Monday, September 30, 2013

BOOKED!!

Aku ni...kan......
selalunya kalo nak booking bilik hotel atau homestay guna telefon aje. Kol terus kat dorang.
Tapi kali ni...aku kena guna perantara, huhu.
Dh try tengok booking.com, tripadvisor.com (yg kkdg rujuk ofer dari agoda jugak), asiarooms.com....dan sawadee.com.
Tapi bagi aku...tawaran agoda dan sawadee lebih kurang jer. Jadi, lebih baik ler aku daftar ngan agoda ni. Rasanya lebih selamat dan terjamin, hehe. Ye lah, dh tengok ramai pengalaman kawan2 booking guna agoda ni...ok jer.
Mula2...mcm nak walk-in aje nanti...tp risau jgk bila hotel penuh...haa, jenoh. Jgn cari pasal. Lg pun...aku tgk harga yg ditawarkan di Agoda ni walaupun dh disekali kan ngan 17% tax...ia masih murah jika nak dibandingkan gi walk-in masa peak season (banding harga melalui cerita blogger2 di blog mereka yg penah gi sini). Maklum ler, plan kitorang nak gi ni pun lebih kurang masa puncak jugak ni, mm..

Aku pun ada pegi tgk website hotel tu sendiri. Leh booking melalui emel dorang. Dh tengok rate bilik hotel dorang. Alamak, lebih mahai dari agoda tau!!!
Dh daftar....
Kat Agoda ni ada tawaran harga bilik yg boleh kita bayar kemudian...sehingga tarikh 5/12/2013 nanti...tp syaratnya guna kad kredit. Tp aku ni takde kad kredit. Abang pun baru jer terminate kad kredit Maybank VISA dia.
Jadi, kitorang booking bilik hotel ni guna kad debit (VISA) Maybank, hehe. Boleh guna kad debit. Asalkan, ada duit dalam akaun tu utk dipotong bila nak booking nanti.
Jadinya, bila guna kad debit...maka faham2 laa, ye......mmg terus kena potong harga penoh ler sekali2 cukai tu jugak :p
Ok...dh selamat duit kitorang membayarnya.
Skang ni...kena cari duit utk perbelanjaan gi sana pulak. Byk jugak nk kena guna ni. Ngan passport anak2 lagi, makan, petrol...tol. Nak amek pakej bot lagi....mm. Kalo ada lebih...baru leh shopping2, mm.

Skang ni...aku kena laa cari tips dan panduan dari blogger2 lain yg penah berpengalaman gi bercuti kat situ. Nak kena catit apa dokumen2 penting yg perlu dibawa, nak makan kat kedai mana dan info2 menarik yg berkaitan laa.

CARA2 MENGGUNAKAN KAD DEBIT SEMASA BOOKING AGODA

1) Daftar masuk sebagai pengguna AGODA terlebih dulu...
2) Gi pilih kat website nak tempah bilik penginapan yg mana. Nak satu bilik ke...dua bilik ke..
Mcm gini...Harga tertera kat sini belum lagi termasuk cukai perkhidmatan 10% + cukai hotel dari 6% hingga ke 7% lagi ye.
3) Bila dah klik utk menempah tu...halaman seterusnya pula akan keluar. Kat situ AGODA akan tanya nak gi berapa orang dewasa, kanak2, perlukan katil tambahan ke tak ke dan lain2. Isi jer laa seperti yg kita perlukan.
Ni akan keluar bila kita dh klik utk tempahan. Akan dicampur siap ngan cukai perkhidmatan dan cukai hotel.
4) Bila dh isi yg tu...baru keluar halaman ber'sekuriti' seperti di bawah ni pulak. Sekiranya pembayaran menggunakan KAD DEBIT...kat sini laa yg selalu jadi pertanyaan bagaimana:-

Sila rujuk gambar ni....bila baca cara2 di bawah ni ;)
:-Bila kita bayar guna KAD DEBIT sila abaikan nota bertulisan kaler merah (rujuk gambar di atas) tu, ye .

