Tuesday, September 13, 2016

Raya AidilAdha 1437H

04.09.2016
AHAD
Sesaje jer sarapan pagi di kedai Kak Ton di kaki Bukit Larut. Pastu meronda lake garden, heheh..
Selpi dengan kak Ton...

07.09.2016
RABU
Gi Giant. Kat Giant ni mmg ada barang tertentu yg kitorang cari, heheh.
Abang tengah pilih susu..

08.09.2016
KHAMIS
Amek Akiss. Dah mula cuti sekali raya haji. Balik cuti seminggu takde laa lama mana pun...banyak barang budak ni nak angkut bawak balik, huhu..

09.09.2016
JUMAAT
Makan malam di Kitchen Bricks Cafe at republic berlokasi di Kamunting. Pergh!! nama kedai dasyat, heheh.
Tapi mujur ler setanding ngan rasa masakan dia. BEST!!
Ni antara yg popular kat situ.
Selpie itu perkara biasa, heheh..

12.09.2016
ISNIN
Selamat Hari Raya AidilAdha 1437H!!!!
Raya haji tahun ni..along tak balik pun sebab cuti sehari aje. Esok kena keje (sesi intra) mcm biasa. Sikit lagi jer nak abes. Raya laa dia sengsorang kat umah sewa tu. Sian lak tapi nak wat camne, kan..
Togey ngan songkok ciptaan tuannya..huhu
Beli lemang jagung. Potong2 nak bawak gi umah mak.
Raya haji tahun ni mmg takde program menarik pun. Cuma duduk kat umah mak sehari suntuk makan rehat tido makan...makan..makan...heheh..
Tak cukup korum. My eldest son takde...

Rendang utk kawan dgn lemang..
Aku buat kek jer...kuih muih takde.
Bihun sup...umah mak punya ni..
Sup tulang...pergh!!!...
Itu jer lah gambar nak disimpan kat sini.

Nota ALONA:-
~Cuba setelkan entry yg dh jadi pekasam dh ni..huhu

No comments: