpt waran flight utk balik beraya ni???..Lembab ler pejabat pendidikan kat sana!!)

psst; tak hantar kad raya kat akak ke? Leh pecah kaca pecah gelas dan pecah kaca pecah tong..wakaka..

Hmm..okey laa setakat ni. Ada banyak lagi ni..mgkn kengkawan yg membaca pun ada nak tolong tambahkan..kan?? Tambah aje kat ruang komen tu, heheh..(TQ)

Nota 1; tempat paling best time2 Ramadhan utk mencuci mata dan menahan segala nafsu membeli-belah adalah di....Jalan TAR.

Nota 2: Disebabkan uniknya bulan Ramadhan ngan pelbagai ibadah berada di dalamnya, ditambah pulak dengan kemeriahan yg dicipta ketika di sepanjang bulan Ramadhan..maka disebabkan itulah kedatangan bulan ini ramai (dari pelbagai golongan) yg nanti2kan..


FUNFAIR??

Huhu..gambar ni bukan time bulan Ramadhan ye!! Gambar ni diambil pada 11hb Ogos ari tu yakni masa along tgh cuti maktab tutup akibat H1N1.

Funfair ni diadakan sehingga merdeka (dlm bulan Ramadhan jugak laa abesnya).
Lokasi kat dlm kawasan parking Pasaraya Giant, Taiping. Jadi, lepas kitorang gi Giant ari tu..pi laa sat funfair tu jengok2.

Funfair tu mmg kosong aje. Sian..sian.. Tokey ler yg kesian. Pekerjanya tetap ler dpt duit upah jaga permainan tiap2 malam, hehe. Tapi nak kesian kat tokey pun wat pe..diorang pun kaya tu, huhu..

Kitorang masuk pun..saja2 je tgk2. Maklum ler..masuk free kan..Jadi kitorang masuk aje ler.

Tokey ni salah perhitungan sebenarnya. Dia dok ingat cuti sekolah sampai cuti Merdeka bulan Ogos ni aje. Padahal dia tak ingat..umat Islam bakal menjalani ibadah berpuasa ketika itu. Pastu, tgh havoc ngan H1N1 ler pulak.

Nak harapkan bangsa depa dok masuk & main pun takde gak. Diorang ni lagi laa. Jenis pulun kumpul duit byk2..pastu time CNY tu diorang pi Genting..perabes duit2 tu semua, hah!! Yg mak pak main pakau..yg anak2 main kat taman tema tu puas2..

Funfair funfair ni dah tak relevan dah masa ni. Org Islam pun ramai dah sedar main tikam2 baling2 tin, sauk itik, baling dat dan mcm2 lagi tu tak baik..walaupun ia menyeronokkan utk menunjukkan skill2 baling-membaling, tembak-menembak, sauk-menyauk..huhu...

Pastu, kalo nak main permainan mesin tu pulak..tokennya teruk gak ler kalo ada anak lebih dari sorang nih, huhu.. Jadi..lebih baik takyah main apa2 ye. Tambah2 mesin yg dok pasang siap cenggitu, pasang..nak tutup operasi diorang bukak balik..pastu, pasang kat tempat lain..bukak balik..ish!! menakutkan aje, heheh..

Jadinya, skang ni memalam..kalo tgk kat langit area2 umah Kamunting tu..leh ler nampak lampu laser diorang menyuluh langit, hehe..

Leh teka gambar apa kat atas ni??
Ye..korang mmg pandai. Tu ler imej bebayang kitorang 5 beranak tengah berjalan kaki nak ke keta..hehe..
Yg mana satu bayang2 aku? huhu..

Orang tua2 kata..jgn main ngan bayang2..ngee..

Monday, August 24, 2009

3 hari selamat sudah...

Alhamdulillah..sudah 3 hari umat Islam menempuh Ramadhan 1430H. Hari ni masuk hari ke 4, InsyaAllah.

Hmm..permainan ini mula dikeluarkan semula dari kotaknya tatkala kebosanan. Kalo tido lelama waktu siang tu kan tak berapa bagus..jadi bermain cenggini lebih baik.
Hari pertama Ramadhan..kitorang tak serbu pasar Ramadhan lagi.

Hari ke 2 Ramadhan;
Jam 5 ptg..gi pasar Ramadhan. Bawak anak2 utk pilih kuih masing2. Along ngan karipap kentangnya. Angah dan Akiss pilih donut. Aku ngan abang pilih kuih lopes. Tak lupa apom comel berinti kelapa utk sekeluarga. Juga puding kiwi dan puding buah naga.

