Sunday, March 20, 2016

Jenjalan ke JB - Singapore 3

15.03.2016
SELASA

JOM SINGAPORE
Pagi tu bangun pagi dari biasa. Selepas Subuh terus keluar bersama passport dan buku nota di tangan. Henpon dh cas penoh2 dh, hehe. Kitorang takde power bank. Rasanya cukup dh tu sebab sepanjang kat Singapore nanti...kitorang tak akan online internet. Nak beli simkad utk beberapa jam sahaja kat sana sangat tak berbaloi. Jadi, kitorang akan menghayati sepuas2nya perjalanan dan pemandangan kat sana tanpa berinternet, heheh..
Apa2 hal....sarapan pagi dulu. Sebab pagi lagi...maka perut cuma boleh isi roti canai sorang sekeping aje. Tak lalu nak makan berat2. Makan roti kat restoran berdekatan dgn hotel aje.
Ok, gambar pemandangan di bawah ni adalah gambar petang semalam. Tapi saja diletakkan dalam entry ni sebab nak tunjuk arah jalan yg kitorang perlu menapak dari hotel utk ke CIQ Malaysia..
Gambar dari atas jejantas. Hotel kitorang dari arah kanan sana. Menapak laa kitorang dari sana. Sebenarnya melintas kat jalan tu pun boleh. Tapi sebab ni gambar petang semalam...kitorang dari tingkat atas JB City Square...tu yg ikut jejantas ni.
Ni pemandangan di sebelah sini pulak. Dari jejantas yg sama. Sebelah kiri adalah JB City Square. Sebelah kanan adalah JB Sentral yg bersambung dgn CIQ Malaysia. Kat sinun pun ada jejantas jugak tapi yg tu terus masuk Mall.
Bila kitorang dh melintas jalan di bawah tadi dari hotel...boleh laa terus ke bangunan ini utk ke CIQ Malaysia. Kat sini...byk laa motor warga Msia yg parking utk gi keje di seberang tambak setiap hari.
Ok, skang mulakan kisah pagi yg bakal memberikan pelbagai pengalaman baru kepada kitorang bertiga.
Pagi tu kitorang cuma bersarapan alas perut sorang sekeping roti canai yg lembut tapi garing sbb takmo perut penoh isi kang kat Singapore jenoh nak cari tandas awam. Paham2 aje lah. Kat sana tandas dorang susah nak jumpa yg ada paip air kat dalam bilik tandas tu. Paip air cuma ada kat sinki luar bilik tandas tu aje. Aku pun dh standby 2 botol mineral kecik kosong utk guna kat sana nanti, heheh. Ikut pengalaman masa gi USS dulu.

Dh selesai sarapan...kitorang pun terus menapak menuju ke arah yg sepatutnya. Melintas jalan menuju ke bangunan CIQ. Masa naik tangga kat sana...kitorang kena bersaing dengan kepantasan warga2 kerja Malaysia yg bekerja di Singapore. Dorang jalan laju 2x ganda dari kitorang. Ok....biasakan diri. Sebab kat Jepun pun dorang jalan laju2, hehe.

Kat situ...singgah kat tandas dulu. Al-maklum lah kan...nanti kat Singapore dh susah nak jumpa tandas yg ada air kat dalamnya. Tak selesa melainkan kalo terpaksa. Mmg dh spare botol air mineral yg kosong utk digunakan di tandas sana nanti (ok, cerita lagi psl ni, hahaha. Penting tu tau!!).
Dah selesai urusan...terus menapak jauhnya lah nak ke kaunter imigresen Malaysia. Tapi semangat tu mengatasi segala, huhu. Patut laa orang Malaysia yg berulang alik setiap hari bekerja di negara temasik tu guna kenderaan awam....fit orangnya, huhu. Setiap hari kena berjalan gini...berkejar masa, phewfft!!!!

Mmg dh pernah masuk ke Singapore beberapa tahun sebelum ni...ke USS. Tapi kitorang masa tu naik bas persiaran dari Tune Hotel. Tak perlu jalan terlalu jauh. Bas dh berhenti di bawah bangunan CIQ tu dan kitorang perlu cuma naik ke atas utk gi scan passport dan cap jari aje. Ni sebab kitorang naik kenderaan awam, dari hotel berdekatan pulak tu.......tu yg kena lalui pengalaman lain sket tu, huhu.

