Wednesday, March 23, 2016

Jenjalan ke JB - Singapore 6

15.03.2016
SELASA

ESPLANADE
Ni bawah Fullerton Road / Esplanade Drive Bridge..Ada apa ramai2 tu pun aku tak pi tengok dh, heheh..
Jubilee Bridge..utk ke Esplanade..
Dari Merlion Park...kitorang melalui Jubilee Bridge utk ke Esplanade.
Aduhaii...kat atas jambatan tu pun kitorang nak bergambar jugak, hahahaha..
Kitorang dh ke arah Esplanade...kat Merlion Park masih ramai dgn pelancong lain..
Bot cruise dan bangunan Marina Sands Bay dari kejauhan..
Lomentik sangat laa kekonon kan...atas Jubilee Bridge ni..
Bergambar lagi berlatarbelakangkan bangunan Esplanade..
Sampai kat halaman Esplanade...duduk berehat di bawah bebayang pepohon. Panas weh. Rehat sat. Tapi dalam pada tu...nak bergambar jugak, kihkih..
Beberapa minit di situ...kitorang teruskan perjalanan ke arah Marina Sands Bay pulak. Menapak dan terus menapak.
Bergambar di hadapan Marina Bay Grand Stand...berlatarbelakangkan bangunan2 pencakar langit di sana.
Dh kat sini...balik2 gambar sekelilingnya jugak lah, kan...kihkih.
Ok, lah...sambung lagi lepas ni. Tak tau laa bila nak abesnya. Dah banyak bahan menunggu giliran nak dimasukkan ni. Semoga diberi kesempatan utk simpan di sini kesemuanya.


Nota ALONA:-
~Alhamdulillah....

Tuesday, March 22, 2016

Jenjalan ke JB - Singapore 5

15.03.2016
SELASA

MERLION PARK
Ok...dh sampai situ mmg tak tentu arah ler nak bergambar, hahaha. Menarik pemandangannya. Sekeliling sudut cantek utk dilihat. Aku nak bergambar ngan anak Merlion dulu, hehe. Abang dh gi tengok mak Merlion dh, kihkih.
Bukan senang2 nak datang sini, kan...walaupun negara jiran aje.
Kat anak Merlion ni redup sket sebab ada pokok2 kat sekeliling dia..

Mcm2 aksi bergambar ngan Merlion ni. Tapi yg lain tu kelakar jer. Boh yg ni cukup lah, hahaha..
Mmg tengah terik masa ni..
Alhamdulillah, tak sangka leh sampai sini. Selalu tengok gambar aje.
Nanti bebila leh gi lagi. Tapi tak tau laa bila. Ikut rezeki laa, ;)
 

Masa kitorang baru dapat 3-4 klik gambar...tetiba datang segerombolan ahli rombongan dari Indonesia ke sini. Masing2 pun kelihatan teruja betul nak bergambar. Kat sini tak nampak pun bas turunkan penumpangnya kat mana...tetiba jer dorang datang beramai2 memenuhi ruang situ.

Sebab dh penoh sudut Merlion keluar air dari mulut tu...kitorang pun beralih ke sudut pemandangan bangunan Marina Sands Bay ni pulak..
Ermm.......depan mata. Kagum ngan akal kepandaian yg Allah berikan pada manusia yg membina bangunan ini.
Maka...kami pun tak melepaskan peluang bergambar kenangan di sini..
Zoom....nak naik atas ni rasanya dikenakan bayaran jugak..SGD50 ke cenggitu lah..
Ok...dari sudut itu...kita ke sudut lain pulak. Masih di Merlion Park jugak. Masih sebok dengan pelancong2 dari Indonesia yg juga seperti kami tidak melepaskan peluang bergambar di sini di tengah panas2 terik!!!

Kalo di sudut kanan ada patung Merlion, kat depan pulak ada Marina Sands Bay...di sebelah kiri ada Esplanade Singapore. 
Pose bebas..
Nanti kitorang akan ke situ jugak. Menapak dari satu tempat ke satu tempat yg berhampiran. Mmg tak perlu langsung tour guide. Untuk gi lokasi2 ini...sekadar berjalan kaki adalah lebih bebas & enjoy, yeargh!!! 
Ok, Merlion....sampai jumpa lagi. InsyaAllah, lain kali ada rezeki kitorang datang lagi, ye..
Dah puas bergambar kat situ...kitorang pun mula bergerak utk ke lokasi seterusnya. Kita jalan relaks aje. Tak perlu terkejar2. Semua yg nak dilawati hanya dalam lingkungan kawasan tu aje. Cuma nanti perlu naik MRT ke Bugis Street utk makan nasik, heheh. Dorang kata...kat situ byk kedai dan restoran halal. Kita ikut panduan itu ye.
 