Lokasi; Pasar Ramadhan Kamunting.
Walaupun keadaan cuaca tak berapa bagus dan keadaan kesihatan negara pun tak berapa bagus..ramai yg tetap keluar mencari juadah tambahan. Mgkn utk santapan ketika berbuka puasa atau mgkn juga utk dimakan selepas terawikh bersama keluarga di rumah.

Hmm..sempat lagi abang snap gambo tgh2 org ramai cenggini.
Skang ni..tekak kitorang masih belom terliur lagi ngan segala hidangan ikan bakar, ayam golek, ayam percik..hehe..
Nanti2 ler tu. Skang ni dok layan pajeri nenas dan rendang kerang. Aku pun baru aje wat rendang kerang semalam. Kalo beli siap rendang tu kat pasar Ramadhan..sket sgt ler.
Jadinya, aku beli kerang dan bahan2 mentah lain utk wat rendang pagi tu..petang terus wat. Abg sgt suka menu ni. Jadi aku pun terpengaruh ler tersuka jugak, hehe..

Sebelum balik sempat beli setengah bijik tembikai. RM2 sekilo. Biasa ler..time cenggini harga sekilo tembikai jadi mahal ler kan. Jadi disebabkan tak mau tanggung risiko beli sebijik tapi isi tak merah..aku beli setengah bijik yg dah siap belah tu aje. Takyah bersuluh lagi..mmg dah merah dan boleh tgk kulitnya nipis ke tak..Rugi beli tembikai yg berkulit tebal tu, huhu..

Tapi..sedara aku kat Pekan, Pahang tu..diorang amek lak isi kulit tembikai utk dimasak lemak. Jadi sayur....letak sekali ngan su'un, fucuk...

psst; ni yg jenis makan tembikai siap2 potong isi merah dari kulit ye!! Bukan jenis makan isi tembikai gigit sehingga isi kulit tu..hehe. Jaga kebersihan ye. Kebersihan adalah kesihatan..huhu..

Hmm..ni dah selesai sesi beli kuih-muih ler ni. Masing2 jalan ke parkir keta ngan riang gumbira, ngeh2..

Hmm..ni ler kuih apom berinti kelapa tu. Aku rasa mcm senang aje bancuhan ni tapi aku tak tau ler bahan2 dan sukatannya. Ada sesape yg ada resepi apom ni. Nak kata ikut resepi apom..lain ler pulak..Gebunya mcm kek. Nak kata kek..tak ler pulak pasal ianya mcm apom..hah??
Nur..leh tak agak2 camne ler resepi dia ye. Tang inti kelapa tu aje yg tau nya..hehe.

Ni ler rupa apom tu tang bawahnya. Ada inti kelapa ler..Tu yg jadi lagi sedap tu. Serasi pulak inti kelapa ngan apom tu.
Kiut aje. Kena beli 20 bijik baru cukup utk kitorang sekeluarga, heheh. Sebijik 15sen nih..

Oh..ni gambar shopping baju raya. Sebab anak 3 orang dan dah besar2..jadi kena laa beli berperingkat2. Skang dah dpt 2 psg kasual utk angah dan 2 helai t-shirt along aje.

Baju akiss takde yg berkenan ler kat situ.

Seluar along lak kena beli kat The Store, Jln Panggung Wayang ataupun di The Store, Jalan Tupai. Pasal kat situ ada perkhidmatan alter seluar. Along tu dah kena beli seluar kat department remaja dah. Lagipun kat The Store, Jln Panggung Wayang lebih banyak pilihan berbanding The Store Kamunting, hehe..

Hmm..angah punya baju brand ni ler. Tapi beli cuma yg ada diskaun ler. Diskaun 70% lak tu. Mmg ler stok lama sket tapi ok laa..masih belom berlonggok lagi. Elok berlipat kat rak baju tu, hehe..
Kitorang ni..nak bg anak pakai baju yg ada brand sket tu..cam ni laa caranya. Beli yg ada less 30% ke atas. Kalo setakat less 20% tu..kitorang tak terbeli lagi. Mahal mcm baju orang dewasa ler..
Tak pe laa, diskaun 50-70% stok lama..stok lama laa. Baju tu masih baru sebenarnya cuma stok lama aje, kan. Asalkan baju tu masih elok di susunan raknya dan bukan baju display, bukan baju longgok..heheh..

Kalo umah enjin ada satu aje mcm kitorang ni..cenggitu ler cara berbelanja ye. Kena banyak songeh sket..huhu.

Hmm..lihat dua reaksi yg berbeza.
Akiss masih belom hepi pasal baju kasual dia utk raya tak dapat lagi.
Angah tu lak..hepi sakan ler..pasal dah dpt 2 pasang dah.