:-Klik kat BAYAR SEKARANG sbb kita guna kad debit...jadi mmg kena bayar sekarang. Tak leh bayar kemudian seperti yg ditawarkan pada kad kredit, ye.

:-Kat ruang Kaedah Bayaran tu...klik sama ada kad debit kita tu Visa ke Master kad.

:-Pastu isi laa nombor kad debit kita tu. Ada jer tercatat kat depan kad debit tu.

:-Di ruang Nama Pemegang Kad tu pulak ~ Kalo kita menempah dan bayar guna kad debit kita...taip nama kita kat situ. Tapi kalo kita yg mengadap website AGODA utk menempah bilik tp pembayaran menggunakan kad debit suami...kena laa letak nama suami sbb dia yg punya kad tu, hehe...

:-Taip tarikh luput kad. Ada tertera di kad debit kita tu jgk..

:-Kod CVC tu...adalah 3 digit yg tertera di belakang kad debit yg kita nak guna utk pembayaran tu. Selalunya kat sebelah ruang ujung tandatangan pemilik kad tu...

:-Yang lain tu...leh ikut contoh kad gambar atas ni. Kalo kad debit dari CIMB....taip ler CIMB.

:-Check lah 2-3x sebelum klik TEMPAH & BAYAR SEKARANG...sebab lepas dh klik tu jer...konfem ler kita dh menempah bilik penginapan kat AGODA tu, ye..
Selesai...
5) Nanti pi laa check kat e-mel kita pengesahan booking kita tu. Leh jgk tengok kat dalam akaun AGODA kita sbb kat situ nanti rekod kita booking melalui AGODA akan tercatat.

Nota ALONA:-
~Semoga berjalan ngan sebaiknya. Amin..

37 comments:

Gieyana said...

Yeayhh..kak lona nk g jln2..g tpt da laut cntik ker kak?

Kamsiah yusoff said...

bagusnya..plan awal2..booking awal2...:)

ibuayu said...

Nak gi mana ni..siap pasport mesti oversea..tapi ada laut..gi bali ke..ce citer hehe

Anonymous said...

mudah2an dipermudahkan urusan yer !

wantie said...

amboi.. nak gi jenjalan ke mana tu? nak ikut

Unknown said...

Sya takut prre-plan holiday nie, takut x jadi.

nad said...

Krabi kan? Weee! Fm ek kak! :)
Abah saya ada pengalaman tak best dgn agoda. Xyah la kot saya citer. Harapnya akak tak kena camtu. Lagipun dah booked kan? Moga selamat pegi dan balik dan dipermudahkan segalanya... Best tu nak cuti2 oversea :))) fm fm, haha

el said...

perghhhh honeymoon ke kak hahahaha
lupa lak nk tya en. hb pasal ke krabi ni..nti el tya kang haha
tp en. hb tu xabih2 ajok g langkawi..bosan betul hehe

Anonymous said...

kenapa agoda tak terima debit kad saya? agoda hanya terima kredit kad sahaja

Anonymous said...

Btulke agoda blh trima debit card.,nk try tp garu eh silap plk..ragu2😒?

ALoNa CintamaniszLite said...

Boleh...isikan kat form agoda tu guna 3 digit tercatat kat belakang kad debit tu.
Kad debit tu kad apa??
...masterkad atau visa.
Kalo visa..tandakan kat visa kad. kalo masterkad..klik kat masterkad. Dan isi form ikut proses seterusnya..kad tu bank apa, negara apa...

ALoNa CintamaniszLite said...

Dah apdet kat entry ni cara2 pembayaran booking AGODA guna kad debit..
Diharap dpt membantu...

Anonymous said...

Last week visit penang, i book kat staynest.com sbb tak dapat cari straits quay apartment kat agoda. website ni best, dapat buat bayaran dengan maybank2u/pbe. Kak boleh try tengok...

shuhaila ramly said...

salam. akak nak tanya. klu kita book guna debit card. lepas kita click purcase dye terus deduct duit kita dari akaun ke macam mana?

