Wednesday, August 2, 2017

Langkawi 2017 - 3

22.07.2018
SABTU

Kali ni kitorang gi ke Gunung Raya pulak iaitu sebuah gunung yg tidak perlu didaki gunakan kederat kaki. Cuma gunakan kenderaan sahaja...kita boleh sampai ke puncak dengan jayanya, heheh..

Mmg lokasi pelancongan ni dh lama wujud cuma takde masa terluang nak pi atas tu. Kali ni disebabkan cuti2 santai sahaja...dengan bajet yg minima..kitorang ada masa utk sampai ke sini, Alhamdulillah.

Mudah sahaja utk ke sini. Guna jer google maps...InsyaAllah, dia tak melalut bawak korang ke tempat lain. Dari simpang jalan utama di kaki gunung tu...mengambil masa 20 minit jugak lah utk sampai ke atas dgn jalan bagai ular kena palu tetapi meyakinkan utk memandu. Takde laa macam jalan utk ke Bukit Larut di Taiping tu..ada mcm roller coaster bila naik jip yg dorang sediakan, heheh..

Hampir sampai ke puncak...ada tempat utk singgah tengok2 dan bergambar iaitu di Tangga Helang Seribu Kenangan. Katanya...dulu mula2 nak ke sini kena mendaki ikut tangga tu lah dari bawah, uiyoh!!. Tapi skang...anak2 tangga tu pun dh tak berapa nampak sebab dah naik lalang dan semak samun.
Bersama kenderaan yg kitorang sewa sepanjang cuti2 Langkawi 2017 ni..
Gambar2 di bawah ni..dah berada di atas lah. Ada tempat penginapan kat atas tu. Boleh tahan jugak lah rate dia.
Belakang tu lah bangunan hotel dan resort juga menara utk tinjau ler kat bawah2 tu.
Menara tu kalo nak naik kena bayaran RM10 sorang. Ada lif...tak yah penat2 daki anak tangga, heheh. Tapi kitorang tak naik pun sbb cuaca masa tu berkabus. Tak nampak apa pun. Kalo clear..mau jugak laa kitorang naik. Leh nampak clear lautan Andaman, nampak Thailand dan nampak pulau2 kecil yg cantik. Kalo kabus jer...rugi kan.
Dgn Akiss budak masam..
Sapa2 yg nak merasa kesejukan bermalam di puncak gunung tanpa perlu penat2 mendaki...sini lah antara tempatnya..heheh..
My boys..
Kat atas ni...takde aktiviti apa pun. Bergambar aje lah. Nak tengok pemandangan..berkabus pulak...
Turun semula ke bawah. Puas hati dah laa...sini pun dh sampai. Ikutkan kitorang nak gi tengok sunset kat sini petang semalam tapi tak sempat. Jadi, hari ni datang waktu biasa aje lah. Tapi cuaca tak cerah...berkabus juga.

Bersambung..

Nota ALONA:-
~Lihat alam...didik hati jadi positif :)

2 comments:

the legend said...

Tangga Helang seibu kenangan tu idea Tan Sri Sanusi Junid masa dia buat kampung buku langkawi dulu.. la ni dah tadak dah. Sanusi junid ni rajen membaca. dia ada library sendiri kat damansara heights. Nama dia Perpustakaan Toeti Juairiah.. nama mak dan mak mertua dia. Dia ni keturunan acheh nuu.

Kamal said...

Best nya gi Langkawi..