Bajet abah diorang ni cuma 2 pasang sorang aje baju kasual utk raya. Cukup ler tu kan. Budak2 ni cepat membesar.
Baju melayu diorang tempah kat jiran umah mak aku kat Bentong. Termasuk ler baju melayu cik abang tu aku sekali tempah kat sana gak.

Baju kurung aku ngan akiss tempah kat maklang Yah iaitu mak saudara abang yg dok kat Kg. Pasir, Kamunting.


Opps..sebelum terlupa;

Kad ucapan Salam Ramadhan dari Dik Wa..

Ni pulak kad ucapan Salam Ramadhan dari As; ibu Umairah..

Sunday, August 23, 2009

TAG terkumpul..mak aii!!

Baru berkesempatan utk aku menunaikan janji bagi menyelesaikan tag2 yg kengkawan telah berikan. Tima kasih sudi kasi tag kat akak. Tp sori ler..coz lambatttt nak merealisasikannya ye..hehe..
Ada 5 tag di sini..dari Anak Laut, Atiechumil, Aliaah, Hana dan Jebat..

(sekadar gambar hiasan)

TAG 1
dari ANAKLAUT;


1. Bekas kekasih saya adalah :- Hmm..takde!!

2. Saya sedang mendengar :- Dgr suara tv aje. Abg tgh layan discovery channel pasal KERIS tu.

3. Mungkin saya patut : Buat kerja2 umah yg tak buat lagi dari buat tag ni, kehkeh..

4. Saya suka : i) Bersama keluarga. ii) Buat apa yg aku mmg suka.

5. Sahabat-sahabat baik saya : Kawan2 yg sudi bersahabat dgn aku walau aku di situasi mana pun..

6. Saya tak faham : Kenapa org susah nak faham ngan aku?? Kenapa org cepat salah faham ngan ayat2 dan kata2 aku?

7. Saya kehilangan : Masa yg disia-siakan..

8. Ramai yang kata : Cinta itu buta..tetapi sebenarnya siapa yg buta menilaikan erti sebuah cinta??

9. Cinta itu adalah : Satu perasaan tulus yg dianugerahkan oleh Allah utk hamba Nya..

10. Di suatu tempat, seseorang sedang : merindui aku ini adalah anaknya!!

11. Saya akan cuba : Menjaga hati semua org..

12. Ayat SELAMANYA membawa maksud : Ni ayat ke perkataan? Kalo maksud perkataan SELAMANYA tu bg aku..maksudnya..tiada titik noktah!!

13. Telefon bimbit saya : Ada 2. Satu guna no. Hotlink. Satu lg guna no. Digi.

14. Bila saya terjaga dari tidur : Rasa mengantuk lagi tapi kena bangun gak pasal ada tanggungjawab yg menanti!!

15. Saya paling meluat bila : Org yg melakukan sesuatu perkara yg membolehkan perasaan meluat aku tu wujud.

16. Pesta/Parti adalah : Pesta dan Parti ni selalunya org terpikirkan sukaria dan meraikan. Parti jugak sgt glamer dlm dunia politik, kehkehkeh..

17. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah : Kucing aku tu ler..sape lagi kalo tak Tomei. Dah laa comel..baik sgt!! huhu..(puji kucing sendiri)

18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Semua bg aku seronok sebab masa tak sekolah lagi..sebok nak sekolah. Masa dah tadika sebok nak sekolah rendah. Bila dh sekolah rendah..sebok nak sekolah menengah. Bila dah sekolah menengah sebok nak masuk u tapi tak layak ler nak masuk u..jadi ada jejaka berkenan dan ada jodoh terus ler kawen. Bila dah kawen..sebok nak dapat anak. Bila dah dpt anak sorang..sebok nak anak lagi sorang. Bila anak2 kecik..sebok nak tengok anak dah besar..Cenggini ler kehidupan. Semuanya menyeronokkan. Aku sgt menghargai pengalaman2 tersebut.

19. Hari ini : Sebok tak sudah2..

20. Malam ini saya akan : Buat persediaan utk entry blog terkini.

21. Esok saya akan : Melaksanakan tugas2 di rumah sebab aku ni surirumah sepenoh masa.

22. Saya betul-betul inginkan : Apa yg selalu aku doakan..Amin.

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini : Kembongnya pipi aku..huhu..

24. Pusat Membeli belah atau arked permainan : Bukan semua pusat membeli-belah aku suka masuk. Arked permainan?? Tak tahan ngan asap rokok!! Tak elok utk kanak2..

25. Makanan barat atau Jepun : Makanan 'ala' barat tu suka laa gak mcm pizza, burger, chicken chop dan fillet. Tapi jarang pun makannya. Makanan Jepun?? Aku taknah cuba pun lagi..was2 ler!! Terutama sushi tu pasal diorang kata ada taruk wain.

