AHAD
Melawat dan menziarahi sahabat abang yg sedang sakit dan dirawat di Hospital Taiping. Aku tak masuk. Tunggu kat luar aje. Jam pun dh hujung2 waktu melawat dah..
15.08.2016
ISNIN
Ayah datang singgah umah👍 ..
21.08.2016
JUMAAT
Kali ni ayah datang bermalam pulak kat umah kitorang. Bawak ayah gi makan kat The Gate.
22.08.2016
SABTU
Pagi tu gi sarapan kat luar sebelum ayah teruskan perjalanan ke Kulim pulak.
26.08.2016
JUMAAT
Hari tu kitorang bertugas. Amek gambar pengantin akad nikah. Tak jauh pun..dekat sangat ngan umah. Tapi pengantin tak tau pun umah kitorang dekat2 situ jugak, heheh.
27.08.2016
SABTU
Pagi ni...bertugas utk majlis resepsinya pulak. Tugas sampai outdoor. Tapi sebab umah dekat...kitorang leh balik dan solat Zuhur kat umah sendiri serta berehat kejap. Sebab pengantin nak outdoor selepas Asar.
28.08.2016
AHAD
Jogging kat Taman Tasik Taiping ngan Akiss & Angah..
Lepas tu terus gi sarapan pagi di Casual Market. Lepas jogging kena laa sarapan jugak, ye😀.
Tak cukup laksa sarang teloq...popiah pun oder jugak kat Ella Popiah, heheh. |
Muka dah kenyang... |
Akiss jadi model abahnya jap fotoshoot kat sini, hahaha.. |
Hantar akiss balik asrama petang tu. |
Seperti biasa...bila dh hantar akiss kat asrama ni...mesti kena selpie sebelum balik umah, heheh.. |
RABU
Hari tu cuti Hari Kebangsaan. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Kitorang gi Batu Kurau. Cari durian...
Mula2 nak masuk sampai ke sungai Sempeneh tapi banyak pulak kereta keluar masuk situ. Tak jadi lah nak pi. Kitorang berenti kat gua batu kapur tu aje utk bergambar2, 😎..
Cantek kat sini tapi tu laa. Ada stalaktit dan stalagmit jugak rasanya kat situ, 😅. Cuma kan....kalo dh gua tu...mesti laa ada taik kelawar bersepah2, huhu.
Masa ni...angah pun ikut tapi dia malas nak turun. Mmg itu laa perangai dia. Ikut tapi tak semua tempat dia nak turun. Sanggup panas dok dalam kereta tu...huhu..
Masa nak keluar dari situ...abang dgn baik hati singgah beli durian. Ada rambutan...beli rambutan. Ada pulasan...beli pulasan jugak, 😁😄
Muka puas hati!!! |
Nota ALONA:-
~Sekian cerita bulan Ogos 2016😙
No comments:
Post a Comment