Dah selesai scan passport & cap jari....terus kitorang turun ke bawah platform utk cari bas yg gi ke Stesen MRT Kranji. Turun2 bawah...tengok orang dh berbaris panjang, uwaaa. Jenoh nak tunggu giliran gini. Tapi tengok ada jer yg pi terus ke depan sana. Aku pun mintak tolong abang gi jengok camne keadaan kat sana. Mm...abang pun tak pasti. Tak puas hati...aku lak yg gi tengok. Tanya jer kat orang yg beratur kt depan tu...nak beratur utk bas CW1 kat mana? Sebab ikut panduan dari blogger2 yg dh penah wat gini...dorang citer kat lantai tu ada jer tulis nombor bas. Ikut jer lane yg dorang dh sediakan kat situ. Tapi masalahnya...tak nampak mana tulis CW1 tu. Bas nombor lain ada, huh!!! Mujur laa yg beratur tu baik hati termasuk lah sorang apek tu. Beriya2 dia tolong tunjukkan lane utk CW1 bas ke stesen MRT Kranji tu. Maka aku pun panggil abang dan akiss utk beratur kat situ. Dan satu kelegaan sebab utk naik bas CW1 ni...takde laa perlu beratur panjang2 mcm bas nombor lain termasuk bas CW2, phewfft!!!!
Masa ni tengah beratur ikut lane besi ni utk naik bas CW1. Semua ni leh naik satu bas. Tak lama pun tunggu bas dah sampai. Bas ni kerap tripnya...
Legalah dapat tempat duduk. Dh nampak dh tu CIQ Singapore. Sepanjang melalui tambak Johor tu...nampak laa ramai jugak yg laju berjalan kaki sahaja kat tepi2 tu dari CIQ Malaysia ke CIQ Singapore. Lebih cepat gamaknya..
Bas ni mcm bas rapid jugak. Kena bayar kat mesin sebelah drebas bas tu. Tambangnya RM1.50 seorang. Simpan tiket tu...jgn bagi hilang. Nanti dh turun kat CIQ Singapore...nak naik balik semula bas...takde tiket kena bayar lain, weh!!

Mcm dulu jugak...kitorang diturunkan awal wlpn bangunan CIQ Singapore tak sampai lagi utk gi naik atas tu isi kad putih masuk negara orang, beratur utk cop passport. Kad putih atau white card tu boleh diambil dari pengawal keselamatan yg bertugas di hadapan kaunter imigresen mereka. Ataupun ada yg sudah diletakkan di meja tepi2 tingkap bangunan tu utk diambil sorang sekeping dan isikan. Masa kitorang nak gi USS dulu....pihak bas persiaran dah bagi siap2 dah. Kali ni semua kena buat sendiri, ye..

Barisan kitorang utk cop passport tu pulak...alahaii tetiba ada masalah. Cina depan kitorang dh mengeluh kesah dah. Dorang kata...warga Viet ni mmg selalu camtu. Passport dorang selalu mesti ada masalah. Cina yg depan kitorang ni yg mmg setiap hari ulang alik Singapore - JB...tau dah problem gini. Ada 2 couple dari Viet yg problem dan kemudian dibawa keluar oleh pegawai Imigresen utk setelkan.

Bila kitorang punya dah selamat dicop...terus bergegas turun semula ke bawah...utk naik semula bas CW1. Kalo dh terlepas bas CW1 yg kita naik dari JB tadi...tak mengapa. Naik aje bas CW1 yg lain dgn menunjukkan tiket yg kita bayar tadi tu.

Alhamdulillah, akhirnya sampai ke stesen MRT Kranji. Bila dh turun tu...terus lah cari mesin tiket utk beli tiket mrt ke stesen MRT Ang Mo Kio. Sebab perlu ke sana...kitorang perlu beli Singapore Transit Pass SGD20/seorang utk sehari. Guna ni lebih jimat dan boleh guna MRT dan bas terpilih sampai lembik lutut dalam sehari tu, heheh. Pass ini hanya terjual di stesen MRT yg besar dan lokasi MRT terpilih aje. Jadinya, kalo dari Malaysia ni...yang paling berhampiran utk membeli pass ini adalah di Ang Mo Kio lah, ye...Kena laa gi sinun terlebih dulu.