26. Bilik yang terang atau gelap : Siang biar ler bilik tu terang. Malam..kena pasang lampu tido..kalo tak tak leh tido. Mesti pasang kipas (takde ekon daa..) walau sesejuk mana pun. Nanti tak leh tido gak pasal telinga berdengung, kehkehkeh..

27. Makanan Segera adalah : Yg senang disediakan tapi tak berapa bagus utk kesihatan.

28. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang : Nak tido tu baca al-fatihah, surah 3 Qul. Jgn lupa berdoa.


TAG 2
dari ALIAAH
;

ALL ABOUT 4 TAG

FOUR NAMES THAT PEOPLES CALL YOU:
1. Kaklong
2. Lina

3. Ina
4. Alona


FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
1. 13.02.69
2. 04.10.57
3. 04.11.54

4. 24.12.80


FOUR THINGS YOU’VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. Makan kuih lopes
2. Basuh pakaian
3. Sidai pakaian
4. Masukkan Tomei dlm sangkar..

FOUR WAYS TO BE HAPPY:
1. Mak, ayah dan adik mai umah.
2. Kitorang balik Bentong.

3. Dapat berkumpul berborak2 sakan ngan family.

4. Jenjalan..


FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
Ni jawapan yg tak skema laa ye..jawapan duniawi, huhu..;
1. DSLR set siap teropong pjg tu..leh tembak dasyat punya.

2. MPV PERODUA coming soon nak kuar tu.
3. Tanah dusun rambutan, manggis, duyan, langsat, salak madu..kalo ada air sungai mengalir kat situ lg best!
4. Percutian yg membahagiakan..


FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. Melayari internet.
2. Layan kamera, tgk gambar

3. Jenjalan.
4. Kumpol setem.


FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. Dapat sekali cuti main salji - Korea ke, Jepun ke..
2. Dapat sekali cuti ketika bunga2 sakura berguguran - Jepun ler best!

3. Dapat sekali cuti petik2 buah epal, pear dan sebagainya - NZ.

4. Dapat sekali cuti kat ladang2 bunga yg sgt luas - Holland.


YOUR FAVORITE DRINKS:
1. Air suling..wajib
2. Teh o

3. Bancau

4. Jus durian belanda.


FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM:
1. Hp..
2. Henbag
3. Kotak2 novel

4. Alat2 mekap yg tak seberapa tu!


FOUR FAVORITE COLORS:
1. LIME GREEN
2. Kaler sirap bandung..tak pink sgt!

3. Biru

4. Oren


TOP FOUR HANGOUTS:
1. TESCO Taiping
2. Taiping Sentral

3. Kompleks Rakan Muda..layan wifi sambil tunggu akiss.

4. Kompleks Rakan Muda..masa ada training netbol.


TOP FOUR YOU LOVE SO MUCH :
Insan yg paling disayangi ye..4 + 4 org family..

TOP FOUR “THINGS” SPECIAL TO YOU:
1. HP..boleh kontek mengontek..
2. Keta..leh pi jenjalan.

3. PC..nak online..

4. Kamera..yo!


TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
1. Aliaah yg bagi..kena ler jawab. Sori ler lambat yek.
2. Dah janji nak jawab..kena ler tunaikan janji.

3. Mcm menarik tp kena bagi jawapan terhad sgt ler..

4. Ada masa nak jawab..aku jawab ler..



(sekadar gambar hiasan)

TAG atiechumel84

1. Apakah hubungan awak dan dia? (sesiapa pon boleh)
Suami..

2. 5 impression terhadap dia?
1: Kool
2: Selamba
3: Pentingkan kesihatan
4: Sukakan sukan bina badan..

5: Tidak boros..


3. Perkara yang paling memorable yang dia lakukan kat awak?
Soh aku berhenti keje dan dok umah jaga anak2 aje. Katanya...aku jaga anak2 sendiri adalah lebih baik.

4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak?
Aku comel mcm arnab??? Mentang2 aku lahir tahun arnab, hmm..

5. Kalau dia kekasih awak...... awak akan?
Menyayanginya dan membahagiakannya..

6. Kalau dia jadi musuh awak...... awak akan?
Alamak???

7. Kalau dia kekasih awak......awak akan?
Ait..soalan 7 ni sama aje ngan yg no. 5 punya??

8. Kalau dia jadi musuh awak......mungkin kerana?
Oh, Tidak!!!

9. Overall impression tentang dia?
Kool..

10. The most desirable thing to do to her/him?
Membahagiakannya selamanya..

11. Apakah awak rasa tentang pandang orang terhadap awak?
Mcm berlagak..(tapi tak). Macam sombong..(tapi tak). Macam bagus..tapi tak bagus mana pun. .

12. The character of you for yourself?
Owh..mcm2 karakter aku ada...kehkehkeh..

13. On contrary, the character you hate about you?
Cepat nak marah dan cepat risau!!

14. The most ideal person you want to be with?
Suami..

15. For people who like you.... tell something about them....
Biasa ler..semua org ada kelemahan. Jgn ler tak kawan ngan aku disebabkan kelemahan aku tu ye..hehe..


TAG jebat

a. Copy award untuk diletakkan dlm blog anda

b. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini
1. Suka bersahabat..
2.
suka berniaga..
3. suka masukkan entry menghiburkan..
4. Anak Melaka

5.
tp bekerja di Kuala Perlis
6. ketua keluarga yg penyayang..

c. Setiap penerima award mesti menyatakan 9 fakta / hobi diri sendiri
1. sukakan informasi
2. suka jenjalan..

3. suka merakamkan kenangan dlm video cam mahupun kamera.
4. suka tengok balik apa yg dah dirakamkan
5. suka jugak tgk gambar2 dari kengkawan

6. suka kumpul setem
7. suka nyanyi utk hiburkan hati sendiri aje..
8. suka bercerita detail..
9. suka nak berkawan2..

TAG dari Hana..

1-Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?
Satu tu..baru 9 bulan. Lagi satu tu dah 2 tahun..

2-Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?
Guna theme aje..maleh nak taruk wallpaper..nyemak aje!

3-Berapa jumlah "contacts" yang terdapat di dalam handphone anda?
105 nama saja..

4-Sila masuk ke 'contacts' dan pergi pada huruf 'M'. Berapa kenalan yang namanya bermula dengan huruf M?
7 nama termasuk no. McD..hehe..

5-Berapa jenis handphone yang anda telah guna selain handphone yang terkini?
6 buah..

6-Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?
Maxis Hotlink - sbb penting..suamiku guna talian ni. Kawan2 pun ramai jugak..
DiGi - sbb mak, ayah ngan adik aku guna nombor ni. Senang utk kadar murah fnf..

7-Nada dering yang anda gunakan?
La isLa Bonita

8-Senarai top 5 yang anda selalu msg?
Aku jarang mesej kalo takde perkara nak dimesejkan..

9-Soalan terakhir. Nama orang yang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
Sayangku..(aku bangga guna Bahasa Melayu aje..huhu..)

Okey..selesai..lega!!! Janji dah ku tunaikan..

Friday, August 21, 2009

Sukakan buah tamar???

Wahhh..bahang 1 Ramadhan dah datang ler. Ngan segala tok nenek kanopi dah bangkit kat pasar2 Ramadhan di seluruh M'sia.
Buah2 tamar atau kurma pun sudah berada di mana2. Kalo idak..hanya segelintir aje peniaga yg meniaga kurma ni kalo bukan musim Ramadhan.

Berbicara tentang buah tamar iaitu buah yg tersebut di dalam Al-Quran ini..ianya mmg sangat berkhasiat. Rasanya ramai umat Islam tahu kelebihan buah tamar ini. Sape2 yg baca entry aku ni tapi tak tau khasiat kurma..sila laa google ye, heheh..

Kalo tgk kat kotak atau iklan buah kurma ni..ianya diimport dari pelbagai negara. Skang ni pulak..mcm2 jenis nama kurma yg aku dengar. Yg paling mahal rasanya kurma Nabi. Aku pun taknah rasa ler. Sape yg penah rasa?? Camno rasanya?

Pilihan kurma kat umah kitorang ni selalunya Safia (yussuf taiyoob) ataupun kotak dari pengeluar lain tp jenis yg sama..iaitu kurma yg masih bertangkai. Sedapnya kurma tu sampai sekotak tu sekejap aje leh abes.
Kalo yg jenis timbang tu..selalu kitorang amek jenis mariami. Tu pun bagi tekak kitorang sedap gak.
Kurma dlm gambar tu..yg fresh punya. RM40 sekilo. Tapi aku beli 200 gram aje, heheh. Jadi ler kan. Tiap2 tahun dpt rasa sekali kurma fresh 200 gram pun jadi ler..kehkehkeh..
Kalo kat Tesco..kurma fresh dia kaler kuning. Tahun ni aku tak nampak ler lagi kurma tu kat Tesco. Kalo nampak..mmg aku beli gak seseratus-dua gram..kehkehkeh..Bukan seseratus dua hinggit tau!! huhu..seseratus-dua gram aje..
Mmg rasanya kelat-kelat tapi manis kurma tu tetap ada. Aku suka jugak rasa2 yg cenggitu..huhu. Apa punya tekak ler aku ni, kan???

Tingat dulu2 masa kecik2..mana aku penah makan kurma mahal2 ni. Makan kurma yg kulit luar keras tapi nak hancur tu. Tu aje pun yang aku tgk ada jual kat kedai runcit. Dulu..mana ada pasaraya The Store lagi kat Bentong tu. Ada Jaya Supermarket pun..takde jual kurma2 jenis elok ni. Agaknya masa tu..pasaran kurma Yusof Taiyoob tu takde lagi kot, yek?? hehe..
Dulu2..mana aku suka sgt makan kurma..berbukak pose ngan kurma. Sunat tak sunat..aku balun tembikai merah gak memula nak berbukak pose tu, ngeh2.
Tapi skang..sejak ada kurma sedap2 ni..baru ler aku leh gemar makan kurma. Alhamdulillah jugak..anak2 aku pun makan buah kurma ni. Takde ler mcm ibu diorang masa kecik2 dulu..

Tadi along sampai jam 2.30ptg kat Perhentian Raya Kamunting. Hmm..patut ler lambat..ikut Grik ler beb!! Tapi takpe ler..asal semuanya selamat sampai..Alhamdulillah.
Naik bas kat atas tu ler..bas sewa khas.

Hmm..ni award dari Wa. 10Q atas penghargaan. Semoga ikatan persahabatan terus terjalin ngan sebaik-baiknya, InsyaAllah.

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan datang lagi..

InsyaAllah..Sabtu ni kita bakal bertemu lagi bulan Ramadhan Al-Mubaraq utk tahun 1430H. Bermakna kita wajib menunaikan rukun Islam ke 3 iaitu berpuasa dgn mengikut segala rukun2nya..

Alhamdulillah..permulaan Ramadhan kali ni adalah ketika cuti sekolah. Dapatlah along berpuasa di rumah terlebih dahulu sebelum melalui pengalaman berpuasa di hostel utk 3 minggu kemudiannya. Esok pagi..along akan balik Taiping dengan bas yg disediakan oleh maktab. Tak perlulah abg amek cuti sebab cuti pun dah tinggal ngam2, hehe..

(hrp maaf; imej diambil dari carian google..)

Aku harap..ada ibubapa yg mengambil peluang terbaik ini (ketika anak2 tgh cuti sekolah) utk mengajar anak2 seawal 5-8thn belajar berpuasa. Alhamdulillah..anak2 aku semuanya sudah berpuasa penoh ketika berusia 5 tahun. Ada cara2 utk mengajar anak berpuasa ni. Semuanya kita kena psiko anak.
Tapi bila aku nak citer pengalaman aku kat sini..nanti ada pulak yg kata aku ni.."elehh, macam bagus aje!!"....hmm. Aku tak mau bila niat aku tu disalah-ertikan pulak..
Yelah..pengalaman aku tu pengalaman seorang ibu yg tidak berkerjaya. Jadi..mmg kekadang tak boleh diguna pakai oleh seorang ibu yg mempunyai kerjaya.

Ajar lah anak berpuasa ikut cara masing2. Tp janganlah tak ajar langsung anak2 berpuasa dengan alasan..kesian..
Itu adalah tanggungjawab ye. Tanggungjawab kita pada anak2 bukan hanya bagi makan, pakai dan hantar diorang ke sekolah aje. Besar ruang lingkupnya peranan jadi seorang ibu bapa ni..


Imej2 di atas aku amek dari hasil carian google. Aku mintak maaf laa kat tuan punya imej ni sebab aku amek dan tempek utk dikongsikan kat sini. Bukan apa..ianya sekadar contoh2 menarik yg keluar dari idea2 yg menarik.

Sebelum lupa;
Aku ingin memohon maaf seandainya ada salah silap yg mengguriskan hati batin korang apabila membaca ataupun melihat gambar2 kat blog ni..ataupun semasa berutus emel, berutus sms, ataupun semasa berchatting, ye..

Akhir kata.....

untuk semua yg singgah membelek2 entry2 blog ni terutama para sahabat bloggers yg tersayang..
Semoga sillaturrahim kita ini dirahmati Allah.

Wednesday, August 19, 2009

Semalam ku bermimpi...(cerita, tips dan realiti..)

Pesanan Penaja; Citer ini bukan utk dibaca sekali lalu. Nanti tak paham..ngeh2..

Aduhai..punya laa ghairahnya aku mengambek gambar2 awan pasal dh gegilerr mengedit gambar awan..sampai aku tidoq pun leh termimpi ada kena mengena ngan awan. Tapi mimpi ni menggerunkan..