ALoNa CintamaniszLite said...

Ye...mmg terus tolak duit kita dalam akaun tu, hehe.
Leh cek kat bank online sekiranya maybank2u atau cimb click..

muhammad ikhwan said...

Salam kak,

Saya dah ada plan nak g bali dlm bulan 7 n nak book hotel kat bali melalui Agoda. Credit card xda, tapi ragu2 nak guna debit card, takot nanti kat sana kene byr lagi walupun dah byr guna debit card kat Agoda. Kalu guna CIMB mastercard boleh jugak untuk book hotel kat agoda kn?

ALoNa CintamaniszLite said...

Muhammad ihwan..
Akak mmg tak pernah laa guna mastercard...tp di ruang pembayaran tu mmg ada lambang mastercard, lambang paypal dan cara2 pembayaran yg lain selain dari visa.. Rasanya mesti boleh punya tu.

Mengenai keraguan penggunaan debit kad kena bayar lagi tu masa check in tu...takde dah. Harga yg diberi di lamang sawang agoda ketika kita bersetuju dan booking tu...itu lah harganya. Harga yg diberi Agoda tu laa harga penginapan kita. Melainkan ketika check in dorang nak deposit kunci tu...mmg kita kena bagi laa, kan..hehe..



Unknown said...

Kak...btl ke boleh guna kad debit???ade cas tersembunyi tak???

Anonymous said...

menjawab soalan berliana suraya , sy baru booking melalui agoda pada 19 dan 20 ogos guna debit kad. x de masalah. xde caj tersembunyi. bayar apa yg tertera. mcm shopping online guna debit kad.

ALoNa CintamaniszLite said...

Berliana Suraya...

Mmg takde cas tersembunyi pun. Apa yg dh ditolak dari debit kad tu...itu lah harganya. Melainkan jika pihak penginapan meminta RM deposit kunci masa check in...dan mereka akan pulangkan semula RM deposit kunci tersebut ketika kita check out.

**Memberi komen berdasarkan pengalaman byk kali dah guna debit kad booking melalui AGODA..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
ALoNa CintamaniszLite said...

Syabas, hehe..
Iye, tunjuk jer voucer yg dh print atau dari skrin hp tu kat kaunter reception di lobi hotel tu. Tak perlu bayar apa2 dh. Harga bilik yg kita dh bayar tu adalah harganya.

Cuma, sekira ada bayaran pun...mungkin pihak hotel akan amek deposit kunci shj (contoh : RM50 utk satu bilik). Dorang akan pegang duit deposit kunci tu dari kita check in dan akan dipulangkan semula duit tersebut ketika kita nak serahkan kunci bilik ketika check out. Tu jer..

Unknown said...

kalau guna Debit card selain Maybank dan CIMB bleh ke .. mcm public bank hong leong bank etc ?

ALoNa CintamaniszLite said...

Boleh jugak rasanya tu, asalkan debit kad.
Asalkan ada 3 digit no. CVC tertera kat belakang kad tu. Sebab 3 digit no. CVC tu yg paling penting pun bila nak guna booking membooking seperti di AGODA ni.

maRiena.. said...

salam kak .. kalau kita guna visa debit card tu xpe kan masuk 3 no dkt belakang ? lepas tu bila dh comfirm semua selalunya voucher kita kena print atau tunjuk je screnshot dr hp kita ??

Unknown said...

Assalam sis. Agaknya ape sbb kalo kad debit kite agoda xtrima utk buat bayaran. Dh try 2 kali utk hotel lain2 xbole jugak.. Kad sy tarikh luput 2017 n visa maybank. Mushkil ��

ALoNa CintamaniszLite said...

Waalaikummussalam, maRiena..
Haah, takpe guna nombor 3 digit belakang kad tu. Setakat ni takde apalah..sebab website pembayaran tu di bawah security ketat.
Voucher tu kalo ikutkan...leh tunjuk jer kat hp kita tapi akak lebih selesa print, sebab sng staff kat kaunter lobi nak amek baca...hehe

ALoNa CintamaniszLite said...