Nota ALONA:-
~Mengembara dan melihat tempat orang adalah satu kepuasan.

Monday, March 21, 2016

Jenjalan ke JB - Singapore 4

15.03.2016
SELASA

SINGAPORE RIVER WALK
Keluar dari stesen MRT Raffles Place...terus nampak bangunan pencakar langit di sana sini. Disebabkan aku ni pun bukan dok area KL...maka bila tengok bangunan tinggi2 di serata tempat ni mcm terasa dalam filem Hollywood pulak...kihkih....huhu...hihi...hoho...kuikui....
One Raffles Place..
Bergambar kat sini. Nanti dh tak lalu sini dh.
Kat area sini...nak lepak2 syok jugak. Teduh aje disebabkan bangunan tinggi2 tu. Mcm best jer dok sini tengok2 orang, hehe. Tapi disebabkan kitorang nak cepat...takde laa lepak lama pun. Duduk sat sekadar nak rehatkan kaki jer.
Ok...kat sini sambil rehat kaki...aku nak belek2 buku nota jap. Arah mana yg patut kitorang teruskan, hehe..
Ikut nota yg aku dh catit...kitorang perlu ke arah mercu tanda sebuah tugu yg berbentuk replika...err, aku pun tak pasti replika tu bentuk apa sebenarnya, hehe. Tapi dalam gambar kat atas tu...leh nampak laa tugu tu kt sebelah kiri suami aku. Depan tugu tu adalah sebuah jalan yg bernama Battery Road. Kitorang perlu melintas jalan tu utk ke pesisir sungai atau Singapore River Walk.
Maka...kitorang pun memulakan langkah...
Masa nak melintas jalan tu...teragak2 wei. Risau lak kalo main lintas aje...kena saman. Negara orang tu!!! Buang sampah merata2 pun tak boleh. Tunggu sat...tengok ada tak orang melintas kat jalan tu, heheh. Tetiba nampak ada yg melintas...maka kitorang pun berlari2 anak melintas jalan tu, hahahhaha..
Ok, dh melintas jalan dh...
Terus aje menapak ke arah Singapore River Walk. Memang menarik laa pemandangan kat sini.
Sini mmg banyak laa pejabat2, ada jugak beberapa buah bank terkenal. Staf2 dorang ada jer kat luar tu berborak2 sambil merokok. Dah kat dalam opis tak leh merokok, ye dak!!
Bergambar berlatarbelakangkan arah sana. Yg bukan dalam laluan kitorang utk ke Merlion Park.
Ok...kitorang akan melalui persisiran sungai ni utk ke Merlion Park...
Sini jugak digelar Boat Quay...leh naik cruise ni utk amek pengalaman lain. Kitorang tak naik ler. Bukan dalam bajet, huhu. Lagipun...naik cruise ni biasa aje lah..mcm naik cruise kat Melaka, cuma ni kat Singapore, laa....kan.
Kat sini ada replika kereta lembu...
Join orang bersembang...mcm paham, huhu.
Cavanagh Bridge...antara jambatan tertua di Singapore. Hanya pejalan kaki dengan berkuda aje yg leh lalu jambatan ni..
Replika budak2 lelaki bogel nak mandi sungai, huhu...
Kat situ berdekatan jer dengan The Fullerton Hotel. Kitorang ingat sekadar nak bergambar kat luar tu aje. Tapi takut2 jugak laa. Sebab kita bukan guest dorang kan. Dah laa hotel tu hotel mewah.
Tapi tiba2 pakcik yg juga staf hotel tu siap pelawa kitorang masuk dalam hotel tu tengok2 dan bergambar. Dia kata kat dalam lagi cantik. Leh bergambar puas2. Eh?? mcm tak percaya. Dalam segan2...kitorang pun gi laa jugak. Masuk situ leh jugak amek sejuk ekon, hehe.
Akiss amek gambo goyang, huh!!!!
Ni jer laa yg kitorang leh snap2 pun. Segan nak explore lebih lagi selain kat lobby. Lagipun, kitorang dh ada perancangan lain. Tak leh nak buang masa...
Maka keluar dari hotel tu, ucap terima kasih kat pakcik staff hotel tadi...kitorang pun terus menapak. Sampai bertemu Anderson Bridge...berbekalkan catatan yg aku dh tulis dalam buku nota aku tu...aku terus bertanya bila ternampak kebetulan orang lalu kat situ, hehe. Risau tersalah laa pulak, kan!!! Ye lah...segan bertanya sesat jalan...ikut ye pepatah tu.
Oo, ok....dh betul lah apa yg aku tulis tu. Maka teruskan jer. Bermula dari situ...kitorang kena laa hadap cuaca yg panas terik, heheh. Tadi elok jer redup2, kan..
Snap gambar sambil melintas jalan...ikut lampu trafik tau!!!
Ok...kitorang dh selamat melintas!!!!!
Kat situ...dh teruja nak bergambar ngan Merlion, nak bergambar berlatar belakangkan Esplanade...dah nampak bangunan Marina Bay Sands. Semua dh ternampak depan mata dh...wiiiihu!!!!!

-bersambung..

Nota ALONA:-
~Seronok baq hang!!!!

Sunday, March 20, 2016

Jenjalan ke JB - Singapore 3

15.03.2016
SELASA

JOM SINGAPORE
Pagi tu bangun pagi dari biasa. Selepas Subuh terus keluar bersama passport dan buku nota di tangan. Henpon dh cas penoh2 dh, hehe. Kitorang takde power bank. Rasanya cukup dh tu sebab sepanjang kat Singapore nanti...kitorang tak akan online internet. Nak beli simkad utk beberapa jam sahaja kat sana sangat tak berbaloi. Jadi, kitorang akan menghayati sepuas2nya perjalanan dan pemandangan kat sana tanpa berinternet, heheh..
Apa2 hal....sarapan pagi dulu. Sebab pagi lagi...maka perut cuma boleh isi roti canai sorang sekeping aje. Tak lalu nak makan berat2. Makan roti kat restoran berdekatan dgn hotel aje.
Ok, gambar pemandangan di bawah ni adalah gambar petang semalam. Tapi saja diletakkan dalam entry ni sebab nak tunjuk arah jalan yg kitorang perlu menapak dari hotel utk ke CIQ Malaysia..
Gambar dari atas jejantas. Hotel kitorang dari arah kanan sana. Menapak laa kitorang dari sana. Sebenarnya melintas kat jalan tu pun boleh. Tapi sebab ni gambar petang semalam...kitorang dari tingkat atas JB City Square...tu yg ikut jejantas ni.
Ni pemandangan di sebelah sini pulak. Dari jejantas yg sama. Sebelah kiri adalah JB City Square. Sebelah kanan adalah JB Sentral yg bersambung dgn CIQ Malaysia. Kat sinun pun ada jejantas jugak tapi yg tu terus masuk Mall.
Bila kitorang dh melintas jalan di bawah tadi dari hotel...boleh laa terus ke bangunan ini utk ke CIQ Malaysia. Kat sini...byk laa motor warga Msia yg parking utk gi keje di seberang tambak setiap hari.
Ok, skang mulakan kisah pagi yg bakal memberikan pelbagai pengalaman baru kepada kitorang bertiga.
Pagi tu kitorang cuma bersarapan alas perut sorang sekeping roti canai yg lembut tapi garing sbb takmo perut penoh isi kang kat Singapore jenoh nak cari tandas awam. Paham2 aje lah. Kat sana tandas dorang susah nak jumpa yg ada paip air kat dalam bilik tandas tu. Paip air cuma ada kat sinki luar bilik tandas tu aje. Aku pun dh standby 2 botol mineral kecik kosong utk guna kat sana nanti, heheh. Ikut pengalaman masa gi USS dulu.

Dh selesai sarapan...kitorang pun terus menapak menuju ke arah yg sepatutnya. Melintas jalan menuju ke bangunan CIQ. Masa naik tangga kat sana...kitorang kena bersaing dengan kepantasan warga2 kerja Malaysia yg bekerja di Singapore. Dorang jalan laju 2x ganda dari kitorang. Ok....biasakan diri. Sebab kat Jepun pun dorang jalan laju2, hehe.

Kat situ...singgah kat tandas dulu. Al-maklum lah kan...nanti kat Singapore dh susah nak jumpa tandas yg ada air kat dalamnya. Tak selesa melainkan kalo terpaksa. Mmg dh spare botol air mineral yg kosong utk digunakan di tandas sana nanti (ok, cerita lagi psl ni, hahaha. Penting tu tau!!).
Dah selesai urusan...terus menapak jauhnya lah nak ke kaunter imigresen Malaysia. Tapi semangat tu mengatasi segala, huhu. Patut laa orang Malaysia yg berulang alik setiap hari bekerja di negara temasik tu guna kenderaan awam....fit orangnya, huhu. Setiap hari kena berjalan gini...berkejar masa, phewfft!!!!

Mmg dh pernah masuk ke Singapore beberapa tahun sebelum ni...ke USS. Tapi kitorang masa tu naik bas persiaran dari Tune Hotel. Tak perlu jalan terlalu jauh. Bas dh berhenti di bawah bangunan CIQ tu dan kitorang perlu cuma naik ke atas utk gi scan passport dan cap jari aje. Ni sebab kitorang naik kenderaan awam, dari hotel berdekatan pulak tu.......tu yg kena lalui pengalaman lain sket tu, huhu.

Dah selesai scan passport & cap jari....terus kitorang turun ke bawah platform utk cari bas yg gi ke Stesen MRT Kranji. Turun2 bawah...tengok orang dh berbaris panjang, uwaaa. Jenoh nak tunggu giliran gini. Tapi tengok ada jer yg pi terus ke depan sana. Aku pun mintak tolong abang gi jengok camne keadaan kat sana. Mm...abang pun tak pasti. Tak puas hati...aku lak yg gi tengok. Tanya jer kat orang yg beratur kt depan tu...nak beratur utk bas CW1 kat mana? Sebab ikut panduan dari blogger2 yg dh penah wat gini...dorang citer kat lantai tu ada jer tulis nombor bas. Ikut jer lane yg dorang dh sediakan kat situ. Tapi masalahnya...tak nampak mana tulis CW1 tu. Bas nombor lain ada, huh!!! Mujur laa yg beratur tu baik hati termasuk lah sorang apek tu. Beriya2 dia tolong tunjukkan lane utk CW1 bas ke stesen MRT Kranji tu. Maka aku pun panggil abang dan akiss utk beratur kat situ. Dan satu kelegaan sebab utk naik bas CW1 ni...takde laa perlu beratur panjang2 mcm bas nombor lain termasuk bas CW2, phewfft!!!!
Masa ni tengah beratur ikut lane besi ni utk naik bas CW1. Semua ni leh naik satu bas. Tak lama pun tunggu bas dah sampai. Bas ni kerap tripnya...
Legalah dapat tempat duduk. Dh nampak dh tu CIQ Singapore. Sepanjang melalui tambak Johor tu...nampak laa ramai jugak yg laju berjalan kaki sahaja kat tepi2 tu dari CIQ Malaysia ke CIQ Singapore. Lebih cepat gamaknya..
Bas ni mcm bas rapid jugak. Kena bayar kat mesin sebelah drebas bas tu. Tambangnya RM1.50 seorang. Simpan tiket tu...jgn bagi hilang. Nanti dh turun kat CIQ Singapore...nak naik balik semula bas...takde tiket kena bayar lain, weh!!

Mcm dulu jugak...kitorang diturunkan awal wlpn bangunan CIQ Singapore tak sampai lagi utk gi naik atas tu isi kad putih masuk negara orang, beratur utk cop passport. Kad putih atau white card tu boleh diambil dari pengawal keselamatan yg bertugas di hadapan kaunter imigresen mereka. Ataupun ada yg sudah diletakkan di meja tepi2 tingkap bangunan tu utk diambil sorang sekeping dan isikan. Masa kitorang nak gi USS dulu....pihak bas persiaran dah bagi siap2 dah. Kali ni semua kena buat sendiri, ye..

Barisan kitorang utk cop passport tu pulak...alahaii tetiba ada masalah. Cina depan kitorang dh mengeluh kesah dah. Dorang kata...warga Viet ni mmg selalu camtu. Passport dorang selalu mesti ada masalah. Cina yg depan kitorang ni yg mmg setiap hari ulang alik Singapore - JB...tau dah problem gini. Ada 2 couple dari Viet yg problem dan kemudian dibawa keluar oleh pegawai Imigresen utk setelkan.