Gambar2 ni aku amek semalam..masa tunggu abang turun dari Loji Air kat TH. Sambil makan mutan yg aku beli RM5 utk 3kg kat situ, pandang2 atas..terus aku amek hp utk snap senario yg aku nampak tu.

Apa yg aku mimpi?? Nanti2..aku taknak citer lagi tentang mimpi tu..

Aku nak citer pasal mimpi lain dulu. Jika berminat nak tau..sila baca betul2, ye..hehe..
Korang penah mimpi tak tahan sgt nak buang air kecik tp tak jumpa tandas laa, kalo jumpa pun tandas dia kotor sgt, usang pulak tu, ngeri keadaan tandasnya...pernah tak??
Aku mmg selalu melaluinya, hehe. Pasal aku ni mmg kuat minum air mineral. Kalo sebelum tido tu..mesti minum air 2-3 gelas dulu.

Bagi pendapat aku laa kan..Kalo mimpi tak tahan nak buang air kecik sgt dh tp yg jumpa tandas teruk2, kotor, usang & ngeri laa pulak tu..sebenarnya otak kita menghalang perkara itu tertunai dlm mimpi. Otak suruh kita bangun utk merealisasikan perkara tersebut di alam realiti..di tempat yg sepatutnya!! Maknanya..otak aku tu soh aku bangun tido jap...pi buang air kecik kat tandas..betul tak??
Alhamdulillah, walaupun aku selalu mimpi tak tahan nak buang air kecik sgt..tetapi otak aku ni selalu mengejutkan aku utk bangun pi tandas. Tak penah laa lagi wat perangai tak elok tu, hihi..

Pendapat aku lagi..kalo mimpi cenggitu tapi dlm mimpi tu jumpa pulak tandas bersih dan selamat buang air kecik tu..mesti perkara realitinya terkencing atas tilam. Mgkn itu la yg selalu dialami oleh kanak2 yg terkencing atas tilam masa tido, kan?? Pasal otak diorang masih takleh nak kontrol lagi.

Sedikit Tips;
Kalo korang yg baru nak ajar anak2 tak pakai diapers dah waktu tido tu...rajin2 ler paling tidak pun sekali kejutkan anak korang masa tengah tido pertengahan malam tu utk bangun pi buang air kecik, ye. Cenggitu ler pengalaman aku masa anak2 aku kecik2 dulu. Di samping tak menyusahkan kita menjemur tilam di waktu pagi..ia juga mampu mengajar anak2 kita terbangun sendiri apabila rasa tak tahan nak buang air kecik ketika mereka sedang tido.
Alhamdulillah, anak2 aku semua lulus melalui pengalaman itu.
Abaikan rasa kasihan bila kita kejutkan anak yg sedang tido utk dia buang air kecik ni. Sebab ini utk kebaikan diri dia sendiri. Agar perkara ni jgn terbawa2 sampai dia dah bersekolah rendah. Nanti diorang yg akan malu dan akan rasa rendah diri.
Usah risau..kanak2 ni senang nak sambung tido balik..

Kalo waktu anak tu kat dlm tandas tapi air keciknya tak kuar pun..kita psiko sikit anak2 kita time tu ngan buat bunyi shhhhh..(utk menggalakkan anak itu rasa nak buang air kecik tu ler, hehe..). InsyaAllah, akan keluar jugak air kecik diorang walaupun sedikit. Tips tu bukan dari pakar kanak2 ye. Cuma dari pengalaman aku sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak2 aje. Terpulang laa kat korang utk mencubanya atau tidak..hehe..

INI CERITA MIMPI;
Bercerita kembali tentang mimpi berkaitan ngan awan tu..aduhai, ni bukan mimpi pasal hantu. Mungkin agaknya sebab ari tu (kata Gie..) aku ada seru Oh! Awan dlm entry sebelum2 ni, huhu..

Dlm mimpi tu..kejadian berlaku di waktu hampir senja (baru hampir ye..belum senja lagi). Kitorang anak-beranak tengah bermain badminton kat luar pagar rumah. Tiba2 aku terpandang awan membentuk sedikit demi sedikit seperti seekor serigala..sgt besar. Aku pun meluru masuk umah amek kamera utk snap gambar awan tu. Tp tak boleh..body flash jadi lembek. Padahal aku tak guna pun body flash tu..heran!!

Tatkala aku ngan kekalutan kamera..dah ramai jiran2 keluar utk melihat imej serigala besar dari awan tu.
Tiba2 imej mata serigala tersebut menjadi merah. Mulut imej serigala tersebut dengan gerunnya mula memberi sepatah dua kata, (hehe). Apa yg dia kata?? Owh..aku tak boleh cerita laa. Utk simpanan peribadi aku jer, ngeh2. Pasal...biasalah mimpi..dlm serius2 tu ada pulak masuk part merapu sket, hehe...