Tiket dari stesen MRT Kranji ke MRT Ang Mo Kio adalah SGD3/seorang.
Gambar2 dalam MRT..
Dari MRT Kranji ke Ang Mo Kio akan mengambil masa 20minit. Sampai situ...terus kitorang gi kaunter yg menjual pass tersebut. Singapore Transit Pass tu harga sekeping utk penggunaan sehari adalah SGD20/pax. Tapi bila pulangkan semula kad tu di mana2 kaunter yg sama...dorang akan pulangkan semula SGD10 setiap tiket. Bermakna tiket tu cuma SGD10 aje lah harganya. Tapi kalo tak pulangkan kad tu...mmg burn laa SGD10 tu, hehe. Rugi tau. RM kan lebih rendah dari SGD...
Di stesen MRT Ang Mo Kio..
Dari stesen MRT ni ada 2 haluan. Kena amek laluan yg betul utk ke Stesen MRT Raffles Place. Kalo tidak kang jenoh. Kalo pasal tiket..takde hal sebab kitorang dh ada pass utk sehari, kan.....tapi utk MASA tu lah. Kitorang dh bajet cantek dh masa tu.
Tak lama tunggu...dh sampai dh MRT utk turun di Raffles Place. Orang memang ramaiii.
Berdiri sampai ke destinasi, hehe..
Ok, kitorang mmg dh berada di negara jiran dh..
Snap peta laluan MRT ni. Kat kaunter masa beli pass sehari tu lupa laa pulak nak mintak peta, hadoii. Padahal, dh diberitahu dlm blog...aku pun dh tulis dh dlm buku nota. Ni sebab masih gemuruh laa ni, hoho..
Masa kitorang kat sini...tetiba ada sorang cina ni datang dekat tanya sama ada perlukan pertolongan atau tidak. Aku dh tau dh...dorang ni mcm tour guide jugak laa. Naik kete dorang...dan akan bawak ke tempat2 menarik. Kita bayar laa perkhidmatan tu. Aku dh cakap dh...nevermind sambil senyum...nak blah jer terus naik eskalator. Tapi abang lak mcm serba salah, mm. Dah baca dh blog orang lain...jgn layan dan tolak elok2. Perkhidmatan dorang ni mahal laa jugak. Dah guna dalam matawang SGD kan? Kitorang ni pulak...mmg bajet ciput aje. Naik pengangkutan awam ni pun was2 jugak risau tak cukup SGD tak cukup.
Aku cuma tukar RM405 aje...tu pun cuma dapat SGD135 jer tau!!!! Masa tu tukaran RM100 : SGD30. **Apdet 17/05 :Skang aku tengok lagi tinggi nilai SGD. RM100 : SGD34.04 weiii!!!! Teruk nilai RM jatuh, huh..

Kalo nak selesa....mmg laa elok amek perkhidmatan tour guide gitu. Kita tak buang masa berjalan kaki. Tapi sebenarnya...nak menghayati pemandangan di rantau orang ni...lebih best kalo berjalan kaki jer kalo tempat tu jarak tak jauh antara satu sama lain.

Ok, lepas ni sambung citer dari Raffles Place pulak...


Nota ALONA:-
~Merantaulah...Orang yg berilmu dan beradab tidak diam beristirehat di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan hidup asing (di negeri orang)...dari Imam Syafie..
~Aku cuma berjalan2 utk luaskan pemandangan...melihat dunia milikNya yg mampu dilihat.

3 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Akak pun memang teringin nak pergi Singapore ni Alona..
Jauh beza duit kita dgn mrk kan..
Tak sabar lah pulak tunggu next entri..

el said...

teringin nak pi zoo depa kak..katanya the largest in ASIA hehe

JESS said...

Hi Admin. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 / juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SG ZOO-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219 *Silakan lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86