Bila kitorang punya dah selamat dicop...terus bergegas turun semula ke bawah...utk naik semula bas CW1. Kalo dh terlepas bas CW1 yg kita naik dari JB tadi...tak mengapa. Naik aje bas CW1 yg lain dgn menunjukkan tiket yg kita bayar tadi tu.

Alhamdulillah, akhirnya sampai ke stesen MRT Kranji. Bila dh turun tu...terus lah cari mesin tiket utk beli tiket mrt ke stesen MRT Ang Mo Kio. Sebab perlu ke sana...kitorang perlu beli Singapore Transit Pass SGD20/seorang utk sehari. Guna ni lebih jimat dan boleh guna MRT dan bas terpilih sampai lembik lutut dalam sehari tu, heheh. Pass ini hanya terjual di stesen MRT yg besar dan lokasi MRT terpilih aje. Jadinya, kalo dari Malaysia ni...yang paling berhampiran utk membeli pass ini adalah di Ang Mo Kio lah, ye...Kena laa gi sinun terlebih dulu.

Tiket dari stesen MRT Kranji ke MRT Ang Mo Kio adalah SGD3/seorang.
Gambar2 dalam MRT..
Dari MRT Kranji ke Ang Mo Kio akan mengambil masa 20minit. Sampai situ...terus kitorang gi kaunter yg menjual pass tersebut. Singapore Transit Pass tu harga sekeping utk penggunaan sehari adalah SGD20/pax. Tapi bila pulangkan semula kad tu di mana2 kaunter yg sama...dorang akan pulangkan semula SGD10 setiap tiket. Bermakna tiket tu cuma SGD10 aje lah harganya. Tapi kalo tak pulangkan kad tu...mmg burn laa SGD10 tu, hehe. Rugi tau. RM kan lebih rendah dari SGD...
Di stesen MRT Ang Mo Kio..
Dari stesen MRT ni ada 2 haluan. Kena amek laluan yg betul utk ke Stesen MRT Raffles Place. Kalo tidak kang jenoh. Kalo pasal tiket..takde hal sebab kitorang dh ada pass utk sehari, kan.....tapi utk MASA tu lah. Kitorang dh bajet cantek dh masa tu.
Tak lama tunggu...dh sampai dh MRT utk turun di Raffles Place. Orang memang ramaiii.
Berdiri sampai ke destinasi, hehe..
Ok, kitorang mmg dh berada di negara jiran dh..
Snap peta laluan MRT ni. Kat kaunter masa beli pass sehari tu lupa laa pulak nak mintak peta, hadoii. Padahal, dh diberitahu dlm blog...aku pun dh tulis dh dlm buku nota. Ni sebab masih gemuruh laa ni, hoho..
Masa kitorang kat sini...tetiba ada sorang cina ni datang dekat tanya sama ada perlukan pertolongan atau tidak. Aku dh tau dh...dorang ni mcm tour guide jugak laa. Naik kete dorang...dan akan bawak ke tempat2 menarik. Kita bayar laa perkhidmatan tu. Aku dh cakap dh...nevermind sambil senyum...nak blah jer terus naik eskalator. Tapi abang lak mcm serba salah, mm. Dah baca dh blog orang lain...jgn layan dan tolak elok2. Perkhidmatan dorang ni mahal laa jugak. Dah guna dalam matawang SGD kan? Kitorang ni pulak...mmg bajet ciput aje. Naik pengangkutan awam ni pun was2 jugak risau tak cukup SGD tak cukup.
Aku cuma tukar RM405 aje...tu pun cuma dapat SGD135 jer tau!!!! Masa tu tukaran RM100 : SGD30. **Apdet 17/05 :Skang aku tengok lagi tinggi nilai SGD. RM100 : SGD34.04 weiii!!!! Teruk nilai RM jatuh, huh..

Kalo nak selesa....mmg laa elok amek perkhidmatan tour guide gitu. Kita tak buang masa berjalan kaki. Tapi sebenarnya...nak menghayati pemandangan di rantau orang ni...lebih best kalo berjalan kaki jer kalo tempat tu jarak tak jauh antara satu sama lain.

Ok, lepas ni sambung citer dari Raffles Place pulak...


Nota ALONA:-
~Merantaulah...Orang yg berilmu dan beradab tidak diam beristirehat di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan hidup asing (di negeri orang)...dari Imam Syafie..
~Aku cuma berjalan2 utk luaskan pemandangan...melihat dunia milikNya yg mampu dilihat.