Tp pada pemikiran aku (bukan penafsiran ye!) mmg ia sekadar mimpi tetapi di alam realitinya..sebenarnya ia sudah berlaku, sedang berlaku, terus akan berlaku..Nau'zubillah.

Sambung lagi..masa imej sang serigala itu dah abes berkata2 dia janji akan dtg lagi utk....?? Kemudian, ia terus menjauh..menjauh..makin mengecil..makin menjauh dlm bentuk masih seekor serigala. Waktu tu..aku yg masih memegang kamera ingin mengambil gambar tersebut tapi tetap tak boleh..(nak wat bukti ler konon2 ni, heheh)

Mmg mimpi adalah permainan tido tapi jgn lupa mimpi juga mampu memberi sebuah kebenaran. Aku tak cakap mimpi aku yang ini memberi sebuah kebenaran tapi aku mengatakan mimpi tersebut adalah sebuah kebenaran kerana ia telah berlaku dan sedang pun berlaku..

Aku jugak pernah bermimpi sesuatu yg akhirnya telah memberi sebuah jawapan pada sesuatu persoalan misteri yg aku teringin sgt nak tau.
Contoh salah satunya ye; Seorang kawan baik aku yg tidak menceritakan status bapanya kat aku (walaupun aku tinggal menumpang dgn keluarganya) tp aku akhirnya mendapat jawapan persoalan tersebut dari dlm mimpi. Selepas aku menceritakan hal mimpi tersebut kat kawan aku dan mak dia sekali..barulah mereka mengakui kebenarannya dan menceritakan perkara yg sebenarnya dengan se-detail-detail-nya..hmm.

Tapi takde laa selalu aku mimpi cenggitu, ye. Yg selalunya mimpi merapu2 aje laa, ngeh2..

Ini realiti..;
Hmm..aku nak kongsi kat korang lagi ye. Masa aku form 4 kat vokay 91-92 dulu..jam 11 malam dengan angin sepoi2 bahasa cenggitu (Sabtu malam Ahad) tiba2 hostel kitorang kecoh ada pembentukan awan di langit. Ini bukan dari imej dari cahaya laser ye..

Kitorang satu blok aspuri beramai2 duduk di atas tar perkarangan blok dan melihat awan sedikit demi sedikit membentuk akhirnya terjadi satu demi satu imej terus melintasi di ruang udara depan aspuri terapung dlm 20meter dan kemudian imej awan tersebut memecah sedikit demi sedikit.. Begitulah berulang2 kali. Kitorang kat situ..terpempan dan cuba teka bentuk apa yg cuba diberitahu oleh awan tersebut, hmm??
Terlebih dahulu..paling awal yg keluar adalah kalimah Allah. Tapi yg ni aku tak sempat nak tengok pasal aku turun lambat sket. Ralat jugak ye..

Bila dah kecoh2 cenggitu..cikgu @ warden aspuri pun keluar laa turut sama menyaksikan perkara aneh tersebut. Padahal budak2 aspura yg dok lepak2 kat luar hostel tak nampak apa2 pun pada waktu yg sama. Walaupun budak2 aspura kata budak2 aspuri ni banyak dosa, hehe..kitorang tak kesah pasal kitorang telah dpt pengalaman seperti itu.

Lepas2 awan tu dah lalu2 ditiup angin (agak dingin malam tu..).. tapi dah tak membentuk apa2 pun..ramai ler yg buat solat sunat kat surau malam tu, hehe. Yang penting..ramai ler penghuni aspuri insaf dlm seminggu dua..kehkehkeh..

Ada yg kata..(diorang ni jenis pandai sgt menafsir ler ni, huh!!) kejadian tersebut berlaku pasal kat aspuri ni ada satu kes lesbian ler. Tapi mmg benar ler kes ini mmg terjadi. Pasal yg jadi tom..tom..boy tu salah sorang best frenz aku sendiri. Aku sendiri pun terkejut dan tak sangka ler dia cenggitu. Awek dia pulak kakak senior kitorang..memang cun-melecun ler kakak senior tu.

Tapi bagi aku..tak baik nak tafsir cenggitu. Sebenarnya, ianya adalah utk semua yg berada di situ..mereka yg turut melihat perkara tersebut (termasuklah aku). Sentiasa ingat..gambaran yg telah dilihat itu (jika benar tekaan kami..allahualam) ada disebut di dlm al-Quran.

Sebelum terlupa..
Ni adalah award dari Anak Laut. Tq AL atas penghargaan tersebut.