Waalaikummussalam, Rosmaria..

Akak pun tak pasti lah kenapa. Rasanya kena tanya bank berkenaan ataupun emelkan pertanyaan kan pada Agoda.

Cuma satu lah kalo guna debit kad ni..kena ada RM yg mencukupi masa kita guna tu sebab nanti agoda terus amek jer jumlah yg dipersetujui oleh kita ketika penempahan bilik hotel tu. Dia tak macam kredit kad.

Sekiranya RM mmg ada tapi kad debit masih tak boleh digunakan tu...akak pun tak pasti. Maaf, ye..

Unknown said...

assalam kak.. nk tanya contohnya kita booking online untuk bilik yg max 2 org tapi smpai dekat hotel kita dtg seramai 6 org.. boleh ke mcm tu? pihak hotel x marah ehh ?

ALoNa CintamaniszLite said...

Waalaikummussalam, Nabilah..
Maaf laa, akak tak penah lagi buat cenggitu, hehe.
Kot penah lebih pun sorang aje laa. Booking bilik Quad tapi dok berlima dewasa sebab anak2 akak 3 orang ni semua dh besar2, :)

Tp kalo kat Thailand...tak boleh. Strict dorang tu. Mentang2 kita orang luar. Dh penah kena kat Hadyai. Sorang lebih pun tak boleh...kena amek extra bed, huh!!!

shira said...

Assalam
sy nk ty..sy ada book hotel tru agoda n pilih booked by debit card (maybank debit card gmbr ceri) and pay later. check in 29 april n need to pay before 20 april...tp duit still x tolak even duit da ckup dlm akaun...kenapa akaun sy x auto debit n sy perlu hubungi pihak bank or agoda or hotel...

Unknown said...

assalam kak,sy booking agoda guna kad debit kawan sy..jadi waktu check in tu kena bawa sekali ke kad debit kawan sy tu??atau kena bawa voucher & ic je??

ALoNa CintamaniszLite said...

Tak pernah laa lagi masa nak check in dorang mintak nak tengok kad debit tu, heheh. Dorang nak tengok voucher yg kita print tu aje. IC mmg dorang tengok jgk. Tapi tak jadi hal laa kalo yg booking orang lain yg check in orang lain asalkan nombor booking yg sama.

Tp masa nak booking kat agoda tu pun...ada ditanya..sama ada kita atau bukan kita yg akan menginap kat situ nanti. Lebih cantik...kalo terus isi kat situ utk nota dorang.

Anonymous said...

Kenapa bila nak book thru agoda apps, dia cakap error once dah masukkan semua detail dia mintak tu. Ada kena activate kan online purchase ke nak guna debit card?

ALoNa CintamaniszLite said...

Ha'ah...akak pun baru2 ni kena gi aktifkan debit card. Tu visa debit card dari maybank lah. Bank lain tak tau.
Cara nak aktifkan senang aje. Kol nombor customer service yg ada kat debit card tu. Bgtau dia kita nak aktifkan setiap hari penggunaan debit kad tu brp RM dan sebagainya lah sebagai security kita adalah pemegang sebenar debit card tu.

Unknown said...

Assalam kak.. Saya ade tempah hotel menggunakan mastercard tpi sye plih untuk bayar kemudian.. Tapi die tolak duit pada 09/09 ..die tolak duit trus dari bank saye ke? Tapi dekt kertas yg saye kena print tu die tulis jmlah bayaran rm 00.00..sye tktau la kak yg ni macm mne

Unknown said...

Slm kak..sy ade book hotel dr agoda gune credit card. Tapi nk tnye..klu dh cncel booking tu agoda still akn cas sy ke. Semua detail krrdit card dah fill in. Tp xde letak cvc number tu. Ke mmg xde cvc utk credit card..klu ade cvc,agoda boleh ke cas sy jugak..